Thursday, June 25, 2009

..:JALAN pulangKU:..

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....


Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Monday, June 22, 2009

CERITA TENTANG AYAH-bukan sekadar renungan~


Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk
mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa
sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak
yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah
tiada erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada
mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon
mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani
mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...ditelinga
kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali
pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... abah memandang jauh
kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh
cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur
sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan
selamat.

Sejam sebelum kematian .....

sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila
time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu
abah dah sihat... dah selera makan.

Pastu...

abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil
kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar.
Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju
putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya
utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak
walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam
tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau
seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.

Pertama kali.... naik van jenazah,

pertama kali.... buat sijil kematian,

pertama kali.... tak tidur 2 hari,

pertama kali.... asyik menangis,

pertama kali.... menimbus kubur,

pertama kali.... menjirus air mawar,

semuanya pertama kali........ ....

Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan. Ketika
ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan
bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan
mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku
salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

aku dan abang mengangkat jenazahnya... dan mengebumikannya.hati ini sayu
mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah
36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang
pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan
pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus
terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih
saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali
tidur di peha.

Kelmarin,

aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam
dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang
anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat
setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku
telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll....... Abah catat
Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami
semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...

sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan
orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya
sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal
anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir...
aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai
dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang
terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat
kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah
sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung... bawak
berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini
semuanya tiada.

YaALLAH....

aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan... tanpa Abah......baru
bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak
seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat
merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka
bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek... pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah.... sedangkan ada sesetengah kubur
dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid
dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat
hari itu tok imam dan bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa
sekali pun....

YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat abah masih
segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu
benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,

kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya....

suami menanggung dosa isteri dan anak-anak....

isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn
nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun
dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie
mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat
abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan
iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan....

CATATAN ABAH

Apa yang kita insafkan, apa yang kita azamkan - tidak terluahkan. Bukan sebab
kita ego, tidak, tapi sebab kita sudah terlalu biasa berhubungan dengan ayah
sekadar itu.

Bukan kita tak sayang ayah, kita sangat sayang. Tapi kasih sayang kita hanya
dengan menghormati ayah saja. Kita tidak ucapkan kata2 sayang pada ayah, kita
tidak tunjukkan kasih sayang itu pada ayah. Abah tahu sukar sungguh untuk
berbuat macam itu, sebab abah pun dikedudukan yang sama.

Abah sangat sayang ayah, tapi abah sukar nak tunjukkan.

Jika kita anak, kita ubahlah cara kita sayang ayah kita. Kita tunjukkan, kita
luahkan yang kita sayang ayah. Tidak cukup sekadar duit yang dihulur bulan2 itu
sebagai tanda sayang kita pada ayah. Tidak cukup sekadar menghormati ayah
sebagai tanda kita sayang pada dia. Ayah macam manapun, abah yakin juga sangat
ingin dengar kata2 sayang dari anak2, hatta dari anak2 yang telah besar panjang.

Sangat malang sekali kiranya kasih sayang dalam diri cuma wujud dalam hati dan
sekadar tercatat dalam diari.

Ya Allah, Engkau bantulah kami. Berikanlah kami kekuatan untuk menjadi ayah dan
ibu yang lebih baik pada anak2 kami, ayah dan ibu yang menyayangi dan mampu
meluahkan kasih sayang pada anak2 kami. Engkau berikanlah juga kami kekuatan
untuk menjadi anak yang baik, anak yang mampu mengasihi menyayangi ayah dan
ibunya lahir dan batin. Engkau rahmatilah hidup ayah dan ibu kami, dan anak2
kami.


Untuk yang sudah tiada ayah, ingatlah bahawa tidak putus amalan seorang hamba
Allah melainkan 3 perkara, antaranya, doa-doa dari anak yang soleh. Moga kita
sama-sama berusaha menjadi anak yang soleh, bukan sekadar untuk kita dan
generasi kehadapan kita, tapi juga untuk ayah kita – sebagai bukti tidak
putusnya kasih sayang kita pada dia.

Friday, June 12, 2009

CERAMAH PERSOALAN TENTANG SOLAT

CERAMAH PERSOALAN

TENTANG SOLAT

(Solat Jemaah, Qasar, Jama’)

Anda Keliru?

Inginkan Jawapan?

Jom beramai-ramai ke:

Tempat : Surau Ar-Razi (di Kolej Tun Dr.

Ismail, Pusat Perubatan UKM, Cheras)

Tarikh : 12 Jun 2009 (Jumaat)

Masa : 8.00 malam

Penceramah : Ustaz Alias Othman (Bekas

Pensyarah Akademi Pengajian Islam UM)

*Qiamullail akan diadakan pada keesokan harinya

(sabtu) jam 4.30 pagi di surau. Kehadiran anda

amat dialu-alukan.


Saturday, June 6, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama JIM KL

1 June 2009 - buat pertama kali, JIM KL telah berjaya merencana satu ruangan untuk menikmati keindahan bersama mahasiswa/i PPUKM. Fitrah manusia yang kebiasaannya memerlukan kepada makanan diraikan JIM KL malah di cantikkan lagi dengan amalan berpuasa sebelumnya. Majlis Iftar ini di adakan di Surau Al-Amin di Bandar Tun Hussein Onn. Ketibaan semua hadirin sekitar jam 7.00pm. Majlis juga diserikan dengan ketibaahn mahasiswa/i daripada USIM


Antara juadah yang disediakan :
1)Nasi putih
2)Ulam dan sambal belacan
3)Kerabu mangga
4)Gulai/Kari ayam
5)Ikan Goreng
6)Tembikai Kuning
7)Karipap
8) Air Teh
9) Air Oren

Mula mengambil makanan

saudara naqiuddin membantu dalam mengagihkan minuman

Dr. Radhi (A&E) juga tidak terlepas mengikuti program ini

menjamu selera secara halaqah sambil berkenal-kenalan

Muslimat PPUKM juga tidak ketinggalan berbuka puasa bersama-sama makcik-makcik

Kenangan bersama sebelum berangkat pulang


Thursday, June 4, 2009

Ahlan wa Sahlan wa Marhaban!! Selamat Datang!!!

Alhamdulillah dengan berkat izin dan rahmat Allah swt, JKDakwahMedia K-PPUKM berjaya menghasilkan satu ruangan perkongsian memori dan pengalaman buat renungan bersama. Ukhuwah yang terbina merupakan dakwah terhebat kepada diri ini dan kami bertekad untuk memperluaskan sayapnya dan terus mengembara serta meneroka alam yang penuh dengan pengajaran ini. Semoga perkongisan ini dapat mendekatkan diri anda dengan yang Maha Esa.

Indahnya bila bersamamu...