“Selepas ini kita ada slot khas
dari Dr.Azizah dan beliau akan memperkenalkan tentang buku-buku yang sepatutnya
kita, sebagai daie dan murabbi, patut ada”
Ini bukan kali pertama aku
mendengarnya. Dr Azizah atau lebih mesra dengan gelaran makcik Zah selalu
memberikan penerangan tentang bahan bacaan yang patut dibeli oleh ikhwah
akhawat. Setiap kali juga, aku pasti terpaku memberi perhatian dan menilai
dengan teliti buku apa yang mesti dibeli kali ini. Penerangan kali ini lebih
panjang berbanding dengan slot “mencelah” pendek yang selalu diberikan kepada
makcik Zah dan aku telah membuat senarai “must own book” sendiri.
“habislah ikhwah bolot semua buku
kak Aisyah… tak mendapat la saya…” Kak Aisyah tersenyum
“takpe, nanti boleh order” jawab
Kak Aisyah dengan lembut.
Selepas ikhwah meninggalkan bilik
itu, aku adalah orang pertama yang membelek buku-buku di meja hadapan itu dan “mengecop”
beberapa buku. Hampir semua buku aku belek dengan teliti, sampailah kepada
sebuah buku berkulit hitam. Anggun sungguh kulit hadapannya, tajuknya pula
bagai menyambar jantungku yang hari ni sudah cukup basah dek pengisian yang
mantap para penceramah.
“Nak buku ni! Tapi nak orang
hadiahkan pada saya” kata-kata itu keluar dengan spontan. Akhawat di hadapanku
hanya tersenyum dan ketawa. Aku turut sama ketawa.
“Nadiah, akak nak buku ni,
hadiahkan pada akak eh” Nadiah seperti biasa, tersenyum ala-ala cat, sambil
mengaangguk-angguk (dengan tak berapa ikhlas). Aku turut tertawa.
“Nak sangat buku ni, tapi taknak
beli sendiri, nak jugak orang hadiahkan” seperti satu kedegilan pula. Tak habis-habis
dialog yang sama. Barangkali akhawat juga merasa pelik dengan permintaan
degilku itu.
Buku itu aku letak kembali di
atas meja dengan rasa berat hati. Sesekali aku menjeling. Anggun sekali.
*******
Terdengar satu bunyi yang asing.
Aku terbangun. Tak sangka ada akhawat yang mengunci jam seawal 3.45 pagi. Mantap
sungguh. Namun apabila aku bangun, bilik masih gelap. Selepas membasuh muka,
aku menatap wajahku dicermin. Dialogku semalam masih terngiang. “nak buku ni, hadiahkan
pada saya”
Mengapa ya? Mengapa aku bertindak
begitu?
Aku tersentak. Wajah sahabatku
Hayat yang sempat ku peluk erat sebelum bergerak ke daurah, Ukhti Rahmah…
Izzanis… Masita… Mereka berjubah merah, diwajah mereka cahaya kebahagiaan dan
kebanggaan. Mereka, sahabiah-sahabiah yang pernah menjadi penemanku sebelum ini.
Terbayang pula wajah Kak Ana, kini telah pun selamat melahirkan anaknya yang
pertama, pasti dia bahagia disisi zaujnya. Menoleh kearah akhawat yang masih
lagi tidur.... Ini dia, apa yang aku rindukan…
Dalam dakapan ukhuwwah
Menimba ilmu bersama
Membaca Quran
Mathurat
Menghafal dan tasmi ayat hafazan
bersama
Solat berjemaah
Qiamullail
Makan didalam talam bersama
Tidur tanpa selimut bersama-sama
Aku lupa bila kali terakhir aku
turut serta dalam aktiviti seperti ini. Malu sendiri…
Aku ingin terus berada disini.
Dalam dakapan ukhuwwah…
“Aimi, akak nak buku ni.
Hadiahkan pada akak!” Aku tersenyum sinis, sengaja bertanya, sengaja ingin
melihat respon miss ironlady. Aimi tersenyum dan terus ketawa.
“Nadiah ada da buku tu, bagi kak
Zatel pinjam, kak Zatel baca.Nak?”
Kali ini, aku pula tersenyum dan
terdiam. Jika berada dalam dakapan ukhuwwah itu semudah kita hanya bertanya dan
mendapatkannya, tiadalah serinya tarbiah ini. Barangkali peringatan juga buat
diriku, sudah cukupkah aku memberi untuk aku meminta? Meminta agar aku didadakap
dalam dakapan ukhuwwah.
*****
“Jangan ditanya apa yang telah orang beri
pada kita, tanya apa yang kita dah beri pada orang lain”
Wallahulaam
No comments:
Post a Comment