Thursday, November 25, 2010

Tentatif Mukhayyam Khoriji 2010


Assalamualaikum

Seperti yang kita semua ketahui, program Mukahyyam Khoriji 2010 yg akan berlangsung tak lama lagi. Berikut merupakan tentatif bagi program kami

Hari Sabtu 27 Nov 2010

MASA

AKTIVITI

8.00 pagi

Berkumpul di tempat letak kenderaan PPUKM

(menepati masa)

8.30 pagi

Bertolak dari PPUKM ke Kem Sri Raudhah, Gombak

9.00 pagi

Tiba di Kem Sri Raudhah, Gombak

Berkemas

Solat Dhuha

9.30 pagi

Briefing

-Tentatif program

-Peraturan dan keselamatan

Penyerahan barang-barang amanah + mutaba’ah amal

Pembahagian kumpulan

10.00 tgh/hari

Perasmian

Slot Pengisian 1

12.00 petang

ISOMA

1.30 petang

Slot Pengisian 2

2.30 petang

Aktiviti berkumpulan

(Ikhwah: Game di sungai, Akhwat: Explorace)

4.30 petang

ISO

5.00 petang

BBQ

(Ikhwah: Membakar, Akhwat: Di dapur)

6.30 petang

ISO

7.30 malam

Makan malam (dalam talam)

Sambutan Hari Lahir Sepanjang Tahun

8.30 malam

Solat Isyak

9.00 malam

Slot Pengisian 3

10.00 malam

Sesi LDK

Curhat

11.00 malam

Bacaan Al-Mulk (asing2)

+ tadabbur

11.15 malam

Tidur



Hari Ahad 28 Nov 2010

MASA

AKTIVITI

4.00 pagi

Bangun pagi

Qiamullail

6.00 pagi

Solat Subuh

6.30 pagi

Slot Pengisian 4

7.00 pagi

Senaman pagi

7.30 pagi

Khidmat diri

8.00 pagi

Sarapan pagi

8.30 pagi

Jungle tracking

11.00 pagi

Khidmat diri & Solat Dhuha

11.30 pagi

Sesi resolusi

12.00tghri

Penutup

Sesi penyampaian hadiah + bacaan ikrar

12.30 tgh/hari

Bertolak balik ke PPUKM



















Barang-barang yang perlu dibawa:

Pakaian harian ( pakaian solat, sukan, aktiviti dll) untuk kem 2 hari 1 malam
Kasut/selipar/sandal
Toiletries
Ubat-ubatan sendiri (inhaler, antihistamine, minyak angin dll)
Ubat nyamuk
Buku Nota dan alat tulis
Al-quran/ Tafsir
Makanan & minuman tambahan sendiri
AIR MINERAL & BEKAS MINUMAN SENDIRI
Torchlight

P/S: kepada mereka yang akan turut bersama kami dalam program ini mohon alert dengan mesej yang akan dihantar dan sila tepati masa untuk berkumpul hari sabtu nanti

JUMPA DISANA IKHWAH AKHAWAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN!! (^_^)

Bertudung tapi Hanya Hipokrit??


Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.


Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain! (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut)

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan

Sunday, November 21, 2010

Hebahan Mukhayyam Khoriji 2010

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian... Untuk pengetahuan anda semua, K-PPUKM akan menjalankan sebuah program best pada 27-28 ne di kem Sri Raudhah Gombak.

Program Mukhayyam Khoriji 2010

Mukhyyam itu adalah perkhemahan dari segi bahasa arabnya dan Khoriji tu pula ialah outdoor (senang cerita, perkhemahan outdoor)

Oleh itu, berbeza dengan post perkongsian kita, kali ni kita buat hebahan dulu.. Selalunya tahu-tahu je program dah lepas, tinggal nak kongsi je, entah bila diorang plan nak pegi tu,so kali ni kitaorang bagitau awal-awal sebagai promosi. Kami masih lagi membuka penyertaan buat masa ini. Jika penyertaan ditutup, akan di post di blog ini juga. Jadi sementara masa masih ada, jom lah join kami! :D

Ini gambar-gambar dari pre-visit kami baru-baru ini. Mungkin nampak mcm basah-basah je, yelah, musim hujan. Air pun keruh. Tapi tak mengapa, keindahan ciptaan Allah itu tetap terserlah~~ (^-^)

Ini sebenarnya pintu belakang, kami silap masuk plak...


Ne baru sungai de je, belum tunjuk lagi air terjunnya.... :D
Barbeque anyone?
I think this is suppose to be the surau...
Swimming pool!!!dont worry, diorang akan bersihkan air tu nanti..Air de dari bukit,tu yg sama kaler dgn air kat sungai tadi



Tandas dia bersih dan kemudahan dia mencukupi
Tempat tidur yg selesa
Tangga utk turun ke sungai
Boleh buat refleksologi lagi..
In my opinion, for an outdoor camp, this place is considered beautiful...

So macamana? Ada rasa macam nak pergi tak? Apa yang ditunggu lagi, maklumkan pada naqib/ah anda hari ini juga!! :DD

Antara aktiviti menarik: Jungle trekking, explorace, barbeque, masak2, sambutan birthday, dan pengisian oleh VIP-VIP kita.

Aktiviti akan dikonfirmkan kemudian, akhir kata:

YUK PERGI MUKHAYYAM KHORIJI!

Berkorban Apa Saja

Hari ini post KBM akan berkongsi ttg pengisian Khutbah Jumaat yg ikhwah-ikhwah kta dgr tiap minggu... Jadi boleh lah akhawat kongsi sama juga, Alhamdulillah, moga kita mengambil iktibar dan ilmu dari seluruh pelosok dunia selagi nyawa masih ada... Amin...

Khutbah Jumaat

Tempat: Surau Ibnu Sina Ppukm

Tarikh: 19/11/2010

Tajuk: Berkorban Apa Saja

RUMUSAN:

Di dalam bulan Zulhijjah, terdapat 2 ibadat utama bagi ummat Islam iaitu Ibadah Haji dan Ibadah Qurban.

Ibadah Haji

  • Ummat Islam tanpa mengira warna kulit, bangsa, fahaman politik, ataupun negara asal, datang berkumpul di Makkah untuk mengerjakan ibadah, mengabdikan diri kepada Allah. Walaupun di Padang Arafah, matahari terik memancarkan cahaya, semua ummat Islam yang menunaikan haji terus teguh berwuquf kerana nikmat mengerjakan Rukun Islam kelima itu lebih terasa berbanding kepanasan di Padang Arafah.
  • Menunjukkan bahawa Islam mementingkan perpaduan. Perpaduan merupakan salah satu asas yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam pembentukan negara Islam Madinah 1400 tahun yang lalu.

Ibadah Qurban

  • Mengapa perkara-perkara maksiat semakin berleluasa hari ini? Jenayah rompak, rogol, rasuah, pecah amanah. Kurangnya kefahaman tentang Islam dalam diri ummat Islam sendiri. Islam tidak disemai dalam hati. Korban merupakan salah satu cara untuk meningkatkan taqwa, menyemai keimanan di hati.
  • Mengimbau kembali sejarah ibadah Qurban Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Bagaimana ketaatan Nabi Ibrahim menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Bagaimana ketabahan Siti Hajar, ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir yang tandus dan kering kontang. Bagaimana keberanian Nabi Ismail mengorbankan diri semata-mata mematuhi perintah Allah.
  • Nabi Ismail masih muda semasa peristiwa qurban tersebut. Ini membuktikan bahawa ibadah qurban tidak tertakluk kepada mana-mana peringkat umur. Orang muda ataupun tua, semuanya boleh menjalankan ibadah qurban ataupun “berkorban”

Keadaan Semasa di Malaysia

Kita harus bersyukur kerana boleh meraikan AidilAdha dengan tenang, dapat berkumpul bersama untuk Solat AidilAdha dan menjalankan ibadah Qurban dengan tenang, semuanya kerana nikmat keamanan dan kemakmuran yang diberikan oleh Allah.

Persoalan yang boleh ditimbulkan…

  • Apa yang telah kita korbankan untuk jalan Allah?
  • Betulkah kita benar-benar menghayati istilah korban tersebut?
  • Sudahkan kita memasang azam untuk menunaikan haji? Haji bukan khusus untuk orang yang sudah berusia!

Wallahua’lam….

Ikuti ceramah yg akan dianjurkan pada 30 Nov ini di surau Ar-Razi!!!Mari kita selami lagi erti dan nilai Pengorbanan...

Sunday, November 14, 2010

Ziarah Sahabat Nursing..


Salam sahabat..

Alhamdulillah, setelah perancangan untuk menziarahi sahabat2 baru iaitu pelajar Nursing sebelum ini ditangguhkan, tetapi akhirnya Allah telah permudahkannya untuk kami para Akhawat..

Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah :

* sesi taaruf & pengenalan ziarah
* pengisian : bedah video clip Maher Zain ( InsyaAllah dan The Chosen One)
* jamuan

SESI TAARUF

Alhamdulillah, setelah meminta tolong beberapa Akhawat Nursing untuk mengajak sahabat baru yang berminat.. Semuanya sekali seramai 6 orang, dan daripada pihak Akhawat sendiri melebihi 5 orang yang datang.. Kak Aisyah, Kak Seha, Kak Lala, Zatel Iman, Masita Dahaban dan Izzatul Izzanis

Kami bertaaruf, dan memperkenalkan modul usrah kepada mereka.. Alhamdulillah, ukhwah telah terjalin dan harapnya akan dapat mengekalkan kemesraan itu.. (bolehkan akhawat semua? ;)

PENGISIAN (bedah video klip)

Semua pasti sudah kenal dan mungkin sebahagian besarnya meminati lagu2 Maher Zain.. Begitu banyak manfaat yang ada pada lirik lagunya. Syabas buat mereka yang menonton video klip beliau dan menerima lebih banyak mesej dalam video2 beliau.. Semoga usaha yang dilakukan beliau untuk menyampaikan mesej2 penting itu berjaya..

video 1 : InsyaAllah

Video ini mengisahkan tentang keyakinan kita kepada Allah dalam tiap apa pun keadaan. Samada kita sedang dalam bahaya, atau mungkin sedang berdepan dengan masalah yang rumit.. Yakinlah kepadanya dengan menyebut " InsyaAllah"..

video 2 : The chosen one

Video ini pula tentang keperibadian Rasulullah s.a.w... dan sifat2 Baginda yang mampu mengetuk pintu hati umatnya.. Betapa tingginya sifat sabar Baginda apabila jirannya sentiasa tidak putus asa memberi keburukan kepadanya.. Betapa mulianya dan sifat merendah diri Baginda apabila berada bersama umat2nya serta alam sekitar Baginda.. Dan mesej yang paling penting sekali, apabila video ini menunjukkan seandainya kita sebagai umatnya berusaha berperibadi tinggi sepertinya.. Pasti dunia akan menjadi aman sebagai sewaktu zaman Baginda dahulu..

JAMUAN

Para Akhawat ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat2 Nursing yang sudi memasak untuk jamuan ini... Alhamdulillah, mmg sedap masakan kamu semua.. :) InsyaAllah, ada rezeki kita buat lagi ye?


Jazakillah khairon kathira buat semua yang telah memberikan bantuan dan bersama2 menjayakan program ini samada secara langsung atau pun secara tidak langsung.. Pihak kami memohon maaf atas segala kekurangan..


p/s: sila tonton video klip Maher Zain untuk mengetahui sendiri mesej2 penting yang disampaikan beliau..

Wallahu'alam..


Kisah Raja dan Ikan..




Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut.

Mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali. Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, ikan itu tetap tidak berhasil ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.


Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “ Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?

Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

1.Ada kesalahan yang hukumannya terus ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.


2.Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.


Wallahualam…


Post DERU


TOUGH AKHAWAT

DERU = Disaster & Emergency Response Unit
Akhawat(perempuan), Ikhwah (lelaki)

Pada 13Nov,kami telah diberi peluang untuk turut serta DERU AKBAR,anjuran IKRAM. Misi ini adalah misi DERU yg ke-6... Kali ini DERU dijalankan di Kedah, Jitra, antara tempat yg paling teruk dilanda banjir... Ini adalah perkongsian pengalaman dari kami, bahagian akhawat especially...

Menyiapkan barang2 yg akan diberikan kepada penduduk, berupa makanan, sejadah, telekung, kain pelekat

Sebelum bertolak. Sempat bertemu dengan Makcik Zai dan anak2 yg kami rindui...(^_^)

Briefing sebelum bertolak (bukan tgh karaoke ye)

Bangga dapat pakai vest IKRAM....(KaMi PeMmUuDa IKRAM~~)

Buat kali pertama dalam sejarah (saya) menjadi golongan "minoriti" dalam aktivit2 kami.... Selalunya bila ada program je nisbah ikwah akhawat mesti lebih kurang 1:4 (nombor yg kontroversi gitu..) tapi kali ne nisbah ikhwah:akhawat dalam 5:2...

Berbanding dengan ikhwah, kami tak bertemu ramai akhawat sgt,tapi kami dapat berkenalah dengan beberapa orang awam yg turut join misi ini... Apa yg membuatkan kami rasa kagum adalah mereka yg join program ini dapat tahu ttg misi ini dari rancangan MHI, sekali saja nmpk peluang, terus grab utk join misi mulia ini, sedangkan kami yg dah di-bombarded dgn kisah2 misi DERU dah sekian lama pun, ambil masa nak buat keputusan utk datang... Astagfirullah....

Kami juga berkenalan dgn seorang ibu tunggal (ke ibu tinggan,tak pasti apa bezanya) yg ada 3 org anak dan mengambil 3 org anak angkat lagi..! Kisah hidupnya begitu mengayat hati... Betapa kuatnya kudrat seorang ibu dan beliau berjaya mendidik anak2nya utk hidup berdikari dan mempunyai sifat tolong menolong sedangkan anaknya baru berusia 4 tahun shj (tapi bukan main semangat lagi...)
Ika, peserta DERU AKBAR yg paling muda sekali (4 tahun lah..)

Beberapa gambar keadaan sekeliling Jitra
Banyak kerugian yg terpaksa ditanggung oleh mereka...
Keadaan ni dikira sudah baik,compare dengan sebelumnya...



Bayangkan, ini misi ke 6, time DERU 1 tu pasti lebih teruk lagi

GBS (Geng Bersih Surau) hehe..

"they say that handsome guys aren't afraid of water, well tough akhawat aren't afraid of water+DIRT!!n we are not afraid to get our hands and nails dirty too ye..."

...habis kerut2 finger pulp...kena pakai face mask sbb agak busuk jugak la lumpur2 yg tebal melekat dkt pinggan2 tu...(tapi takdela busuk sgt pun,showmanship je ne)

Akhawat selalunya dapat kerja basuh2 pinggan,susun pinggan,ada yg lipat kain (eh eh,pesal bunyi macam mak2 orang je nie??) Bunyi cam takbesh,tapi sangatlah seronok...mungkin sebab kita tahu kita buat kerja amal & walaupun nampak simple,tapi kerja2 ni lah yg ambil masa yg lama bagi mangsa2 banjir ni,jadi amatlah berharga ye...

Akhawat power!!
Sebelum bertolak pulang (tak pasal2 akhawat kena jadi model lak beratur depan bas tu...oo..buli kitaorang sbb kali ne kitaorang lak yg sikit ea...)

Kami semua pulang kepenatan, namun puas dan begitu gembira dapat menabur bakti pada masyarakat disamping menguatkan ukhwah antara kami dan masyarakat....

Thursday, November 11, 2010

Perkongsian:Our Role in Sex Related Issue among Youth

special poster :D

Prof Harlina; "Lets become Sexually Healthy Youths!"

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari Selasa, 9 Nov 2010, sekumpulan pelajar-pelajar bertuah dari PPUKM telah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk bersama-sama mengikuti program wacana ilmu; Our Role in Sex Related Issue Among Youth. Sebuah talk yang disampaikan oleh non other than, our beloved, Prof Harlina dari department O&G yang berlangsung dekat pukul 10 mlm di CUCMS. Sebagai salah seorang dari pelajar bertuah itu, disini, sy dgn rendah hatinya mengambil peluang keemasan ini (bak kata Prof Har) untuk menyampaikan mesej ttg kepentingan sex education among youth pada zaman ini. Walaubagaimanapun, mmg tak layak dan tak mampu bagi sy utk share 100% maupun 50% info yg diperolehi dari talk tersebut memandangkan isu ini ialah sebuah isu yg sgt besar & rumit utk sy rungkaikan sendiri. Namun, insyaAllah, apa yg dikongsi mampu, sedikit (jika tak banyak) menyampaikan mesej yg ingin Prof Har sampaikan pada kita semua.

For basic, we need to understand that youth nowadays experience a different exposure of than the youth in the past (zaman2 ibu bapa kita). In those days, by the time they reach puberty and all their sexual functions had matured, most of them will get married, some as soon as 15 years old. In other words they enter their young adults era way earlier compare to us. The youth now is experiencing a delay of this entrance process as long as 10-20 years, and this is where the problems started. During this time they need to fulfill their physiological/body, heart, mind, and spiritual needs which includes sex, the need to care and be cared or loved, to respect and be respected and some other things I forgot to jot down. This delay is causing internal conflict and to add up to that, youth these days experience difference in terms of:

  • Advancement in technology (internet n website to access just about anything)
  • Knowledge & exposure to violence (violence has become something so common & video games that promotes it is all over the place)
  • Fragmented family (divorced parents)
  • Knowledge & exposure to sexuality
  • Neutral moral & religious view (religious view is becoming less prominent in shaping the society)

So can we really blame them for not being able to defend themselves from all these mind wars? Being young and defenseless, and to add up to that we have another big problem. Sex education… Many people don’t agree to promote sex education in fear of making things worst or thinking that they might be too young to know about it. But what happen when no one will tell them, with the hormonal imbalance and a curiosity bigger than the “cat”, they tend to explore it themselves. The problem with them exploring it is that they can never see the big picture of sexual activity. There are more to sex than the biological aspect of it. There’s the economical, political, and well a lot actually, but I didn’t have the chance to jot down (again), but basically, we all know; what should happen before it (marriage & commitement), during it, and after it (the consequence & complication), it’s a much larger issue. This “big picture” is what we want the public to realize. The problem with the public nowadays is that everyone have such negative perception towards the term sex, and if they have a “different” perception towards it, it would probably because of the “biological” aspect of it. So how can we deliver this important message with the environment acting so hostile towards it? This is where “our role” comes into play, to ensure that sex education is delivered in order to make people realize the big picture.

The goal is that, a healthy teen should:

  • Appreciate their body
  • Take responsibility of their own behavior
  • Communicate effectively & respectfully
  • Express love & intimacy in a way that is appropriate for their age
Another issue that is highlighted in the talk is the understanding of the role of male and female and its importance in preventing sex related problem.

Some of the sex related issue that is happening nowadays is focusing a lot on the female role. It’s always the females, who will be blame for being sexy, not knowing how to take care of them, or being stupid. HELLO…! What about those flesh eating werewolf that keeps hunting for prey?! (Hoho… get a lil carried away there). Clearly in Surah An-Nur, ayat 30 comes before ayat 31 (please refer to your Quran), men should take care of their own “iman” first, and woman second. Women have nothing to do with their so called “weakness”. Anything the women wear, exposed, do, say or decide will be sentenced to them if they do not obey to Allah’s rule, not because they are making the men become “weak”.

Al-Ahzab, 59

Al-Baqarah 223

The same goes for the ladies, if a handsome man come around with flowery words, its their own responsibility to avoid any unnecessary interaction with them, they cannot blame them for being handsome and flowery can they? In other words, your “iman” you take care of it yourself no matter who you are.

However, being a male, they have more responsibility towards the female. Male are supposed to be the protector of the females, to make sure they are safe from harm. Every “man” in this world should have this feeling of wanting to protect this delicate XX human being. That’s how high the standard of a “man” and that’s how precious a “woman” is. Therefore, ladies, you should feel safe when you are around these good men, not trying to run away from them because you’re too shy-shy cat with them and end up being surrounded by the less safe environment, and men, you should act more heroic when the ladies are around, don’t chicken yourself out and leave them all alone. That should be the basic interaction. But of course to every interactions between two unmarried male and female, there should boundaries that must be taken into great considerations.

Last but not least, be confident that the true “man” and “woman” of our life will be good if we are good and if not we will get the exact same as our type… so why waste time with the “coupling2 reaction” when Allah had already set our fate so fairly. Be who we want to be with, may our lives be filled with happiness and redha from Allah.

An-Nur, 26

I apologize for I cannot possibly deliver the message any better than this, however I hope we can gain some benefit from this short but quite long sharing of information…

Peace be upon you