Saturday, January 28, 2012

Program Al-Maun - Memperkasakan ajaran Al-Quran


Alhamdulillah, pada 15 Januari 2012, sekumpulah 'sukarelawan akhawat' dari PPUKM yang terdiri daripada pelajar perubatan tahun 3, 4, 5, pelajar kejururawatan tahun 1,2, dan 2 orang jururawat telah datang untuk memberi khidmat "Health Screening" pada anak-anak yatim di Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ehsan. Program yang dinamakan Al-Maun ini bukan sahaja unik pada namanya, bahkan program ini punya keistimewaan yang jarang sekali kita lihat pada program-program amal masa kini.

KEISTIMEWAAN PROGRAM AL-MAUN

Dr. Ariza bersama adik Thalhah

Program ini merupakan program yang diselia oleh Dr. Ariza, seorang pakar Sakit Puan di Hospital Ampang, juga seorang aktivis dakwah yang selalu menekankan kepada kami, anak-anak usrahnya, "action speaks louder than words". Antara perkara utama yang digesakan kepada kami supaya menjalankan program ini adalah supaya kami berusaha untuk menjadi golongan yang 'siddiqin', atau golongan yang benar.

Golongan yang benar adalah orang-orang yang membenarkan kata-kata yang mereka ucapkan. Bayangkan ikhwah akhawat sekalian, kita membaca Al-Quran seharian, mungkin katam sudah berpuluh atau beratus kali, tapi berapa ramai di antara kita yang benar-benar 'menjalankan' sarana-sarana Al-Quran?

Oleh itu, program ini dinamakan Al-Maun, yang membawa maksud 'Barang-barang yang berguna' atau dalam tafsir lain mengatakan "pertolongan". Apa yang lebih ingin ditekankan disini adalah isi surah Al-Maun yang menganjurkan agar berbuat baik kepada anak yatim

Tahukah engkau orang-orang yang mendustakan agamanya? Iaitu orang yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin, (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang, (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (Al-Maun 107:1-7)

Dari segi aktiviti, berbeza dengan aktiviti membantu anak yatim yang selalu kita lihat, kami telah memberikan khidmat 'perubatan'. Rata-rata orang ramai suka memberi barangan berbentuk makanan, walaupun ini merupakan satu keperluan juga, tetapi anak-anak yatim ini juga memerlukan keperluan-keperluan lain terutamanya dari segi kesihatan memandangkan anak-anak kecil ini tinggal secara beramai-ramai di sebuah rumah yang agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih berisiko untuk dijangkiti penyakit yang boleh berjangkit seperti 'rabies', masalah kutu, penyakit tangan, kaki dan mulut, jangkitan fungi dan penyakit-penyakit lain.




Terdapat beberapa 'station' yang dibuka bagi menjalankan sebanyak mungkin pemeriksaan pada anak-anak ini. Antaranya memeriksa ukuran tinggi, berat, lilitan kepala dan BMI mereka.bagi memastikan pembesaran mereka tidak terbantut disebabkan kekurangan zat. Program susulan insyaAllah akan diadakan bagi memastikan mereka membesar dengan baik.

Kami juga bertanyakan soalan-soalan mudah kepada kanak-kanak untuk mengetahui masalah kesihatan mereka. Selain itu, pemeriksaan sistem kardiovaskular, respiratori, abdomen, pemeriksaan kutu dan penyakit kulit juga dibuat.

Bagi menceriakan lagi program, kami telah mengadakan aktiviti "Hand Washing", mengajar kanak-kanak ini cara membasuh tangan dengan betul. Mereka telah memberikan sambutan yang sangat baik. Beberapa botol sabun tangan dan juga poster basuh tangan telah diberikan sebagai sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan.




Poster Basuh Tangan
(Klik untuk gambar yang lebih besar)

Sebagai acara penutup, semua anak-anak yatim telah diberi 'goodie bags' untuk lagi meraikan mereka. Alhamdulillah, program yang dirancang dalam masa yang singkat ini dipermudahkan Allah perjalannya. Kami mendapati satu kepuasan dari program yang ini. Kami bertolak pulang ke PPUKM dengan hati yang gembira kerana telahpun melaksanakan surah yang sering kali kami baca di dalam Al-Quran. InsyaAllah, harapan kami agar kami tetap istiqamah dalam pencarian redha-Nya.






Wallahualam...

p/s: Bagi peserta program Al-Maun, sila isikan borang feedback program ini, jazakallahukhair

Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan
Alamat: 
No 45 Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur


Person In Charge: 
Ummi Azizah
No H/P: 013-3946630

No comments:

Post a Comment