Thursday, May 31, 2012

Persiapkan dirimu untuk Ramadhan!!

Alhamdulillah kita kini berada di dalam bulan Rejab. Tak lama lagi Syaaban dan seterusnya Ramadhan akan menjengah. Apakah persediaan kita untuk menyambut bulan Ramadhan??

Inilah masanya! Latihlah minda, ruh dan jasmani anda untuk ibadah2 yang akan diberi ganjaran berlipat kali ganda pada bulan Ramadhan nanti. Jangan sampai tiba bulan Ramadhan, rohani dan jasmani kita tidak bersedia untuk berpuasa dengan baik, bangun qiamullail, memperbanyakkan solat sunat, atau membaca Al-Quran...

Bagaimana mungkin seorang yang gagal dalam madrasah Ramadhan boleh "graduate" dengan jayanya, jauh sekali untuk menjadi seorang yang "tahan lasak" dalam ibadahnya... (mengingatkan diri sendiri la ye)

Freebies!!!

Jadual waktu solat 'poket'
 (Mei-Disember sahaja)
Bagi memudahkan:
  1. Berbuka puasa (Termasuk utk puasa sunat)
  2. Plan qiamullail
  3. Plan solat sunat rawatib
  4. Plan sahur
  5. Solat tepat pada waktu
  6. Mencari waktu seswai utk baca quran
  7. Menjaga masa dan waktu solat

Instruction:
  1. Download gambar diatas
  2. Print dan potong setiap kepingan
  3. Stapler di bahagian atas

  • Dilarang menjual 'freebies' ini...nama pun freebies



Selain persediaan dari segi ibadah, janganlah kita lupa, bila dinamakan 'puasa' bukanlah perut sahaja yang berpuasa, kita perlulah juga bersedia dan melatih diri untuk:

Puasa Hati
Ini bermakna kita perlu dijauhkan dari hal-hal yang dapat merosakkannya seperti syirik, keyakinan yang sesat, penyakit was was, dan sifat2 tercela. Kita juga perlu melatih hati untuk berpuasa dari sifat sombong, ujub, dan sifat dengki. Sebaliknya isilah ia dengan asmaul husna, dzikir, iman, takwa dan keyakinan pada Allah SWT.

Puasa Lisan
"Peliharalah bahagian ini!!"--> Lidah 
"Tidaklah orang2 dilemparkan ke dalam api neraka melainkan kerana perbuatan lisan mereka"
Nauzubillah...Kita mohon Allah lindungi kita dari segala kejahatan yang terbit dari lisan yang tidak baik. Tiada gunanya puasa tanpa berpuasalah juga lidahnya dari menyebut perkara yang boleh mendatangkan dosa. Jauhi dusta, mengadu domba, mengumpat, menyumpah, memberi saksi palsu, melaknat, menghina orang lain, mengejek, etc.... Sebaliknya, biasakanlah lidah untuk istighfar, tahmid, tasbih, bersyukur dan bertaubat.

Puasa Mata
Dalam konteks berpuasa, mata tidak boleh melihat makanan yang sedap2... Dan of course, tundukanlah pandangan dari memandang yang hareemmm... 

Puasa Telinga
Puasa telinga adalah dalam bentuk menjauhkan telinga dari mendengar muzik2 yang tidak mendatangkan manfaat atau merangsang nafsu dan keburukan. Juga, jauhkanlah telinga dari mendengar-dengar tentang aib orang lain, atau gossips2 terkini. Biasakanlah diri untuk mendengar alunan zikir, ayat quran, nasihat dan ceramah. Mudah-mudahan memberi manfaat

Puasa Perut
Bukanlah sekadar menahan makan dan minum, termasuk juga dalam puasa perut untuk menjauhkan perut dari hasil rezeki yang tidak halal, contohnya seperti riba. 

Puasa Kaki
Jauhkanlah diri dari tempat yang haram, dan tempat yang diketahui terdapat maksiat dan keburukan padanya. Sebaliknya, biasakanlah diri untuk melangkah ke masjid dan majlis ilmu.

Pada yang para pembaca, mungkin ada yang terdetik di hati,tazkirah seperti ini, mengapa mesti dikhaskan hanya ketika bulan Ramadhan?? Well, memang tazkirah seperti ini ada pada sepanjang tahun pun dan perlu diamalkan pada setiap masa! Cuma pada bulan Ramadhan kita lihat lebih ramai manusia yang berusaha ke arah kebaikan demi meraih pahala yang berbundle-bundle di Ramadhan nanti. Tapi kesilapan besar yang dilakukan adalah apabila ada yang sekadar menjadi 'hamba Ramadhan' instead of 'hamba Allah'. Maknanya hanya pada bulan Ramadhan sajalah nak jadi baik... 

Ramadhan untuk memudahkan Taqwa
Kita sering mendengar term "Madrasah Ramadhan", ini kerana selepas habis Ramadhan seolaha-olah kita telah habis satu sesi persekolahan yang mengajar kita erti pengorbanan, mujahadah dan banyak lagi. Manusia memang sifat mereka memerlukan satu 'dorongan' untuk mencapai sesuatu. Begitulah Ramadhan, ia adalah satu bentuk dorongan yang Allah kurniakan pada umat Nabi Muhammad, sebagai satu dorongan. Dorongan untuk apa? Dorongan untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.

2:183
”Wahai orang-orang berIman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh Taqwa (2:183)

Saya ulangi lagi sekali ye "mudah-mudahan kamu beroleh taqwa". 

Sama seperti Allah memudahkan seorang yang sakit dengan menyediakan rukhsah solat supaya dia dapat memperoleh ibadah solat, begitu juga Ramadhan. Ia hanya merupakan satu cara, rukhsah, dan kemudahan yang  Allah berikan pada kita agar kita dapat beroleh taqwa. Bukankah sesuatu yang pelik jika seseorang itu hanya akan solat jika dia sakit supaya dia dapat menggunakan rukhsah solat? Kita akan kata orang yang berbuat begitu sudah sesat... atau super pemalas... Begitu juga Ramadhan, bukankah sangat pelik jika kita hanya berusaha untuk mencapai taqwa ketika Ramadhan sahaja? Maka, beringatlah taqwa itu perlulah kita pupuk setiap masa, Ramadhan pula merupakan salah kurniaan Allah bagi memudahkan kita mencapainya. Taqwa itu bukan saja perlu dipupuk, ia juga perlu dikekalkan dan ditingkatkan dari masa ke semasa. Maka gunakan Ramadhan yang masih berbaki dalam umur kita yang pendek untuk mencapai tahap taqwa yang paling tinggi yang mampu kita capai

Wallahualam....

Source : Ramadhankan Hidupmu, Dr. Aidh B Abdullah Al-Qarni dan dari 'Tazkirah' Ustaz Emran

1 comment: