Sunday, May 29, 2011

Zubair Al Awwam

Nama lengkapnya Zubair bin Awwam bin Khuwailid Al-Quraisy Al Asadi, biasa dipanggil Abu Abdillah dan dieglari Hawari Rasulullah SAW. (teman setia nabi) Beliau merupakan antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

Beliau dilahirkan tahun 28 hijrah. Nasabnya bertemu dengan Nabi pada Qushai. Bibinya, Khadijah binti Khuwailid, ummul mukminin adalah isteri Rasulullah. Zubair adalah putera bibi Nabi SAW. Ibunya adalah Shafiyah bt Absul Muthalib. Ia bernikah denga Asma’ Bt. Abu Bakar, dan antara naknya adalah Abdullah  B Zubair, amirul mukminin, dan Urwah B Zubair, salah satu di antara ahli fiqh di Madinah pada ketika itu. Rasulullah pernah mempersaudarakannya dengan Salamah B Salamah. Tercatat 7 orang sahabat Nabi yang pernah berwasiat kepada Zubair untuk memelihara anak-anak mereka. Antaranya Ustman, Abdurrahman bin Auf, dan bin Ibn Masud. Zubair memelihara anak-anak mereka dan menafkahi mereka dari hartanya sendiri. Ia termasuk antara sahabat Nabi yang kaya raya dan berprofensi sebagai pedangang. Ia meninggalkan harta sebanyak 40 juta dirham.

Ibunya pernah memukulnya, apabila ibunya ditegur, dia menjawab dengan melantunkan syair:

“Aku memukulnya agar ia tangkas menunggang kuda, memimpin prajurit dan menjadi orang yang berguna”

Harapan ibunya menjadi kenyataan. Zubair akhirnya menjadi seorang penunggang kuda yang hebat. 


Ia meriwayatkan 38 hadits dari Nabi. Diantaranya, Abdullah bin Zubair berkata, “Aku pernah mengatakan kepada ayahku, Zubair, “Aku tidak mendengar meriwayatkan hadits dari Nabi sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat  lain.” Zubair menjawab, “Aku adalah sahabat yang selalu menyertai Nabi dan aku pernah mendengar Beliau bersabda, “Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraca.” (HR. Al-Bukhari).

Hadith tentang Zubair:
  • Nabi SAW pernah berkata “Thalhah dan Zubair, keduanya adalah tetanggaku di syurga” (HR Trimidzi)
  • “setiap nabi mempunya hawari (sahabat setia), dan sahabat setiaku adalah Zubair” (HR Bukhari)
  • Dirawikan daripada Abdullah B Zubair, ia berkata “ Pada Perang Azhab, aku melihat Zubair dengan menunggang kudanya mundar-mandir masuk ke pasukan Bani Quraizah 2 / 3 kali. Setelah pulang saya bertanya “ Wahai ayahku, dalam perang Azhab aku melihatmu membuntuti pasukan Bani Quraizah” “ apakah kamu melihatku, wahai anakku?” tanya  Zubair. Abdullah mengiyakan. Zubair mengatakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda “ Siapa yang menyelediki berita tentang Bani Quraizah, hendaklah ia menyampaikan kepadaku berita tentang mereka”. Aku pergi menyeledikinya. Ketika aku kembali, Rasulullah SAW menghimpun untukku kedua orang tuanya dan berkata, “Ayah ibuku menebusmu (fadaka abi wa Ummu).”.  (HR. Al-Bukhari).

Kisah tentang Zubair
  • Ia adalah orang pertama yang menghunus pedangnya setelah mendapat berita bahawa Nabi SAW terbunuh dalam perang Uhud. 
  • Kerana ia masuk Islam pakciknya pernah mengurungnya di sebuah rumah yang dipanasi api. Ia lalu berkata pada pakciknya, “Aku tidak akan murtad dari Islam untuk selama-lamanya”
  • Ia ikut berhijarah ke Habsyah, yang pertamam dan yang kedua. Ia sentiasa bersama mengikuti semua peperangan bersama Nabi
  • Nabi SAW pernah mendelegasikannya dan Abu Bakar 70 orang kaum muslimin untuk mengusir orang-orang mushrik selepas perang Uhud. Ia tidak pernah menjabat sebagai gabenur, hanya pernah menjabat sebagai panglima perang di jalan Allah
  • Pernah berhasil mencerai-beraikan antara pasukan Malik ibn Auf pemimpin Wilayan Hauzan, dengan panglima tantara orang2 musyrik dalam perang Hunain. Pada gilirannya, kekuatan mereka menjadi kacau bilau dan akhirnya berhasil memukul mundur pasukan mereka.
  • Zubair adalah salah satu di antara enam orang (ashhab asy-syura’) yang di tunjuk Umar untuk memilih salah satu di antara mereka menjadi khalifah sepeninggalnya.
  • Tatkala pasukan kaum muslimin sudah berada di depan benteng Babilona saat pembebasan wilayah Mesri dan pengepungan telah berlangsung selama tujuh bulan, Zubair meyampaikan kepada Amr bin Ash “Wahai Amr, aku serahkan diriku untuk Allah. Dengan itu aku berharap agar Allah memberikan kemenangan kepada kaum muslimin” Amr menyetujui tindakan Zubair. Zubair maju dan meletakkan tangga lalu naik ke atas benteng seraya mengundangkan takbir. Takbir bergema dan diikuti seluruh pasukan kaum muslimin dan akhirnya benteng dapat dibuka.

Kisah Kewafatannya

Dalam perang Al-Jamal, ia mengundurkan diri dari barisan pasukan muawiyah setelah diingatkan Ali dengansabda Rasulullah SAW, “Wahai Zubair, tidakkah kamu mencintai Ali?” Zubair menjawab, “tidakkah aku mencintai putera pamanku sendiri dan orang seagama denganku?” beliau mengatakan “Wahai Zubair, demi Allah, kelak kamu akan memerangi (Ali) dan kamu berlaku aniaya terhadapnya” Mendengar hadith Nabi ini, ia langsung mengundurkan diri dari pasukan Mu’awiyah dan tidak mahu memerangi Ali

Setelah menarik diri dari perang Al-Jamal, Amr ibn Jurmuz membuntutinya, lalu membunuhnya pada saat ia sedang shalat. Zubair meninggal pada tahun 36 H. 

Wednesday, May 18, 2011

KIT:Kursus Intensif Tajwid

Assalamualaikum Ikhwah Akhawat yang dikasihi sekalian

Buat julung-julung kalinya, K-PPUKM akan mengadakan KIT! Kursus Intensif Tajwid khas utk ikhwah akhawat sekalian. Hopefully antum semua dapat mengajak anak2 usrah, buddy, sahabat2 tak kisahlah dari universiti mana, family members ke utk ke kelas tajwid ni! Penyertaan antum amatlah digalakkan! :D

Mohon antum semua dapat mengupdatekan kehadiran sesiapa sahaja yg antum ajak selewat-lewatnya khamis malam, 19 Mei utk estimate peserta & makanan.


Jazzakumullah~



Sunday, May 1, 2011

Program Susulan SYABABS

Assalamualaikum

Seperti yang telah dibincangkan, program susulan SYABABS akan diadakan pada 2 Mei 2011 ini dengan agenda utama untuk membincangkan SWOT dan juga SP.


Target: 80% peserta SYABABS hadir ke program susulan SYABABS!

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(As-Saff 61:4) 

Friday, April 29, 2011

Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur?


Pertanyaan itu terlontar daripada mulut seprang pemuda kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpinn bergelar khulafa’ ar rasyidin kelima. Ketika itu khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, ida sedang merebahkan dirinyaberisitrehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik

Tetapi, baru sahaja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan mengatakan

“ Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?”
Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab

“ Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa.”
Namun pemuda itu kelihatan tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi,

“Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?”
Khalifah Abdul Aziz mengatakan

“Jika tiba waktu zuhur, saya bersama orang-orang yang akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya”.
Jawapan itulah kemudian ditanggapi oleh si pemuda,

“Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu zuhur, wahai Amirul Mukminin?”


Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri…

Khalifah Umar bin Abdul Aziz terus terbangun dan membatalkan niat untuk tidur, beliau memanggil anaknya mendekati beliau, mengucup kedua belah mata anaknya sambil berkata

“Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan dari keturunanku, orang yang menolong aku di atas agamaku”

Friday, April 22, 2011

SAMPAIKANLAH WALAUPUN HANYA SATU AYAT

(Olahan petikan buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Siisi)

Rasulullah saw. bersabda: "Senyummu pada wajah saudaramu adalah sedekah."


Jadi, jika Anda tidak tersenyum pada wajah saudara anda, maka anda tidak mendapatkan pahala sedekah itu. Jika setiap muslim mahu memberi senyum tatkala bertemu dengan saudaranya sesama muslim, kita akan menjumpai sebuah masyarakat muslim yang berwajah cerah dan saling mencintai. Inilah barakah dari sebuah senyuman yang tulus. 
Allah swt. pernah menegur Rasulullah saw. tatkala beliau bermuka masam saat ditemui oleh Ibnu Maktum ra. Allah berfirman:

"Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa)."('Abasa:1-3)


Dari contoh ini anda akan mengetahui bahawa setiap yang datang dari Rasulullah adalah metod dakwah dan manhaj tarbiyah. Marilah kita mengambil salah satu contoh dari hadis-hadis berikut yang mengajarkan tentang sarana dan metod dakwah yang mudah dipelajari dan diterapkan oleh para da'i. Anda akan melihat bahawa pelajaran-pelajaran itu sangat jelas dan akan menyedari bahawa daya tangkap kitalah yang memang belum sampai.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah saw. bahawa beliau bersabda: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada enam: jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah', dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke kubur)."


Pertama: Jika bertemu maka berilah salam

Mengucapkan salam adalah langkah pertama, akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan. Ucapan salam harus disertai dengan perasaan cinta, senang, dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Setelah itu saling memperkenalkan nama, pekerjaan, dan tempat tinggal. Dengan demikian anda telah menapaki tahap awal dalam berdakwah.


Kedua: Jika tidak kelihatan maka cari tahulah

Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang telah anda kenal itu tidak anda lihat dalam waktu tertentu, maka anda harus mencari kabar tentang keadaannya atau menghubunginya, baik lewat telepon mahupun surat.


Ketiga: Jika sakit maka jenguklah

Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira, sedih, atau sakit; dan setiap kondisi harus disikapi dengan sikap yang islami. Jika anda mendengar bahawa teman anda sakit, Anda harus cepat-cepat menjenguknya, memberikan kesejukan, dan mendoakan untuk kesembuhannya; akan sangat baik lagi jika anda membawa hadiah yang sesuai.


Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai." (HR. Malik dalam "Al-Muwatha")

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, 'Kamu dalam keadaan baik dan baikpula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di surga.'" (HR. Muslim)

Di tempat teman anda tersebut, anda pun dapat berkenalan dengan teman-temannya. Dengan demikian anda akan semakin banyak mempunyai kenalan. Jangan sampai kunjungan itu anda pergunakan untuk membaca quran, majalah, atau berbicara yang tidak ada gunanya, agar tujuan kunjungan tersebut dapat terwujud. Jika anda masuk rumahnya, hendaklah anda duduk di mana anda dipersilakan duduk.


Diriwayatkan dalam sebuah atsar: "Barangsiapa masuk rumah salah seorang di antara kamu maka duduklah di tempat tersebut, kerana kaum itu lebih mengetahui aurat rumah mereka." (HR. Thabrani)



Keempat: Jika ia mengundangmu maka penuhilah

Setelah melewati tahapan-tahapan di atas maka hubungan antara kalian akan semakin erat. Suatu saat teman anda akan menghadapi keadaan-keadaan penting, seperti sukses dalam tugas, pernikahan, atau yang lainnya, lalu ia mengundang anda untuk menghadiri acara-acara tersebut. Anda harus memenuhi undangan tersebut kerana ini merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa harus anda rencanakan sebelumnya. Begitu juga sebaliknya, anda pun harus mengundangnya dalam acara-acara penting yang anda adakan.


Kelima: Jika ia bersin dan mengucapkan "hamdalah" maka jawablah ucapkan "yarhamukallah" (jika perempuan bersin, jawab "yarhamukillah")

Duduk bersebelahan dengan orang yang belum dikenal di suatu tempat, baik di perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang yang duduk di sebelah anda itu bersin maka hendaklah anda menoleh kepadanya dengan wajah berseri seraya mengucapkan, "yarhamukallah (mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada anda)." Tentunya hal ini akan menjadikan dirinya merasakan sesuatu yang baru dan setelah itu anda dapat bercakap-cakap dengannya.


Keenam: Jika ia meninggal dunia maka hantarkanlah ke kuburnya

Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggal dunia dan di kubur? Pada hakikatnya, mengantar orang lain yang meninggal ke kubur adalah mengantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran, dan merenungkannya. Ini sebuah sunnah Rasulullah saw. yang menggambarkan persatuan dan kesatuan kaum mushmin. Jika sebelumnyaaAnda dapat mengenal peribadi orang yang telah meninggal dunia, maka sekarang anda dapat menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang bertakziah ke rumahnya.


 
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa menghadiri jenazah hingga menyembahyangkannya, maka baginya pahala satu qirat. Barangsiapa menyaksikan hingga dikebumikan, maka baginya dua qirat." Seorang sahabat bertanya, "Apakah dua qirat itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Seperti dua gunung yang besar." (Muttafaqun 'Alaih)


SELAMAT BERAMAL
Allahualam 

Wednesday, April 6, 2011

Program SYABABS


ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

HEBAHAN PROGRAM:

SYABABS
Syuro's Apprentice Brothers And Sisters
(Kem Kepimpinan Tanzim)


Barangan yang perlu dibawa:
Pakaian yang mencukupi termasuk pakaian sukan
Barangan mandian
Sleeping bag (jika ada)
Buku nota dan alat tulis
kasut sukan
al-quran
ubat-ubatan peribadi (jika perlu)
penyangkut baju
SEMANGAT YANG MEMBARA!! ^^

Obejktif Program:
Refreshement fahaman mengenai tarbiyyah, dakwah, amal jamaie, sistem syuro
Permurnian fikrah
Persediaan pelapis bagi pewarisan tanzim

Tentatif (Subject to changes)

Jumaat, 8 April 2011
9.00pm      : Ice breaking; Ta'aruf
10.45pm    : taddabur Surah dan bacaan Al-Mulk
11.15pm    : Tidur

Sabtu, 9 April 2011
4.30am    : Qiyamulail
5.45am    : Solat Subuh, Tazkirah, Mathurat
7.00am    : Kendiri
8.00am    : Sarapan pagi
8.30am    : Slot Pengisian 1
10.30am  : Dhuha
11.00am` : Slot Pengisian 2
12.30pm  : Lunch, qailullah, solat Zohor
2.00pm    : LDK 1
4.30pm    : solat Asar
5.15pm    : ......Riadah?.....
7.00pm    : Kendiri, solat Maghrib, tazkirah
8.00pm    : Dinner
8.30pm    : solat Isyak
9.00pm    : Slot TOT
11.00pm  : bacaan Al-Mulk,
11.15pm  : Tidur

Ahad, 10 April 2011
4.30am    : Qiyamulail
5.45am    : Solat Subuh, Tazkirah, Mathurat
7.00am    : Kendiri
8.00am    : Sarapan pagi
8.30am    : Slot Pengisian 3
10.30am  : Dhuha
11.00am` : Resolusi dan amanat mas'ul/ah
1.00pm    : Pulang

MOGA INI KAN MENJADI PERMULAAN SATU PERJUANGAN YANG HEBAT!!
INSYAALLAH~~
(^_^)

Friday, April 1, 2011

Saidina Umar Al-Khatab: Terkadang Ketawa Terkadang Menangis

Buku: Biografi Muhammad bin Abdullah; Perjalanan Hidup Seorang Nabi

Dalam satu peristiwa, sahabat Rasulullah SAW pernah melihat Saidina Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yg jelas. Akhirnya ada yg berani bertanya. "Wahai pemimpin org Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang dapat kami fahami?"

Umar menceritakan, "Dahulu aku dan org2 Quraisy sgt membenci anak perempuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah usianya enam tahun, aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke Padang Pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Rasulullah SAW yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini, aku menangis."



Umar berkata lagi, "Berkenaan mengapa aku tersenyum, pada suatu hari aku keluar dari bandar Mekah. Apabila keluar dari Mekah, biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma, aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku ketawa sendirian"

SEKIAN