Alhamdulillah,
pada 14 September yang lalu, bertempat di Dewan Henderson, Tingkat 5, Blok
Pendidikan, Pusat Perubatan Unversiti Kebangsaan Malaysia, Program SamPel
(Sambutan Pelajar Baru) bagi Pelajar
Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 1 telah berjaya dijalankan. Program ini
juga adalah program yang julung kali diadakan oleh pelajar-pelajar Kejururawatan. Seramai
16 orang pelajar Tahun 1 menyertai program ini. Akhawat-akhawat yang terdiri
daripada pelajar Perubatan dan juga pelajar Kejururawatan Tahun 2 dan 3 turut
hadir memeriahkan suasana. Program dimulakan dengan kata-kata aluan dari saudari Ilham Syuhana Mohd Nain dan diteruskan
dengan perkongsian mengenai “Persediaan Alam Klinikal dan Teori” oleh saudari Nur Sharifah bt Mohamed Sallih. Saudari Sharifah juga merupakan pelajar
Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 3. Perkongsian ini telah berjaya memberi pendedahan awal kepada adik-adik
menegenai cara pembelajaran, keadaan semasa di klinikal, dan juga beberapa
perkara penting yang lain. Selepas itu, sesi
diteruskan lagi dengan perkongsian
pengalaman semasa ber’Bulatan Gembira’ oleh Saudari Norfa Fatihah Mohd Fauzi, pelajar
Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 2. Saudari Zatel Iman Rozali juga telah memberikan
perkongsian pengenalan mengenai usrah. Alhamdulillah, berkat usaha dari semua pihak, maklum
balas yang diterima amat memberangsangkan. Diharap program seperti ini akan
dapat terus dilaksanakan pada tahun akan datang… InsyaAllah (:
Kata-kata pembuka majlis
Perkongsian "Persediaan Alam Klinikal dan Teori" ; "Journey as a Nursing Student"
Perkongsian pengalaman ber’Bulatan Gembira’...
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."
(An-Nahl 16:125)
smoga Allah redha..
ReplyDelete