Seusai tiba di destinasi yang dituju, para peserta mendaftarkan diri mereka dan check-in ke dalam dorm masing-masing. Acara pertama yang berlansung pada pagi tersebut adalah majlis perasmian pembukaan Mukhayyam Khoriji K-PPUKM 2010 yang telah disempurnakan oleh Puan Suhaila bt Hamzah (Makcik Ila). Beliau telah memberi amanat supaya semua peserta mukhayyam dapat mempergunakan masa sepanjang berada di program tersebut dengan sebaik-baiknya.
Selepas ikhwah dan akhawat bergabung suara dengan begitu bersemangat sekali ketika menasyidkan lagu tema mukhayyam ‘Bingkai Kehidupan’, program mukhayyam dimulakan dengan Slot Pengisian 1: Ini Sejarah Kita yang disampaikan oleh Akh Hafiz. Di dalam slot tersebut, beliau menegaskan bahawa pentingnya kita mengetahui dan menghayati sejarah Islam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita sehari-harian.
Selepas program berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Zuhur berjemaah, bermulalah Aktiviti Permainan pertama iaitu indoor games untuk ikhwah dan explorace ‘Kembara Mujahidah’ untuk akhawat. Pelbagai aksi menarik dapat disaksikan termasuklah kesanggupan beberapa orang akhawat menyelam ke dasar dalam kolam bagi menyelamatkan ‘Al-Qura'n’ yang sedang tenggelam. Laungan “ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! NAHNU MUJAHIDAT!” bersahut-sahutan setiap kali sesebuah task berjaya dilaksanakan.
Selepas ikhwah dan akhawat selesai menunaikan solat Asar secara berjemaah, acara gotong-royong masak-memasak pun bermula. Jika akhawat-akhawat sibuk di dapur mencuci pinggan mangkuk dan memasak nasi dan menyediakan nasi goring untuk jamuan makan malam pada hari itu, ikhwah-ikhwah pula tidak kurang hebatnya. Hanya dengan berbekalkan sebuah tempat pembakar BBQ bersaiz M, sebuah kipas elektrik dan beberapa kipas tangan, mereka telah berjaya memanggang berpuluh-puluh potong ayam yang telahpun diperap pada hari sebelumnya.
Satu lagi slot pengisian yang berjudul ‘Tazkiyatun Nafs’ disampaikan oleh Akh Azraie menyusul sejurus sahaja solat Maghrib berjemaah disempurnakan. Di dalam slot tersebut beliau menegaskan tentang pentingnya penyucian jiwa dalam setiap diri individu muslim.
Acara yang dinanti-nantikan pada malam Sabtu pun bermula seusai solat Isyak berjemaah iaitu Makan Malam & Sambutan Hari Lahir Sepanjang Tahun. Acara ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Ukht Maryam dan keluarga. Menariknya, setiap peserta mukhayyam telah dihadiahkan dengan sebuah buku nota setiap seorang sebagai tanda ingatan daripada organisasi pelaksana Mukhayyam Khoriji PPUKM 2010. Acara pada malam itu diteruskan lagi dengan aktiviti yang telah disediakan oleh lujnah program ikhwah dan akhawat. Antara aktiviti ikhwah pada malam itu ialah melengkapkan crosswords puzzle, ‘role-play’ 10 muwassofat dan diakhiri dengan tadabbur Surah Al-Mulk. Antara aktiviti akhawat pula adalah sessi curhat bagi mengkoreksi diri dan hati yang paling dalam usaha memperbaiki diri masing-masing terutamanya dalam hubungan dengan ALLAH.
Pada pagi Ahad, 28 November 2010 seawal jam 4.00 pagi, para peserta mukhayyam telah bangun untuk bersama-sama berqiyamullail pada pagi yang dingin dan penuh syahdu itu. Setelah solat Subuh berjemaah ditunaikan, Slot Pengisian 3 bertajuk ‘Ayuh Pemuda!’ telah disampaikan dengan penuh semangat oleh Akh Amirul selaku mas’ul K-PPUKM. Beliau menegaskan bahawa sesungguhnya prinsip-prinsip ‘ALLAHU GHAYATUNA, AR-RASUL QUDWATUNA, AL-QURA’N DUSTURUNA, ALJIHADU SABILUNA, ALMAUTU FI SABILILLAH ASMA AMANINA’ seharusnya dijadikan prinsip yang dipegang kukuh oleh setiap peserta mukhayyam.
Selepas menikmati sarapan yang lazat dan berkhasiat pada pagi tersebut, slot pengisian terakhir bertajuk ‘We Choose this Way’ telah disampaikan oleh Dr. Ariza yang telah membuka mata para peserta mukhayyam bahawa inilah waktu ketikanya di mana umur mereka paling produktif, maka mereka perlulah menggunakan waktu sebagai seorang pemuda/i dengan sebaik-baiknya.
Setelah berakhirnya slot tersebut, para peserta mukhayyam pun memulakan perjalanan merentasi hutan belantara diiringi oleh pengiring-pengiring terlatih daripada Kem Sri Raudhah. Sepanjang program jungle trekking tersebut, lujnah program telah mengadakan ‘mini games’ seperti membawa straw menyeberangi sungai, mencari nama surah di dalam Al-Qur’an berdasarkan persekitaran sekeliling, game botol minuman berkhasiat dan melengkapkan ‘crossword puzzle’ bertemakan ‘Bahaya meninggalkan Al-Qura’n’. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan gerombolan peserta mukhayyam berjaya pulang semula ke Kem Sri Raudhah dengan selamatnya.
Acara penutup Mukhayyam Khoriji PPUKM 2010 yang dilaksanakan selepas solat Zuhur berjemaah telah disempurnakan oleh Akh Abdullah Omar, pengerusi KNL. Semasa memberikan ucapan penutup, beliau memetik dan menegaskan sekali lagi kata-kata yang disampaikan oleh Akh Ahmad Tantawi selaku Amir K-PPUKM mengenai pentingnya pembinaan pelapis dan penggerak dalam menjana sumber manusia yang bakal memimpin tampuk pemerintahan tanzim K-PPUKM pada masa akan datang.
Sebagai penutup, kumpulan-3 dari ikhwah dan kumpulan al-Buruj dan an-Najmu dari akhawat telah memenangi kumpulan terbaik Mukhayyam Khoriji K-PPUKM 2010. Para peserta kemudiannya berkemas dan bertolak balik ke hostel masing-masing dan tiba dengan selamatnya. Semoga setiap detik yang diluangkan sepanjang Mukhayyam Khoriji K-PPUKM 2010 dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap peserta mukhayyam dan setiap titik peluh yang telah mengalir untuk menjayakannya mendapat keredhaan ALLAH s.w.t. Amin ya Rabb..
Terasa kembali kebahgiaan kebersamaan bersamamu itu~~Jzkk Umai!:D
ReplyDelete(^_^)
ReplyDeletesemoga Allah merahmati antum/nna~
ReplyDeletedemikian pesanan as-syeih mustafa masyur,
"tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah"
~UKM KL ~