Wednesday, February 15, 2012

Terubat Rindu pada Ansar, Ansarullah

DAURAH ANSAR 01 & 02

Alhamdulillah, sudah berbulan lamanya, akhirnya daurah Ansar kembali lagi. Rasa terubat rindu untuk bertemu sahabat2 di Ansar. Namun ketibaan di Ansar kali ini ternyata lebih mengejutkan apabila bilangan akhawat sahaja barangkali sudah melebihi 100. Sudah sekian lama daurah Ansar tidak menjalankan daurah gabungan 01 dan 02, pertambahan bilangan perserta daurah ini terus menjadi bukti kepada hasil usaha kerja dakwah yang giat dilakukan sejak hanya beberapa tahun lepas. Peserta-peserta Ansar yang datang kali pertama pastinya terkejut melihatkan fenomena ini, hinggakan akhawat terpaksa tidur di bahagian tempat solat muslimin ketiadaan ruang. Walaupun begitu, disebabkan rasa rindunya pada akhawat-akhawat, kehangatan dan kesempitan ruang di surau ansar memberikan satu perasaan ketenangan dalam jiwa-jiwa kami.

Tibanya ana di surau Ansar, pada sangkaan ana sudah cukup awal, rupanya tidak. Apabila ana tiba pada pukul 7.15pm, penyampaian Makcik Hana tentang Palestin sudah sampai di penghujungnya. Namun sempat ana mendengar kisah betapa kejamnya tentera Israel. Kekejaman mereka yang kita lihat tersiar di kaca TV dan video-video di you tube itu rupanya sebahagian dari kekejaman mereka. Membunuh rakyat palestin bagi mereka hanya seperti bersiar-siar di taman, seolah-olah tiada harga langsung nyawa manusia itu. Makcik Hana juga menceritakan bagaimana beliau 2 kali keguguran kerana menyedut gas yang dibaling ke dalam rumahnya. Ibu-ibu mengandung tidak dibenarkan ke hospital dan mati begitu sahaja, kanak-kanak di pukul tangannya dengan batu hingga hancur tangan mereka… oleh itu, sebagai saudara seislam, kita perlu sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dan sentiasa menyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin.

Selepas solat maghrib kami tazkirah tentang kematian disampaikan oleh ukhti Iman, UiA. Beliau menekankan betapa setiap jiwa pasti merasakan mati, dan mati itu merupakan rahmat bagi manusia. Berapa ramai antara kita yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang baik, dan berapa ramai pula yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan kematian yang baik, sedangkan hidup itu satu kemungkinan tapi kematian itu adalah pasti.

Slot pertama adalah penyampaian oleh akhi Nasri tentang akhlak Rasulullah. Nabi diutuskan kepada kita tidak lain tidak bukan kerana akhlak.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Al-Ahzaab 33:21)

Antara akhlak Rasulullah yg disenaraikan adalah:
  • Ihsan
  • Tawadhu
  • Jujur
  • Amanah
  • Tepati Janji
  • Kasih sayang
Hakikatnya akhlak Rasulullah adalah Al-Quran itu sendiri. Begitulah mulianya Rasulullah s.a.w. mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah untuk sentiasa berusaha dalam mencontohi akhlak nabi, dengan itulah martabat islam akan dikembalikan di tempat yang tinggi.

Semasa sesi LDK, kami membincangkan tentang akhlak Nabi. Kita semua cukup jelas bahawa kita perlu mencontohi akhlak beliau dan menjalankan sunnahnya. Apabila menyebut tentang sunnah Nabi SAW, kita sering mengaitkannya dengan cara hidup beliah. Namun, sunnah terbesar Nabi SAW tidak lain tidak bukan merupakan dakwah baginda.

Akhlak Nabi SAW merupakan satu cara hidup yang terbaik bukan sekadar bagi umat islam, tapi untuk manusia secara umummnya. Sunnah dan akhlak baginda menjadi cahaya yang dapat menerangi kehidupan manusia. Bagaimana pula dengan kita? Apa pula kaitan kita dengan akhlak dan sunnah Nabi SAW yang begitu hebat ini? Jika kita lihat pada zaman sekarang, berapa ramai antara kita yang masih menjalankan sunnahnya dan berakhlak degan akhlak Nabi SAW? Cahaya yang terang ini tidak lagi digunakan. Disinilah peranan kita sebagai daie untuk meneruskan ajaran-ajaran Rasulullah dan penerus bagi agama Allah kerana ia adalah cahaya bagi sekalian makhluk. Maka kita perlu sedar betapa pentingnya peranan kita kepada umat manusia.

Slot kedua pada hari Ahad disampaikan oleh Brother Alwi Alattas, penulis buku “Bila Allah menduga kita”. Sebelum ini beliau pernah juga datang ke daurah ansar untuk memberi penyampaian. Kali ini beliau lebih fasih berdialog menggunakan dialek bahasa melayu pasar, mengagumkan! Slotnya bertajuk sirah nabi dibawa dengan cukup baik. Beliau tidak menceritakan sirah nabi dari beliau lahir hingga ke kewafatannya, tetapi sebaliknya beliau menekankan tentang impak sirah nabi kepada peradaban manusia.
Kini umat islam berada dalam kekalahan, dan kekalahan ini adalah kerana kita juga. Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata:
"Kita menjadi mulia kerana islam, jika kita meninggalkan islam, maka kita akan menjadi hina"
Kita perlu kembali kepada islam dan menyeru orang lain agar kembali kepada islam. Akhi Alwi Alattas juga menekankan bahawa bukan sahaja orang islam dalam kerugian apabila Islam tidak memimpin peradaban, tetapi seluruh umat manusia sebenarnya kerugian. Jika kita lihat sekarang, yang memimpin peradaban manusia adalah barat. Kesannya, banyak kesan negative dari Barat telah menjadi ikutan. Contohnya sambutan Valentine’s day, pergaulan lelaki perempuan tanpa batasan, kesamaan hak atau budaya homoseksual. Beliau menceritakan bagaimana keadaan dunia ketika dahulu Islam yang memimpin peradabandan  bagaimana seluruh dunia terkesan dengan ajaran Islam. Contohnya orang bukan islam yang duduk bersama orang islam mula mengikut gaya hidup orang islam seperti menutup aurat dan mandi (waktu dulu, mandi itu tidak dilihat sebagai satu keperluan).

Kita perlu sedar bahawa cara Islam adalah terbaik, bukan untuk umat islam sahaja tapi untuk seluruh dunia dan alam ini. Kita perlulah merasa izzah dengan islam dan izzah dalam menjadi daie menjalankan satu tugas yang mulia iaitu mengembalikan cahaya kepada seluruh alam.

Slot terakhir di pihak akhawat adalah penyampaian tentang Ummul Mukminin (Isteri-isteri Nabi) dan sekilas tentang keistimewaan serta sumbangan mereka untuk dijadikan teladan bagi para akhawat.
  1. Siti Khadijah
  2. Sawda
  3. Aishah
  4. Hafsah
  5. Zainab Bt. Khuzaima
  6. Ummu Salamah
  7. Zainab Bt. Jahsyi
  8. Jumairiyah
  9. Safiyyah
  10. Ummu Habibah
  11. Maimunah
Gambar semasa program
Humus yang dibuat oleh seorang pelarian Palestin, dijual untuk mengumpul dana


Barang lain yang dijual

Akhi Nasri menyampaikan tentang akhlak Rasulullah SAW

Alwi Alattas menyampaikan slot Sirah Nabi


Akhawat


1 comment:

  1. yay.berjaya buat peace.and nadiah berjaya membuat spec eye~

    ReplyDelete