Monday, January 2, 2012

Sekilas Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati


Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah kerana diberi kesempatan dan kelapangan buat kami untuk menyertai program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 yang bertemakan Jiwa Cerdas Pemuda Cergas bertempat di Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana. Amat bermakna dan berharga pengalaman berada bersama lebih 1000 peserta dalam menjayakan program ini. 


Program ini diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk mengumpul seribu jiwa-jiwa remaja dan belia dalam memberikan alternatif lain untuk menyambut malam tahun baru. Himpunan 1000 jiwa ini adalah salah satu program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) yang dikendalikan sepenuhnya oleh Raudhatus Sakinah untuk membendung gejala 'hendonism' dikalangan remaja dan belia di negara ini di samping untuk mengawal peningkatan kes buang anak dan zina di Malaysia.


Antara acara yang berlansung sepanjang program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati...


Sabtu (31/12/2011)
12.00 - 4.00 ptg
-pendaftaran peserta 
4.00-5.00 ptg
-solat asar berjemaah di Masjid Negara dan minum petang


5.00-6.30 ptg
-perasmian program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati oleh pengerusi JAKIM


7.00-9.00mlm
-Solat maghrib dan Isya' berjemaah
-Tazkirah maghrib disampaikan oleh Imam Masjid Negara
-Menekankan cara sambutan tahun baru yang lebih bermakna dan betul dalam islam


9.00-12.30 mlm
-acara kemuncak Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

  • dimulakan dengan alunan asmaulhusna oleh Ibu Aisyah
  • program ini dihoskan oleh Saudara Fedtri Yahya, pengacara Malaysia Hari Ini TV3
 
saudara fedtri yahya
  Program diteruskan dengan Talk Show dan menampilkan Ibu Aisyah dan Juara Ustazah Pilihan, Ustazah Firuz. Program ini dikendalikan oleh saudara fedtri yahya. Ianya membincangkan tentang gejala bahana cinta remaja dan juga membangkitkan isu-isu mengapa terjadinya peningkatan masalah sosial yang semakin meningkat dikalangan remaja. Selain itu, mereka juga memberikan perkongsian cara-cara berdakwah kepada golongan remaja dan belia masa kini dengan cara menggunakan media electronic seperti facebook, twitter, youtube dan sebagainya...


talk show bersama Ibu Aisyah dan Ustazah Firuz


    Acara diteruskan lagi dengan alunan nasyid pembakar semangat oleh kumpulan nasyid Indonesia Shoutul Harokah.. Kumpulan ini mendendangkan hampir 10 buah nasyid dengan penuh semangat untuk membakar jiwa-jiwa pemuda supaya terus berjuang dalam menegakkan syiar Islam..


kumpulan nasyid Shoutul Harokah


   Selepas itu, pihak penganjur menampilkan Ustaz Dr Hj Zahazan untuk memberikan ceramah yang bertajuk "Wahai Pemuda, Bangkitlah". Dalam ceramah ini, beliau menerangkan kepentingan pemuda-pemuda dalam membangkitkan dan menegakkan syiar Islam di Malaysia. "Belia masa kini adalah penentu masyarakat pada masa hadapan" kata beliau... Banyak perkongsian pengalaman yang beliau lontarkan sepanjang ceramah dan ianya memberi kesan yang amat mendalam buat peserta program..


Ustaz Dr Hj Zahazan


   Program diteruskan lagi dengan laungan ikrar yang diketuai oleh Pengarah Program Saudara Abdullah Omar dan para fasillitator dan tidak dilupa para peserta program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati pada detik jam 12 tengah malam menandakan permulaan tahun baru 2012... Penuh semangat dan mengegarkan hati sanubari dalam menlaungkan ikrar tersebut.. Moga ia menjadi pemangkin pertama dalam memberi perubahan buat semua peserta dalam merubah diri menjadi insan yang lebih baik...


   Acara diteruskan lagi dengan alunan selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW yang diketui oleh Ustaz Imam Muda Najdi bersama-sama dengan para fasilitator lelaki.. 


imam muda najdi
Ahad (1/1/2012)
4.30-5.45 pagi
-Qiammulail yang diketuai oleh Ustaz Imam Muda Hassan..
-Bertujuan untuk membersihkan diri di samping memulakan hari pertama tahun baru dengan lebih bermakna iaitu mengingati Allah dan bersyukur kerana masih diberi nikmat menghadapi pertambahan lagi satu tahun.
-Syahdu dan sebak apabila mendengarkan bacaan alunan ayat suci al-quran dan zikir-zikir sepanjang bermunajat 2/3 malam..


6.00-7.00 pagi
-Solat subuh berjemaah
-Kuliah subuh oleh Imam Muda Hassan


8.00-10.00
- Larian Sihat cergas 1000 pemuda peserta Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati di Taman Botani Tasik Perdana...
-Bertujuan melahirkan pemuda-pemuda yang kuat dan bersemangat dalam berjihad menghadapi pelbagai rintangan atau cabaran pada masa hadapan di samping membina stamina pemuda supaya kekal cergas.
-Subhanallah, semua peserta amat bersemangat berlari sambil mengibarkan bendera ABJZ walaupun penat berprogram sepanjang hari dan bangun berqiamulail pada malam hari...


wajah2 ceria...
10.00-11.00
-Acara penutup program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati yang dirasmikan oleh Pengarah DBKL di Panggung Annivesari di Taman Botani Tasik Perdana...
-Kata-kata Aluan daripada Pengerusi Raudhatus Sakinan, Pn Rosmawati Zainal (Ummi Rose) amat menyentuh hati dan beliau mengharapkan pada program himpunan 1000 jiwa tahun hadapan akan ada lebih ramai penambahan peserta kerana ianya menunjukkan betapa perlunya program seperti ini buat golongan remaja dan belia masa kini dalam mengekang penularan gejala maksiat yang semakin membimbangkan...


Refleksi Diri
Alhamdulillah, terlalu banyak yang kami pelajari daripada program ini.. Betapa perlunya program seperti ini dianjurkan sebagai salah satu program alternatif bagi menggantikan program sambutan tahun baru yang melalaikan dan merosakkan jiwa remaja dan belia pada masa kini.. Diharapkan program ini akan diteruskan dan dapat menambat lebih banyak jiwa-jiwa muda untuk meneruskan mempertahankan syiar Islam.. Diharapkan lebih banyak penyertaan penglibatan daripada ikhwah dan akhawat K-PPUKM dalam acara seperti ini pada masa akan datang...

Wallahualam....

antara akhawat kppukm yang terlibat
p/s: asif, hanya gambar akhawat sahaja terdapat dalam simpanan saya... 

3 comments:

  1. kata-kata ummi rosmawati dan prof har sgt menyentuh hati..dan aktiviti oleh saudara firdaus sgt menarik..smoga kita amalkan supaya dpt digunakan pada aktiviti seterusnya dan untuk mengaktifkan otak kanan kita...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya rasa berminat untuk menyertai aktiviti seperti ini, tetapi saya bukanlah warga UKM...

    Fairuz

    ReplyDelete
  3. Program ini diadakan secara umum...bukan warga UKM sahaja...harap maklum..InsyaAllah, tahun depan akan diadakan lagi Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

    ReplyDelete