Tuesday, August 14, 2012

Perkongsian DakWad


Alhamdulillah, pada tarikh bersejarah 23 Ramadhan/12 ogos, ikhwah akhawat PPUKM telah selesai menjayakan program sulungnya tahun ni, DakWad. Program kali ni walau tidak sebesar mana, namun kami semua akui, kemanisan ukhuwwah dan ilmu yg diperolehi cukup besar! Mudah-mudahan program ini dapat diadakan lagi selepas ini insyaAllah...

Program DakWad ialah program dakwah kepada pesakit dimana para perserta akan diberikan pendedahan tentang fiqh solat, thaharah dan puasa ketika sakit dan dapat terus mengaplikasikannya secara praktikal kepada para pesakit di wad

Tujuan utama program ini dijalankan ialah supaya para pelajar PPUKM (medic dan nursing) diberikan pengalaman dan skill utk berdakwah kpd pesakit dari segi memberi penerangan ttg solat,thaharah dan puasa ketika sakit. Harapan kami agar skill ini akan terus digunakan hingga alam pekerjaan


PERKONGSIAN DAKWAD DARI IKHWAH

group 1st (nirul , anuar , farhan)

pt 1st     - 86 yr old ,orto( pelvic fracture)
                                - sepanjang berada di hospital  tak pernah miss solat and puasa
                                - dah ada spray air sendiri dan sangt positif semasa kami approach
                                - sangat jaga solat dan puasa 

pt 2nd   - headache (berkopiah)
                                - tak puasa dan solat sepanjang berada dalam wad
                                - guna alasan puasa dan solat boleh qada
                                - berbeza dengan pt 1st, pt ni buat kami terkejut. jgn nilai orng berdasarkan luaran
                                - anuar ajar camna nak berwuduk guna spray
                                - pt x cooperate sangat dan mcm x selesa dgan kehadiran kami

pt 3rd    - ada liver disease
                                - jga solat tp xleh puasa sbb terpaksa mkan ubat
                                - pt x sure normal saline leh batal puasa atau tak
                                - pt tahu cara amik wuduk time sakit, tayamum suma

pt 4th    -chinese - just approach dan sembang2, dia sangt positif dan baik. sangat mesra

pengjaran - jgn nilai berdasarkan luaran, dpat belajar mcm mna nak takle pt yg sengaja x solat walaupun mula2 mcm kekok sikit , dapat berkongsi pandangn dengan patient yg dah ariff

group 2nd ( asrul , wan z , halim)

pt 1st     - pak cik ahmad
                                  - pt solat tp merungut sbb susah nak solat sbb byk procedure buat kat dia
               
pt 2nd   - pt kedua mcm kurang pengetahuan tentang rukhsah solat ketika sakit sbb pakai pampers( darah keluar berterusan) , so dia ingt xleh solat dan rancang nak qada
                                - so, 2nd group jelaskan tentang cara amik wuduk, solat semua
                                - pt bg reaksi yg sgt positif dan sgt berterima kasih dan pt ckp dia akan cuba untuk buat

pt 3rd    - cancer pt (orang surau)
                                - byk ilmu dan dpat bertukar pendapat
                                - tahu tentang ruksah solat ketika sakit

pt 4th    - cikgu
                                - sgt positif dan sgt nak tahu tentang solat ketika sakit
                                - so kumpuln ajar tentang cara solat semua

pt 5th    - pt yg prognosis hya 2 bulan lgi
                                - reaksi yg kurang positif - x cooperative - bz - tak berjaya nak tarik dia sbb ego tinggi sgt
                                - tp dpat tarik perhatian isteri pt untuk cuba bantu dktkan suami dngn tuhan

group 3 ( daus , syed , ismail)

pt 1st     - chinese non muslin with mutliple infarction n ascending infection
                                - dpt berbual2

pt 2nd   - hamzah , 52 yr old Bangladesh - central abdominal pain
                                - xpernah tinggal solat dan sgt postif
                                - ada sikt languange barrier
                                - mendoakan supaya semua untuk dktkan diri dgn ALLAH

pt 3rd    - pleural effusion
                                - dpat support yg kuat dari isteri, so solat semua terjga
                                - pt gembira ngn spray yg diberi, mudahkan untuk solat sbb pt x terfikir langsung untuk guna spray

pt 4th    - pak din (orng surau) DM and amputed leg
                                - sgt jga solat , x pernah tinggal

group 4 ( khairi , azrul hanif)

pt 1st     - 13 tahun supurative appendix ( 10 hari dlm wad)
                                - x cooperative , pt x puasa sepanjang dlm wad dan guna alasan x larat
                                - ahli group x puas hati sbb xdpat beri tunjuk ajar kpt pt berkenaan solat dan puasa

pt 2nd   - 84 tahun - painless hematuria
                                - pt chinse tp ahli group hampir ingt dia melayu sbb pndai ckp melayu
                                - pt ramai kawan melayu dan pernah tgk al-quran dan masuk ke masjid
                                - percaya hya kepada 1 tuhan
                                - rancang untuk approach pt lagi untuk berdakwah

pt 3rd       - termiss , soryy!!  T_T

pt 4th    - pt confused pasal catheter ingtkan xleh solat dan anggap mcm kotor
                                - so dpt explain kat pt pasal ni

Pengajaran
  • dpt byk pengalaman memandangkn ini 1st time approach patient dengan niat untuk unsur rohani
  • merupakan satu langkah yg baik untuk diamalkan sepanjang pembelajaran sbgai medical student
  • Dpt alami perasaan sebenar dilema yg dihadapi untuk mengajak orng menaikan solat fardu sbb ad pt yg menjadikan sakit alasan untuk tidak solat dan ad jugak tak tahu langsung tentang cara solat ketika sakit
  • Dpt berkongsi pengalaman dan ilmu dengan pesakit yg lebih berilmu
  • dpat lihat realiti sebenar pesakit , tak semua pesakit ambil berat mengenai solat yg dilakukan , dan ad yg mmg sengaja xnak solat
  • Jgn pandang seseorng berdasarkan luaran ( pt yg diaggap x solat, xpernah miss solat dan pt yg pakai lebai dan anggap x pernah miss solat pula buat yg sebaliknya)


RESOLUSI DAKWAD DARI AKHAWAT:

1.       Masalah yg dialami pesakit sebagai alasan utk tidak solat:
·         Rasa diri tidak bersih/suci kerana tidak boleh mencuci dgn bersih selepas membuang air.
·         Berpendapat jika badan kotor (cth:tidak mandi),maka tidak boleh solat.
·         Terasa terbeban lalu memutuskan utk mengqada solat selepas sudah sembuh.
·         Kesan fisiologi atau tekanan yg dialami menyebabkan pesakit kurang kesedaran utk solat/puasa.
·         Tidak tahu panduan khusus ruksah solat/puasa untuk pesakit (walaupun ada pesakit yg pernah bertanya soal ini pada ustazah, tapi ustazah pun tidak dapat memberi jawapan yang meyakinkan).
·         Mengambil ringan, bermaksud pesakit ada keinginan utk solat, tapi tidak tahu cara bersolat sebagai pesakit, lalu terus membatalkan niat utk bersolat tanpa cuba utk mengambil inisiatif utk bertanya dahulu kpd yg arif.


2.       Pendekatan/langkah-langkah mengatasi:
·         Menerangkan tentang kewajiban solat & sedikit sebanyak tentang cara-cara solat utk pesakit yg tidak mampu bersolat seperti biasa.
·         Menggunakan kepelbagaian cara pendekatan kepada pesakit, supaya dapat menarik perhatian pesakit terhadap kepentingan solat/puasa.(develop rapport) – Siap ada yg tolong suapkan makan lagi tu…
·         Membuat demo berwudhu/solat supaya pesakit lebih mudah memahami.
·         Membantu pesakit dgn menolong mewudhukan mereka.
·         Untuk pesakit yg selalu keluar dari topik perbincangan, boleh cuba utk buat PE kpd pesakit (supaya mereka dapat berhenti cakap sekejap) lalu teruskan bertanyakan ttg masalah solat berdasarkan masalah yg didapati dari PE (cthnya spt branula, CBD, colostomy, etc, macamana mereka solat dengan adanya benda2 ni)
·         Berpesan kpd ahli keluarga yg ada utk membantu pesakit dalam urusan wudhu/solat.


3.       Pengalaman fasi/peserta sepanjang program dakwad:
·         penerimaan baik oleh semua pesakit terhadap pendekatan yg dilakukan.
·         rasa gembira sebab boleh tolong pesakit mengambil wudhu.
·         ada pesakit yg memberi cadangan & berharap bahawa program ini harus diadakan lagi pada masa akan datang.
·         doktor /staf hospital juga menerima baik program dakwad.
·         penerimaan baik oleh pesakit bukan muslim.

4.       Cadangan utk program dakwad akan datang (insyaallah!):
·         buat pendekatan awal utk setiap batch junior yang baru supaya mereka lebih bersedia kerana telah dapat pendekatan awal.
·         boleh memperluaskan program ini utk semua pelajar terutama pelajar nursing.
·         menjemput/melibatkan doktor-doktor utk turut sama menyertai aktiviti ziarah pesakit.
·         akan datang harus melakukan demo supaya pesakit lebih faham.
·         melibatkan ziarah non-muslim yg lebih ramai.
·         mengedarkan pemplet yg mempunyai pelbagai bahasa supaya turut dapat dibaca oleh pesakit yg non-muslim.
·         minta sponsor kat hidayah centre.*cadangan terbaeeek oleh Sis Alya yg diimport dari HC :D


















Sunday, June 17, 2012

Perkongsian Program Santuni Mereka


Syukur Alhamdulillah! Dengan rahmat ALLAH, Pada Jumaat 8 Jun 2012, ikhwah dan akhawat Karisma-PPUKM (K-PPUKM) dengan kerjasama Hidayah Centre (HC) Pusat telah berjaya melaksanakan misi menyantuni saudara baru menerusi program ‘Santuni Mereka’. Program Santuni Mereka merupakan program yang pertama kali dianjurkan oleh K-PPUKM dengan kerjasama HC. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyantuni saudara baru serta membantu dalam menyelesaikan masaalah mereka. Dalam program yang kali pertama diadakan ini, Mak cik Hidayah Suriati, seorang ibu kepada 5 orang anak yang masih bersekolah rendah telah dipilih untuk disantuni oleh ikhwah dan akhawat K-PPUKM!. 

Latar Belakang Makcik Hidayah

Mak Cik Hidayah Suriati berumur 47 tahun,telah memeluk Islam pada tahun 2002 atas faktor perkahwinan. Pada asalnya, beliau tidak mahu menukar agama dan berkahwin dengan seorang lelaki melayu(warganegara Malaysia)  di Indonesia dibawah undang-undang mahkamah sivil (Mahakamah yang membenarkan perkahwinan campur diantara agama Islam dan agama lain). Setelah berkahwin, beliau diminta oleh suaminya untuk menetap di Malaysia. Oleh kerana penguatkuasaan mahkamah syariah di Malaysia tidak membenarkan perkahwinan campur antara agama Islam dan agama lain, beliau terpaksa memeluk Islam untuk mengekalkan perkahwinan. Setelah beberapa tahun berkahwin, suami Makcik Hidayah berkahwin lain dan meninggalkan Makcik Hidayah bersama 3 orang anak (kini 5 orang) terkontang-kanting tanpa memberi nafkah. Oleh kerana bebanan tanggungjawab serta tekanan daripada situasi yang dihadapi oleh Makcik Hidayah, beliau tidak dapat mengawal perasaan sehingga pernah cuba membunuh diri. Pada tahun 2006, beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur dibawah wad Psakaitri. Pada ketika itu, hidayah Allah menyapa Makcik Hidayah. Beliau mula mendalami Islam dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah. (Benarlah Hidayah itu milik Allah!). Kini beliau sedaya-upaya membesarkan 5 orang anak yang semuanya masih di sekolah rendah dan yang bongsu di tadika. Anak-anaknya, Faizal, Kamariah, Ridzuan, Aina dan Aiman merupakan pelajar cemerlang di kelas masing-masing. Bagi memastikan keluarganya dapat meneruskan kehidupan, beliau terpaksa berhutang keliling pinggang. Notis amaran untuk mengosongkan rumah telah beberapa kali diterima oleh Makcik Hidayah kerana gagal membayar sewa rumah lebih setahun.

Sekitar Aktiviti Sebelum lawatan
Syukur pada Allah yang memudahkan segala urusan, ikhwah dan akhawat K-PPUKM telah berjaya membuat kutipan derma untuk keluarga Makcik Hidayah. Promosi di laman sesawang seperti facebook, derma kilat disurau serta masjid dan juga sumbangan daripada para pensyarah PPUKM juga individu  telah berjaya mengumpulkan kutipan berjumlah RM4200 yang telah diserahkan kepada keluarga makcik Hidayah. Syukur pada Allah, keperihatinan segolongan daripada ummat ini pada kesusahan saudara  seaqidah mereka bukan hanya pada lisan tetapi telah diterjemahkan dengan amal!

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ         

‘iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan” (Ali-Imran : 134)

Sekitar Perjalanan Program Santuni Mereka

Program bermula pada pukul 6.30 petang. Selain ikhwah dan akhawat PPUKM, turut serta wakil daripada HC Pusat, Cik Nor Asma Alya dan juga penampilan istimewa Ukht Raja Azliza memeriahkan lagi program. Setibanya dirumah makcik Hidayah. Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Amir K-PPUKM. Kemudian, disusuli dengan pengisian berasaskan pengalaman oleh Makcik Hidayah yang benar-benar menggetarkan jiwa dan meruntun hati! ‘The Quest for Hidayah’ yang ditempuh oleh Makcik Hidayah adalah sangat berliku. Pelbagai ibrah yang kami perolehi daripada pengisian Makcik Hidayah. Diantaranya ialah:  

(1)Sentiasa bersangaka baik pada Allah,

Sabda Rasulullah saw;

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : قال الله عز و جل أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا

Maksudnya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik

(2) Tidak berputus asa dengan rahmat Allah,

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

 (3) Wajib berusaha bersungguh-sungguh bagi memperolehi hidayah Allah.
Sungguh terasa izzah(mulia)nya Makcik Hidayah dengan Islam yang dianutinya. Benarlah firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat ke 5,

“Mereka itulah yang tetap mendapat pertunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

Kami melihat situasi ini sangat berbeza dengan masyarakat Muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam. Kebanyakan daripada kita yang ‘borned Muslim’ tidak menghargai agama yang kita perolehi daripada keluarga kita. Jom kita analogikan situasi ini dengan kereta buatan Malaysia dan kereta buatan Jerman. Kebanyakan kereta buatan Malaysia adalah ‘ready-made’(siap pasang) menyebabkan performance kurang bagus, dan masyarakat tidak terpegun dengan melihat kereta Malaysia dijalan-jalan raya dan merasakan ianya kereta yang biasa kerana ianya ‘Murah’. Ini berbeza dengan kereta buatan Jerman yang kebanyakannnya ‘Hand-made’ dibuat dengan penuh usaha dan penghayatan(passion) oleh si engineer dan ini menyebabkan harganya sangat ‘Mahal’. Ini mendatangkan perasaan ‘izzah’nya menaiki kereta sedemikian. Jadi Islam yang kita anuti Hand-made atau Ready-made? 
  
Seterusnya, program diteruskan dengan sesi makan-makan bersama keluarga Makcik Hidayah setelah selesai solat fardhu Maghrib. Akhawat makan dirumah Makcik Hidayah dan Ikhwah membawa anak-anak lelaki Makcik Hidayah makan di kedai makan berhampiran. Selesai makan, kami menyerahkan sumbangan daripada kutipan yang dibuat selama 2 minggu  kepada Makcik Hidayah yang telah diasingkan didalam sampul kertas mengikut hutang-hutang Makcik Hidayah yang perlu dilunaskan.

Kata-kata terakhir oleh Makcik Hidayah kepada kami sangat menyentuh. Makcik Hidayah berkata “Walaupun pelbagai kesusahan  yang Makcik alami untuk memelihara iman, seperti tidak dapat bersama keluarga Makcik yang masih beragama kristian dan terputus persahabatan dengan 5 orang kawan baik kerana memilih untuk memeluk Islam, tetapi Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Allah menggantikan Makcik dengan keluarga yang lebih besar!!!”. Makcik Hidayah juga menjemput untuk ikhwah dan akhawat untuk datang beraya kerumahnya nanti. Hemmm..boleh ke? InsyaAllah Makcik Hidayah.

Konklusinya, misi menyantuni saudara pada kali ini tercapai. JZKK pada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Moga pengalaman yang kita kutip bersama ini menjadi pemacu semangat kita dalam Aslih Nafsak,Wad'u Ghairak (Memperbaiki Diri, Dan mengajak Yang Lain).     

Gambar Semasa Program








Perkongsian Shahadatul Haq



Alhamdulillah, pada tarikh bersejarah 16 Jun 2012, ikhwah akhawat K-PPUKM telah bergabung tenaga sekali lagi untuk menjayakan satu lagi program yang sarat dengan sentuhan atau mungkin lebih tepat lagi, “ketukan” pada jiwa-jiwa yang sedang tidur atau banyak berehat di jalan dakwah dan tarbiah ini. Program Shahadatul Haq yang buat kali pertamanya dianjur oleh pihak K-PPUKM banyak memberi kejutan, termasuk kepada kami pihak penganjur. Namun itulah keistimewaan program Shahadatul Haq yang bagi kebanyakkan kami, inilah kali pertama, “element of surprise”.

Program Shahadatul Haq merupakan sebuah program yang dianjur berobjektifkan memberi kesedaran kepada ahli-ahli K-PPUKM untuk berdakwah kepada masyarakat. Tanpa adanya satu kesedaran dan pemahaman kepada persoalan cliché “kenapa aku perlu menjalankan dakwah?”, mustahil objektif utama tarbiah itu sendiri tercapai. Tiadalah apa-apa hasil dari segala penat lelah usaha tarbiah (yang tidaklah sehebat mana pun) yang boleh kita perolehi jika persoalan penting ini hanya tinggal persoalan. Dan tiadalah apa-apa kesan terhadap masyarakat jika keadaan ini tidak dibaiki. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan urusan kami, untuk memberi peluang agar program ini berjaya dijalankan, jawapan kepada persoalan penting ini sudah dirungkai, dan pemahaman tentang konsep dakwah itu telah disatukan. Namun, yang menjadi soalan lebih penting adalah tahap penerimaan dan fahaman kita sendiri, dimana perkara ini sudah tentu berbeza pada setiap individu yang hadir walaupun kita semua mendengarnya dibawah satu bumbung yang sama.

Terlampau banyak ibrah dan kesedaran yang boleh dipetik dari apa yang disampaikan sepanjang program, daripada kepentingan untuk benar-benar mengamalkan 10 muwosoffat tarbiah, hinggalah kepada pengorbanan untuk usaha dakwah. Tapi apa yang benar-benar menjadi penekanan adalah apa yang berada ditengah-tengah antara dua perkara tersebut, yakni kepentingan untuk menyampaikan apa yang kita dapati di dalam sistem tarbiah ini dengan cara dakwah yang tersusun.

Program SH ini dimulakan dengan sejarah bagaimana konsep SH itu mula-mula wujud. SH asal usulnya merupakan satu siri khutbah yang telah disampaikan oleh Sayyid Abul ‘Aala Al-Maududi, seorang tokoh islam yang hebat dari india, dimana isi khutbannya itu telah diterjemah kepada pelbagai bahasa dan dibukukan. Buku inilah yang menjadi silibus, atau manhaj kepada program ini.  

Mutiara kata yang digunakan untuk penerangan manhaj ini pula adalah sepotong ayat quran yang mungkin kita selalu terpandang sebelah mata sahaja…

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat pertengahan* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…..” [Al-Baqarah,2:143]

*Umat Wasathoniah

Apa yang dimaksudkan dengan umat wasatho? Umat wasatho atau umat pertengahan merujuk kepada umat manusia yang memikul tugas meneruskan risalah Nabi Muhammad SAW. Kita adalah umat wasatho ini, yang menjadi orang tengah antara kita dan manusia lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘menjadi saksi’ dalam ayat ini? Syahadah adalah penyaksian bukan sekadar lafaz. Penyaksian memerlukan seseorang itu mengakui setelah melihat / mendengar / merasai sesuatu dan meyakini kebenaran sesuatu itu. Kemudiannya, mereka yang telah membuat penyaksian ini perlulah menjadi ‘saksi’,dan tugas seorang saksi itu adalah menyatakan apa yang telah ia perakui atau persaksikan tadi. Sebagai contoh, saksi dalam perbicaraan yang perlu menjadi ‘saksi’ dengan menyatakan kepada para hakim,  para peguam, juri, etc, yang tidak tahu perkara sebenar, apa yang telah disaksikannya. Konsep ini boleh diringkaskan dalam diagram ini



Oleh itu, pengisian program SH yang bermula dari 9.00 am hingga ke 5.00 pm ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap konsep ini. Jika kita telah bershahadah, maka perlulah kita menjadi saksi atas syahadah itu dengan menjalankan tugas kita menyampaikan apa yang telah kita perakui itu. Bunyinya agak straight forward dan sebenarnya mudah saja untuk difahami. Namun hakikatnya, bagi konsep itu untuk benar-benar melekat didalam hati hingga membuahkan hasil-hasil dakwah yang ikhlas dan berkesan bukanlah sesuatu yang mampu ana kongsikan disini dengan tahap ilmu yang ada pada diri dan wadah yang terlalu ‘lay back’ ini. Oleh itu, ana dengan rasa rendah dirinya mengucapkan, jazakallahhukhairankathira bagi antum yang sudi membaca coretan perkongsian pendek ana yang sebenarnya hanya udang di sebalik batu kerana ana sendiri ingin kiranya antum menjadi saksi bahawa ana juga telah menjalankan satu permulaan kepada usaha pelaksanaan Shahadatul Haq bagi diri ana sendiri. Mudah-mudahan Allah memberikan pada ana dan antum semua yang membaca ini, hikmah, hidayah, ilmu atau apa sahaja hingga membolehkan kita semua menjadi hamba-hambanya yang bershahadah dengan shahadatul HAQ!

Wallahualam

Perkongsian Gambar

Ukhuwwah Teras Kegemilangan
[p/s: cawan kena recycle ye]

 Para akhawat bertuah yang diberi peluang menyertai program best ni~













 








Saturday, June 16, 2012

Perkongsian Rehearsal Ramadhan



Alhamdulillah pada 7 Jun 2012, kita berkesempatan mengadakan satu pengisian yang ana kira amatlah bermakna untuk dikongsikan pada antum semua. Walaupun dalam tempoh yg ana kira singkat (antara asar dan magrib) kita berpeluang menghadiri majlis ilmu yang mana majlis yang cukup diberkati oleh Allah dan bersamanya para malaikat. 
Pengisian pada kali ini menyentuh topik rehearsal ramadhan, satu term yg agak baru pada ana. Mungkin agak catchy dan menarik perhatian. Satu pengisian yang mengajak pendengar kembali muhasabah atau dalam erti kata lain mewujudkan/menghadirkan rasa kedatangan bulan ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi. Terasa bahawa masa yg berlalu agak pantas dengan hari-hari yang dihimpit kesibukan dan masalah, akhirnya Ramadhan kembali untuk menemui kita. 
Bermula dengan perkongsian daripada akh Fatih sebagai pembuka majlis untuk mengajak hadirin kembali membetulkan niat dan matlamat menghadiri majlis ini. Supaya kembali memikirkan apakah sebenarnya tujuan Allah memberi perintah kepada manusia supaya berpuasa. Mengapa ianya dijalankan selama sebulan dan apakah matlamat pada akhir Ramadhan yang sebenarnya yang ingin kita capai. Dengan kedatangan Bulan Rejab dan Sya’ban, kita berpeluang membuat persiapan diri dari segi rohani dan jasmani, mempertingkatkan ilmu, memperbanyakkan amalan. Supaya dengan usaha ini, kita akan menempuh Ramadhan dengan penuh tenaga hingga ke akhirnya. Akh Fatih mengulas bahawa setiap perintah Allah tentu ada hikmahnya yang tersendiri namun kita sendiri perlu usaha untuk mencarinya dengan ilmu. Sebagai penutup, akh Fatih mendoakan agar semua hadirin dapat mencapai tahap puasa yang sempurna dan mencapai natijah yg sebenar pada hujung Ramadhan nanti. 
Kemudian majlis diteruskan dengan sesi latihan dalam kumpulan. Ikhwah dan akhawat dibahagikan kumpulan dan diberi tajuk “Puasa sebagai Perisai” untuk dibincangkan selama 15 minit. Pada sesi ini mengajak ikhwah dan akhawat supaya memikirkan apakah maksud disebalik hadis Nabi s.a.w itu. Secara kesimpulannya, puasa dikatakan sebagai perisai kerana dengan puasa kita membina pertahanan diri daripada musuh tradisi iaitu syaitan dan nafsu. Apabila dikatakan soal ‘perisai’, ianya memberi idea bahawa hidup ini adalah peperangan. Pelbagai ujian datang untuk cuba menggoyah pegangan dan matlamat hidup seorang manusia itu. Akhirnya Allah memberikan satu bulan yang sangat istimewa kepada umat Islam sebagai peluang untuk membina perisai sebagai menghadapi bulan2 yang akan kita tempuhi selepas itu. 
Selesai sesi LDK, majlis diakhiri dengan perkongsian 15 minit oleh akh Amirul Letfee (jzkk akh!) sebelum iftar.  Akh Amirul memulakan perkongsian dengan mengajak hadirin melihat kembali pada bulan Ramadhan yang telah kita tempuhi pada tahun2 sebelumnya. Sudahkah ianya mencapai azam yang kita inginkan? Adakah lebih baik daripada Ramadhan yang kita hadapi pada tahun sebelumnya. Kemudian akh Amirul menceritakan perjalanan amalan seseorang muslim selepas berakhirnya bulan Ramadhan. Hari-hari yang ditempuhi selepas itu semakin lama mengurangkan rasa dan semangat untuk beramal seperti mana di bulan Ramadhan dahulu. Bukan sahaja dari aspek kuantiti malah dari aspek kualiti juga berkurangan. Semoga dengan kedatangan Rejab dan Sya’ban ini kita dapat kembali menaikkan semangat dan ibadah-ibadah sunat ini dengan perlahan-lahan supaya apabila kedatangan Ramadhan kelak kita berpeluang merebut amal lebih banyak lagi. Akh Amirul mengajak hadirin supaya bermuhasabah supaya jangan mensia-siakan kedatangan Ramadhan ini kerana peluang untuk bersua dengan Ramadhan adalah satu anugerah dari Allah.  Kita tidak tahu apakah kita ditakdirkan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Semoga mereka yang mendahulu kita di ampuni oleh Allah s.w.t akan dosa-dosanya…Ameen..

Ayuhlah kita merasakan hari-hari yang bakal kita tempuhi selepas ini dengan memperbanyakkan amalan. Jangan tunggu bulan Ramadhan  datang untuk kita bertaubat. Mulailah dari sekarang, dari saat ini untuk dekatkan diri pada Allah s.w.t. Jangan sampai kita termasuk dikalangan orang-orang yang zalim kerana keengganan kita untuk bertaubat. Marilah berdoa kepada Allah s.w.t untuk bersua dan merasakan kembali bulan Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah…

Jzkk pada yang hadir dan mnjayakan majlis ini. Semoga usaha antum semua dikira sebagai ibadah dan diterima Allah s.w.t. Aminn..

Friday, June 1, 2012

Credits Kepada Akhawat Nursing

Tahniah diucapkan kepada sahabiah-sahabiah kita dari course nursing atas kejayaan mereka menjalankan program pengisian pendek ketika senggang waktu hari Jumaat. Program yang digelar "food for soul" dan "ladies moment" atau.... Well ana tak pasti apa nama sebenar since banyak sangat namanya...hohohoh...-->maaf, tercarried away disitu...

Barisan pelaksanan program khususnya dari kalangan adik-adik nursing tahun 2, 'orang kuat nursing' kita. >.<
InsyaAllah, kita doakan agar Allah membalas mereka dengan balasan yang lebih baik di dunia dan akhirat.

Buat masa ini, program yang dijalankan berupa perkongsian video dari koleksi video "Fattibiouni" diikuti dengan perkongsian ringkas dikalangan para akhawat sendiri. Alhamdulillah, 2 sesi program ini telah berjaya dijalankan.
(Adab Makan Rasulullah SAW)

 
(Rasulullah Selalu Tersenyum)

Ana secara jujurnya merasa kagum atas dedikasi, kesungguhan dan keikhlasan para akhawat nursing dalam menjayakan program yang tampak 'simple' ini. Bukanlah kerana mengejar KPI atau menjalankan strategic planning, tapi atas dasar keinginan untuk berkongsi keindahan islam dan kasihnya pada sahabat-sahabat lain menjadikan jiwa meronta-ronta untuk 'menyampaikan walaupun sepatah' dari apa yang mereka dapati dari sistem tarbiah ini. --> ayat romantik gitu...>_<

Mari kita fikir sebentar tentang diri kita pula... Sejauh mana keikhlasan dan perasaan kasih sayang telah menjadikan kita insan yang terkehadapan dalam gerak kerja dakwah? Memetik dari isi daurah 02 seminggu lepas, dakwatuna, dakwah kita, merupakan dakwah yang terbina atas asas, kejujuran, keihklasan, kesucian, pengorbanan, dan juga, kasih sayang. Bukanlah atas dasar tanggungjawab semata seperti apa yang kita selalu rasakan. 

Usaha dakwah yang dijalankan atas niat yang ikhlas demi mencari redha Allah, tidak akan dapat melainkan dari dua perkara, samaada program itu berjaya dan Allah redha padanya, atau program itu tidak berjaya tapi Allah redha juga padanya. Itulah kehebatan cinta Allah pada hambaNya. Jika kita semua dinilai atas kejayaan dari pandangan mata, sudah pasti ramai telah meninggalkan jalan ini. Tapi Allah menjanjikan pahala dan redhaNya berdasarkan niat dihati...
"Setiap perbuatan bergantung pada niat" Hadith 1
 Ana juga kagum dengan kesungguhan akhawat2 nursing dalam menjalankan program ini. Walaupun program ini hanya program yang simple, namun persiapan dijalankan dengan bersungguh, bermula dari mengenal pasti audience, memikirkan apa approach terbaik untuk menyampaikan risalah dakwah kepada mereka, mendapatkan tenaga kerja, membahagikan tugasan, menggunakan cara paling praktikal dan mudah diterima, menjalankan hebahan melalui poster, (malahan pembuat poster juga dengan rela hati telah mengorbankan masa dan tenaga untuk menjadi apprentice ana), menyediakan risalah, dan meminta nasihat dan pandangan akhawat senior. Dari mana datangnya kesungguhan untuk melakukan sesuatu sebaik mungkin dan secara teratur dalam keadaaan tiada langsung 'push' dari mana-mana pihak atasan atau pihak pemerhati? Ana sendiri terkedu. FirmanNya dalam surah As-Saf:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

InsyaAllah, kita titipkan doa untuk teratak dakwah kita ini, mudah-mudahan Allah permudahkan hati-hati kita untuk benar-benar ikhlas dalam berjuang, dan berjuang atas dasar kasih sayang.

Ingin juga disini, ana tolong promot program mereka yang dijalankan setiap Jumaat, di dewan Henderson. Kalau tak tahu kat mana, boleh tanya la pada yang pakar. Kita sama-sama bantu adik-adik kita ni santuni rakan-rakan mereka. InsyaAllah... Walaubagaimanapun, program ini hanya dapat dijalankan ketika mereka dalam sesi teori, dan akan 'pause' ketika sesi posting atas sebab2 tertentu. 

Mabruk!

Selamatkan Syria!!


Bagi mereka yang tidak dapat turut bersama ketika program "Syria, the inside story", berikut merupakan point penting yang dikatakan oelh Dr. Khaled dan Dr. Amer.




DR KHALED HINDAWI
Pembantu Khas Dr Yusuf Al Qardhawi
  • Daripada Huzaifah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka.
  •  Sikap kita yg ambil tahu masalah ummat (“kepedulian”) amat dituntut.
  •  Sejak 40 tahun yang lalu di Syria berlaku Pembunuhan trhdp dewasa & knk2, oleh golongan yg  menentang ahli sunnah waljamaah (ASW) di mana bilangan yang syahid mencecah 60000 orang oleh Regim yg hipokrit dan zalim.
  •  Regim Bashaar Assad telah melakukan penyembelihan , tdk kurang dari 100 tempat. Tiada bantuan dari mana2 pihak . Rakyat Syria ibarat singa yg hilang kuku berdepan dgn kezaliman . Mereka menunjukkan melalui tunjuk perasaan yg aman.
  •  Semuanya bermula di Dara’ Daerah Huran (negeri Imam nawawi) apabila beberapa orang kanak-kanak yg menulis di dinding “Rakyat mahu kerajaan turun “ . Ketua polis Athif Najib memnjarakan semua knk2 tersebut dan mencabut kuku2 tgn dan kaki mereka. Apabila ibubapa menuntut , mrk disuruh melupakan anak2 mereka, anggap shj mereka telah mati. Kata2 biadab pihak polis yg bersekongkol dgn regim “kami akan meniduri isterimu2 jika kamu perlukan anak” . Kata2 ini menimbulkan kemarahan … maka pada 15 Mac Rakyat Bangun dan menentang . Ada sebahagian para tentera tinggalkan regim ini. Bilangan mereka mencecah 200000 mujahid.
  •  Wahai saudara2ku , hari ini kita berkumpul atas ikatan iman, akidah ini menjadikan umat ini bersaudara. Pahlawan kpd kebebasan. Anda perlu memahami masalah yg dihadapi. Perlu saling membantu dengan kebendaan dan maknawi. Ianya merupakan iman yg hakiki.
  •  Terjemahkanlah iman anda ibarat muslim yg satu jasad menentang regim yg zalim ini. Pemerintah yg bertamadun ialah yg adil bukan yg menindas dan memenjarakan saudaranya.
  •  Ramai yang menjadi yatim & ibu tunggal. Rejim tidak menghormati rumah ibadah. Menara masjid ditembak.
  •  Ada yg ditanam hidup2 kerana tidak mahu mengatakan “TIADA TUHAN MELAINKAN ASAD”
  •  “Orang mu`min bagi orang mu`min itu laksana satu badan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
  •  Kita mesti bersama dgn mereka (saudara2 di Syria) memperjuangkn kebebasan dan adil. Rakyat perlukan undang-undang yg adil
  •  Rakyat Syria, dari bumi Syam yg mulia, diberkati yg disebutkan oleh Rasul, bumi para anbiya.
  •  Regim ini kononnya mendakwa menentang Yahudi. Sejak 40 tahun mereka tak pernah bunuh walau seorg Yahudi pun, malah kini telah menghalakan senjata mereka dan membunuh 60000 rakyat yang tak berdosa.
  •  Di sebuah tempat di Houla, 150 000 disembelih, dicincang termasuk 50 orang kanak2. Regim ini telah dibantu oleh Russia dan Hizbullah Iran yang hendak hapuskan ASW.
  •  Benjamin Netanyahu (PM Israil )berkata Bashar Al-Assad merupakan orang dikasihinya seperti mana mereka kasihi ayahnya (Hafez Al- Assad) yang kekal membawa kebaikan dan kemashlahatan kepada Israel.”
  •  Adalah merupakan satu penipuan seandainya dikatakan Regim ini berjuang menentang Israel.



DR AMER ABU SALAMAH
Pemimpin Ikhwan Muslimun Syria
  • Kami datang utk beri gambaran yg sebenar apa yg berlaku.
  •  Rakyat Syria menampakkan keberanian mereka, sanggup berkorban dan syahid. Ribuan mereka yg cedera, lebih dari 2 juta menjadi pelarian.
  •  Jadilah kamu org2 yg pemurah. Allah akan tanya apakah yg akan anda lakukan setelah melihat saudara2nya yg disembelih ibarat kambing.
  •  Allah berfirman “Sesungguhnya org beriman itu bersaudara’ ..namun demikian hanya dgn ucapan sahaja tidak memberi manfaat. Ia juga perlukan pengorbanan dari kita jika kita katakan kita bersama2 dgn rakyat Syria
  •  Perkara yg bahaya bila ada yg mengatakan “ Kami tidak apa2 kaitan dgn apa yg berlaku di Syria. Itu masalah mereka.“ Kita adalah merupakan jasad yg satu, umat yg satu.
  •  Umat Islam amat bersimpati atas apa berlaku di Gaza. Memang wajib kita bantu umat Islam di Gaza. Kini berlaku di banyak tempat di Syria seperti mana yg berlaku di Gaza. Di manakah saudara2 Islamku yg telah membantu saudaranya di Gaza?
  •  Takutilah Allah. Hendaklah kamu bersama dgn anak yatim, yg dizalimi, di mana mata mereka dikorek, leher mereka dikapak.
  •  Beberapa ketika kami berkumpul di Istanbul. Ulama menyokong. Kesatuan ulama sedunia seramai 50000 orang diketuai oleh dr Yusuf Qardhawi menyokong rakyat Syria dan mengatakan KEWAJIPAN umat Islam membantu rakyat Syria.
  •  Para fukaha berkata jika sekumpulan tinggalkan imam yg zalim, wajib membantu kumpulan tersebut memerangi imam (pemerintah) yg zalim. Di zaman Rasulullah, mereka menentang kezaliman dan itu menjadi tuntutan agama. Mereka tidak boleh dianggap sebagai pengkhianat. Penyokong rejim ialah ulama yg munafik yg ada kepentingan dgn regim yg zalim.
  •  Regim yg ada ni tak pentingkan agama, tiada kemuliaan, tiada prinsip. Kemenangan akan kita terima dgn adanya tentera yg merdeka dan bersama para mujahidin. Kemenangan akan kita perolehi insya Allah
  •  Wanita Syria, suami dan anak2 tidak akan patah balik sehingga jatuh regim tersebut.
  •  Firman Allah : Al Baqarah :195 “Dan infaqkanlah hartamu ke jalan Allah dan jgn kamu campakkan diri dalam kebinasaan dengan tangan kamu sendiri “
  •  Siapakah yg sanggup berikan RM100 000 …mencontohi Abu bakr , Umar, Abd Rahman bin Auf. Di manakah ahli2 perniagaan ?
  •  Jutawan Qatar yg infaq 3 juta Riyal … telefon dlm masa 2 hari selepas infaq, mengatakan dia telah mendapat 4 juta Riyal keuntungan
  •  Di Indonesia, lepas infaq US7000 diganti oleh Allah 10 kali ganda. Dia memperolehi US 700 000.
  •  Ummu Anas memulakan dengan memberi kesanggupan menyumbang sebanyak RM50 000

Sumbangan boleh dibuat melalui Tabung Kasih Ummah Syria atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia
akaun Bank Islam Malaysia Berhad 120 290 1006 3512
http://www.ikram.org.my


Thursday, May 31, 2012

Persiapkan dirimu untuk Ramadhan!!

Alhamdulillah kita kini berada di dalam bulan Rejab. Tak lama lagi Syaaban dan seterusnya Ramadhan akan menjengah. Apakah persediaan kita untuk menyambut bulan Ramadhan??

Inilah masanya! Latihlah minda, ruh dan jasmani anda untuk ibadah2 yang akan diberi ganjaran berlipat kali ganda pada bulan Ramadhan nanti. Jangan sampai tiba bulan Ramadhan, rohani dan jasmani kita tidak bersedia untuk berpuasa dengan baik, bangun qiamullail, memperbanyakkan solat sunat, atau membaca Al-Quran...

Bagaimana mungkin seorang yang gagal dalam madrasah Ramadhan boleh "graduate" dengan jayanya, jauh sekali untuk menjadi seorang yang "tahan lasak" dalam ibadahnya... (mengingatkan diri sendiri la ye)

Freebies!!!

Jadual waktu solat 'poket'
 (Mei-Disember sahaja)
Bagi memudahkan:
  1. Berbuka puasa (Termasuk utk puasa sunat)
  2. Plan qiamullail
  3. Plan solat sunat rawatib
  4. Plan sahur
  5. Solat tepat pada waktu
  6. Mencari waktu seswai utk baca quran
  7. Menjaga masa dan waktu solat

Instruction:
  1. Download gambar diatas
  2. Print dan potong setiap kepingan
  3. Stapler di bahagian atas

  • Dilarang menjual 'freebies' ini...nama pun freebies



Selain persediaan dari segi ibadah, janganlah kita lupa, bila dinamakan 'puasa' bukanlah perut sahaja yang berpuasa, kita perlulah juga bersedia dan melatih diri untuk:

Puasa Hati
Ini bermakna kita perlu dijauhkan dari hal-hal yang dapat merosakkannya seperti syirik, keyakinan yang sesat, penyakit was was, dan sifat2 tercela. Kita juga perlu melatih hati untuk berpuasa dari sifat sombong, ujub, dan sifat dengki. Sebaliknya isilah ia dengan asmaul husna, dzikir, iman, takwa dan keyakinan pada Allah SWT.

Puasa Lisan
"Peliharalah bahagian ini!!"--> Lidah 
"Tidaklah orang2 dilemparkan ke dalam api neraka melainkan kerana perbuatan lisan mereka"
Nauzubillah...Kita mohon Allah lindungi kita dari segala kejahatan yang terbit dari lisan yang tidak baik. Tiada gunanya puasa tanpa berpuasalah juga lidahnya dari menyebut perkara yang boleh mendatangkan dosa. Jauhi dusta, mengadu domba, mengumpat, menyumpah, memberi saksi palsu, melaknat, menghina orang lain, mengejek, etc.... Sebaliknya, biasakanlah lidah untuk istighfar, tahmid, tasbih, bersyukur dan bertaubat.

Puasa Mata
Dalam konteks berpuasa, mata tidak boleh melihat makanan yang sedap2... Dan of course, tundukanlah pandangan dari memandang yang hareemmm... 

Puasa Telinga
Puasa telinga adalah dalam bentuk menjauhkan telinga dari mendengar muzik2 yang tidak mendatangkan manfaat atau merangsang nafsu dan keburukan. Juga, jauhkanlah telinga dari mendengar-dengar tentang aib orang lain, atau gossips2 terkini. Biasakanlah diri untuk mendengar alunan zikir, ayat quran, nasihat dan ceramah. Mudah-mudahan memberi manfaat

Puasa Perut
Bukanlah sekadar menahan makan dan minum, termasuk juga dalam puasa perut untuk menjauhkan perut dari hasil rezeki yang tidak halal, contohnya seperti riba. 

Puasa Kaki
Jauhkanlah diri dari tempat yang haram, dan tempat yang diketahui terdapat maksiat dan keburukan padanya. Sebaliknya, biasakanlah diri untuk melangkah ke masjid dan majlis ilmu.

Pada yang para pembaca, mungkin ada yang terdetik di hati,tazkirah seperti ini, mengapa mesti dikhaskan hanya ketika bulan Ramadhan?? Well, memang tazkirah seperti ini ada pada sepanjang tahun pun dan perlu diamalkan pada setiap masa! Cuma pada bulan Ramadhan kita lihat lebih ramai manusia yang berusaha ke arah kebaikan demi meraih pahala yang berbundle-bundle di Ramadhan nanti. Tapi kesilapan besar yang dilakukan adalah apabila ada yang sekadar menjadi 'hamba Ramadhan' instead of 'hamba Allah'. Maknanya hanya pada bulan Ramadhan sajalah nak jadi baik... 

Ramadhan untuk memudahkan Taqwa
Kita sering mendengar term "Madrasah Ramadhan", ini kerana selepas habis Ramadhan seolaha-olah kita telah habis satu sesi persekolahan yang mengajar kita erti pengorbanan, mujahadah dan banyak lagi. Manusia memang sifat mereka memerlukan satu 'dorongan' untuk mencapai sesuatu. Begitulah Ramadhan, ia adalah satu bentuk dorongan yang Allah kurniakan pada umat Nabi Muhammad, sebagai satu dorongan. Dorongan untuk apa? Dorongan untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.

2:183
”Wahai orang-orang berIman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh Taqwa (2:183)

Saya ulangi lagi sekali ye "mudah-mudahan kamu beroleh taqwa". 

Sama seperti Allah memudahkan seorang yang sakit dengan menyediakan rukhsah solat supaya dia dapat memperoleh ibadah solat, begitu juga Ramadhan. Ia hanya merupakan satu cara, rukhsah, dan kemudahan yang  Allah berikan pada kita agar kita dapat beroleh taqwa. Bukankah sesuatu yang pelik jika seseorang itu hanya akan solat jika dia sakit supaya dia dapat menggunakan rukhsah solat? Kita akan kata orang yang berbuat begitu sudah sesat... atau super pemalas... Begitu juga Ramadhan, bukankah sangat pelik jika kita hanya berusaha untuk mencapai taqwa ketika Ramadhan sahaja? Maka, beringatlah taqwa itu perlulah kita pupuk setiap masa, Ramadhan pula merupakan salah kurniaan Allah bagi memudahkan kita mencapainya. Taqwa itu bukan saja perlu dipupuk, ia juga perlu dikekalkan dan ditingkatkan dari masa ke semasa. Maka gunakan Ramadhan yang masih berbaki dalam umur kita yang pendek untuk mencapai tahap taqwa yang paling tinggi yang mampu kita capai

Wallahualam....

Source : Ramadhankan Hidupmu, Dr. Aidh B Abdullah Al-Qarni dan dari 'Tazkirah' Ustaz Emran