Friday, April 29, 2011

Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur?


Pertanyaan itu terlontar daripada mulut seprang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpinn bergelar khulafa’ ar rasyidin kelima. Ketika itu khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, ida sedang merebahkan dirinyaberisitrehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik

Tetapi, baru sahaja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan mengatakan

“ Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?”
Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab

“ Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa.”
Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi,

“Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?”
Khalifah Abdul Aziz mengatakan

“Jika tiba waktu zuhur, saya bersama orang-orang yang akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya”.
Jawapan itulah kemudian ditanggapi oleh si pemuda,

“Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu zuhur, wahai Amirul Mukminin?”


Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri…

Khalifah Umar bin Abdul Aziz terus terbangun dan membatalkan niat untuk tidur, beliau memanggil anaknya mendekati beliau, mengucup kedua belah mata anaknya sambil berkata

“Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan dari keturunanku, orang yang menolong aku di atas agamaku”

No comments:

Post a Comment