Monday, January 30, 2012

Ziarah Dr Maszlee Malik

Syukur Alhamdulillah, pada 28 Januari 2012 kami diberi rezeki oleh Allah dapat menziarahi sebuah tokoh ilmuwan islam di Malaysia bernama Dr Maszlee Malik. Program ini dihadiri oleh ahli-ahli Karisma Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang daripada tahun dua hingga ke tahun lima seramai 14 orang.



Kami telah bertolak dari PPUKM pada pukul 10.30 pagi dan selamat tiba di rumah Dr Maszlee pada pukul 11.30 di Kota Damansara. Kedatangan kami agak lewat daripada perancangan yang sepatutnya tiba pada pukul 11.30 pagi. Kami telah di sambut baik oleh Dr Maszlee sebaik kami tiba di rumah beliau.
Ketika menjejakkan kaki di rumah Dr Maszlee, kami agak terkejut melihat mini perpusatakaan di ruang tamu rumah sarat dengan buku ilmiah yang terdiri daripada pelbagai bahasa seperti Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu dan pelbagai genre seperti fiqh dan usul fiqh, harakah, siasah dan tafsir.
Banyak pelbagai ilmu dan pengalaman yang kami timba dan perolehi daripada kaca mata Dr Maszlee. Perkara pertama yang di diskusi adalah kurangnya pendidikan falsafah sosial dunia perubatan di Malaysia. Sistem pendidikan menekankan konsep sains perubatan dan mengabaikan soal filosofi dan etika perubatan. Doktor-doktor yang di lahirkan kurangnya ‘nilai kemanusian’. Walaupun dari segi undang-undang ia bukan satu kesalahan tetapi dari aspek moral ia merupakan satu kezaliman.
Sebagai satu contoh, di United Kingdom tiada perbezaan layanan dan kos perubatan diantara warganegara dengan penduduk tetap (residen). Ia sangat berbeza dengan suasana di Malaysia yang terdapat perbezaan kos perubatan antara warganegara dan bukan warganegara. Ini kerana di UK, penduduk tetap di ‘layan’ seperti warganegara kerana penduduk tetap berkerja untuk UK dan membayar cukai seperti mana warganegara United Kingdom. Ia sangat berbeza sekali dengan suasana di negara tercinta Malaysia.
Selain itu, Dr Maszlee mengalakkan kami menonton filem Amir Khan bertajuk ‘3 idiot’ dan ‘Taare Zameen Par’. Filem-filem tersebut bersifat ‘Post Structuralism’ yang mengkritik teori-teori konvensional dalam dunia pendidikan mahasiswa di universiti. Mahasiswa di Malaysia mampu memahami teori-teori di dalam buku dengan bagus dan mantap namun gagal mengaktualisasikan secara praktikal dan aplikasi dalam kehidupan.
Kemudian, perbincangan kami kearah adab-adab dan  asas-asas fundamental dalam berharakah dan berjemaah. Kami juga sempat berbincang dan mendalami lebih mendalam lagi soal Al-Qiyadah wal Jundiyah dalam gerakan harakah. Ciri-ciri sebuah gerakan harakah islamiyyah yang baik harus menggunakan majlis syura dalam melaksanakan hala tuju dakwah. Jangan lah kita bersifat ‘autokratik’ dalam membuat keputusan dengan mengabaikan golongan bawahan.



Setelah 1 jam lebih kami berbual, perut pula terasa lapar. Kami telah dihidangkan nasi lemak dan mee soto oleh tuan rumah. Sungguh sedap hidangan tengah hari lebih-lebih lagi apabila terasa lapar. Banyak di antara kami yang tambah makanan sehingga 2-3 kali. Pada mulanya, ramai yang malu ingin menambah makanan tapi akhirnya apabila seorang yang mulakan, maka yang lain pun turut serta. Sesudah makan tengah hari, kami solat zuhur secara berjemaah dengan Dr Maszlee sebagai imam. Selepas selesai solat, ada seorang brothers meminta Dr Maszlee menerangkan peranan baitul muslim dalam pembinaan tarbiyyah dan adakah satu kemestian satu baitul muslim dibina dari satu Jemaah yang sama. Habisnya pertanyaan itu, kami meminta izin untuk pulang ke PPUKM.

No comments:

Post a Comment