Sunday, October 21, 2012

Dalam Dakapan Ukhuwwah


“Selepas ini kita ada slot khas dari Dr.Azizah dan beliau akan memperkenalkan tentang buku-buku yang sepatutnya kita, sebagai daie dan murabbi, patut ada”

Ini bukan kali pertama aku mendengarnya. Dr Azizah atau lebih mesra dengan gelaran makcik Zah selalu memberikan penerangan tentang bahan bacaan yang patut dibeli oleh ikhwah akhawat. Setiap kali juga, aku pasti terpaku memberi perhatian dan menilai dengan teliti buku apa yang mesti dibeli kali ini. Penerangan kali ini lebih panjang berbanding dengan slot “mencelah” pendek yang selalu diberikan kepada makcik Zah dan aku telah membuat senarai “must own book” sendiri.

“habislah ikhwah bolot semua buku kak Aisyah… tak mendapat la saya…” Kak Aisyah tersenyum

“takpe, nanti boleh order” jawab Kak Aisyah dengan lembut.

Selepas ikhwah meninggalkan bilik itu, aku adalah orang pertama yang membelek buku-buku di meja hadapan itu dan “mengecop” beberapa buku. Hampir semua buku aku belek dengan teliti, sampailah kepada sebuah buku berkulit hitam. Anggun sungguh kulit hadapannya, tajuknya pula bagai menyambar jantungku yang hari ni sudah cukup basah dek pengisian yang mantap para penceramah.



“Nak buku ni! Tapi nak orang hadiahkan pada saya” kata-kata itu keluar dengan spontan. Akhawat di hadapanku hanya tersenyum dan ketawa. Aku turut sama ketawa.

“Nadiah, akak nak buku ni, hadiahkan pada akak eh” Nadiah seperti biasa, tersenyum ala-ala cat, sambil mengaangguk-angguk (dengan tak berapa ikhlas). Aku turut tertawa.

“Nak sangat buku ni, tapi taknak beli sendiri, nak jugak orang hadiahkan” seperti satu kedegilan pula. Tak habis-habis dialog yang sama. Barangkali akhawat juga merasa pelik dengan permintaan degilku itu.

Buku itu aku letak kembali di atas meja dengan rasa berat hati. Sesekali aku menjeling. Anggun sekali.

*******

Terdengar satu bunyi yang asing. Aku terbangun. Tak sangka ada akhawat yang mengunci jam seawal 3.45 pagi. Mantap sungguh. Namun apabila aku bangun, bilik masih gelap. Selepas membasuh muka, aku menatap wajahku dicermin. Dialogku semalam masih terngiang. “nak buku ni, hadiahkan pada saya”

Mengapa ya? Mengapa aku bertindak begitu?

Aku tersentak. Wajah sahabatku Hayat yang sempat ku peluk erat sebelum bergerak ke daurah, Ukhti Rahmah… Izzanis… Masita… Mereka berjubah merah, diwajah mereka cahaya kebahagiaan dan kebanggaan. Mereka, sahabiah-sahabiah yang pernah menjadi penemanku sebelum ini. Terbayang pula wajah Kak Ana, kini telah pun selamat melahirkan anaknya yang pertama, pasti dia bahagia disisi zaujnya. Menoleh kearah akhawat yang masih lagi tidur.... Ini dia, apa yang aku rindukan…

Dalam dakapan ukhuwwah


Menimba ilmu bersama
Membaca Quran
Mathurat
Menghafal dan tasmi ayat hafazan bersama
Solat berjemaah
Qiamullail
Makan didalam talam bersama
Tidur tanpa selimut bersama-sama

Aku lupa bila kali terakhir aku turut serta dalam aktiviti seperti ini. Malu sendiri…

Aku ingin terus berada disini. Dalam dakapan ukhuwwah…

“Aimi, akak nak buku ni. Hadiahkan pada akak!” Aku tersenyum sinis, sengaja bertanya, sengaja ingin melihat respon miss ironlady. Aimi tersenyum dan terus ketawa.

“Nadiah ada da buku tu, bagi kak Zatel pinjam, kak Zatel baca.Nak?”

Kali ini, aku pula tersenyum dan terdiam. Jika berada dalam dakapan ukhuwwah itu semudah kita hanya bertanya dan mendapatkannya, tiadalah serinya tarbiah ini. Barangkali peringatan juga buat diriku, sudah cukupkah aku memberi untuk aku meminta? Meminta agar aku didadakap dalam dakapan ukhuwwah.

*****
“Jangan ditanya apa yang telah orang beri pada kita, tanya apa yang kita dah beri pada orang lain”


Wallahulaam