Thursday, April 12, 2012

Urgensi Tarbiah


Alhamdulillah, pada 7 April 2012, akhawat-akhawat dari USIM, PPUKM, IPG,UCSI, dan beberapa IPT lain telah dapat berkumpul dan menjayakan program rehlah. Pengisian program telah diberi oleh Ukhti Aisyah, graduan dari UIAM. Tajuk pengisian kali ini adalah Urgensi Tarbiah Muslimah. Mengapakah di namakan Urgensi Tarbiah? Tarbiah secara simple dan mudah difahami beerti proses pembinaan diri kearah mentauhidkan Allah. Banyak diantara kita yang mengikuti tarbiah namun kurang pasti apakah sebenarnya urgensi tarbiah ini atau kepentingan tarbiah ini dalam kehidupan seharian, dan lebih khusus lagi apakah kepentingan pada seorang muslimah. Perlu ditekankan bahawa wanita merupakan asset yang berharga tidak kira dalam pembinaan keluarga yang beriman, masyarakat yang solehah (Biah Solehah) mahupun sebuah Negara Islam. Oleh itu peranan wanita adalah sangat besar dalam membentuk masyarakat muslim yang bukan sahaja Islam pada zahirnya, tetapi mampu untuk mengamalkan Islam secara khaffah.



Oleh itu, sebagai seorang Muslimah, mengapakah kita harus mengikuti tarbiah? Manusia sememangnya makhluk yang pelupa. Diantara keperluan utama menyertai sistem tarbiah ini adalah untuk agar kita akan saling ingat mengingati. Wahana tarbiah Islamiah seperti usrah, qiamullail, daurah, rehlah, muqayyam, riadah, iftar dan lain-lain semua bersifat jamaah. Sesuai dengan fitrah manusia, kita  sebenarnya sangat memerlukan kehidupan berkelumpuk. Manusia tidak mungkin dapat hidup bersendirian tanpa orang lain. Maka, dengan mengikuti tarbiah ini, kita sebenarnya menyalurkan fitrah manusia dengan jalan yang paling Allah redhai. Dengan mengikuti proses tarbiah ini, kita bukan sahaja dapat menimba ilmu ukhrawi dan duniawi malahan perkongsian dari hati ke hati juga dapat dirasai. Disinilah kita dapat menyelami keindahan ikatan ukhuwwah dan erti cinta kerana Allah. Insyaallah tiada tempat didalam dunia ini yang dapat mempertemukan kita dengan sahabat yang setia selain di dalam jalan tarbiah. Mereka inilah sahabat-sahabat yang bersama-sama melakukan kebaikan dan menegur sekiranya kita melakukan kesilapan. 
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai sahabatnya lebih dari dirinya sendiri.”

Antara perkara yang paling penting dalam mengikuti tarbiah, terutamanya didalam usrah adalah komponen ilmu pengetahuan. Kita digalakkan untuk bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, tapi perlu juga diamalkan dalam menjalani kehidupan agar dapat benar-benar membentuk peribadi yang mulia. Allah berfirman di dalam surah Al-Mulk, ayat 2: 
“ (Allah) Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” 
Sesungguhnya kehidupan didunia ini tidak lain tidak bukan merupakan satu fasa ujian, yakni untuk menguji siapakah yang, ‘Lebih baik amalannya’ . Oleh itu, untuk mendapat amalan yang lebih baik sudah tentulah kita harus mempunyai ilmu. Ilmu-ilmu yang kita peroleh haruslah mempunyai asas dan kita mestilah ikhlas dalam menuntut ilmu. Dengan itu, ilmu yang berkualiti dapat diperoleh. Ilmu-ilmu yang kita peroleh sepanjang mengikuti tarbiah ini bukanlah “limited edition”. Bahkan ilmu-ilmu ini haruslah digunakan apabila kita mendirikan Baitul Muslim dan juga ketika bergaul dengan masyarakat.  Selain daripada menambah ilmu, melalui tarbiah, kita dapat mempersiapkan diri mendokong dan menjadi sayap kanan bagi suami tercinta dalam menyebarkan dakwah. Peranan isteri amat penting di dalam pembinaan Baitul Muslim dan juga sebagai pencorak dalam pembinaan sahsiah anak-anak. Bayangkan sekiranya tarbiah dan dakwah telah menjadi sebati dalam diri kita, kita akan mencorakkan anak-anak untuk menjadi seorang yang mampu memberi bakti kepada agama. Indahnya apabila kanak-kanak kecil menjawab, apabila mereka bercita-cita ingin syahid di jalan Allah. Selain itu, kita juga digalakkan untuk mencari nilai tambah dalam diri. Nilai-nilai tambah seperti boleh memandu, menjahit, memasak, menyulam dan lain-lain mampu untuk membantu kita menguruskan keluarga dan membantu suami dalam jalan dakwah. 

Tarbiah juga mendidik para pengikutnya untuk menjadi ‘agent of change’. Untuk mencapai matlamat yang suci ini, kita diperkenalkan dengan 10 muwosoffat tarbiah. Kita dididik untuk mendalami dan dilatih untuk mengamalkan 10 muwosoffat tarbiah iaitu, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, mampu bekerja, berpengetahuan luas, tubuh yang cergas, mujahadah(menguasai diri), urusan yang teratur, sangat menghargai masa, dan bermanfaat kepada orang lain.  Dengan berbekalkan 10 muwosoffat tarbiah ini kita akan dapat membawa diri masuk ke dalam keluarga dan skop yang lebih besar ke dalam masyarakat untuk menjadi ‘agent of change’ . Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 208: 

“Wahai orang-orang yang beriman!! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu” Wallahualam… 

Tuesday, April 10, 2012

Perkongsian : Rehlah IKRAM-BTR :: Activate Ukhuwwah::

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T
Pada 7 April 2012, rehlah IKRAM-BTR bagi akhawat di IPT-IPT dibawah jajahan IKRAM BTR telah berjaya dilaksanakan.  Kami bagi pihak akhawat PPUKM berbesar hati kerana telah dilantik untuk menjadi tuan rumah untuk rehlah kali ini. Alhamdulillah, dengan bantuan makcik Ila dan akhawat dari USIM program kami dapat dijalankan dengan meriah. Walaupun terdapat banyak perubahan kepada rancangan awal, namun program tetap berjalan dengan lancar.

Dengan bertemakan “Activate Ukhuwwah” program kali ini diadakan supaya dapat mengumpulkan akhawat-akhawat dari IPT di Bandar Tun Razak di dalam satu program agar dapat berjumpa, bertaaruf dan berukhuwwah. Maklumlah, menjadi pelajar IPT, kita jarang sekali dapat berjumpa dengan akhawat di IPT lain padahal kita semua memegang visi dan misi yang sama dalam menggerakkan dakwah kampus. Mudah-mudahan dengan terjalinnya hubungan ini, kami lebih bersedia untuk saling bantu membantu dan berkerjasama dalam tarbiyyah dan tugas-tugas dakwah.

Aktiviti yang dijalankan

Ice breaking game : “First Impression” dan “Animal call”









Makan pagi



Pengisian (Oleh Ukhti Aishah Azlan UIA)



Games


MMS Rosak





Binaan Ukhuwwah





Cenderahati buat semua peserta Rehlah IKRAM-BTR


Semoga kita berjumpa lagi