Sunday, September 23, 2012

SamPel: Sambutan Pelajar Baru (Degree Nursing)

Alhamdulillah, pada 14 September yang lalu, bertempat di Dewan Henderson, Tingkat 5, Blok Pendidikan, Pusat Perubatan Unversiti Kebangsaan Malaysia, Program SamPel (Sambutan Pelajar Baru)  bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 1 telah berjaya dijalankan. Program ini juga adalah program yang julung kali diadakan oleh pelajar-pelajar Kejururawatan. Seramai 16 orang pelajar Tahun 1 menyertai program ini. Akhawat-akhawat yang terdiri daripada pelajar Perubatan dan juga pelajar Kejururawatan Tahun 2 dan 3 turut hadir memeriahkan suasana. Program dimulakan dengan kata-kata aluan dari saudari Ilham Syuhana Mohd Nain dan diteruskan dengan perkongsian mengenai “Persediaan Alam Klinikal dan Teori” oleh saudari Nur Sharifah bt Mohamed Sallih. Saudari Sharifah juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 3. Perkongsian ini telah berjaya  memberi pendedahan awal kepada adik-adik menegenai cara pembelajaran, keadaan semasa di klinikal, dan juga beberapa perkara penting yang lain. Selepas itu, sesi  diteruskan lagi dengan perkongsian  pengalaman semasa ber’Bulatan Gembira’  oleh Saudari Norfa Fatihah Mohd Fauzi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 2. Saudari Zatel Iman Rozali juga telah memberikan perkongsian pengenalan mengenai usrah. Alhamdulillah, berkat usaha dari semua pihak, maklum balas yang diterima amat memberangsangkan. Diharap program seperti ini akan dapat terus dilaksanakan pada tahun akan datang… InsyaAllah (:






Kata-kata pembuka majlis



Perkongsian "Persediaan Alam Klinikal dan Teori" ; "Journey as a Nursing Student"


Perkongsian pengalaman ber’Bulatan Gembira’...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." 
(An-Nahl 16:125)




The "crowd" (':