Sunday, January 13, 2013

Perubahan Usia Merubah Pemikiran Diri

Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan berambut pendek & kemas tetapi kita nak juga berambut panjang dan ‘stylo’,




Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan pelajar memakai tali leher pada setiap hari Isnin tetapi kita sengaja tak pakai tali leher,
Dulu ketika masih di sekolah, baju pelajar lelaki mestilah dimasukkan ke dalam seluar dan kemas tetapi kita nak juga tunjuk hero dan keluarkan baju dan membuka satu atau dua butang baju,



Dulu ketika masih di sekolah, mak bapa suruh belajar rajin-rajin tetapi kita pula buat acuh tak acuh,



Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kita berambut pendek dan kemas supaya mudah dijaga dan juga nampak segak bergaya,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kalau boleh nak cari kerja yang perlu pakai tali leher supaya nampak ‘stylo’ & kemas kerana nak bergaya eksekutif,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, baju dimasukkan dan dibutang kemas kerana takut orang kata kita selekeh,
Kini kita telah dewasa dan berada di dalam pekerjaan, kita membeli buku, menghadiri seminar, kursus & mendaftarkan diri di dalam university jarak jauh kerana kita mula sedar pentingnya ilmu dan singkatnya masa.

Perjalanan manusia penuh dengan penyesalan dan perubahan. Alhamdulilah sekurang-kurangnya masih diberi kesempatan untuk berubah tetapi ADAKAH kita akan menyesal di akhirat akibat keputusan yang kita lakukan di dunia di mana kita menghambakan diri kita kepada nafsu berbanding menghambakan diri kepada Allah? Adakah kita akan menyesal menyembah berhala & syaitan yang tidak mampu membawa manfaat kepada diri kita sebagaimana firman Allah SWT;

Dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut itu; andainya kami mendapat peluang kembali ke dunia, tentulah kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana sekarang mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan amalan-amalan mereka menjadi penyesalan-penyesalan kepada mereka dan mereka tidak sekali-kali akan keluar dari neraka.”
[Al-Baqarah: 2:166-167]


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Life of a Reverted Muslim

No comments:

Post a Comment