Assalamualaikum..
Task
perkongsian ini sebenarnya dibahagikan kepada setiap wakil dari KARISMA PPUKM yang
hadir ke bengkel ini bagi mempraktikkan apa yang telah dipelajari supaya ilmu
yang dapat tidak dilupakan begitu sahaja...
Pada
17 NOV yang lalu. Alhamdulilah beberapa orang akhwat dapat menyertai sebuah “Bengkel Dakwah
Melalui Media” yang diadakan di UKM Bangi bertempat di Blok Fakulti Sains Kemanusiaan.Bengkel
ini telah dianjurkan atas kerjasama pihak university sendiri ,Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia(PERKIM) dan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM). Bengkel ini menampilkan
penulis buku terkenal iaitu HilalAsyraf, penulis Laman Berita Harian iaituUstaz
Zahiruddin Zabidi serta penulis buku &
pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn Bhd.
Perjalanan
bengkel bermula seawal jam 8.30 pagi dengan Majlis perasmian serta diikuti oleh
bacaan doa. Bengkel ini telah dirasmikan oleh saudara Muhamad Azan Safar merangkap presiden ISIUKM sendiri.
Bengkel ini secara ringkasnya bertujuan melahirkanpendakwah
yang bijaksana dalam memanipulasi peluang dalam berdakwah terutamanya melalui
medium
Perkongsian
Slot 1 oleh Fatin Amira
Slot 1 ini dikendalikan oleh Ustaz Zahiruddin
Zabidi yang bertajuk Penulisan Islamik. Sebelum memulakan bengkel, beliau
terlebih dahulu membuka tirai dengan menceritakan 4 buah cerita yang menekankan
bahawa mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Eh, saya pun baru tahu
sampai begitu sekali hebatnya kuasa penulisan.
Menurut pandangan beliau dakwah bermaksud berkongsi
dengan sesiapa sahaja. Dan penulisan bermaksud perakaman. Media pula diertikan
sebagai “tool” yang digunakan untuk menyampaikan isi-isi dakwah yang tepat.
Terdapat 7 jenis media iaitu melalui percetakan, recording (CD), radio, wayang,
televisyen, internet, dan mobile.
Mengapa dan apakah tujuan menulis menurut Islam?
Persoalan ini dijawab dengan rujukan Prof. Dr Syeikh Yusuf al-Qaradhawi melalui
8 maqasid(tujuan) nuzul Al-Quran.
Selain
itu, beliau melontarkan rasa bahawa subjek TITAS sepatutnya dijadikan sebagai
salah satu medium dakwah kerana subjek ini sememangnya perlu diambil oleh semua
bangsa tidak mengira kaum. Yang paling penting gaya penulisan seseorang itu
haruslah tampak seolah-olah sedang berkata-kata dengan pembaca. Penggunaan
‘lah’ dihujung perkataan seperti memaksa pembaca menurut perintah. Perkataan
singkat/shortform amatlah tidak digalakkan kerana cara penggunaan bahasa
melambangkan sejauh mana seseorang itu mencintai bahasa.
Saya berharap ceramah seperti ini
akan sering diadakan. Kerana media sekarang mampu bergerak dengan sangat pantas
hingga ke pelusuk dunia. Akhir kata dari ustaz ialah jika seseorang yang
berdakwah untuk merubah orang lain akan letih, tetapi berdakwahlah untuk
menyebarkan dakwah serta meramaikan jemaah. Sekian. In shaa Allah.
Perkongsian
Slot 2 oleh Mardihah
Penceramah kita yang kedua ialah Saudara Hilal
Asyraf.. Nama yang tidak asing lagi dalam industri penulisan tanah air.
Alhamdulillah, saudara Hilal sempat berkongsi beberapa tips penting dalam
penulisan kepada kami.
1)
Niat:
niat kena betul dan matlamat kena jelas. Niat memainkan peranan yang sangat
penting dalam dakwah. Bukan sahaja dakwah ketika ‘turun padang’ tetapi juga
dakwah dalam arena penulisan.
“ Putus asa di tengah perjuangan adalah kesilapan ketika di titik
permulaan”
Niat juga perlu disertakan
dengan matlamat. Untuk apa kita menulis? Siapakah kelompok mad’u kita? Apakah
yang hendak dicapai? Ini semua adalah serba sedikit soalan yang perlu ada
ketika otak ligat berfikir mencari idea untuk disampaikan kepada masyarakat.
2)
Latihan atau bakat? Anda risau tidak berbakat dalam menulis? Atau tidak mempunyai cukup
keazaman membuat latih tubi setiap hari mengasah skill penulisan? Jangan risau
kerana jawapannya bukan latihan atau bakat yang menentukan anda boleh menjadi
seorang penulis yang mampu menyentuh hati-hati manusia, tetapi MINAT yang boleh membentuk anda menjadi
seorang penulis. Find the field that you are good at, do the best with it, use
it wisely.
3)
Menulis hari-hari. Minat sudah ada. Mungkin anda minat sangat nak jadi penulis sampai
boleh termimipi-mimpi setiap malam. Namun hakikatnya, minat tidak lengkap tanpa
usaha. Apabila sudah minat menulis, asah minat anda dengan menulis hari-hari.
Tak kisahlah sama ada nak update blog, twitter mahupun facebook. Sedar atau
tak, Mark Elliot Zuckerberg, mengasaskan facebook dengan penulisan. Ok, baru
perasan (:
4)
Disiplin: orang
yang berdisiplin adalah orang yang
berjaya. Percaya atau tidak, ini adalah hakikat kehidupan. No pain no
gain. Saudara Hilal telah membahagikan disiplin ini kepada empat cabang iaitu:
a) Jadual
b) Perancangan
c) Peribadi
d) Prinsip-mungkin ini memerlukan penerangan yang lebih.
Prinsip ini ialah, seorang penulis tidak boleh mencampur aduk kan perkara yang
hak dan batil.
Contohnya: 1) Cinta Ana Enti yang tidak berlandaskan syariat, yang boleh
membawa kekeliruan dalam masyarakat. Ehem. Terasa? Oh, ini tidak ada kaitan
dengan hidup mahupun mati.
2) Anda seorang blogger+da’ie terkenal. Blog anda mempunyai beribu-ribu
followers. Satu hari ada seorang ahli politik datang dan menawarkan sejumpah
wang/habuan yg lumayan seandainya anda mempromote
beliau di dalam pilihan raya yang
akan datang. *peringatan: ini hanya contoh* Namun, anda tahu bahawa beliau
seorang yang tidak amanah dengan tanggungjawab yang diberi. Pilihan di tangan:
Jika anda mencari keuntungan dalam penulisan mungkin anda akan memilih untuk
mempromote ahli politik tersebut.
Jika anda jelas niat sebenar dalam penulisan anda, anda tidak akan mempromote
dan sekaligus menggadaikan prinsip dan kredibiliti anda sebagai penulis dan
da’ie. Itulah pentingnya NIAT sebgaimana
tips yang pertama tadi.
5)
Idea: Salah satu
elemen penting dalam penulisan ialah idea. Tak ada idea nak tulis apa kan? (:
Jadi orang akan menjadikan alasan tidak ada idea sebagai satu sebab mengapa
blog2 makin sunyi, twitter tidak berkicau dengan riang dan sunyi sepi tanpa
update di facebook. Jadi, jangan risau. Saudara Hilai telah memberi tips
bagaimana nak konsistenkan penulisan. Idea terbahagi kepada dua:
a) Natural: idea ini tidak biasa datang. Kadang-kadang
datang tanpa diundang dan pergi tanpa sempat diolah dalam penulisan. Jadi,
apabila idea yang natural ini datang, cepat-cepat abadikan dalam buku nota,
mahupun kertas. Idea ini juga mungkin bukan untuk keseluruhan penulisan/cerita
tetapi untuk rangka sahaja. Tidak mengapa kerana anda boleh add-on selepas itu.
Antara karya Saudara Hilal yang datang secara natural ialah HERO.
b) Fikir: Anda kena berfikir untuk mendapatkan idea.
Mungkin dari pembacaan, atau pengalaman hidup. Mungkin juga dari pemerhatian
terhadap kehidupan dan alam sekitar.
6)
Menyusun cerita:
Minat sudah ada, idea sudah ada, usaha juga sudah cukup. Persoalannya, plot
penceritaan yang bermasalah.
Ini adalah storyline yang kita biasa lihat. Klimaks di
tengah-tengah cerita. Pembahagian storyline itu adalah seperti pembahagian bab
demi bab. Perancangan perjalanan cerita yang baik dapat dilakukan dengan
mengikuti storyline.
Storyline ini pula adalah klimaks berlaku apabila hampir di
akhir cerita. Pembahagian bab adalah
sama seperti di atas.
Namun begitu, banyak lagi teknik penulisan yang lain.
Boleh belajar jika berminat ^_^v
1)
Keberkesanan dakwah: Penulisan haruslah sampai di hati pembaca. Mengambil ibrar dari cerita
Harry Potter yang pada awalnya memaparkan kisah untuk tontonan umum, akhirnya
mempunyai adengan bercium di akhir buku/filemnya. Sadis apabila memikirkan
bagaimana kanak-kanak yang membesar dengan cerita Harry Potter mampu terpengaruh
dengan adengan seperti ini. Inilah kuasa penulisan.
“Mereka bekerja, dengan perancangan yang rapi. Bagaimana dengan kita?”
2)
Akhir sekali,
Saudara Hilal berkongsi rahsia blog yang mampu menarik orang ramai.
a) Update
hari-hari
b) Isi mestilah dekat dengan masyarakat
c) Memberi manfaat
d) Jelas antara hak dan batil (elakkan dari memasuki
grey-area)
e) Berikan sumbangan kepada Islam
f)
jangan malu
untuk promosi blog
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang
Menciptakan (segalanya). Dia menciptakan insan
dari segumpal
darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia . Yang mengajar
(manusia) dengan pena. Dia mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya"
(Al-‘Alaq :1-5).
*proses pembacaan bermula dengan penulisan.
Perkongsian Slot 3 oleh Nur Sharifah
Assalamualaikum,
syukur kehadrat Allah atas rasa cintanya, kami tetap teguh dalam mengisi jiwa
ini untuk slot yang kedua iaitu bersama Ustaz Pahrol Juoi dengan tajuk
penghayatan dalam penulisan kreatif.
Beliau
berkata “ ilmu yang dipelajari perlu menjadi resapan sebagai amalan” barulah
ilmu itu ditakrifkan sebagai ilmu sebenarnya. Untuk memiliki ilmu perlulah kita
takungnya dengan rendah diri dan hati
agar ia sentiasa dihargai, dimiliki dan dikongsi. Bagi seseorang yang ingin
mencapai kesempurnaan ilmu, perlu istiqomah dalam menuntutnya. Maka untuk
menguasai ilmu yang bermanfaat untuk diri dan orang lain perlunya bimbingan
dari murrobbi yang memandaikan orang bukan yang tunjuk pandai.
Anda
mungkin tertanya-tanya mengapa perlu sibuk akan ilmu, kata inginkan
penghayatan. Tapi jangan kita alpa penghayatan dalam sesebuah penulisan yang
akan menyentuh hati-hati adalah datangnya dari pengolahan ilmu yang bermanfaat
yang diterima oleh penulisnya. Oleh itu, ilmu yang baik adalah tunjang kepada
penulisan yang terbaik.
Mari
kita renungkan, mengapakah umat islam dijajah? Ada dua sebab:
·
Pertama sebab kejahilannya
·
Kedua sebab kedegilannya
Yang
pertama, kalau seseorang jahil, kita dapat membantu dan membimbingnya ke jalan
kebenaran In Shaa Allah. Tapi jika kerana kedegilan yang tidak betah dalam
melawan nafsu, kerana ketamakkan dan untuk kepentingan diri, perlunya seseorang
itu muhasabah diri dan merawat hatinya yakni qalb dengan perisai amal yang
baik. Justeru umat islam tidak akan dijajah dengan apa cara sekalipun.
Ustaz
juga ada menyatakan “ sesebuah penulisan perlu adanya roh untuk menghidupkan
hati”. Disini bukan roh yang menakutkan, yang akan mencekik kita dan akhirnya
kita mati. Sebaliknya ia roh yang akan menghidupkan hati kita yang mungkin
tengah nazak ketandusan cahaya illahi, serta menetapkan Addin islam dalam jiwa
kita.
Penghayatan
dalam penulisan perlu datangnya dari penulis itu sendiri. Dimana penulis adalah
pendahwah, murrabbi dan pemimpin. Pertama penulis itu sendiri teguhkan ilmu
untuk diri, tahu akan ilmu yang dipelajari, ingin memberitahu serta dia juga
mujahaddah. Penulis yang baik adalah penulis yang menyeru bukan menyuruh,
mendekati pembaca dengan niat mendidik dan mengumpul pengikut bukan peminat.
Biarlah
dia tidak dikenali dengan personalitinya tapi didekati dengan penulisannya.
Pernah
tidak kita menyoal qalb kita “Setakat mana Allah itu perlu dalam hidup kita?”
persoalan ini perlu dirasa untuk kita sentiasa berada di track yang betul.
Apatah lagi bagi seorang penulis yang ingin menyentuh hati pembacanya, penulis
yang baik perlu kerja kuat (kepakaran) dan amanah (iman).
Mari
kita meniti sejarah sejenak, siapa tidak kenal akan Imam Malik bin Anas dan
kitabnya Al-Muwattak ?
Al-Muwattak
adalah kitab hadits dan fiqih yang disusun oleh beliau merupakan salah satu
dari kutubut Tis’ah ( 9 kitab hadits utama di kalangan sunni). Walaupun pada
zaman beliau telah banyak kitab Muwattak ditulis, beliau tetap bertegas untuk
menulisnya sebab ingin sampaikan kebenaran. Kitabnya tetap utuh hingga kini
adalah sebab keikhlasan yang berterusan dan sangat teliti dalam penulisan.
Dalam
penulisan perlu sampaikan kebenaran dan jangan sampaikan keindahan, kerana
kehidupan adalah realiti bukan fantasi.
Tidak perlu seseorang itu mencari kata-kata, malah rasa itu yang menyusun kata
seterusnya menjadi perkataan dan ayat yang menyentuh hati pembaca, In shaa
Allah jika niat kita ikhlas di jalan Allah.
Sebelum
menulis perlunya tujuan yang jelas. “dunia akan tunjuki jalan untuk orang yang
jelas tujuannya”. Penulis juga perlu menulis darinya yang mana tulis apa yang
diyakini, dialami dan dirasai untuk menjadi penulis yang sentiasa perbaiki
dirinya dan orang lain untuk sama-sama meniti ke jalan Allah.
Pengajarannya
·
Mahakaya Allah, tulislah dengan hati
yang ada Allah, In Shaa Allah tulisan itu dapat menyentuh hati-hati pembaca.
·
Lazimnya orang ikhlas, tidak perlu
mengingati apa yang dicakap. Tapi ianya keluar sebagai mutiara kata.
·
Penulisan juga salah satu ibadah yang
akan menaikkan saham kita selepas kita tiada.
·
Kata ustaz, “buat perkara yang betul dengan
betul-betul” barulah matlamat akan tercapai. Sedihnya ramai yang buat perkara
betul dengan main-main, natijahnya matlamat kita sentiasa berciciran.
Akhir kata, manusia ada
tiga jenis:
·
Bijaksana
·
Cerdik
·
Pandai
Manusia
yang bijaksana akan tingkatkan hikmah dari ilmu yang diperolehnya, manusia yang
cerdik hanya tingkatkan ilmunya dan manusia yang pandai hanya mengejar
matlamatnya.
Persoalannya dimanakah diri kita untuk keluarga, sahabat dan
masyarakat islam kita?
Kita ingin menjadi manusia yang bagaimana?
Assalamualaikum, jazakumullahu khairan kathira atas jemputan dan laporan yang bagus ini, semoga warga UKM yang mencintai dakwah dan penulisan mendapat manfaatnya.
ReplyDeleteAna sendiri sentiasa rindukan UKM dan berasa bersyukur setiap kali dapat berkongsi dengan siswa UKM.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.