Wednesday, January 1, 2014

Dakwad 2013

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami dapat menjalankan Dakwad 2013..

                                                                     Poster Dakwad
DAKWAD atau dakwah di wad adalah satu program yang dianjurkan oleh JK Dakwah K-PPUKM. Program ini bertujuan untuk
  • memberi pendedahan kepada pelajar perubatan dan kejururawatan panduan solat ketika sakit dan berkenaan pemaslahan haid dan wanita. 
  • menerapkan roh dakwah kedalam diri pelajar supaya dapat mempraktikkan semasa di clinical
  •  mengeratkan hubungan antara ahli K-PPUKM
Pada hari pertama (Selasa), sesi perbincangan tentang solat ketika sakit diadakan. Dimulakan dengan sesi menonton video dari USIM tentang panduan mengambil wuduk dan tayamum jika kondisi pesakit terdapat balutan sama ada di mata, kaki, tangan dan kepala. Kemudian video tatacara solat secara duduk, baring, mengiring, menggunakan mata.

Selepas itu, diadakan sesi perbincangan dengan menggunakan situasi.

Pada hari kedua (Rabu) pagi, penerangan ringkas tentang Haid dan Wanita disampaikan oleh DR Ariza Consultant Ampang Puteri. Selepas itu, diadakan sesi soal jawab.

Selesai sesi Haid dan Wanita, kami menjamu selera sebelum berangkat ke wad. Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar perubatan dan kejururawatan.
                Barang untuk diberikan pada pesakit, booklet solat ketika sakit, booklet panduan haid dan wanita, kad cepat sembuh, kismis dan spray air untuk berwuduk.
        Sesi sharing dari setiap kumpulan
Pandangan peserta Dakwad 2013

25/12/2013.....
Jalan-Jalan di ward bukan seperti jalan-jalan hari sebelumnya....

"Akak,sy memang x plan nak pergi esok, sori, tapi sy mmg x nak pergi...."

hari ini, sy pergi, Alhamdulillah bukan kerana saya nak pergi, bukan kerana ada kawan yg kejutkan dan bukan kerana kakak paksa.
tapi kerana kasih syg yg sebenar.

hari ini, ia bukan kemestian,
ia juga bukan tanggungjawab,
tapi ia kerana kita berkasih syg.
mungkin dengan mentaliti sebegini, hati ini insyaAllah mencuba untuk lebih ikhlas dengan Allah .

hari ini saya join dakwad 2013 dibimbing oleh kakak2 dan kawan2....
dimulakan dengan sesi soal jawab mengenai haid dan wanita n etc.
kemudian kami breakfast mee goreng, sedap ^__^
Alhamdulillah ..
kemudian kami dibahagikan secara pairing, 1 medical student together with 1 nursing student.
kami ke ward FOR WHAT ?????
CARI CASE? FOR NURSING CARE ?
kali ini tidak , aim kami adalah untuk berkongsi apa yg kami dapat bersama-sama pesakit2 di waf.

WUDUK DAN SOLAT KETIKA SAKIT.

what i get ?
1. kepuasan dalam mendekati pesakit untuk tujuan ini adalah perasaan yang sgt berbeza berbanding apabila sy dekati pesakit untuk nursing care.
2. walaupun kononnya saya dekati pesakit untuk sharing solat ketika sakit, tapi sebenrnya Allah banyak mengajar sy tru them. 

 3.apa yg sy tidak sedar adalah, kebanyakkan pesakit ingin solat namun mereka x tahu patut rujuk pd siapa dan bagaimana. come to think about it, it is our responsibilities to do so.... kan NURSE 24/7 ngn pt ????
4.ujian yg Allah timpakan itu berbeza2 buat individu yg berbeza2 ....semestinya byk benda kita nak dlm muka bumi ini, n most of the time, kita x dpt benda yg paling kita nak. tapi most of the time jugak , kita lupa dengan apa yg Allah dah bg. bila last we say Alhamdulillah sbb Allah bg kita nikmat SIHAT ?
5. dakwah itu bahagia, hari ni sy hepi sbb sy buat benda ni without nay stress, tenq to everyone dan mmg bahagia bila kita sama-sama kejar cinta Allah
6.AJAR PATIENT WUDUK,SOLAT DAN TELL PATIENT WHY KITA KENA SOLAT !
7.solat itu wajib bg yg bergelar muslim , dan cuba untuk sempurna n improve solat kita
8.solat tanda kita syg Allah .


..............
apa yang sy tulis , saya harap jadi something untuk sy dan untuk yg membaca Allah x pernah tinggal kita despite of dosa2 yg kita buat ....
malahan , sejurus lepas kita buat dosa, Allah terus bg mechanism untuk kita back to Him, tapi kerana kedegilan hati untuk terima kasih syg itu membuat kan kita x hargai peluang taubat yg dtg ..... doakan sy utuh di jalan ini. saya mmg malas nak g program , tapi mari la kita sama-sama tanamkan pada diri, bahawa, kalau ada program yg baik2 tu kan, kita psycho diri kita , kita cakap , yg eh Allah tengah panggil kita la , insyaAllah mesti kita nak g .... sama la macam azan


-sekian                                    

Sunday, December 22, 2013

Daurah Motivasi

Alhamdulillah pada 30 november, berlangsungnya daurah Ikram BTR di pejabat Ikram BTR

                                             poster Daurah Motivasi

antara point yang penting adalah:
 
-Ikhlas
Orang-orang “A’raab” berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.( Al-Hujurat ayat 14)

-konsep tawakal, solat dan infak

surah al-anfal ayat 2-4

Surah Al Anfal, Ayat 2

 Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka tawakal.

Surah Al Anfal, Ayat 3

Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Surah Al Anfal, Ayat 4

Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

-Profesionalism

merangkumi DISISPLIN, MUHASABAH DAN ISLAH(memperbaiki diri)

Kesimpulan
Kita haruslah menjadi mukmin profesional. Profesional dalam akademik dan ibadah pada Allah.

                                               Ikhwah PPUKM dan USIM bersama prof Har

                                             Akhawat PPUKM dan USIM bersama Prof Har

Wednesday, May 15, 2013

Teaser Daurah ~ "Daurus Syabab"

Sungguh.ini hanyalah makalah (artikel) ringkas.Sekadar
tulisan santai berkenaan daurah "Daurus Syabab" (peranan pemuda)
pada minggu ini. Saya pasti, antara kita ada yang sudah pernah
mendengarnya."daurus syabab fi hamlatil risalah islam" atau
"Peranan pemuda dalam menjunjung risalah islam" adalah
adaptasi daripada tulisan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Tajuk yang
di masukkan dalam silibus tarbiyyah PKS, yang popular 
dengan gelaran "rasm bayan", antara yang disyarahkan oleh 
Dr.Irwan Prayitno dalam buku "kepribadian daie" dan lain-lain.


Sumber gambar : Akhi Khairul Anuar, daripada buku Syarah Rasm Bayan

Antara noktah penting yang wajar diberi perhatian adalah : 

- Mengapa syabab (pemuda) ?
- Siapakah mereka ?
- Apakah peranan mereka?

Dan lain-lain lagi. NANTIKAN......




Saturday, April 13, 2013

Rabbaniyyah Ar-Rijal


Robbaniyatur Rijal adalah salah satu komponen di dalam Robbaniyatud Dakwah. Sebagai seorang dai'e, dakwah yang kita bawa haruslah bersifat robbani ataupun yang bercirikan ketuhanan. Justeru itu, kita menyeru mad'u kita ataupun manusia kepada Allah. Maka, apabila dakwah itu bersifat robbani, semestinya Rijal atau si pelaku dakwah juga harus bersifat Robbani. Sang Rijal juga perlu mempunyai ciri-ciri yang bercirikan ketuhanan. Maka, apakah ciri-ciri Robbaniyatur Rijal itu?



1) Mengajarkan Kitab
Rasulullah merupakan contoh terbaik dalam melaksanakan proses tarbiyah ini apabila diutus menjadi Rasul dan begitu juga yang dilakukan para Sahabat. Baginda mengajarkan Al-Kitab kepada para Sahabat sebaik sahaja diangkat menjadi Rasul. Sinonimnya, dakwah dan tarbiyah ini memerlukan para dai'e mengajarkan Al-Kitab atau menyampaikan Islam walau sedikit kepada manusia yang lain.

Abu Dzar al-Ghifari terus saja menyampaikan seruan dakwah walau sekejap berjumpa dengan Rasulullah. Mush'ab bin Umair, ketika berhijrah ke Madinah, diriwayatkan bahawa tiada satu pun rumah yang tidak diziarahi dalam menyampaikan dakwah Islam. Bahkan, ketika pemerintahan Khulafa' Ar-Rosyidin, para Sahabat mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan dakwah dan itulah sebabnya dakwah itu terus berkembang.

Justeru itu, para Rijal Dakwah harus komited dalam menyebarkan dakwah dan mengajarkan Islam kepada orang lain. Tiada alasan seperti tidak sedia atau tidak cukup ilmu, bahkan mindset seperti ini harus wujud pada seseorang Rijal Dakwah.

2) Mempelajari Kitab
Jika tidak mempunyai, maka tidak boleh memberi. Justeru itu, perlunya seorang Rijal Dakwah atau dai'e itu mempunyai atau mencari ilmu dengan mempelajari Al-Kitab iaitu Al-Quran. Mempelajari Al-Kitab ini adalah sikap yang semestinya ada bahkan merupakan kewajipan seorang Muslim. Dengan wahyu pertama yang diturunkan iaitu "Iqra'" adalah arahan kepada seluruh umat supaya mempelajari agama ini.

Firman Allah: " ..... Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya." (Ali-Imran, 3: 79)

Justeru itu, proses tarbiyah ini merupakan proses dua hala. Tidak cukup sekadar mempelajari Al-Kitab tanpa berusaha untuk menyampaikan. Dan, tidak juga boleh mengajarkan Al-Kitab tanpa mempelajarinya. Proses mengajar dan belajar ini juga adalah rangkuman dalam tarbiyah dan proses ini akan berterusan sampai bila-bila.

3) Tidak Hina
Sikap inilah yang menyebabkan diri seseorang tidak sanggup berkorban untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah. Sikap ini juga lah yang membantutkan kekuatan tentera apabila hendak berperang dengan musuh. Sikap ini juga dikenali juga dengan penyakit Wahan iaitu cinta dunia dan takut mati.

Terdapat golongan yang meletakkan keyakinan bahawa usaha yang dilakukan adalah kunci kejayaan dakwah. Padahal, kita semua harus sedar bahawa yang memberikan kemenangan dan yang mengalahkan kita adalah Allah. Seseorang dai'e juga harus faham bahawa hubungan dengan Allah sangatlah penting dalam kita mahu membina jambatan hubungan dengan manusia. Mana mungkin kita mahu berdakwah kepada manusia sekiranya hubungan kita dengan Allah sangat teruk?

Lihat saja contoh yang dipamerkan oleh para Sahabat yang digelarkan oleh As-Syahid Syed Qutub sebagai Generasi Al-Quran. Betapa hebatnya hubungan dan dekatnya mereka kepada Allah. Apa rahsia Sultan Muhammad Al-Fateh di atas kejayaan beliau dan tenteranya menawan Konstantinople dan kejayaan Salahuddin Al-Ayubi dan tenteranya menawan Baitul Muqaddis? Semuanya disandarkan betapa dekatnya mereka kepada Allah.

Tidak akan hina manusia itu, jika sentiasa dekat kepada Allah. Dan, seseorang itu akan menempah kehinaan andai dia cuba menjauhkan diri dari Allah. Mulia dan Izzahnya seorang Muslim itu jika dia berpegang teguh pada agama Allah tetapi dia akan menjadi hina jika tidak mempedulikan atau memperlekehkan agamanya.

4) Tidak Lemah
Jasad yang lemah bukanlah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada para Rijal. Seseorang Rijal seharusnya seorang yang tegar dan tidak lemah dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah kerana dia faham, betapa banyak kerja yang harus dilakukan dan pengorbanan yang luar biasa diperlukan.

Rasulullah sendiri meletakkan kepentingan pada Tarbiyah Jasadiyyah apabila terdapat keperluan Baginda bersama para Sahabat ke medan perang. Penyebaran dakwah ke seluruh pelusuk dunia oleh para Sahabat, Tabi'in dan dai'e yang terdahulu membuktikan bahawa dakwah dan tarbiyah ini tidak hanya perlu kepada kefahaman dan semangat semata-mata, tetapi jasad yang kuat juga merupakan di antara ciri-cirinya.

Di dalam Kisah Thalut dan Jalut, Allah berfirman, ".....'Allah telah memilihnya (menjadi raja) kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan fizikal.'" (Al-Baqarah, 2: 247)

5) Tidak Menyerah (Tidak Statik)
Ciri yang terakhir ialah bahawa seorang Rijal tidak akan mudah menyerah kepada musuh. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa tidak menyerah ini bererti tidak berdiam diri ataupun tidak statik. Seorang Rijal tidak patut menunggu dan terus menunggu. Seorang Rijal seharusnya bergerak dan terus bergerak untuk melaksanakan dakwah ibarat air terjun yang tidak henti-henti bergerak pada aliran yang ditetapkan.

Firman Allah: "Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." (Ali-Imran, 3: 146)

Sifat dakwah ini memerlukan kita bergerak dan bersikap offensive ataupun menyerang di sebalik hanya bersikap defensive ataupun bertahan. Seseorang Rijal Dakwah tidak boleh tunggu dan lihat, sebaliknya terus mencari mad'u dan mentarbiyah mereka sebaik-baiknya dan seramai mungkin supaya dakwah Islam ini terus berkembang luas.


Kesemua ciri-ciri di atas adalah saling melengkapi dan perlu ada kesemuanya pada seorang Rijal Dakwah. Robbaniyatur Rijal adalah untuk membangunkan diri sendiri dan juga membangunkan orang lain. Begitu mulianya menjadi seorang Rijal Dakwah yang Robbani di mana hidupnya bukan untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain.

Akhuna Abu Hanifah

Saturday, March 9, 2013

Kenyataan Media Wanita IKRAM : Hari Wanita Sedunia


Islam telah memartabatkan wanita jauh lebih awal lagi...


8  Mac 2013 

Hari ini sekali lagi, wanita di seluruh pelusuk dunia  merayakan sambutan Hari Wanita Sedunia. Sejak 1911, 8 Mac dinobatkan sebagai hari untuk memberi sokongan dan  mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia. Bagi wanita Islam, pemartabatan wanita telah dinobatkan jauh lebih awal dari 8 Mac 1911, iaitu ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. diangkat  sebagai utusan Allah Ta’ala, sebagai Rasul yang membawa rahmat ke seluruh alam. Beliau adalah  contoh  ikutan yang paling benar telah  menunjukkan kepada kita jalan dan cara hidup yang selamat di dunia dan akhirat. 

Justeru itu, Rasulullah s.a.w. amat dekat di hati kita semua kerana bagindalah pejuang ulung  yang telah memartabatkan dan meletakkan  wanita di tempatnya yang sebenar, meletakkan wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Adam, kedua-dua mereka jenis Adam dan Hawa ini mempunyai kedudukan yang sama di hadapan Pencipta ‘Azza wa Jalla, itu sebagai hamba kepadaNya semata-mata. (Az-Zariyat, 51: 56).

Terlalu indah dan mahal untuk dikenang, bila Baginda pernah bersabda "Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Rasulullah s.a.w telah mengangkat darjat wanita dan memimpin mereka untuk memainkan peranan yang sebenar. Baginda mengajar kita agar memuliakan wanita sebagai ibu, mencintainya sebagai  isteri, mendidik dan mengasihinya sebagai anak dan melindunginya sebagai saudara kandung. Wanita bebas mempunyai identitinya sendiri, boleh memiliki dan mewarisi harta dan dianjurkan untuk  berperanan aktif dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Tema Hari Wanita yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi tahun 2013 ini adalah “A promise is a promise: Time for action to end violence against women” – Janji adalah janji : Masa untuk bertindak memberhentikan keganasan terhadap wanita .  

Wanita IKRAM menyokong tema ini dan merasakan ianya amat sesuai dan mesti diangkat secara besar-besaran kerana walaupun wanita secara umumnya sudah pun memperolehi peluang bekerjaya dengan menunjukkan  kejayaan yang membanggakan di pelbagai bidang, namun situasi kesejahteraan, keselamatan  dan keamanan wanita tidak nampak jauh berubah. Indeks kesejahteraan wanita masih menunjukkan angka-angka yang begitu menyedihkan.

Maklumat menunjukkan seorang dari tiga orang wanita dan gadis di dunia pernah menjadi mangsa keganasan sama ada dipukul, dijadikan habuan seks,  didera dan dianiayai melalui pelbagai cara. Seorang dari empat orang wanita dizalimi dan didera semasa mengandung. Di Malaysia , setiap hari secara purata enam orang wanita dan gadis dirogol, namun bilangan sebenarnya jauh lebih tinggi kerana hanya 25% kes rogol yang dilaporkan.  Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2007 hingga Februari, 2012 menunjukkan  sebanyak 18,124 kes keganasan rumahtangga dilaporkan iaitu 3,756 kes pada 2007; 3,769 (2008); 3,643 pada 2009; 3,173 (2010); 3,277 (2011) dan 506 kes untuk dua bulan pertama tahun 2012. Walaupun bilangan ini nampak mendatar, namun purata sebenarnya lebih 3,000 wanita diganasi dalam rumahtangga sendiri oleh orang yang sepatutnya menyayangi dan melindungi mereka, keadaan ini  merupakan satu perkara yang sangat  perlu dipandang serius dan mesti ditangani dengan segera. Bayangkan tahun 2012 berlabuh dengan kejadian yang sangat menyayat hati, berlaku di Kedah; seorang suri rumah berusia 17 tahun ditemui mati, dipercayai dibunuh oleh suami yang baru dikahwini enam bulan sebelumnya, satu tempoh masa yang sepatutnya masih dalam berbulan madu.

Usaha-usaha menangani keganasan terhadap wanita ini, tidak mungkin dapat dilakukan oleh golongan wanita sahaja ataupun melalui usaha yang terpancar-pancar. Satu usaha bersepadu yang melibatkan kaum lelaki dan wanita bersama-sama seluruh anggota masyarakat mestilah dirancang  dengan segera.

Wanita IKRAM ingin menegaskan bahawa usaha-usaha ini  mestilah bermula dengan program-program  pembangunan syahsiah/jati diri  lelaki dan wanita dalam masyarakat, memahami peri pentingnya keseimbangan dalam memenuhi  tuntutan-tuntutan  kebendaan, fizikal, spiritual dan emosi. Wanita IKRAM juga berpandangan sebarang agenda untuk membangunkan wanita (dan lelaki juga) tidak boleh dipisahkan dari agenda untuk  membangunkan keluarga yang merupakan unit asas dalam pembentukan sebuah negara. Kami menyeru agar semua pihak sama-sama mengarusperdanakan agenda keluarga dalam setiap polisi dan aktiviti pembangunan masyarakat.   

Dengan ini, sempena sambutan Hari Wanita Sedunia tahun 2013 , Wanita IKRAM ingin menyarankan beberapa langkah berikut:

  1. Setiap anggota masyarakat lelaki dan wanita mestilah kembali mengamalkan cara hidup Islam  berpandukan ajaran agama. Bagi umat Islam, tiada jalan lain untuk mengembalikan kegemilangan ummah dan tamaddunnya serta  memartabatkan kembali wanita ke tempatnya yang sebenar selain dari berpegang kepada ajaran Islam sepenuhnya. Ajaran Al Quran dan  sunnah Rasulullah s.a.w mestilah dipelajari bersungguh-sungguh dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.
  2. Usaha-usaha proaktif pencegahan keganasan mestilah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memberikan pendidikan dan kemahiran bagi setiap lelaki dan wanita, supaya menjadi lebih bertanggungjawab di samping dapat  mengelakkan diri dari menjadi mangsa keganasan apatah lagi menjadi pelaku keganasan. Pendidikan ini bukan hanya tertumpu untuk meningkatkan kecerdasan intelek seseorang, malah yang lebih penting adalah meningkatkan kecerdasan dan kemahiran mengurus emosi  dan spiritual seseorang.
  3. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas lagi berkesan mestilah dilaksanakan kepada pelaku keganasan supaya hukuman yang setimpal itu dapat menjadi iktibar yang ditakuti oleh  orang lain. Pendidikan berterusan untuk meningkatkan kepekaan dan kecekapan para petugas badan-badan yang bertanggung jawab mestilah sentiasa dijalankan supaya hak dan keselamatan wanita dapat terus dipertahankan.  Sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang  yang lebih mesra wanita  mestilah diusahakan bagi menjamin kesejahteraan dan pembelaan terhadap wanita.


Semoga , dengan usaha ini, matlamat kita untuk menjadikan bumi yang dipijak dan seluruh dunia menjadi tempat yang sejahtera dan selamat dari sebarang bentuk  keganasan, dapat kita capai dengan jayanya. Ayuh! Semua lelaki dan wanita, marilah  bersama-sama kita berusaha mencari jalan memberhentikan keganasan terhadap wanita, ketahuilah bahawa wanita itu belahan daripada lelaki!!!

Selamat Hari Wanita 2013.

Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

Wednesday, February 27, 2013

The Time of Our Lives



Taken from: Emel, Issue 92, May 2012
By: Lucy Bushill-Matthews
As the old saying goes, “Time and tide wait for no man,” so we should not delay in doing the good things we want to do—before time catches up with us. 

In Alice in Wonderland, the White Rabbit memorably sings, “I’m late / I’m late / For a very important date. / No time to say ‘Hello, Goodbye’. / I’m late, I’m late, I’m late.’’

In reality, there is only one very important date, occurring at a time that we cannot choose. This is the time when Muslims believe all human beings meet their Creator, when we will all answer for how we have spent our time on earth. Prophet Muhammad said, “The Hour will not come until time passes so quickly that a year will be like a month, a month like a week, a week like a day, a day like an hour, and an hour like the time it takes for a palm-leaf to burn.” So many of us already find the years rushing by at an increasingly fast pace, and wonder where the time has gone.

There is a noticeable culture of busy-ness permeating our lives. We tend to feel a sense of self-accomplishment and respect from others if we are busy. Stress and exhaustion have become almost a badge of success. We now have schedule planners, computerised calendars, and sticky notes to help us organise our hectic work, family and social lives every day.

But what about organising the inner dimension to our lives—the spiritual side? There must be time for mental and spiritual development as well as relaxation; time for worship and time to express our thankfulness for our ability to work, and think, and pray, and read, and help, and dream, and laugh, and plan, and learn.

To everything there is a season, and a time to every purpose under the heaven: 
A time to be born, and a time to die; a time to plant, and a time to pluck up that which is planted;
A time to kill, and a time to heal; a time to break down, and a time to build up; 
A time to weep, and a time to laugh; a time to mourn, and a time to dance; 
A time to cast away stones, and a time to gather stones together; a time to embrace, and a time to refrain from embracing. 
A time to get, and a time to lose; a time to keep, and a time to cast away;
A time to rend, and a time to sew; a time to keep silence, and a time to speak; 
A time to love, and a time to hate; a time of war, and a time of peace.

The Qur’an exhorts us to have good time management, repeatedly emphasising which actions have the most value during our limited lifetime. These priorities are highlighted in the key Qur’anic chapter of Al-‘Asr (The Time): “By the declining day (time). Lo! Man is in a state of loss. Except those who believe and do good works, and encourage one another to truth, and encourage one another to patience.”  

Prophet Muhammad advised, “Take advantage of five matters before five others: your youth before your old age; your health before your sickness; your wealth before your meagerness; your free time before your busy period; and your life before your death.” 

Plan your days
Prophet Muhammad divided his time into three equal parts—one part for worship, one for family affairs, and the last part he further divided into two, one for social engagements, and one for rest. What stands out for me is that an entire third of each day was spent in worship! Whilst a Muslim must worship God through the obligatory five daily prayers, worship can also include other prayers as well as all other actions that are done with the specific intention of pleasing God. 

Prioritise the essentials
When on pilgrimage to Makkah, it is noticeable that our lives revolve around prayer times. Back at home, prayer times are often squeezed in amongst all the other things we either want to do or need to do – or both. While it is not realistic to remove those commitments, we could at least plan our daily prayers—and plan our day around them.

Tuesday, January 15, 2013

Kita selalu bertanya, dan Al-Quran sudah menjawabnya~

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 

QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (I am full of faith to Allah) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286
 
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al-Imran ayat 139
 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal” – Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf ayat 12

Bismillahirahmanirrahim Dan Assalamualaikum


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Hanya pada Allah SWT sahaja terkumpul dua sifat ini iaitu Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Kalau kita rasa seseorang itu penyayang, Allah lagi Maha Penyayang.

Oleh itu, cinta kita kepadaNya lebih berbanding yang lain. Dan sepatutnya kita lebih setia kepadaNya berbanding yang lain. Ayat ini juga dapat menenangkan hati kita bahawa Pencipta kita menyayangi dan mengasihi kita walaupun kita sedang dalam keadaaan sedih. Jom baca kalimah ini sebelum memulakan tugas 



Sejahteralah ke atas mu

Anas ra berkata,, “Kami bertanya kepada Rasulullah SAW, “Bila berjumpa sahabat (saudara seiman) apakah kita saling membungkuk?” Nabi SAW menjawab,”Tidak usah.” Kami bertanya lagi, “Apakah berpelukan satu sama lain?” Nabi menjawab,”Tidak, tetapi cukup dengan saling bersalaman.” (HR. Ibnu Majah)

Memberi salam sunat tetapi menjawab salam wajib. Jom kita setiap kali bertemu dengan orang Islam, kita beri salam. Beri salam @ mendoakan kesejahteraannya kan

Setiap hari kita bertemu dengan orang Islam, kita mendoakan kesejahteraan untuknya tidak kisahlah dia kenal kita ataupun tidak yang penting dia Islam dan best kan setiap orang Islam (saudara Islam) kita sejahtera

..Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri….”(Surah Ar-Ra’d:11)







Sunday, January 13, 2013

Perubahan Usia Merubah Pemikiran Diri

Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan berambut pendek & kemas tetapi kita nak juga berambut panjang dan ‘stylo’,




Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan pelajar memakai tali leher pada setiap hari Isnin tetapi kita sengaja tak pakai tali leher,
Dulu ketika masih di sekolah, baju pelajar lelaki mestilah dimasukkan ke dalam seluar dan kemas tetapi kita nak juga tunjuk hero dan keluarkan baju dan membuka satu atau dua butang baju,



Dulu ketika masih di sekolah, mak bapa suruh belajar rajin-rajin tetapi kita pula buat acuh tak acuh,



Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kita berambut pendek dan kemas supaya mudah dijaga dan juga nampak segak bergaya,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kalau boleh nak cari kerja yang perlu pakai tali leher supaya nampak ‘stylo’ & kemas kerana nak bergaya eksekutif,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, baju dimasukkan dan dibutang kemas kerana takut orang kata kita selekeh,
Kini kita telah dewasa dan berada di dalam pekerjaan, kita membeli buku, menghadiri seminar, kursus & mendaftarkan diri di dalam university jarak jauh kerana kita mula sedar pentingnya ilmu dan singkatnya masa.

Perjalanan manusia penuh dengan penyesalan dan perubahan. Alhamdulilah sekurang-kurangnya masih diberi kesempatan untuk berubah tetapi ADAKAH kita akan menyesal di akhirat akibat keputusan yang kita lakukan di dunia di mana kita menghambakan diri kita kepada nafsu berbanding menghambakan diri kepada Allah? Adakah kita akan menyesal menyembah berhala & syaitan yang tidak mampu membawa manfaat kepada diri kita sebagaimana firman Allah SWT;

Dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut itu; andainya kami mendapat peluang kembali ke dunia, tentulah kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana sekarang mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan amalan-amalan mereka menjadi penyesalan-penyesalan kepada mereka dan mereka tidak sekali-kali akan keluar dari neraka.”
[Al-Baqarah: 2:166-167]


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Life of a Reverted Muslim

Thursday, November 29, 2012

Bengkel Dakwah Melalui Media

Assalamualaikum..

Task perkongsian ini sebenarnya dibahagikan kepada setiap wakil dari KARISMA PPUKM yang hadir ke bengkel ini bagi mempraktikkan apa yang telah dipelajari supaya ilmu yang dapat tidak dilupakan begitu sahaja...


Pendahuluan oleh Ajeerah

Pada 17 NOV  yang  lalu. Alhamdulilah beberapa  orang akhwat dapat menyertai sebuah “Bengkel Dakwah Melalui Media” yang diadakan di UKM Bangi bertempat di Blok Fakulti Sains Kemanusiaan.Bengkel ini telah dianjurkan atas kerjasama pihak university sendiri ,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) dan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM). Bengkel ini menampilkan penulis buku terkenal iaitu HilalAsyraf, penulis Laman Berita Harian iaituUstaz Zahiruddin Zabidi serta penulis  buku & pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn Bhd.
Perjalanan bengkel bermula seawal jam 8.30 pagi dengan Majlis perasmian serta diikuti oleh bacaan doa. Bengkel ini telah dirasmikan oleh saudara Muhamad Azan Safar merangkap presiden ISIUKM sendiri.
Bengkel ini secara ringkasnya bertujuan melahirkanpendakwah yang bijaksana dalam memanipulasi peluang dalam berdakwah terutamanya melalui medium

Perkongsian Slot 1 oleh Fatin Amira

             Slot 1 ini dikendalikan oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi yang bertajuk Penulisan Islamik. Sebelum memulakan bengkel, beliau terlebih dahulu membuka tirai dengan menceritakan 4 buah cerita yang menekankan bahawa mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Eh, saya pun baru tahu sampai begitu sekali hebatnya kuasa penulisan.
Menurut pandangan beliau dakwah bermaksud berkongsi dengan sesiapa sahaja. Dan penulisan bermaksud perakaman. Media pula diertikan sebagai “tool” yang digunakan untuk menyampaikan isi-isi dakwah yang tepat. Terdapat 7 jenis media iaitu melalui percetakan, recording (CD), radio, wayang, televisyen, internet, dan mobile. 
Mengapa dan apakah tujuan menulis menurut Islam? Persoalan ini dijawab dengan rujukan Prof. Dr Syeikh Yusuf al-Qaradhawi melalui 8 maqasid(tujuan) nuzul Al-Quran. 
Selain itu, beliau melontarkan rasa bahawa subjek TITAS sepatutnya dijadikan sebagai salah satu medium dakwah kerana subjek ini sememangnya perlu diambil oleh semua bangsa tidak mengira kaum. Yang paling penting gaya penulisan seseorang itu haruslah tampak seolah-olah sedang berkata-kata dengan pembaca. Penggunaan ‘lah’ dihujung perkataan seperti memaksa pembaca menurut perintah. Perkataan singkat/shortform amatlah tidak digalakkan kerana cara penggunaan bahasa melambangkan sejauh mana seseorang itu mencintai bahasa.
            Saya berharap ceramah seperti ini akan sering diadakan. Kerana media sekarang mampu bergerak dengan sangat pantas hingga ke pelusuk dunia. Akhir kata dari ustaz ialah jika seseorang yang berdakwah untuk merubah orang lain akan letih, tetapi berdakwahlah untuk menyebarkan dakwah serta meramaikan jemaah. Sekian. In shaa Allah. 


Perkongsian Slot 2 oleh Mardihah

Penceramah kita yang kedua ialah Saudara Hilal Asyraf.. Nama yang tidak asing lagi dalam industri penulisan tanah air. Alhamdulillah, saudara Hilal sempat berkongsi beberapa tips penting dalam penulisan kepada kami.
1)      Niat: niat kena betul dan matlamat kena jelas. Niat memainkan peranan yang sangat penting dalam dakwah. Bukan sahaja dakwah ketika ‘turun padang’ tetapi juga dakwah dalam arena penulisan.

“ Putus asa di tengah perjuangan adalah kesilapan ketika di titik permulaan”

Niat juga perlu disertakan dengan matlamat. Untuk apa kita menulis? Siapakah kelompok mad’u kita? Apakah yang hendak dicapai? Ini semua adalah serba sedikit soalan yang perlu ada ketika otak ligat berfikir mencari idea untuk disampaikan kepada masyarakat.

2)      Latihan atau bakat? Anda risau tidak berbakat dalam menulis? Atau tidak mempunyai cukup keazaman membuat latih tubi setiap hari mengasah skill penulisan? Jangan risau kerana jawapannya bukan latihan atau bakat yang menentukan anda boleh menjadi seorang penulis yang mampu menyentuh hati-hati manusia, tetapi MINAT yang boleh membentuk anda menjadi seorang penulis. Find the field that you are good at, do the best with it, use it wisely.

3)      Menulis hari-hari. Minat sudah ada. Mungkin anda minat sangat nak jadi penulis sampai boleh termimipi-mimpi setiap malam. Namun hakikatnya, minat tidak lengkap tanpa usaha. Apabila sudah minat menulis, asah minat anda dengan menulis hari-hari. Tak kisahlah sama ada nak update blog, twitter mahupun facebook. Sedar atau tak, Mark Elliot Zuckerberg, mengasaskan facebook dengan penulisan. Ok, baru perasan (:

4)      Disiplin: orang yang berdisiplin adalah orang yang  berjaya. Percaya atau tidak, ini adalah hakikat kehidupan. No pain no gain. Saudara Hilal telah membahagikan disiplin ini kepada empat cabang iaitu:

a)      Jadual
b)      Perancangan
c)      Peribadi
d)      Prinsip-mungkin ini memerlukan penerangan yang lebih. Prinsip ini ialah, seorang penulis tidak boleh mencampur aduk kan perkara yang hak dan batil.
Contohnya: 1) Cinta Ana Enti yang tidak berlandaskan syariat, yang boleh membawa kekeliruan dalam masyarakat. Ehem. Terasa? Oh, ini tidak ada kaitan dengan hidup mahupun mati.
2) Anda seorang blogger+da’ie terkenal. Blog anda mempunyai beribu-ribu followers. Satu hari ada seorang ahli politik datang dan menawarkan sejumpah wang/habuan yg lumayan seandainya anda mempromote  beliau di dalam pilihan raya yang akan datang. *peringatan: ini hanya contoh* Namun, anda tahu bahawa beliau seorang yang tidak amanah dengan tanggungjawab yang diberi. Pilihan di tangan: Jika anda mencari keuntungan dalam penulisan mungkin anda akan memilih untuk mempromote ahli politik tersebut. Jika anda jelas niat sebenar dalam penulisan anda, anda tidak akan mempromote dan sekaligus menggadaikan prinsip dan kredibiliti anda sebagai penulis dan da’ie. Itulah pentingnya NIAT sebgaimana tips yang pertama tadi.

5)      Idea: Salah satu elemen penting dalam penulisan ialah idea. Tak ada idea nak tulis apa kan? (: Jadi orang akan menjadikan alasan tidak ada idea sebagai satu sebab mengapa blog2 makin sunyi, twitter tidak berkicau dengan riang dan sunyi sepi tanpa update di facebook. Jadi, jangan risau. Saudara Hilai telah memberi tips bagaimana nak konsistenkan penulisan. Idea terbahagi kepada dua:
a)      Natural: idea ini tidak biasa datang. Kadang-kadang datang tanpa diundang dan pergi tanpa sempat diolah dalam penulisan. Jadi, apabila idea yang natural ini datang, cepat-cepat abadikan dalam buku nota, mahupun kertas. Idea ini juga mungkin bukan untuk keseluruhan penulisan/cerita tetapi untuk rangka sahaja. Tidak mengapa kerana anda boleh add-on selepas itu. Antara karya Saudara Hilal yang datang secara natural ialah HERO.
b)      Fikir: Anda kena berfikir untuk mendapatkan idea. Mungkin dari pembacaan, atau pengalaman hidup. Mungkin juga dari pemerhatian terhadap kehidupan dan alam sekitar.

6)      Menyusun cerita: Minat sudah ada, idea sudah ada, usaha juga sudah cukup. Persoalannya, plot penceritaan yang bermasalah.

Ini adalah storyline yang kita biasa lihat. Klimaks di tengah-tengah cerita. Pembahagian storyline itu adalah seperti pembahagian bab demi bab. Perancangan perjalanan cerita yang baik dapat dilakukan dengan mengikuti storyline.

Storyline ini pula adalah klimaks berlaku apabila hampir di akhir cerita.  Pembahagian bab adalah sama seperti  di atas. 
Namun begitu, banyak lagi teknik penulisan yang lain. Boleh belajar jika berminat ^_^v

1)      Keberkesanan dakwah: Penulisan haruslah sampai di hati pembaca. Mengambil ibrar dari cerita Harry Potter yang pada awalnya memaparkan kisah untuk tontonan umum, akhirnya mempunyai adengan bercium di akhir buku/filemnya. Sadis apabila memikirkan bagaimana kanak-kanak yang membesar dengan cerita Harry Potter mampu terpengaruh dengan adengan seperti ini. Inilah kuasa penulisan.

“Mereka bekerja, dengan perancangan yang rapi. Bagaimana dengan kita?”

2)      Akhir sekali, Saudara Hilal berkongsi rahsia blog yang mampu menarik orang ramai.
a)       Update hari-hari
b)      Isi mestilah dekat dengan masyarakat
c)      Memberi manfaat
d)      Jelas antara hak dan batil (elakkan dari memasuki grey-area)
e)      Berikan sumbangan kepada Islam
f)        jangan malu untuk promosi blog

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (segalanya). Dia menciptakan insan dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia . Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya" (Al-‘Alaq :1-5).
*proses pembacaan bermula dengan penulisan.

 
Perkongsian Slot 3 oleh Nur Sharifah

Assalamualaikum, syukur kehadrat Allah atas rasa cintanya, kami tetap teguh dalam mengisi jiwa ini untuk slot yang kedua iaitu bersama Ustaz Pahrol Juoi dengan tajuk penghayatan dalam penulisan kreatif.

Beliau berkata “ ilmu yang dipelajari perlu menjadi resapan sebagai amalan” barulah ilmu itu ditakrifkan sebagai ilmu sebenarnya. Untuk memiliki ilmu perlulah kita takungnya  dengan rendah diri dan hati agar ia sentiasa dihargai, dimiliki dan dikongsi. Bagi seseorang yang ingin mencapai kesempurnaan ilmu, perlu istiqomah dalam menuntutnya. Maka untuk menguasai ilmu yang bermanfaat untuk diri dan orang lain perlunya bimbingan dari murrobbi yang memandaikan orang bukan yang tunjuk pandai.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa perlu sibuk akan ilmu, kata inginkan penghayatan. Tapi jangan kita alpa penghayatan dalam sesebuah penulisan yang akan menyentuh hati-hati adalah datangnya dari pengolahan ilmu yang bermanfaat yang diterima oleh penulisnya. Oleh itu, ilmu yang baik adalah tunjang kepada penulisan yang terbaik.

Mari kita renungkan, mengapakah umat islam dijajah? Ada dua sebab:
·        Pertama sebab kejahilannya
·        Kedua sebab kedegilannya

Yang pertama, kalau seseorang jahil, kita dapat membantu dan membimbingnya ke jalan kebenaran In Shaa Allah. Tapi jika kerana kedegilan yang tidak betah dalam melawan nafsu, kerana ketamakkan dan untuk kepentingan diri, perlunya seseorang itu muhasabah diri dan merawat hatinya yakni qalb dengan perisai amal yang baik. Justeru umat islam tidak akan dijajah dengan apa cara sekalipun.

Ustaz juga ada menyatakan “ sesebuah penulisan perlu adanya roh untuk menghidupkan hati”. Disini bukan roh yang menakutkan, yang akan mencekik kita dan akhirnya kita mati. Sebaliknya ia roh yang akan menghidupkan hati kita yang mungkin tengah nazak ketandusan cahaya illahi, serta menetapkan Addin islam dalam jiwa kita.

Penghayatan dalam penulisan perlu datangnya dari penulis itu sendiri. Dimana penulis adalah pendahwah, murrabbi dan pemimpin. Pertama penulis itu sendiri teguhkan ilmu untuk diri, tahu akan ilmu yang dipelajari, ingin memberitahu serta dia juga mujahaddah. Penulis yang baik adalah penulis yang menyeru bukan menyuruh, mendekati pembaca dengan niat mendidik dan mengumpul pengikut bukan peminat.
Biarlah dia tidak dikenali dengan personalitinya tapi didekati dengan penulisannya.

Pernah tidak kita menyoal qalb kita “Setakat mana Allah itu perlu dalam hidup kita?” persoalan ini perlu dirasa untuk kita sentiasa berada di track yang betul. Apatah lagi bagi seorang penulis yang ingin menyentuh hati pembacanya, penulis yang baik perlu kerja kuat (kepakaran) dan amanah (iman).

Mari kita meniti sejarah sejenak, siapa tidak kenal akan Imam Malik bin Anas dan kitabnya Al-Muwattak ?
Al-Muwattak adalah kitab hadits dan fiqih yang disusun oleh beliau merupakan salah satu dari kutubut Tis’ah ( 9 kitab hadits utama di kalangan sunni). Walaupun pada zaman beliau telah banyak kitab Muwattak ditulis, beliau tetap bertegas untuk menulisnya sebab ingin sampaikan kebenaran. Kitabnya tetap utuh hingga kini adalah sebab keikhlasan yang berterusan dan sangat teliti dalam penulisan.

Dalam penulisan perlu sampaikan kebenaran dan jangan sampaikan keindahan, kerana kehidupan adalah  realiti bukan fantasi. Tidak perlu seseorang itu mencari kata-kata, malah rasa itu yang menyusun kata seterusnya menjadi perkataan dan ayat yang menyentuh hati pembaca, In shaa Allah jika niat kita ikhlas di jalan Allah.

Sebelum menulis perlunya tujuan yang jelas. “dunia akan tunjuki jalan untuk orang yang jelas tujuannya”. Penulis juga perlu menulis darinya yang mana tulis apa yang diyakini, dialami dan dirasai untuk menjadi penulis yang sentiasa perbaiki dirinya dan orang lain untuk sama-sama meniti ke jalan Allah.

Pengajarannya
·        Mahakaya Allah, tulislah dengan hati yang ada Allah, In Shaa Allah tulisan itu dapat menyentuh hati-hati pembaca.
·        Lazimnya orang ikhlas, tidak perlu mengingati apa yang dicakap. Tapi ianya keluar sebagai mutiara kata.
·        Penulisan juga salah satu ibadah yang akan menaikkan saham kita selepas kita tiada.
·        Kata ustaz, “buat perkara yang betul dengan betul-betul” barulah matlamat akan tercapai. Sedihnya ramai yang buat perkara betul dengan main-main, natijahnya matlamat kita sentiasa berciciran.

Akhir kata, manusia ada tiga jenis:
·        Bijaksana
·        Cerdik
·        Pandai

Manusia yang bijaksana akan tingkatkan hikmah dari ilmu yang diperolehnya, manusia yang cerdik hanya tingkatkan ilmunya dan manusia yang pandai hanya mengejar matlamatnya. 

Persoalannya dimanakah diri kita untuk keluarga, sahabat dan masyarakat islam kita? 

Kita ingin menjadi manusia yang bagaimana?