Thursday, May 24, 2012

Perkongsian Ini Sejarah Kita (ISK)



Setinggi ksyukuran ke hadrat ilahi atas sgl kurniaanNya
Berkat limpah kurniaNya maka dapatlah kami hadir menjayakan dan mengimarahkan majlis ini


Alhamdulillah ikhwah plus akhwt = almost 50 jgak 


Tapi as usual akhwat mnjuarai utk khadiran... >.<


So, beruntungnya kami kerana akh wafi dari usim nilai yg bg pengisian 

Siapa kita?
Hidup kita ni kalaulah antum sedar hanya ada 2 je nilaiannya either syuga mahupun neraka
Menjadi kita Islam atau islam?
Apa bezanya??


Islam itu hanya pada nama, manakala islam itu pada amalnya. Kte nak jadi islam yg bagaimana?


Ok tgk balik sejarah, para sahabat terus mengamalkan apa yang disampaikan rasulullah. Sebab apa? Sebab mereka tak tahu dan sangat gerun membayangkan bila kematian akan menjelma kerana mereka bimbang tidak sempat mengerjakan apa yang mereka dapat dari rasulullah. Kalau kita dengar apa yang rasulullah buat mahupun bila kita baca quran ataupun hadis. Kita segera buat ke? Itu refleks kepada Islam dan islam


Siapa kita ni??
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"



Menjadilah kita seperti sumaiyah yg paham dan beramal. Bkn kata jgn jkut mcm imam syafie tapi keimanan kita biar sampai paham dan amal


Ok dari hadis ni juga kita dapat ambil contoh kisah umar. Beliau sgt terkenal dgn sikap bengis bukan?
Tapi sikapnya itu kekal cuma kegunaannya tu berbeza.
Camne, xpahamlah!
Camni... Umar sgt kuat menentang saat jahiliahnya but once sinar hidayah mendatangi beliau, beliau beraninya tampil ke khalayak dan menyatakan keimanannya dan kesungguhannya mempertahankan islam


Celupan murabbinya menghasilkan mutatabbi yang hebat2. Cthnya murabbi para sahabat iaitu muhammad saw menghasilkan mutarabbinya yang hebat2... Abu bakr, umar, mus'ab dll..


Kalau tgk pada mksud logam...
Apa yang antum paham?
-mudah dbentuk
-sifatnya xberubah
-keras
-takat lebur tinggi


Macam tulah sifat kita! Bertukarnya kita atau berhijrahnya kita dari jahiliah kepada kebenaran tak kisahlah nak mengekalkan identiti sempoi kita pon as long as kite memanfaatkan apa ada pada kita untuk kebaikan. Sbb islam dtg bukan utk merubah kita tapi untuk membentuk kita...


Semaklah balik hadis 2/42 imam nawawi bila kita bercakap pasal addin


addin itu selalu jwpn skema kita apa? Agama,pegangan hidup, islam. Ok... Addin itu ada dalam hadis tu jwpnnya

Addin =islam, iman dan ihsan. Islam itu ialah rukun islam yang lima tu. Iman pula ialah rukun iman yang enam tu dan ihsan pula ialah apabila kita beribadah kita merasakan seolah2 Allah melihat kita dan in fact Allah memang sdg memerhati kita.


3:85. And whoever seeks a religion other than Islam, it will never be accepted of him, and in the Hereafter he will be one of the losers. 


Malah plg pesat ummah sekarang ialah setakat kefahaman mereka di islam iaitu syariah shj bukannya pada iman yang berkaitan debgan akidah dan ihsan yang berkaitan dgn akhlak!
Jadinya tulah adanya yang mempersendakan hukum Allah kata biarlah tak bertudung tapi hati tetap baik tak mcm yg bertudung tu buruk perangai!


Apa tujuan hidup kita?


#abid-ibadah


51:56. And I (Allah) created not the jinns and humans except they should worship Me (Alone).
51:57. I seek not any provision from them (i.e. provision for themselves or for My creatures) nor do I ask that they should feed Me (i.e. feed themselves or My creatures).
51:58. Verily, Allah is the All-Provider, Owner of Power, the Most Strong.

#khalifah-pengganti Allah d muka bumi


2:30. And (remember) when your Lord said to the angels: "Verily, I am going to place (mankind) generations after generations on earth." They said: "Will You place therein those who will make mischief therein and shed blood, - while we glorify You with praises and thanks (Exalted be You above all that they associate with You as partners) and sanctify You." He (Allah) said: "I know that which you do not know." 


kalau tengok pada ayat Allah di atas, *tidak Allah menjadikan kita dan jin melainkan untuk beribadah padaNya.. maknanya kalau tak untuk beribadah padanya dia takkan cipta dah kita n jin.

n as khalifah? malaikat pun dh tanya pada Allah kenapa nak ciptakan orang yang akan saling menumpahkan darah di muka bumi ni.. then Allah kata Dia lebih tahu... so, siapa kita untuk menidakkan takdir ini rite?


kalau kita tengok sistem khilafah... ingat tak zaman abbasiyyah? khalifah al mu'tasim?
waktu tu ada seorang wanita terselak kainnya dan tersingkap auratnya, menjerit dia memanggil amirul mukminin kemudian khalifah membawa sekumpulan pahlawan untuk berperang..
maksudnya nak kata hebatnya khalifah ni, dialah pemimpin yang tugasnya untuk memakmurkan bumi dengan menegakkan syariat Allah


arabnya : iqamatuddin wa siasatu biddin


kenapa kita ni berdakwah? sibuk sana sini berdakwah menghadiri majlis2 ilmu segala bagai?


sebabnya ialah cuba baca ayat d bawah ni :


7:164. And when a community among them said: "Why do you preach to a people whom Allah is about to destroy or to punish with a severe torment?" (The preachers) said: "In order to be free from guilt before your Lord (Allah), and perhaps they may fear Allah." 


sebab kita nak berlepas di akhirat kelak.. sebabnya ialah :
kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun an ra'iyyatihi... kamu semua pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab atas kepimpinan setiap kamu masing2


cube bayangkan.. ada satu hadis shohih ada disebutkan tentang al akhillah( iaitu sahabat yang karib) di dunia akan bertelagah di akhirat kerana di akhirat kelak kita akan saling menuding dan mempersalah orang lain.. makanya, sebab tu kita perlukan kesaksian dari Allah,rasulNya dan orang yang beriman


kita dekat dalam... kita nak tarik orang dari luar supaya mereka turut sama faham tentang islam dan turut mengamalkannya.. bukan sekadar islam atas nama dan tak tahu matlamat hidup mereka.. so, kita nak meramaikan org yang berada dalam kandang tu... dalam kandang bukan bermakna kita disekat tapi kita tersekat dari melakukan perkara yang Allah murkai i.Allah


okey sekarang tengok pulak telur ayam
telur kuning ialah matlamat dan telur putih ialah alat atau cara untuk kita capai matlamat... so, kita punya matlamat ialah yang dua tu, abid n khalifah
jadi, cara apa kita nak guna untuk capai matlamat tu?
cara itulah yang selain dari dua di atas... seperti studi,halaqah,harta, family dll


tujuan alquran diturunkan?
selama ni kita baca alquran gune mata hati atau akal?
atau gune mata je?
so,
cbe tgk ayat ni :


7:179. And surely, We have created many of the jinns and mankind for Hell. They have hearts wherewith they understand not, they have eyes wherewith they see not, and they have ears wherewith they hear not (the truth). They are like cattle, nay even more astray; those! They are the heedless ones. 


mata untuk lihat benda baik, hati untuk memahami alquran, telinga untuk dengar perkara yang baik..


di mana kita gunakan organ2 ni?


3:83. Do they seek other than the religion of Allah (the true Islamic Monotheism worshipping none but Allah Alone), while to Him submitted all creatures in the heavens and the earth, willingly or unwillingly. And to Him shall they all be returned. 


islam= aslam=berserah diri


apa kita ingat selama ni kita buat baik tu dah cukup ke?


cube tengok ayat ni :

18:103. Say (O Muhammad ): "Shall We tell you the greatest losers in respect of (their) deeds?
18:104. "Those whose efforts have been wasted in this life while they thought that they were acquiring good by their deeds!
18:105. "They are those who deny the Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) of their Lord and the Meeting with Him (in the Hereafter). So their works are in vain, and on the Day of Resurrection, We shall not give them any weight.
18:106. "That shall be their recompense, Hell; because they disbelieved and took My Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) and My Messengers by way of jest and mockery.

ok skang cube tgk hadis 4/42

n 19/42


17:77. "Verily! They are enemies to me, save the Lord of the 'Alamin (mankind, jinns and all that exists);
17:78. "Who has created me, and it is He Who guides me;
17:79. "And it is He Who feeds me and gives me to drink.
17:80. "And when I am ill, it is He who cures me;
17:81. "And Who will cause me to die, and then will bring me to life (again);


51:57. I seek not any provision from them (i.e. provision for themselves or for My creatures) nor do I ask that they should feed Me (i.e. feed themselves or My creatures). 


apa maksudnya???


okey.. tengok realiti ummah sekarang seolah2 mencari makanan atau harta untuk Allah.. seolah2 benda tu matlamat mereka.. sedangkan semua tu hanyalah alat untuk mendapatkan matlamat..
sebab Allah dah kata 4perkara yg dah tercatat di luh mahfuz, dan kita tak perlu sbuk mengubah takdir sebabnya kita perlu jalankan taklifan kita instead of sibukkan kerja Allah


seterusnya kita akan sambung dengan sejarah jatuh bangun tamadun kita... dalam post akan datang!


b4 dat cbe tgk salah seorang tokoh hebat dalam turki uthmaniyyah ni


klik sni :


http://www.youtube.com/watch?v=ABoNoQ2CBKA 


sekian dahulu... mana yang silap harap dibetulkan... slot seterusnya dalam post berikutnya... i.Allah

Source : http://daeiyah.blogspot.com/

Monday, May 14, 2012

Ceramah ustaz Don

Assalamualaikum..Pada cuti yg panjang tahun lepas,ana ada terjumpa dengan satu video di dlm komputer abg ana..ana cb buka..

bila tgk je episod pertama,trus jatuh cinta dgn pengisian dan cara penyampaiannya yg bersahaja dan lawak..satu family gelak tgk ceramah ni..
ana terus mngikuti ceramah ni di astro al hijrah..selepas pulang ke asrama,ana tak lepaskan peluang utk jd pelajar jarak jauh(PJJ) ni,ana download di youtube..alhamdulillah bnyk yg ana dpt dari video ni trutama kesalahan surah al fathihah yg dibaca saban hari dan juga secara tidak langsung,perbetulkan bacaan ayat-ayat lain..


smoga dapat memberi manfaat pada sahabat-sahabat lain sebgai satu alternatif  untuk menimba ilmu..

video

Sambutan Pelajar Baru 2012


Assalamualaikum pembuka bicara

Alhamdulillah, pada khamis lepas, tanggal 10 mei 2012, K-PPUKM telah Berjaya menjalankan program Sambutan Pelajar baru atau lebih manja dengan gelaran SamPel. Dan Alhamdulillah juga, syukur ke hadrat ilahi, penyertaan dari pelajar baru, yakni pelajar tahun 3 yang khususnya dari Universitas Padjajaran adalah lebih baik dari yang kami jangkakan.

Program berlangsung pada pukul 9.30 pm dimulakan dengan sedikit ‘supper’ dan tayangan video yang santai. Agenda seterusnya merupakan pengisian dari penceramah jemputan, tak lain tak bukan, Dr.Ariza Mohamed. Pengisiannya yang dimulakan dengan statement “Its all just too much” memberi tanda tanya kepada para peserta. Dr. Ariza menekankan tentang kepentingan berfikiran positif dalam menghadapi tahun klinikal dan beliau juga memberi tips-tips bagaimana mengatasi fikiran negatif. Sesi interaktif mendapat sambutan yang baik dari adik-adik baru kita.

Namun, fokus utama pengisian Dr. Ariza adalah mengingatkan para peserta tentang An-Naba, berita besar yakni hari akhirat dan cara untuk menghadapi “clusters” atau perkara yang menyemakkan fikiran kita dari mengingati hala tuju utama kita di dunia; yakni mempersiapkan diri untuk akhirat. Beliau menegaskan bahawa selama kita hidup,kita telah di-control dengan sistem keduniaan ini sampai menyebabkan kita sering berfikiran jarak dekat atau “near-goaled minded” (perkataan yg dicipta ana sendiri). Ini membuatkan kebanyakkan kita kerugian dalam hidup kerana lupa untuk mempersiapkan diri dengan untuk hari akhirat. Walau di tahap mana kehidupan yang sedang kita lalui sekarang ini, dan sebesar mana cabaran yang sedang kita hadapi dalam tahapan hidup kita, tiada apa yang patut melupakan kita untuk bersedia menghadapi hari kemudian. Oleh itu, para perserta diingatkan agar memperbanyakkan amal, ibadah dan menimba ilmu yang dapat memberi menfaat kepada kita untuk akhirat kelak.

Selepas pengisan menarik dari Dr. Ariza, sesi perkongsian antara senior dan junior diadakan dimana junior diberi peluang menyuarakan pendapat, persoalan dan lain2 kepada senior yang sentiasa sudi menjawab. Kehadiran beberapa akhawat yang sudah melepasi Pro-Exam, Ukhti Rahmah dan Ukhti Izanis, turut memeriahkan lagi sesi perkongsian.

Mudah-mudahan usaha kami yang kecil ini dapat memberi manfaat kepada adik-adik untuk berjuang di tahun klinikal yang semestinya penuh dengan cabaran, dugaan dan keseronokkan juga.

Selamat Datang ke Tahun Klinikal
Salam sayang dari kami semua :)










Thursday, April 12, 2012

Urgensi Tarbiah


Alhamdulillah, pada 7 April 2012, akhawat-akhawat dari USIM, PPUKM, IPG,UCSI, dan beberapa IPT lain telah dapat berkumpul dan menjayakan program rehlah. Pengisian program telah diberi oleh Ukhti Aisyah, graduan dari UIAM. Tajuk pengisian kali ini adalah Urgensi Tarbiah Muslimah. Mengapakah di namakan Urgensi Tarbiah? Tarbiah secara simple dan mudah difahami beerti proses pembinaan diri kearah mentauhidkan Allah. Banyak diantara kita yang mengikuti tarbiah namun kurang pasti apakah sebenarnya urgensi tarbiah ini atau kepentingan tarbiah ini dalam kehidupan seharian, dan lebih khusus lagi apakah kepentingan pada seorang muslimah. Perlu ditekankan bahawa wanita merupakan asset yang berharga tidak kira dalam pembinaan keluarga yang beriman, masyarakat yang solehah (Biah Solehah) mahupun sebuah Negara Islam. Oleh itu peranan wanita adalah sangat besar dalam membentuk masyarakat muslim yang bukan sahaja Islam pada zahirnya, tetapi mampu untuk mengamalkan Islam secara khaffah.



Oleh itu, sebagai seorang Muslimah, mengapakah kita harus mengikuti tarbiah? Manusia sememangnya makhluk yang pelupa. Diantara keperluan utama menyertai sistem tarbiah ini adalah untuk agar kita akan saling ingat mengingati. Wahana tarbiah Islamiah seperti usrah, qiamullail, daurah, rehlah, muqayyam, riadah, iftar dan lain-lain semua bersifat jamaah. Sesuai dengan fitrah manusia, kita  sebenarnya sangat memerlukan kehidupan berkelumpuk. Manusia tidak mungkin dapat hidup bersendirian tanpa orang lain. Maka, dengan mengikuti tarbiah ini, kita sebenarnya menyalurkan fitrah manusia dengan jalan yang paling Allah redhai. Dengan mengikuti proses tarbiah ini, kita bukan sahaja dapat menimba ilmu ukhrawi dan duniawi malahan perkongsian dari hati ke hati juga dapat dirasai. Disinilah kita dapat menyelami keindahan ikatan ukhuwwah dan erti cinta kerana Allah. Insyaallah tiada tempat didalam dunia ini yang dapat mempertemukan kita dengan sahabat yang setia selain di dalam jalan tarbiah. Mereka inilah sahabat-sahabat yang bersama-sama melakukan kebaikan dan menegur sekiranya kita melakukan kesilapan. 
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai sahabatnya lebih dari dirinya sendiri.”

Antara perkara yang paling penting dalam mengikuti tarbiah, terutamanya didalam usrah adalah komponen ilmu pengetahuan. Kita digalakkan untuk bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, tapi perlu juga diamalkan dalam menjalani kehidupan agar dapat benar-benar membentuk peribadi yang mulia. Allah berfirman di dalam surah Al-Mulk, ayat 2: 
“ (Allah) Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” 
Sesungguhnya kehidupan didunia ini tidak lain tidak bukan merupakan satu fasa ujian, yakni untuk menguji siapakah yang, ‘Lebih baik amalannya’ . Oleh itu, untuk mendapat amalan yang lebih baik sudah tentulah kita harus mempunyai ilmu. Ilmu-ilmu yang kita peroleh haruslah mempunyai asas dan kita mestilah ikhlas dalam menuntut ilmu. Dengan itu, ilmu yang berkualiti dapat diperoleh. Ilmu-ilmu yang kita peroleh sepanjang mengikuti tarbiah ini bukanlah “limited edition”. Bahkan ilmu-ilmu ini haruslah digunakan apabila kita mendirikan Baitul Muslim dan juga ketika bergaul dengan masyarakat.  Selain daripada menambah ilmu, melalui tarbiah, kita dapat mempersiapkan diri mendokong dan menjadi sayap kanan bagi suami tercinta dalam menyebarkan dakwah. Peranan isteri amat penting di dalam pembinaan Baitul Muslim dan juga sebagai pencorak dalam pembinaan sahsiah anak-anak. Bayangkan sekiranya tarbiah dan dakwah telah menjadi sebati dalam diri kita, kita akan mencorakkan anak-anak untuk menjadi seorang yang mampu memberi bakti kepada agama. Indahnya apabila kanak-kanak kecil menjawab, apabila mereka bercita-cita ingin syahid di jalan Allah. Selain itu, kita juga digalakkan untuk mencari nilai tambah dalam diri. Nilai-nilai tambah seperti boleh memandu, menjahit, memasak, menyulam dan lain-lain mampu untuk membantu kita menguruskan keluarga dan membantu suami dalam jalan dakwah. 

Tarbiah juga mendidik para pengikutnya untuk menjadi ‘agent of change’. Untuk mencapai matlamat yang suci ini, kita diperkenalkan dengan 10 muwosoffat tarbiah. Kita dididik untuk mendalami dan dilatih untuk mengamalkan 10 muwosoffat tarbiah iaitu, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu bekerja, berpengetahuan luas, tubuh yang cergas, mujahadah(menguasai diri), urusan yang teratur, sangat menghargai masa, dan bermanfaat kepada orang lain.  Dengan berbekalkan 10 muwosoffat tarbiah ini kita akan dapat membawa diri masuk ke dalam keluarga dan skop yang lebih besar ke dalam masyarakat untuk menjadi ‘agent of change’ . Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 208: 

“Wahai orang-orang yang beriman!! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu” Wallahualam… 

Tuesday, April 10, 2012

Perkongsian : Rehlah IKRAM-BTR :: Activate Ukhuwwah::

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T
Pada 7 April 2012, rehlah IKRAM-BTR bagi akhawat di IPT-IPT dibawah jajahan IKRAM BTR telah berjaya dilaksanakan.  Kami bagi pihak akhawat PPUKM berbesar hati kerana telah dilantik untuk menjadi tuan rumah untuk rehlah kali ini. Alhamdulillah, dengan bantuan makcik Ila dan akhawat dari USIM program kami dapat dijalankan dengan meriah. Walaupun terdapat banyak perubahan kepada rancangan awal, namun program tetap berjalan dengan lancar.

Dengan bertemakan “Activate Ukhuwwah” program kali ini diadakan supaya dapat mengumpulkan akhawat-akhawat dari IPT di Bandar Tun Razak di dalam satu program agar dapat berjumpa, bertaaruf dan berukhuwwah. Maklumlah, menjadi pelajar IPT, kita jarang sekali dapat berjumpa dengan akhawat di IPT lain padahal kita semua memegang visi dan misi yang sama dalam menggerakkan dakwah kampus. Mudah-mudahan dengan terjalinnya hubungan ini, kami lebih bersedia untuk saling bantu membantu dan berkerjasama dalam tarbiyyah dan tugas-tugas dakwah.

Aktiviti yang dijalankan

Ice breaking game : “First Impression” dan “Animal call”









Makan pagi



Pengisian (Oleh Ukhti Aishah Azlan UIA)



Games


MMS Rosak





Binaan Ukhuwwah





Cenderahati buat semua peserta Rehlah IKRAM-BTR


Semoga kita berjumpa lagi


Wednesday, February 15, 2012

Terubat Rindu pada Ansar, Ansarullah

DAURAH ANSAR 01 & 02

Alhamdulillah, sudah berbulan lamanya, akhirnya daurah Ansar kembali lagi. Rasa terubat rindu untuk bertemu sahabat2 di Ansar. Namun ketibaan di Ansar kali ini ternyata lebih mengejutkan apabila bilangan akhawat sahaja barangkali sudah melebihi 100. Sudah sekian lama daurah Ansar tidak menjalankan daurah gabungan 01 dan 02, pertambahan bilangan perserta daurah ini terus menjadi bukti kepada hasil usaha kerja dakwah yang giat dilakukan sejak hanya beberapa tahun lepas. Peserta-peserta Ansar yang datang kali pertama pastinya terkejut melihatkan fenomena ini, hinggakan akhawat terpaksa tidur di bahagian tempat solat muslimin ketiadaan ruang. Walaupun begitu, disebabkan rasa rindunya pada akhawat-akhawat, kehangatan dan kesempitan ruang di surau ansar memberikan satu perasaan ketenangan dalam jiwa-jiwa kami.

Tibanya ana di surau Ansar, pada sangkaan ana sudah cukup awal, rupanya tidak. Apabila ana tiba pada pukul 7.15pm, penyampaian Makcik Hana tentang Palestin sudah sampai di penghujungnya. Namun sempat ana mendengar kisah betapa kejamnya tentera Israel. Kekejaman mereka yang kita lihat tersiar di kaca TV dan video-video di you tube itu rupanya sebahagian dari kekejaman mereka. Membunuh rakyat palestin bagi mereka hanya seperti bersiar-siar di taman, seolah-olah tiada harga langsung nyawa manusia itu. Makcik Hana juga menceritakan bagaimana beliau 2 kali keguguran kerana menyedut gas yang dibaling ke dalam rumahnya. Ibu-ibu mengandung tidak dibenarkan ke hospital dan mati begitu sahaja, kanak-kanak di pukul tangannya dengan batu hingga hancur tangan mereka… oleh itu, sebagai saudara seislam, kita perlu sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan sentiasa menyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin.

Selepas solat maghrib kami tazkirah tentang kematian disampaikan oleh ukhti Iman, UiA. Beliau menekankan betapa setiap jiwa pasti merasakan mati, dan mati itu merupakan rahmat bagi manusia. Berapa ramai antara kita yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang baik, dan berapa ramai pula yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan kematian yang baik, sedangkan hidup itu satu kemungkinan tapi kematian itu adalah pasti.

Slot pertama adalah penyampaian oleh akhi Nasri tentang akhlak Rasulullah. Nabi diutuskan kepada kita tidak lain tidak bukan kerana akhlak.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Al-Ahzaab 33:21)

Antara akhlak Rasulullah yg disenaraikan adalah:
  • Ihsan
  • Tawadhu
  • Jujur
  • Amanah
  • Tepati Janji
  • Kasih sayang
Hakikatnya akhlak Rasulullah adalah Al-Quran itu sendiri. Begitulah mulianya Rasulullah s.a.w. mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah untuk sentiasa berusaha dalam mencontohi akhlak nabi, dengan itulah martabat islam akan dikembalikan di tempat yang tinggi.

Semasa sesi LDK, kami membincangkan tentang akhlak Nabi. Kita semua cukup jelas bahawa kita perlu mencontohi akhlak beliau dan menjalankan sunnahnya. Apabila menyebut tentang sunnah Nabi SAW, kita sering mengaitkannya dengan cara hidup beliah. Namun, sunnah terbesar Nabi SAW tidak lain tidak bukan merupakan dakwah baginda.

Akhlak Nabi SAW merupakan satu cara hidup yang terbaik bukan sekadar bagi umat islam, tapi untuk manusia secara umummnya. Sunnah dan akhlak baginda menjadi cahaya yang dapat menerangi kehidupan manusia. Bagaimana pula dengan kita? Apa pula kaitan kita dengan akhlak dan sunnah Nabi SAW yang begitu hebat ini? Jika kita lihat pada zaman sekarang, berapa ramai antara kita yang masih menjalankan sunnahnya dan berakhlak degan akhlak Nabi SAW? Cahaya yang terang ini tidak lagi digunakan. Disinilah peranan kita sebagai daie untuk meneruskan ajaran-ajaran Rasulullah dan penerus bagi agama Allah kerana ia adalah cahaya bagi sekalian makhluk. Maka kita perlu sedar betapa pentingnya peranan kita kepada umat manusia.

Slot kedua pada hari Ahad disampaikan oleh Brother Alwi Alattas, penulis buku “Bila Allah menduga kita”. Sebelum ini beliau pernah juga datang ke daurah ansar untuk memberi penyampaian. Kali ini beliau lebih fasih berdialog menggunakan dialek bahasa melayu pasar, mengagumkan! Slotnya bertajuk sirah nabi dibawa dengan cukup baik. Beliau tidak menceritakan sirah nabi dari beliau lahir hingga ke kewafatannya, tetapi sebaliknya beliau menekankan tentang impak sirah nabi kepada peradaban manusia.
Kini umat islam berada dalam kekalahan, dan kekalahan ini adalah kerana kita juga. Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata:
"Kita menjadi mulia kerana islam, jika kita meninggalkan islam, maka kita akan menjadi hina"
Kita perlu kembali kepada islam dan menyeru orang lain agar kembali kepada islam. Akhi Alwi Alattas juga menekankan bahawa bukan sahaja orang islam dalam kerugian apabila Islam tidak memimpin peradaban, tetapi seluruh umat manusia sebenarnya kerugian. Jika kita lihat sekarang, yang memimpin peradaban manusia adalah barat. Kesannya, banyak kesan negative dari Barat telah menjadi ikutan. Contohnya sambutan Valentine’s day, pergaulan lelaki perempuan tanpa batasan, kesamaan hak atau budaya homoseksual. Beliau menceritakan bagaimana keadaan dunia ketika dahulu Islam yang memimpin peradabandan  bagaimana seluruh dunia terkesan dengan ajaran Islam. Contohnya orang bukan islam yang duduk bersama orang islam mula mengikut gaya hidup orang islam seperti menutup aurat dan mandi (waktu dulu, mandi itu tidak dilihat sebagai satu keperluan).

Kita perlu sedar bahawa cara Islam adalah terbaik, bukan untuk umat islam sahaja tapi untuk seluruh dunia dan alam ini. Kita perlulah merasa izzah dengan islam dan izzah dalam menjadi daie menjalankan satu tugas yang mulia iaitu mengembalikan cahaya kepada seluruh alam.

Slot terakhir di pihak akhawat adalah penyampaian tentang Ummul Mukminin (Isteri-isteri Nabi) dan sekilas tentang keistimewaan serta sumbangan mereka untuk dijadikan teladan bagi para akhawat.
  1. Siti Khadijah
  2. Sawda
  3. Aishah
  4. Hafsah
  5. Zainab Bt. Khuzaima
  6. Ummu Salamah
  7. Zainab Bt. Jahsyi
  8. Jumairiyah
  9. Safiyyah
  10. Ummu Habibah
  11. Maimunah
Gambar semasa program
Humus yang dibuat oleh seorang pelarian Palestin, dijual untuk mengumpul dana


Barang lain yang dijual

Akhi Nasri menyampaikan tentang akhlak Rasulullah SAW

Alwi Alattas menyampaikan slot Sirah Nabi


Akhawat


Monday, January 30, 2012

Ziarah Dr Maszlee Malik

Syukur Alhamdulillah, pada 28 Januari 2012 kami diberi rezeki oleh Allah dapat menziarahi sebuah tokoh ilmuwan islam di Malaysia bernama Dr Maszlee Malik. Program ini dihadiri oleh ahli-ahli Karisma Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang daripada tahun dua hingga ke tahun lima seramai 14 orang.



Kami telah bertolak dari PPUKM pada pukul 10.30 pagi dan selamat tiba di rumah Dr Maszlee pada pukul 11.30 di Kota Damansara. Kedatangan kami agak lewat daripada perancangan yang sepatutnya tiba pada pukul 11.30 pagi. Kami telah di sambut baik oleh Dr Maszlee sebaik kami tiba di rumah beliau.
Ketika menjejakkan kaki di rumah Dr Maszlee, kami agak terkejut melihat mini perpusatakaan di ruang tamu rumah sarat dengan buku ilmiah yang terdiri daripada pelbagai bahasa seperti Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu dan pelbagai genre seperti fiqh dan usul fiqh, harakah, siasah dan tafsir.
Banyak pelbagai ilmu dan pengalaman yang kami timba dan perolehi daripada kaca mata Dr Maszlee. Perkara pertama yang di diskusi adalah kurangnya pendidikan falsafah sosial dunia perubatan di Malaysia. Sistem pendidikan menekankan konsep sains perubatan dan mengabaikan soal filosofi dan etika perubatan. Doktor-doktor yang di lahirkan kurangnya ‘nilai kemanusian’. Walaupun dari segi undang-undang ia bukan satu kesalahan tetapi dari aspek moral ia merupakan satu kezaliman.
Sebagai satu contoh, di United Kingdom tiada perbezaan layanan dan kos perubatan diantara warganegara dengan penduduk tetap (residen). Ia sangat berbeza dengan suasana di Malaysia yang terdapat perbezaan kos perubatan antara warganegara dan bukan warganegara. Ini kerana di UK, penduduk tetap di ‘layan’ seperti warganegara kerana penduduk tetap berkerja untuk UK dan membayar cukai seperti mana warganegara United Kingdom. Ia sangat berbeza sekali dengan suasana di negara tercinta Malaysia.
Selain itu, Dr Maszlee mengalakkan kami menonton filem Amir Khan bertajuk ‘3 idiot’ dan ‘Taare Zameen Par’. Filem-filem tersebut bersifat ‘Post Structuralism’ yang mengkritik teori-teori konvensional dalam dunia pendidikan mahasiswa di universiti. Mahasiswa di Malaysia mampu memahami teori-teori di dalam buku dengan bagus dan mantap namun gagal mengaktualisasikan secara praktikal dan aplikasi dalam kehidupan.
Kemudian, perbincangan kami kearah adab-adab dan  asas-asas fundamental dalam berharakah dan berjemaah. Kami juga sempat berbincang dan mendalami lebih mendalam lagi soal Al-Qiyadah wal Jundiyah dalam gerakan harakah. Ciri-ciri sebuah gerakan harakah islamiyyah yang baik harus menggunakan majlis syura dalam melaksanakan hala tuju dakwah. Jangan lah kita bersifat ‘autokratik’ dalam membuat keputusan dengan mengabaikan golongan bawahan.



Setelah 1 jam lebih kami berbual, perut pula terasa lapar. Kami telah dihidangkan nasi lemak dan mee soto oleh tuan rumah. Sungguh sedap hidangan tengah hari lebih-lebih lagi apabila terasa lapar. Banyak di antara kami yang tambah makanan sehingga 2-3 kali. Pada mulanya, ramai yang malu ingin menambah makanan tapi akhirnya apabila seorang yang mulakan, maka yang lain pun turut serta. Sesudah makan tengah hari, kami solat zuhur secara berjemaah dengan Dr Maszlee sebagai imam. Selepas selesai solat, ada seorang brothers meminta Dr Maszlee menerangkan peranan baitul muslim dalam pembinaan tarbiyyah dan adakah satu kemestian satu baitul muslim dibina dari satu Jemaah yang sama. Habisnya pertanyaan itu, kami meminta izin untuk pulang ke PPUKM.