Friday, October 28, 2011

10 Hari Dari Bulan Zulhijjah

السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته

الحمد لله رب العزة والجبروت والصلاة والسلام علي رسوله الأمين وعلي آله وصحبه أجمعين

Klik untuk gambar lebih besar

 Menemui ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian,

Sekali lagi ana merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana nikmat-Nya yang terlalu banyak buat kita sebagai hamba-Nya. Semoga kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia ini membawa keberkatan.

Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan ini, sayugia jangan kita lupa untuk mengimarahkan hati dan jiwa agar sentiasa berada dalam kemurnian. Ia perlu sentiasa bersih, suci dan murni untuk menerima kalam-kalam suci daripada al-Quran dan as-Sunnah. Itulah tuntutan tarbiah kita dalam jamaah ini.

Justeru dengan kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia terutama pada 10 hari pertama ini marilah kita bersama-sama mengambil peluang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Insya-Allah ia juga menjadi bekalan di sepanjang dakwah yang berkat ini.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Ust Tajul Arifin Che Zakaria
Pengerusi JKT IKRAM PUSAT

Untuk membantu meningkatkan roh ahli IKRAM, JKT mencadangkan supaya dilaksanakan kewajipan-kewajipan berikut bagi menghidupkan 10 hari terawal bulan Zulhijjah
Kewajipan-kewajipan:

  1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).
  2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiamullail.
  3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).
  4. Berpuasa pada hari Arafah kerana fadilatnya yang besar.
  5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.
  6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).
  7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.
  8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.
  9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.
  10. Berusaha menyebarkan panduan-panduan ini di tempat kerja masing-masing; menggesa sahabat-sahabatnya untuk memanfaatkan peluang-peluang tersebut. Juga menguar-uarkannya kepada jiran tetangga dan masyarakat.

Klik di link ini untuk mengetahui lebih banyak kelebihan hari-hari ini serta kedudukannya dalam Islam

Wednesday, October 12, 2011

Perkongsian : Road to Heaven


Assalamualaikum w.b.t

Sekali lagi program ceramah Jumaat berjaya diadakan di Dewan Henderson Jabatan Kejururawatan pada 7 September 2011. Ribuan terima kasih dan tahniah ana ucapkan pada Kak Anfaal yang berjaya membawa tajuk ceramah yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan. Kami yang hadir semuanya terharu dengar kak Anfaal punya talk. Asalnya ana ingat nak buat perkongsian tentang apa yang kak Anfaal sampaikan, tapi sebab time talk tu terlebih “feeling” plak kan, so tak sempat nak amek nota. Heheh…Alasan tuh..

Tapi ana rasa memang Kak Anfaal menyampaikan ceramah dengan sponatenous coming straight from her heart, kalau nak tau kena jemput Kak Anfaal lagi sekali la nampaknya. Sambutan pelajar nursing juga nampaknya semakin baik. Harapnya selepas ini lebih ramai pelajar nursing yang akan hadir dan lebih banyak penglibatan dari akhawat-akhawat medic juga agar kita sama-sama dapat santuni pelajar-pelajar nursing ini yang dahagakan tarbiyah. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua. InsyaAllah…

p/s: Harapnya ikhwah-ikhwah sekalian jangan jeles ye, dengar khutbah jumaat baik-baik :D



Video yang meng-ayat hati...TT_TT 
Jazakillahu khairan kathira Kak Anfaal...

Saturday, October 1, 2011

Perkongsian : Gadis Muslim, Kenali Dirimu

Alhamdulillah pada 30 September 2011, satu program ceramah bertajuk “Gadis Muslim, kenali dirimu” telah berjaya diadakan di Dewan Henderson Jabatan Kejururawatan pada pukul 1-2 pm. Ceramah ini terbuka kepada semua pelajar terutamanya pelajar wanita nursing. Tak disangka, ada juga para hadirin dari golongan non-muslim. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Ariza Mohamed, ketua wanita IKRAM Setiawangsa. Program ini dijalankan dibawah anjuran Persatuan Pelajar Kejururawatan dan telah diuruskan oleh akhawat nursing tahun 2. InsyaAllah, jika dipermudahkan Allah s.w.t, ceramah susulan akan diadakan. Wallahualam.

Objektif utama ceramah ini adalah untuk membawa perserta kembali kepada fitrah islam, mengingatkan kembali kepada persoalan utama hidup, siapa kita? Kemana kita akan pergi? Dan apa tujuan hidup? Pendekatan yang digunakan oleh Dr. Ariza adalah menggunakan tafsir daripada surah Al-Fatihah dalam bentuk interaktif dan menarik.




Dr. Ariza menyoal seorang peserta non-muslim, "apa yang anda syukuri dalam hidup"




Sedikit perkongsian slides

Persoalan siapa saya?

Persoalan kemana saya akan pergi?

Persoalan apa tujuan hidup?

InsyaAllah bertemu lagi...

Sunday, August 21, 2011

Hebahan : Iftar Jamie di Surau Ar-Razi

Kepada pimpinan tanzim baru, ana mengucapkan selamat maju jaya, kami(senior2 yang dikasihi) sentiasa akan memberikan support pada antum! 



Saturday, August 20, 2011

Essence of Ramadhan


Apabila tibanya Ramadhan kita sering diingatkan

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Oleh itu, pada tiap Ramadhan, kita diingatkan yang objektif kita berpuasa ini adalah untuk mencapai taqwa. Tetapi, bukanlah taqwa yang tercipta hasil daripada Ramadhan, tapi Ramadhanlah yang dicipta untuk menghasilkan taqwa. Oh… confusing ke? Dan apa pula bezanya?

sebagai analogi, kita sebagai seorang muslim diwajibkan solat fardhu 5 waktu. Tetapi, jika kita bermusafir, Allah meringankan kita dengan memberikan kita rukhsah solat, agar memudahkan kita untuk menunaikan solat. Adakah bermakna apabila kita menjalankan rukhsah pahala kita akan berbeza jika kita solat fardhu biasa. Tidak, pahala tetap sama (considering khusyu’ nya pun sama lah).

Begitu juga Ramadhan, Ramadhan adalah seperti “rukhsah” untuk umat islam untuk mencapai taqwa. Mudah-mudahan apabila tibanya Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, hambaNya akan menjadi lebih mudah untuk mencapai taqwa. Allah memberikan kita satu bulan yang dimana, pahala ketika bulan itu dilipatkali gandakan, disunatkan solat tarawikh, ditambah pula dengan pencarian malam lailatul qadar, disarankan berpuasa untuk menjaga perut, diikat syaitan dan bermacam-macam lagi keistimewaannya. Tujuannya, agar hamba-hambaNya lebih mudah untuk mencapai taqwa pada masa ini. Oleh itu, bukanlah Ramadhan yang perlu menghasilkan taqwa, tapi untuk mencapai taqwa, Allah berikan Ramadhan. Itulah erti sebenar “bulan Ramadhan bulan taqwa” dan juga term “madrasah Ramadhan”.

Menjadi kesilapan kita adalah bila kita merasakan kita perlu menyambut “bulan Ramadhan” itu sendiri, dalam kata lain, menjadi hamba kepada bulan. Apabila tiba Ramadhan, kita menjadi baik, nak mengumpat tak bleh, tunggu habis Ramadhan nanti, bulan Ramadhan tak elok ngumpat… Nak dating takleh, tunggu habis Ramadhan, kononnya nak hormati bulan Ramadhan. Ini adalah mentaliti orang yang menjadi hamba kepada bulan, bukanlah menjadi hamba kepada Allah.

Jika kita hanya “menjaga” diri kita ketika Ramadhan, samalah juga seperti menjadi seorang muslim yang solat hanya jika dia musafir, yelah sebab ada rukhsah kan, takyah solat banyak sangat rakaat, senang. Solat 4 rakaat dah boleh kita 8 rakaat. Tapi jika hari-hari lain, tak solat, sebab kena buat banyak rakaat. Maka muslim jenis apa pulak tu?

Oleh itu, apa sahaja usaha kita untuk mencapai taqwa, itulah dia essence of Ramadhan tak kira apa bulan pun. Saya sendiri merasakan, apabila habisnya Ramadhan, hati menjadi sedih kerana rasa seperti kehilangan Ramadhan sebuah bulan yang indah. Tapi tidak begitu, selagi jiwa kita sentiasa dalam “mode mengejar taqwa”, maka “hadiah” dan keindahan yang kita inginkan ketika Ramadhan itu pastinya sentiasa berada dekat dengan kita.

Jadi kepada akhawat-akhawat yang terpaksa cuti ketika Ramadhan, 10 malam terakhir pulak tu, janganlah rasa kerugian. Lakukanlah apapun untuk mencapai taqwa, itulah yang Allah inginkan dari hambaNya ketika Ramadhan. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa… wallahulam

Thursday, June 2, 2011

Salam 1 Rejab

Sempena denga bulan Rejab yang bermula esok hari, ana ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab kepada semua. Harapan ana kali ini kita semua menjadi lebih peka dengan bulan-bulan islam. Sungguh Allah telah menetapkan pelbagai rahsia dan keistimewaan pada bulan-bulan tertentu. Esok juga merupakan hari Jumaat, hari "raya" orang islam, maka mari kita penuhi bulan ini dengan amalan dan ibadah. Moga Ramadhan yang dinanti-nanti lebih dirindui....

Rejab bulan menabur benih Sya'ban bulan menyiram tanaman Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya Sya'ban menyucikan hati Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah Sya'ban bulan syafaat Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat Sya'ban bulan muhibbah Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya


Dikesempatan ini juga ana ingin berkongsi sedikit tazkirah yang dipetik dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1747 


Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. 



Peristiwa Penting



1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) 


Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.


Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untukmencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya



2. Isra' dan Mi'raj 
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut. 



Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat. 



Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan) 



3. Perang Tabuk 
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.


http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg



4. Pembebasan Baitul-Muqaddis 
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 

5. Lahirnya Imam Syafie RH. 
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm. 




Amalan



Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu. 



Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah. 



Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter). 



Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya. 


Wallahualam

Sunday, May 29, 2011

Zubair Al Awwam

Nama lengkapnya Zubair bin Awwam bin Khuwailid Al-Quraisy Al Asadi, biasa dipanggil Abu Abdillah dan dieglari Hawari Rasulullah SAW. (teman setia nabi) Beliau merupakan antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

Beliau dilahirkan tahun 28 hijrah. Nasabnya bertemu dengan Nabi pada Qushai. Bibinya, Khadijah binti Khuwailid, ummul mukminin adalah isteri Rasulullah. Zubair adalah putera bibi Nabi SAW. Ibunya adalah Shafiyah bt Absul Muthalib. Ia bernikah denga Asma’ Bt. Abu Bakar, dan antara naknya adalah Abdullah  B Zubair, amirul mukminin, dan Urwah B Zubair, salah satu di antara ahli fiqh di Madinah pada ketika itu. Rasulullah pernah mempersaudarakannya dengan Salamah B Salamah. Tercatat 7 orang sahabat Nabi yang pernah berwasiat kepada Zubair untuk memelihara anak-anak mereka. Antaranya Ustman, Abdurrahman bin Auf, dan bin Ibn Masud. Zubair memelihara anak-anak mereka dan menafkahi mereka dari hartanya sendiri. Ia termasuk antara sahabat Nabi yang kaya raya dan berprofensi sebagai pedangang. Ia meninggalkan harta sebanyak 40 juta dirham.

Ibunya pernah memukulnya, apabila ibunya ditegur, dia menjawab dengan melantunkan syair:

“Aku memukulnya agar ia tangkas menunggang kuda, memimpin prajurit dan menjadi orang yang berguna”

Harapan ibunya menjadi kenyataan. Zubair akhirnya menjadi seorang penunggang kuda yang hebat. 


Ia meriwayatkan 38 hadits dari Nabi. Diantaranya, Abdullah bin Zubair berkata, “Aku pernah mengatakan kepada ayahku, Zubair, “Aku tidak mendengar meriwayatkan hadits dari Nabi sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat  lain.” Zubair menjawab, “Aku adalah sahabat yang selalu menyertai Nabi dan aku pernah mendengar Beliau bersabda, “Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraca.” (HR. Al-Bukhari).

Hadith tentang Zubair:
  • Nabi SAW pernah berkata “Thalhah dan Zubair, keduanya adalah tetanggaku di syurga” (HR Trimidzi)
  • “setiap nabi mempunya hawari (sahabat setia), dan sahabat setiaku adalah Zubair” (HR Bukhari)
  • Dirawikan daripada Abdullah B Zubair, ia berkata “ Pada Perang Azhab, aku melihat Zubair dengan menunggang kudanya mundar-mandir masuk ke pasukan Bani Quraizah 2 / 3 kali. Setelah pulang saya bertanya “ Wahai ayahku, dalam perang Azhab aku melihatmu membuntuti pasukan Bani Quraizah” “ apakah kamu melihatku, wahai anakku?” tanya  Zubair. Abdullah mengiyakan. Zubair mengatakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda “ Siapa yang menyelediki berita tentang Bani Quraizah, hendaklah ia menyampaikan kepadaku berita tentang mereka”. Aku pergi menyeledikinya. Ketika aku kembali, Rasulullah SAW menghimpun untukku kedua orang tuanya dan berkata, “Ayah ibuku menebusmu (fadaka abi wa Ummu).”.  (HR. Al-Bukhari).

Kisah tentang Zubair
  • Ia adalah orang pertama yang menghunus pedangnya setelah mendapat berita bahawa Nabi SAW terbunuh dalam perang Uhud. 
  • Kerana ia masuk Islam pakciknya pernah mengurungnya di sebuah rumah yang dipanasi api. Ia lalu berkata pada pakciknya, “Aku tidak akan murtad dari Islam untuk selama-lamanya”
  • Ia ikut berhijarah ke Habsyah, yang pertamam dan yang kedua. Ia sentiasa bersama mengikuti semua peperangan bersama Nabi
  • Nabi SAW pernah mendelegasikannya dan Abu Bakar 70 orang kaum muslimin untuk mengusir orang-orang mushrik selepas perang Uhud. Ia tidak pernah menjabat sebagai gabenur, hanya pernah menjabat sebagai panglima perang di jalan Allah
  • Pernah berhasil mencerai-beraikan antara pasukan Malik ibn Auf pemimpin Wilayan Hauzan, dengan panglima tantara orang2 musyrik dalam perang Hunain. Pada gilirannya, kekuatan mereka menjadi kacau bilau dan akhirnya berhasil memukul mundur pasukan mereka.
  • Zubair adalah salah satu di antara enam orang (ashhab asy-syura’) yang di tunjuk Umar untuk memilih salah satu di antara mereka menjadi khalifah sepeninggalnya.
  • Tatkala pasukan kaum muslimin sudah berada di depan benteng Babilona saat pembebasan wilayah Mesri dan pengepungan telah berlangsung selama tujuh bulan, Zubair meyampaikan kepada Amr bin Ash “Wahai Amr, aku serahkan diriku untuk Allah. Dengan itu aku berharap agar Allah memberikan kemenangan kepada kaum muslimin” Amr menyetujui tindakan Zubair. Zubair maju dan meletakkan tangga lalu naik ke atas benteng seraya mengundangkan takbir. Takbir bergema dan diikuti seluruh pasukan kaum muslimin dan akhirnya benteng dapat dibuka.

Kisah Kewafatannya

Dalam perang Al-Jamal, ia mengundurkan diri dari barisan pasukan muawiyah setelah diingatkan Ali dengansabda Rasulullah SAW, “Wahai Zubair, tidakkah kamu mencintai Ali?” Zubair menjawab, “tidakkah aku mencintai putera pamanku sendiri dan orang seagama denganku?” beliau mengatakan “Wahai Zubair, demi Allah, kelak kamu akan memerangi (Ali) dan kamu berlaku aniaya terhadapnya” Mendengar hadith Nabi ini, ia langsung mengundurkan diri dari pasukan Mu’awiyah dan tidak mahu memerangi Ali

Setelah menarik diri dari perang Al-Jamal, Amr ibn Jurmuz membuntutinya, lalu membunuhnya pada saat ia sedang shalat. Zubair meninggal pada tahun 36 H.