Assalamualaikum pembuka bicara
Alhamdulillah, pada khamis lepas, tanggal 10 mei 2012,
K-PPUKM telah Berjaya menjalankan program Sambutan Pelajar baru atau lebih
manja dengan gelaran SamPel. Dan Alhamdulillah juga, syukur ke hadrat ilahi,
penyertaan dari pelajar baru, yakni pelajar tahun 3 yang khususnya dari
Universitas Padjajaran adalah lebih baik dari yang kami jangkakan.
Program berlangsung pada pukul 9.30 pm dimulakan dengan
sedikit ‘supper’ dan tayangan video yang santai. Agenda seterusnya merupakan
pengisian dari penceramah jemputan, tak lain tak bukan, Dr.Ariza Mohamed.
Pengisiannya yang dimulakan dengan statement “Its all just too much” memberi
tanda tanya kepada para peserta. Dr. Ariza menekankan tentang kepentingan
berfikiran positif dalam menghadapi tahun klinikal dan beliau juga memberi
tips-tips bagaimana mengatasi fikiran negatif. Sesi interaktif mendapat
sambutan yang baik dari adik-adik baru kita.
Namun, fokus utama pengisian Dr. Ariza adalah mengingatkan
para peserta tentang An-Naba, berita besar yakni hari akhirat dan cara untuk
menghadapi “clusters” atau perkara yang menyemakkan fikiran kita dari
mengingati hala tuju utama kita di dunia; yakni mempersiapkan diri untuk
akhirat. Beliau menegaskan bahawa selama kita hidup,kita telah di-control
dengan sistem keduniaan ini sampai menyebabkan kita sering berfikiran jarak
dekat atau “near-goaled minded” (perkataan yg dicipta ana sendiri). Ini membuatkan
kebanyakkan kita kerugian dalam hidup kerana lupa untuk mempersiapkan diri
dengan untuk hari akhirat. Walau di tahap mana kehidupan yang sedang kita lalui
sekarang ini, dan sebesar mana cabaran yang sedang kita hadapi dalam tahapan
hidup kita, tiada apa yang patut melupakan kita untuk bersedia menghadapi hari
kemudian. Oleh itu, para perserta diingatkan agar memperbanyakkan amal, ibadah
dan menimba ilmu yang dapat memberi menfaat kepada kita untuk akhirat kelak.
Selepas pengisan menarik dari Dr. Ariza, sesi perkongsian
antara senior dan junior diadakan dimana junior diberi peluang menyuarakan
pendapat, persoalan dan lain2 kepada senior yang sentiasa sudi menjawab. Kehadiran
beberapa akhawat yang sudah melepasi Pro-Exam, Ukhti Rahmah dan Ukhti Izanis,
turut memeriahkan lagi sesi perkongsian.
Mudah-mudahan usaha kami yang kecil ini dapat memberi
manfaat kepada adik-adik untuk berjuang di tahun klinikal yang semestinya penuh
dengan cabaran, dugaan dan keseronokkan juga.
No comments:
Post a Comment