KISAH TAUBAT SEORANG LELAKI YANG GILAKAN PENYANYI SEHINGGA MENJEJASKAN IBADATNYA
Ali ibnu al-Husain telah berkata:
Kami mempunyai seorang jiran yang sangat masyhur sebagai seorang yang sangat kuat beribadat kepada Allah. Olah kerana beliau sangat kuat dan rajin mengerjakan solat menyebabkan kedua kakinya menjadi pecah-pecah. Dan akibat terlalu banyak menangis menyebabkan kedua-dua matanya menjadi sakit.
Seluruh ahli keluarga dan jiran tetangganya berkumpul dan meminta kepada beliau suapya berkahwin sahaja. Akhirnya salah seorang ahli keluarganya membelikannya seorang hamba sahaya. Kebetulan hamba ini sangat pandai menyanyi, akan tetapi si ‘abid langsung tidak mengetahui tentang kebolehan si hamba tersebut.
Pada suatu hari, sedang dia sibuk bersolat di mihrabnya, si hamba itu telah mengangkat sedikit suara nyanyiannya, menyebabkan fikiran si ‘abid mula melayang jauh dan tidak sedar lagi terhadap apa yang telah dikerjakannya. Si hamba itu pula kemudiannya dating menemui beliau lalu berkata:
“Wahai tuan! Selama ini tuan telah banyak menyia-nyiakanmasa muda tuan dan telah banyak meninggalkan kelazatan dunia di sepanjang ahri yang berlalu di dalam hidup tuan. Kalaulah tuan dapat berhibur bersama-sama saya, alangkah baiknya!”
Si ‘abid telah terpengaruh dangan ucapan manis bermadu dari mulut si hamba. Akhrinya dia pun turut sama menyibukkan diri dengan kelazatan dunia dan sedikit demi sedikit ibadat yang dilakukan selama ini semakin tersisih.
Keadaan ini telah sampai ke pengetahuan abangnya yang kebetulan lebih kurang sama dengan dirinya yang tekun beribadat. Beliau menulis sepucuk surat kepada si ‘abid dengan berkata:
“Bismillahirrahmanirrahim, dari penasihat yang amat bersimpati dan perawat yang prihatin, ditujukan kepada orang yang telah dirampas pergi akan segala kemanisan ingatannya terhadap Allah, kelazatannya terhadap al-Quran, kekhusyukan dan kesedihannya terhadap akhirat. Aku telah mendapat tahu bahawa kamu telah membeli seorang hamba yang menyebabkan engkau sanggup menjual bahagian akhirat semata-mata kerananya. Sesungguhnya alangkah baik sekali kiranya engkau jualkan rasa terima kasih itu dengan sedikit kepayahan dan al-Quran itu dengan peliharaan. Aku hanya mengingatkan kamu supaya lebih baik kamu hancurkan sahaja kelazatan dunia dan syahwat. Ianya seolah-olah telah dating kepada kamu lalu menyebabkan lidahmu menjadi kelu, memusnahkan segala anggota tubuh badanmu (dari beribadat), mendekatkan dirimu kepada kain kapan dan menyebabkan jiran tetanggamu menjadi meluat terhadapmu. Aku peringatkan kepadamu tentang hari Qiamat apabila tubuhmu kelak sudah menjadi mayat, bagaimana pula nanti kamu akan berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Perkasa? Berhati-hatilah wahai saudaraku terhadap kemarahan Allah S.W.T. yang bakal engkau hadapi tidak lama lagi”
Surat itu dilipat baik-baik lalu dibalingkan kepedanya melalui sebuah tingkap. Ternyata surat itu tiba-tiba jatuh ke atas diri si ‘abid yang ketika itu sedang berada di majlis kegembiraan dan keseronokan dengan si hamba. Sebaik sahaja beliau meneliti surat itu, peluhnya terpercik keluar dan matanya berpinar-pinar. Dengan segera beliau bingkas bangun dari majlis kegembiraannya itu lalu memecahkan segala perkakas-perkakas hiburan dan menghambat hamba itu keluar dari rumahnya.
Selepas itu, beliau bertaubat semula dari ketelanjurannya dan kembali semula beribadat sehingga lupa kepada kenikmatan makan minum dan tidur. Begitulah keadaanya sehingga akhirnya beliau meninggal dunia.
-Di petik dari buku “Titisan Air Mata Kerana Allah, vol.2”-
Pengajaran:
1)Berhibur tidak salah, cuma ada batasnya. Janganlah sampai menjejaskan ibadah kepada Allah. Kelazatan dunia itu tidak terbanding dengan kelazatan di akhirat yang bakal menanti. Itulah janji Allah kepada hamba-Nya.
2)Cegahlah kemungkaran dengan berhikmah:
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim)