Friday, October 28, 2011

10 Hari Dari Bulan Zulhijjah

السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته

الحمد لله رب العزة والجبروت والصلاة والسلام علي رسوله الأمين وعلي آله وصحبه أجمعين

Klik untuk gambar lebih besar

 Menemui ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian,

Sekali lagi ana merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana nikmat-Nya yang terlalu banyak buat kita sebagai hamba-Nya. Semoga kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia ini membawa keberkatan.

Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan ini, sayugia jangan kita lupa untuk mengimarahkan hati dan jiwa agar sentiasa berada dalam kemurnian. Ia perlu sentiasa bersih, suci dan murni untuk menerima kalam-kalam suci daripada al-Quran dan as-Sunnah. Itulah tuntutan tarbiah kita dalam jamaah ini.

Justeru dengan kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia terutama pada 10 hari pertama ini marilah kita bersama-sama mengambil peluang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Insya-Allah ia juga menjadi bekalan di sepanjang dakwah yang berkat ini.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Ust Tajul Arifin Che Zakaria
Pengerusi JKT IKRAM PUSAT

Untuk membantu meningkatkan roh ahli IKRAM, JKT mencadangkan supaya dilaksanakan kewajipan-kewajipan berikut bagi menghidupkan 10 hari terawal bulan Zulhijjah
Kewajipan-kewajipan:

  1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).
  2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiamullail.
  3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).
  4. Berpuasa pada hari Arafah kerana fadilatnya yang besar.
  5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.
  6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).
  7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.
  8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.
  9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.
  10. Berusaha menyebarkan panduan-panduan ini di tempat kerja masing-masing; menggesa sahabat-sahabatnya untuk memanfaatkan peluang-peluang tersebut. Juga menguar-uarkannya kepada jiran tetangga dan masyarakat.

Klik di link ini untuk mengetahui lebih banyak kelebihan hari-hari ini serta kedudukannya dalam Islam

No comments:

Post a Comment