Sunday, November 21, 2010

Berkorban Apa Saja

Hari ini post KBM akan berkongsi ttg pengisian Khutbah Jumaat yg ikhwah-ikhwah kta dgr tiap minggu... Jadi boleh lah akhawat kongsi sama juga, Alhamdulillah, moga kita mengambil iktibar dan ilmu dari seluruh pelosok dunia selagi nyawa masih ada... Amin...

Khutbah Jumaat

Tempat: Surau Ibnu Sina Ppukm

Tarikh: 19/11/2010

Tajuk: Berkorban Apa Saja

RUMUSAN:

Di dalam bulan Zulhijjah, terdapat 2 ibadat utama bagi ummat Islam iaitu Ibadah Haji dan Ibadah Qurban.

Ibadah Haji

  • Ummat Islam tanpa mengira warna kulit, bangsa, fahaman politik, ataupun negara asal, datang berkumpul di Makkah untuk mengerjakan ibadah, mengabdikan diri kepada Allah. Walaupun di Padang Arafah, matahari terik memancarkan cahaya, semua ummat Islam yang menunaikan haji terus teguh berwuquf kerana nikmat mengerjakan Rukun Islam kelima itu lebih terasa berbanding kepanasan di Padang Arafah.
  • Menunjukkan bahawa Islam mementingkan perpaduan. Perpaduan merupakan salah satu asas yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam pembentukan negara Islam Madinah 1400 tahun yang lalu.

Ibadah Qurban

  • Mengapa perkara-perkara maksiat semakin berleluasa hari ini? Jenayah rompak, rogol, rasuah, pecah amanah. Kurangnya kefahaman tentang Islam dalam diri ummat Islam sendiri. Islam tidak disemai dalam hati. Korban merupakan salah satu cara untuk meningkatkan taqwa, menyemai keimanan di hati.
  • Mengimbau kembali sejarah ibadah Qurban Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Bagaimana ketaatan Nabi Ibrahim menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri. Bagaimana ketabahan Siti Hajar, ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir yang tandus dan kering kontang. Bagaimana keberanian Nabi Ismail mengorbankan diri semata-mata mematuhi perintah Allah.
  • Nabi Ismail masih muda semasa peristiwa qurban tersebut. Ini membuktikan bahawa ibadah qurban tidak tertakluk kepada mana-mana peringkat umur. Orang muda ataupun tua, semuanya boleh menjalankan ibadah qurban ataupun “berkorban”

Keadaan Semasa di Malaysia

Kita harus bersyukur kerana boleh meraikan AidilAdha dengan tenang, dapat berkumpul bersama untuk Solat AidilAdha dan menjalankan ibadah Qurban dengan tenang, semuanya kerana nikmat keamanan dan kemakmuran yang diberikan oleh Allah.

Persoalan yang boleh ditimbulkan…

  • Apa yang telah kita korbankan untuk jalan Allah?
  • Betulkah kita benar-benar menghayati istilah korban tersebut?
  • Sudahkan kita memasang azam untuk menunaikan haji? Haji bukan khusus untuk orang yang sudah berusia!

Wallahua’lam….

Ikuti ceramah yg akan dianjurkan pada 30 Nov ini di surau Ar-Razi!!!Mari kita selami lagi erti dan nilai Pengorbanan...

No comments:

Post a Comment