Sunday, November 14, 2010

Ziarah Sahabat Nursing..


Salam sahabat..

Alhamdulillah, setelah perancangan untuk menziarahi sahabat2 baru iaitu pelajar Nursing sebelum ini ditangguhkan, tetapi akhirnya Allah telah permudahkannya untuk kami para Akhawat..

Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah :

* sesi taaruf & pengenalan ziarah
* pengisian : bedah video clip Maher Zain ( InsyaAllah dan The Chosen One)
* jamuan

SESI TAARUF

Alhamdulillah, setelah meminta tolong beberapa Akhawat Nursing untuk mengajak sahabat baru yang berminat.. Semuanya sekali seramai 6 orang, dan daripada pihak Akhawat sendiri melebihi 5 orang yang datang.. Kak Aisyah, Kak Seha, Kak Lala, Zatel Iman, Masita Dahaban dan Izzatul Izzanis

Kami bertaaruf, dan memperkenalkan modul usrah kepada mereka.. Alhamdulillah, ukhwah telah terjalin dan harapnya akan dapat mengekalkan kemesraan itu.. (bolehkan akhawat semua? ;)

PENGISIAN (bedah video klip)

Semua pasti sudah kenal dan mungkin sebahagian besarnya meminati lagu2 Maher Zain.. Begitu banyak manfaat yang ada pada lirik lagunya. Syabas buat mereka yang menonton video klip beliau dan menerima lebih banyak mesej dalam video2 beliau.. Semoga usaha yang dilakukan beliau untuk menyampaikan mesej2 penting itu berjaya..

video 1 : InsyaAllah

Video ini mengisahkan tentang keyakinan kita kepada Allah dalam tiap apa pun keadaan. Samada kita sedang dalam bahaya, atau mungkin sedang berdepan dengan masalah yang rumit.. Yakinlah kepadanya dengan menyebut " InsyaAllah"..

video 2 : The chosen one

Video ini pula tentang keperibadian Rasulullah s.a.w... dan sifat2 Baginda yang mampu mengetuk pintu hati umatnya.. Betapa tingginya sifat sabar Baginda apabila jirannya sentiasa tidak putus asa memberi keburukan kepadanya.. Betapa mulianya dan sifat merendah diri Baginda apabila berada bersama umat2nya serta alam sekitar Baginda.. Dan mesej yang paling penting sekali, apabila video ini menunjukkan seandainya kita sebagai umatnya berusaha berperibadi tinggi sepertinya.. Pasti dunia akan menjadi aman sebagai sewaktu zaman Baginda dahulu..

JAMUAN

Para Akhawat ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat2 Nursing yang sudi memasak untuk jamuan ini... Alhamdulillah, mmg sedap masakan kamu semua.. :) InsyaAllah, ada rezeki kita buat lagi ye?


Jazakillah khairon kathira buat semua yang telah memberikan bantuan dan bersama2 menjayakan program ini samada secara langsung atau pun secara tidak langsung.. Pihak kami memohon maaf atas segala kekurangan..


p/s: sila tonton video klip Maher Zain untuk mengetahui sendiri mesej2 penting yang disampaikan beliau..

Wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment