Sunday, August 21, 2011

Hebahan : Iftar Jamie di Surau Ar-Razi

Kepada pimpinan tanzim baru, ana mengucapkan selamat maju jaya, kami(senior2 yang dikasihi) sentiasa akan memberikan support pada antum! 



Saturday, August 20, 2011

Essence of Ramadhan


Apabila tibanya Ramadhan kita sering diingatkan

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Oleh itu, pada tiap Ramadhan, kita diingatkan yang objektif kita berpuasa ini adalah untuk mencapai taqwa. Tetapi, bukanlah taqwa yang tercipta hasil daripada Ramadhan, tapi Ramadhanlah yang dicipta untuk menghasilkan taqwa. Oh… confusing ke? Dan apa pula bezanya?

sebagai analogi, kita sebagai seorang muslim diwajibkan solat fardhu 5 waktu. Tetapi, jika kita bermusafir, Allah meringankan kita dengan memberikan kita rukhsah solat, agar memudahkan kita untuk menunaikan solat. Adakah bermakna apabila kita menjalankan rukhsah pahala kita akan berbeza jika kita solat fardhu biasa. Tidak, pahala tetap sama (considering khusyu’ nya pun sama lah).

Begitu juga Ramadhan, Ramadhan adalah seperti “rukhsah” untuk umat islam untuk mencapai taqwa. Mudah-mudahan apabila tibanya Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, hambaNya akan menjadi lebih mudah untuk mencapai taqwa. Allah memberikan kita satu bulan yang dimana, pahala ketika bulan itu dilipatkali gandakan, disunatkan solat tarawikh, ditambah pula dengan pencarian malam lailatul qadar, disarankan berpuasa untuk menjaga perut, diikat syaitan dan bermacam-macam lagi keistimewaannya. Tujuannya, agar hamba-hambaNya lebih mudah untuk mencapai taqwa pada masa ini. Oleh itu, bukanlah Ramadhan yang perlu menghasilkan taqwa, tapi untuk mencapai taqwa, Allah berikan Ramadhan. Itulah erti sebenar “bulan Ramadhan bulan taqwa” dan juga term “madrasah Ramadhan”.

Menjadi kesilapan kita adalah bila kita merasakan kita perlu menyambut “bulan Ramadhan” itu sendiri, dalam kata lain, menjadi hamba kepada bulan. Apabila tiba Ramadhan, kita menjadi baik, nak mengumpat tak bleh, tunggu habis Ramadhan nanti, bulan Ramadhan tak elok ngumpat… Nak dating takleh, tunggu habis Ramadhan, kononnya nak hormati bulan Ramadhan. Ini adalah mentaliti orang yang menjadi hamba kepada bulan, bukanlah menjadi hamba kepada Allah.

Jika kita hanya “menjaga” diri kita ketika Ramadhan, samalah juga seperti menjadi seorang muslim yang solat hanya jika dia musafir, yelah sebab ada rukhsah kan, takyah solat banyak sangat rakaat, senang. Solat 4 rakaat dah boleh kita 8 rakaat. Tapi jika hari-hari lain, tak solat, sebab kena buat banyak rakaat. Maka muslim jenis apa pulak tu?

Oleh itu, apa sahaja usaha kita untuk mencapai taqwa, itulah dia essence of Ramadhan tak kira apa bulan pun. Saya sendiri merasakan, apabila habisnya Ramadhan, hati menjadi sedih kerana rasa seperti kehilangan Ramadhan sebuah bulan yang indah. Tapi tidak begitu, selagi jiwa kita sentiasa dalam “mode mengejar taqwa”, maka “hadiah” dan keindahan yang kita inginkan ketika Ramadhan itu pastinya sentiasa berada dekat dengan kita.

Jadi kepada akhawat-akhawat yang terpaksa cuti ketika Ramadhan, 10 malam terakhir pulak tu, janganlah rasa kerugian. Lakukanlah apapun untuk mencapai taqwa, itulah yang Allah inginkan dari hambaNya ketika Ramadhan. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa… wallahulam