Pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam 1432H, tika org lain bercuti menyambut hari bersejarah bagi umat islam, Maal Hijrah, ana dan 4 org sahabat telah diberi peluang oleh Allah s.w.t utk menghadiri sebuah majlis ilmu yg sgt bermanfaat.
Forum: "Sains sebagai wasilah rahmat kesekalian alam : Apa peranan kita?"
Tempat:Dewan Seminar Fakulti Kejuruteraan UPM, Serdang,
Anjuran: Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)
Ana memohon maaf kpd sahabat lain yg barangkali mampu & ingin turut serta ke forum PERINTIS ini ttp tidak diajak, bukanlah krn ana lupa pada antum sekalian, tetapi kami juga membuat keputusan las minit dan diuji dgn pelbagai masalah sblum kami berjaya menjejakkan kaki kami di UPM. Malah, salah seorang sahabat kami yg begitu penting dlm usaha ini juga tidak berpeluang utk hadir. Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada Ukhti Ana dari UKMKL yg banyak membantu kami walaupun sibuk dgn peperiksaan dan study, moga Allah permudahkan (^_^)
Sebelum bermulanya forum, ana tertarik dgn beberapa kata-kata Presiden JIM semasa perasmian. Pentingnya pendakwah dari kalangan saintis adalah krn jika mereka inilah yg mengatakan “Islam is the way of life”, pasti ada bezanya kiranya ia hanya disebut oleh pendakwah yg bukan dari background sains. Ini akan membuka jalan bagi org ramai utk membincangkan ttg kebesaran Allah sekaligus menggerakkan elemen “public opinion leadership” (POL). Dakwah di arena sains juga penting bagi kita mencari dan mendapatkan khidmat mereka yg punya potensi utk membawa Islam kearah yg lebih tinggi. Kata-kata semangat beliau diakhiri dgn harapan agar ilmu sains dan teknologi boleh dimiliki SEMULA oleh umat Islam.
Ahli2 panel forum bukanlah calang2 orangnya:
- Panel 1 : Dr Ir Fuad Yeoh (terlampau banyak sgt pencapain beliau dlm bidang engineering, kagum sampai tak smpt nak salin pape,tapi beliau pernah mendapat tokoh Maal Hijrah)
- Panel 2 : Prof Madya Ustaz Aminuddin Ruskam (Centre of Research For Fiqh Science Technology, UTM & Penceramah yg aktif utk Aqsa Syariff)
- Panel 3 : Prof Dr Zainuddin Abdul Manan (Presiden PERINTIS)
Pada round 1, perbincangan forum membincangkan tema forum itu iaitu Sains sbg wasilah rahmatan lil alamin. Membincangkan ttg “rahmatan lil alamin” apa yg dimaksudkan dgn sains sbg rahmat kpd seluruh alam adalah rahmat bukan sekadar kpd sekalian manusia, samaada mukmin atau yg bukan islam, ttp juga kpd haiwan dan jamadan (yg tak bernyawa). Rahmat Allah itu merangkumi sekalian alam dan semua yg menghuninya dan bidang apa lagi yg mampu memberi bukti kpd kebesaran Allah jika bukan bidang sains. Oleh itu pemahaman dan kajian ttg semesta alam dan semua menghuninya ini adalah sebahagian dari wadah yg cukup luas skopnya bg dakwah kita kpd org ramai.
Pengetahuan sains boleh memberi manfaat bagi seluruh alam, spt yg dikatakan, kpd manusia, haiwan dan juga jamadan. Oleh itu peranan kita juga utk “bermanfaat kpd org lain” yg termasuk dlm 10 muwosoffat, perlu dihayati agar kita juga boleh termasuk dikalangan hamba-hambaNya yg menyampaikan rahmat ke seluruh alam ini.
Dari aspek akhlak, dalam bidang sains dan teknologi, terdpt bnyk penyelewengan dan muslihat berlaku yg mampu merebak spt barah dlm masyarakat. Pentingnya islam dlm bidang ini juga adalah utk memperbetulkan nilai2 moral yg telah dicemari ada dlm bidang ini.
Kita juga perlu memastikan mesej “islam itu sesuai utk semua” sampai kpd masyarakat majmuk dan salah satu caranya adalah melalui kajian yg mengarah kpd mencari hikmah2 dlm pelaksanaan islam. Ini bukan sekadar dpt menambahkan keyakinan umat islam itu sendiri, malah boleh menjadi medan dakwah kpd non-muslim. Kata-kata menarik dari Dr Fuad :
“sains tu macam ‘statement’ dari Allah utk menyatakan bahwa Islam itu sesuai utk semua”
Ahli panel ke-3, Presiden PERINTIS menjelaskan lagi ttg PERINTIS
- PERINTIS bukanlah sekadar sebuah professional organization ttp juga sebuah badan dakwah dan islah, wadah utk membawa rahmat ke seluruh alam
- PERINTIS mengamalkan multidisclipinary approach, bukanlah sekadar focus pada akademik shj. Pakar yg diperlukan dlm PERINTIS merangkumi mereka dari bidang ekonomi, alam sekitar, tenaga, sains kemasyarakatan, pendidikan, bio-teknologi, komunikasi, teknologi maklumat, dan yg paling dekat dgn kita semua bidang perubatan dan sains kesihatan.
- PERINTIS bersifat holisitik atau memfokus pada penggemblengan tenaga dari semua aspek kehidupan bagi mencapai matlamat rahmatan lil alamin
- Focus terbesar PERINTIS adalah GENERASI MUDA (young PERINTIS). Ini menjadi “value” termahal PERINTIS utk di-offer kpd kerajaan memandangkan Negara kita yg sdg membangun ini mengalami masalah remaja yg semakin kurang berminat dgn bidang sains. Spt kita sedia maklum, tidak banyak organisasi dakwah yg menawarkan “injection of science” kpd masyarakat muda dan ini boleh dijadikan peluang utk kta menyebarkan dakwah pd masa yg sama mendpt sokongan padu dr kerajaan Malaysia sendiri(hopefully)
Round 2: PERSOALAN
Kita bnyk membincangkan ttg sains dan teknologi, bagaimana pula dgn bidang perubatan?
Pendapat ana sendiri….
Ana sudah boleh nmpak dimana pentingnya ana sbg pelajar perubatan dan rakan2 sekalian, boleh contribute kpd misi PERINTIS utk mnjadikan sains sbg rahmatan lil alamin. Spt kita sedia maklum, bidang perubatan juga tak asing dgn sains dan penyelidikan. Itulah sbbnya kita di-expose dgn SSM, JKM, community project dan sebagainya. Spt berkembangnya teknologi maklumat mengikut peredaran masa, teknologi dlm bidang perubatan juga kian berkembang. Disini ada bnyk ruang bagi kita semua sbg bakal pakar perubatan utk masuk dan beraksi. Tambahan lagi, kita juga cukup dkt dgn manusia dan segala kejadian manusia semulajadi itu sendiri menjadikan kita sbg 1st line dlm mnympaikan mesej sains sbg rahmatan lil alamin.
Apa pula pendapat ahli panel…?
Pelajar2 perubatan adalah mereka dari kalangan cream de la cream, top student atau dlm kata lainnya dari segi akademiknya adalah yg plg mantap. Namun menjadi 1 kerugian yg besar apabila mereka yg dari kalangan “terbaik” ini akhirnya setelah berkerja focus mereka adalah pada kerjaya mereka. Jika kita lihat golongan yahudi, golongan cream de la cream mereka lebihnya menceburi teknologi nuclear dan sebagainya (utk tujuan pembangunan dr segi teknologi peperangan). Tetapi ini tidaklah bermakna bidang perubatan ini suatu bidang yg x dpt memajukan umat islam, ttp bagaimana kita memastikan kta juga dpt menyumbang kpd misi sains rahmatan lil alamin adalah dgn menceburi bahagian penyelidikan. Dgn itu kita dpt meyumbang dlm pada masa yg sama turut menyampaikan dakwah kta. Kebanyakkan dari kta bukan main meluat lagi dgn SSM, tak boleh la begitu, harapnya slps ini kita biasakn diri kta dgn pnyelidikan2 ini & pastikan kta mnjadi antara org2 yg turut menyumbang kpd pembangunan ummah dr bidang sains dlm konteks ini.
Ahli panel juga mengingatkan sekali lagi, PERINTIS bukanlah mengharapkan semua yg ingin turut join utk mentadbir PERINTIS, ttp dlm mana-mana organisasi juga pengikut tau pelaksana misi tersebut amatlah penting. Jika semua sibuk dgn penyelidikannya tp at d end of d day tiada siapa yg menjadi penyampai atau pelaksana kpd misi ni takdelah jadi apa sgt kalau begitu. Maka, presiden PERINTIS menyeru golonga muda khususnya utk menjayakan misi ini bg mencapai zaman kegemilangan islam yg kita nanti-nantikan
Untuk maklumat lanjut ttg perintis, sila layari website :
Sampai disini saja perkongsian dari ana, apa yg baik itu dari Allah, dan yg salah itu juga dari Allah tp atas kekurangan siri ana, maka ana meminta maaf atas kekurangan.
No comments:
Post a Comment