Bagi mereka yang tidak dapat turut bersama ketika program "Syria, the inside story", berikut merupakan point penting yang dikatakan oelh Dr. Khaled dan Dr. Amer.
DR KHALED HINDAWI
Pembantu
Khas Dr Yusuf Al Qardhawi
- Daripada Huzaifah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka.
- Sikap kita yg ambil tahu masalah ummat (“kepedulian”) amat dituntut.
- Sejak 40 tahun yang lalu di Syria berlaku Pembunuhan trhdp dewasa & knk2, oleh golongan yg menentang ahli sunnah waljamaah (ASW) di mana bilangan yang syahid mencecah 60000 orang oleh Regim yg hipokrit dan zalim.
- Regim Bashaar Assad telah melakukan penyembelihan , tdk kurang dari 100 tempat. Tiada bantuan dari mana2 pihak . Rakyat Syria ibarat singa yg hilang kuku berdepan dgn kezaliman . Mereka menunjukkan melalui tunjuk perasaan yg aman.
- Semuanya bermula di Dara’ Daerah Huran (negeri Imam nawawi) apabila beberapa orang kanak-kanak yg menulis di dinding “Rakyat mahu kerajaan turun “ . Ketua polis Athif Najib memnjarakan semua knk2 tersebut dan mencabut kuku2 tgn dan kaki mereka. Apabila ibubapa menuntut , mrk disuruh melupakan anak2 mereka, anggap shj mereka telah mati. Kata2 biadab pihak polis yg bersekongkol dgn regim “kami akan meniduri isterimu2 jika kamu perlukan anak” . Kata2 ini menimbulkan kemarahan … maka pada 15 Mac Rakyat Bangun dan menentang . Ada sebahagian para tentera tinggalkan regim ini. Bilangan mereka mencecah 200000 mujahid.
- Wahai saudara2ku , hari ini kita berkumpul atas ikatan iman, akidah ini menjadikan umat ini bersaudara. Pahlawan kpd kebebasan. Anda perlu memahami masalah yg dihadapi. Perlu saling membantu dengan kebendaan dan maknawi. Ianya merupakan iman yg hakiki.
- Terjemahkanlah iman anda ibarat muslim yg satu jasad menentang regim yg zalim ini. Pemerintah yg bertamadun ialah yg adil bukan yg menindas dan memenjarakan saudaranya.
- Ramai yang menjadi yatim & ibu tunggal. Rejim tidak menghormati rumah ibadah. Menara masjid ditembak.
- Ada yg ditanam hidup2 kerana tidak mahu mengatakan “TIADA TUHAN MELAINKAN ASAD”
- “Orang mu`min bagi orang mu`min itu laksana satu badan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
- Kita mesti bersama dgn mereka (saudara2 di Syria) memperjuangkn kebebasan dan adil. Rakyat perlukan undang-undang yg adil
- Rakyat Syria, dari bumi Syam yg mulia, diberkati yg disebutkan oleh Rasul, bumi para anbiya.
- Regim ini kononnya mendakwa menentang Yahudi. Sejak 40 tahun mereka tak pernah bunuh walau seorg Yahudi pun, malah kini telah menghalakan senjata mereka dan membunuh 60000 rakyat yang tak berdosa.
- Di sebuah tempat di Houla, 150 000 disembelih, dicincang termasuk 50 orang kanak2. Regim ini telah dibantu oleh Russia dan Hizbullah Iran yang hendak hapuskan ASW.
- Benjamin Netanyahu (PM Israil )berkata Bashar Al-Assad merupakan orang dikasihinya seperti mana mereka kasihi ayahnya (Hafez Al- Assad) yang kekal membawa kebaikan dan kemashlahatan kepada Israel.”
- Adalah merupakan satu penipuan seandainya dikatakan Regim ini berjuang menentang Israel.
DR AMER ABU SALAMAH
Pemimpin
Ikhwan Muslimun Syria
- Kami datang utk beri gambaran yg sebenar apa yg berlaku.
- Rakyat Syria menampakkan keberanian mereka, sanggup berkorban dan syahid. Ribuan mereka yg cedera, lebih dari 2 juta menjadi pelarian.
- Jadilah kamu org2 yg pemurah. Allah akan tanya apakah yg akan anda lakukan setelah melihat saudara2nya yg disembelih ibarat kambing.
- Allah berfirman “Sesungguhnya org beriman itu bersaudara’ ..namun demikian hanya dgn ucapan sahaja tidak memberi manfaat. Ia juga perlukan pengorbanan dari kita jika kita katakan kita bersama2 dgn rakyat Syria
- Perkara yg bahaya bila ada yg mengatakan “ Kami tidak apa2 kaitan dgn apa yg berlaku di Syria. Itu masalah mereka.“ Kita adalah merupakan jasad yg satu, umat yg satu.
- Umat Islam amat bersimpati atas apa berlaku di Gaza. Memang wajib kita bantu umat Islam di Gaza. Kini berlaku di banyak tempat di Syria seperti mana yg berlaku di Gaza. Di manakah saudara2 Islamku yg telah membantu saudaranya di Gaza?
- Takutilah Allah. Hendaklah kamu bersama dgn anak yatim, yg dizalimi, di mana mata mereka dikorek, leher mereka dikapak.
- Beberapa ketika kami berkumpul di Istanbul. Ulama menyokong. Kesatuan ulama sedunia seramai 50000 orang diketuai oleh dr Yusuf Qardhawi menyokong rakyat Syria dan mengatakan KEWAJIPAN umat Islam membantu rakyat Syria.
- Para fukaha berkata jika sekumpulan tinggalkan imam yg zalim, wajib membantu kumpulan tersebut memerangi imam (pemerintah) yg zalim. Di zaman Rasulullah, mereka menentang kezaliman dan itu menjadi tuntutan agama. Mereka tidak boleh dianggap sebagai pengkhianat. Penyokong rejim ialah ulama yg munafik yg ada kepentingan dgn regim yg zalim.
- Regim yg ada ni tak pentingkan agama, tiada kemuliaan, tiada prinsip. Kemenangan akan kita terima dgn adanya tentera yg merdeka dan bersama para mujahidin. Kemenangan akan kita perolehi insya Allah
- Wanita Syria, suami dan anak2 tidak akan patah balik sehingga jatuh regim tersebut.
- Firman Allah : Al Baqarah :195 “Dan infaqkanlah hartamu ke jalan Allah dan jgn kamu campakkan diri dalam kebinasaan dengan tangan kamu sendiri “
- Siapakah yg sanggup berikan RM100 000 …mencontohi Abu bakr , Umar, Abd Rahman bin Auf. Di manakah ahli2 perniagaan ?
- Jutawan Qatar yg infaq 3 juta Riyal … telefon dlm masa 2 hari selepas infaq, mengatakan dia telah mendapat 4 juta Riyal keuntungan
- Di Indonesia, lepas infaq US7000 diganti oleh Allah 10 kali ganda. Dia memperolehi US 700 000.
- Ummu Anas memulakan dengan memberi kesanggupan menyumbang sebanyak RM50 000
No comments:
Post a Comment