Saturday, June 16, 2012

Perkongsian Rehearsal Ramadhan



Alhamdulillah pada 7 Jun 2012, kita berkesempatan mengadakan satu pengisian yang ana kira amatlah bermakna untuk dikongsikan pada antum semua. Walaupun dalam tempoh yg ana kira singkat (antara asar dan magrib) kita berpeluang menghadiri majlis ilmu yang mana majlis yang cukup diberkati oleh Allah dan bersamanya para malaikat. 
Pengisian pada kali ini menyentuh topik rehearsal ramadhan, satu term yg agak baru pada ana. Mungkin agak catchy dan menarik perhatian. Satu pengisian yang mengajak pendengar kembali muhasabah atau dalam erti kata lain mewujudkan/menghadirkan rasa kedatangan bulan ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi. Terasa bahawa masa yg berlalu agak pantas dengan hari-hari yang dihimpit kesibukan dan masalah, akhirnya Ramadhan kembali untuk menemui kita. 
Bermula dengan perkongsian daripada akh Fatih sebagai pembuka majlis untuk mengajak hadirin kembali membetulkan niat dan matlamat menghadiri majlis ini. Supaya kembali memikirkan apakah sebenarnya tujuan Allah memberi perintah kepada manusia supaya berpuasa. Mengapa ianya dijalankan selama sebulan dan apakah matlamat pada akhir Ramadhan yang sebenarnya yang ingin kita capai. Dengan kedatangan Bulan Rejab dan Sya’ban, kita berpeluang membuat persiapan diri dari segi rohani dan jasmani, mempertingkatkan ilmu, memperbanyakkan amalan. Supaya dengan usaha ini, kita akan menempuh Ramadhan dengan penuh tenaga hingga ke akhirnya. Akh Fatih mengulas bahawa setiap perintah Allah tentu ada hikmahnya yang tersendiri namun kita sendiri perlu usaha untuk mencarinya dengan ilmu. Sebagai penutup, akh Fatih mendoakan agar semua hadirin dapat mencapai tahap puasa yang sempurna dan mencapai natijah yg sebenar pada hujung Ramadhan nanti. 
Kemudian majlis diteruskan dengan sesi latihan dalam kumpulan. Ikhwah dan akhawat dibahagikan kumpulan dan diberi tajuk “Puasa sebagai Perisai” untuk dibincangkan selama 15 minit. Pada sesi ini mengajak ikhwah dan akhawat supaya memikirkan apakah maksud disebalik hadis Nabi s.a.w itu. Secara kesimpulannya, puasa dikatakan sebagai perisai kerana dengan puasa kita membina pertahanan diri daripada musuh tradisi iaitu syaitan dan nafsu. Apabila dikatakan soal ‘perisai’, ianya memberi idea bahawa hidup ini adalah peperangan. Pelbagai ujian datang untuk cuba menggoyah pegangan dan matlamat hidup seorang manusia itu. Akhirnya Allah memberikan satu bulan yang sangat istimewa kepada umat Islam sebagai peluang untuk membina perisai sebagai menghadapi bulan2 yang akan kita tempuhi selepas itu. 
Selesai sesi LDK, majlis diakhiri dengan perkongsian 15 minit oleh akh Amirul Letfee (jzkk akh!) sebelum iftar.  Akh Amirul memulakan perkongsian dengan mengajak hadirin melihat kembali pada bulan Ramadhan yang telah kita tempuhi pada tahun2 sebelumnya. Sudahkah ianya mencapai azam yang kita inginkan? Adakah lebih baik daripada Ramadhan yang kita hadapi pada tahun sebelumnya. Kemudian akh Amirul menceritakan perjalanan amalan seseorang muslim selepas berakhirnya bulan Ramadhan. Hari-hari yang ditempuhi selepas itu semakin lama mengurangkan rasa dan semangat untuk beramal seperti mana di bulan Ramadhan dahulu. Bukan sahaja dari aspek kuantiti malah dari aspek kualiti juga berkurangan. Semoga dengan kedatangan Rejab dan Sya’ban ini kita dapat kembali menaikkan semangat dan ibadah-ibadah sunat ini dengan perlahan-lahan supaya apabila kedatangan Ramadhan kelak kita berpeluang merebut amal lebih banyak lagi. Akh Amirul mengajak hadirin supaya bermuhasabah supaya jangan mensia-siakan kedatangan Ramadhan ini kerana peluang untuk bersua dengan Ramadhan adalah satu anugerah dari Allah.  Kita tidak tahu apakah kita ditakdirkan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Semoga mereka yang mendahulu kita di ampuni oleh Allah s.w.t akan dosa-dosanya…Ameen..

Ayuhlah kita merasakan hari-hari yang bakal kita tempuhi selepas ini dengan memperbanyakkan amalan. Jangan tunggu bulan Ramadhan  datang untuk kita bertaubat. Mulailah dari sekarang, dari saat ini untuk dekatkan diri pada Allah s.w.t. Jangan sampai kita termasuk dikalangan orang-orang yang zalim kerana keengganan kita untuk bertaubat. Marilah berdoa kepada Allah s.w.t untuk bersua dan merasakan kembali bulan Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah…

Jzkk pada yang hadir dan mnjayakan majlis ini. Semoga usaha antum semua dikira sebagai ibadah dan diterima Allah s.w.t. Aminn..

No comments:

Post a Comment