Sunday, June 17, 2012

Perkongsian Shahadatul Haq



Alhamdulillah, pada tarikh bersejarah 16 Jun 2012, ikhwah akhawat K-PPUKM telah bergabung tenaga sekali lagi untuk menjayakan satu lagi program yang sarat dengan sentuhan atau mungkin lebih tepat lagi, “ketukan” pada jiwa-jiwa yang sedang tidur atau banyak berehat di jalan dakwah dan tarbiah ini. Program Shahadatul Haq yang buat kali pertamanya dianjur oleh pihak K-PPUKM banyak memberi kejutan, termasuk kepada kami pihak penganjur. Namun itulah keistimewaan program Shahadatul Haq yang bagi kebanyakkan kami, inilah kali pertama, “element of surprise”.

Program Shahadatul Haq merupakan sebuah program yang dianjur berobjektifkan memberi kesedaran kepada ahli-ahli K-PPUKM untuk berdakwah kepada masyarakat. Tanpa adanya satu kesedaran dan pemahaman kepada persoalan cliché “kenapa aku perlu menjalankan dakwah?”, mustahil objektif utama tarbiah itu sendiri tercapai. Tiadalah apa-apa hasil dari segala penat lelah usaha tarbiah (yang tidaklah sehebat mana pun) yang boleh kita perolehi jika persoalan penting ini hanya tinggal persoalan. Dan tiadalah apa-apa kesan terhadap masyarakat jika keadaan ini tidak dibaiki. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan urusan kami, untuk memberi peluang agar program ini berjaya dijalankan, jawapan kepada persoalan penting ini sudah dirungkai, dan pemahaman tentang konsep dakwah itu telah disatukan. Namun, yang menjadi soalan lebih penting adalah tahap penerimaan dan fahaman kita sendiri, dimana perkara ini sudah tentu berbeza pada setiap individu yang hadir walaupun kita semua mendengarnya dibawah satu bumbung yang sama.

Terlampau banyak ibrah dan kesedaran yang boleh dipetik dari apa yang disampaikan sepanjang program, daripada kepentingan untuk benar-benar mengamalkan 10 muwosoffat tarbiah, hinggalah kepada pengorbanan untuk usaha dakwah. Tapi apa yang benar-benar menjadi penekanan adalah apa yang berada ditengah-tengah antara dua perkara tersebut, yakni kepentingan untuk menyampaikan apa yang kita dapati di dalam sistem tarbiah ini dengan cara dakwah yang tersusun.

Program SH ini dimulakan dengan sejarah bagaimana konsep SH itu mula-mula wujud. SH asal usulnya merupakan satu siri khutbah yang telah disampaikan oleh Sayyid Abul ‘Aala Al-Maududi, seorang tokoh islam yang hebat dari india, dimana isi khutbannya itu telah diterjemah kepada pelbagai bahasa dan dibukukan. Buku inilah yang menjadi silibus, atau manhaj kepada program ini.  

Mutiara kata yang digunakan untuk penerangan manhaj ini pula adalah sepotong ayat quran yang mungkin kita selalu terpandang sebelah mata sahaja…

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat pertengahan* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…..” [Al-Baqarah,2:143]

*Umat Wasathoniah

Apa yang dimaksudkan dengan umat wasatho? Umat wasatho atau umat pertengahan merujuk kepada umat manusia yang memikul tugas meneruskan risalah Nabi Muhammad SAW. Kita adalah umat wasatho ini, yang menjadi orang tengah antara kita dan manusia lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘menjadi saksi’ dalam ayat ini? Syahadah adalah penyaksian bukan sekadar lafaz. Penyaksian memerlukan seseorang itu mengakui setelah melihat / mendengar / merasai sesuatu dan meyakini kebenaran sesuatu itu. Kemudiannya, mereka yang telah membuat penyaksian ini perlulah menjadi ‘saksi’,dan tugas seorang saksi itu adalah menyatakan apa yang telah ia perakui atau persaksikan tadi. Sebagai contoh, saksi dalam perbicaraan yang perlu menjadi ‘saksi’ dengan menyatakan kepada para hakim,  para peguam, juri, etc, yang tidak tahu perkara sebenar, apa yang telah disaksikannya. Konsep ini boleh diringkaskan dalam diagram ini



Oleh itu, pengisian program SH yang bermula dari 9.00 am hingga ke 5.00 pm ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap konsep ini. Jika kita telah bershahadah, maka perlulah kita menjadi saksi atas syahadah itu dengan menjalankan tugas kita menyampaikan apa yang telah kita perakui itu. Bunyinya agak straight forward dan sebenarnya mudah saja untuk difahami. Namun hakikatnya, bagi konsep itu untuk benar-benar melekat didalam hati hingga membuahkan hasil-hasil dakwah yang ikhlas dan berkesan bukanlah sesuatu yang mampu ana kongsikan disini dengan tahap ilmu yang ada pada diri dan wadah yang terlalu ‘lay back’ ini. Oleh itu, ana dengan rasa rendah dirinya mengucapkan, jazakallahhukhairankathira bagi antum yang sudi membaca coretan perkongsian pendek ana yang sebenarnya hanya udang di sebalik batu kerana ana sendiri ingin kiranya antum menjadi saksi bahawa ana juga telah menjalankan satu permulaan kepada usaha pelaksanaan Shahadatul Haq bagi diri ana sendiri. Mudah-mudahan Allah memberikan pada ana dan antum semua yang membaca ini, hikmah, hidayah, ilmu atau apa sahaja hingga membolehkan kita semua menjadi hamba-hambanya yang bershahadah dengan shahadatul HAQ!

Wallahualam

Perkongsian Gambar

Ukhuwwah Teras Kegemilangan
[p/s: cawan kena recycle ye]

 Para akhawat bertuah yang diberi peluang menyertai program best ni~













 








1 comment:

  1. Alhamdulillah.
    Berpeluang bersama akhawat PPUKM buat kali ke-3 dlm program. Org bekerja kena lebih byk mencari=)

    Syahadah bukan sekadar lafaz.
    Perkongsian yg melekat di hati.

    Ukhuwwah fillah abadan abada.

    ReplyDelete