MAJLIS PEPISAHAN SENIOR AKHAWAT FINAL YEAR
Label
Perkongsian
(35)
Tazkirah
(34)
Hebahan
(11)
Kisah Teladan
(9)
Cetusan Hati
(8)
aktiviti
(8)
Sirah
(6)
Khutbah Jumaat
(4)
Berita Islam
(1)
Thursday, March 24, 2011
Wednesday, March 23, 2011
PERKONGSIAN: DAURAH PEMUDA 02
Venue: Surau Ansar, Keramat
Tarikh: 12-13 Mac 2011
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
TAZKIYATUN NAFS ::Penyucian Jiwa::Qalbusalim::Hati Yang Sejahtera::
MUQADDIMAH: Bicara Hati
Ar-Rasul SAW bersabda yang bermaksud:"sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu"
(HR Muslim drpd Abu Hurairah)
Ar-Rasul SAW bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging itu adalah hati"
(HR Bukhari dan Muslim)
SLOT TAZKIYATUN NAFS: Al-HASAD by Akh Hafiz
Sifat Al-Hasad ini digambarkan sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW
Diriwayatkan drp Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda; "Jagalah diri kamu dari sifat dengki kerana sifat dengki itu akan memakan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu yg kering"
(HR Abu Daud)
Pengertian Al-Hasad:
- Anda benci dan mengharap agar nikmat itu pergi dari pemiliknya
Dalam Al-Quran ada diceritakan mengenai kisah al-hasad saudara Nabi Yusuf terhadapnya:
Yusuf (12): 8-10
"Ketika mereka berkata, 'sesungguhnya Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) lebih dicintai ayah daripada kita, padahal kita adalah satu golongan yang kuat. Sungguh, ayah kita dalam kekeliruan yg nyata' (8) 'Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat agar perhatian ayah tertumpah kepadamu, dan setelah itu kamu menjadi orang yang baik.' (9) Seseorang dari mereka berkata,'Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi masukkanlah saja dia ke dalam sumur agar dia dipungut oleh sebahagian musafir, jika kamu hendak berbuat'"(10)
Berdasarkan kisah tersebut, dapat dilihat mengenai sifat al-hasad saudara Nabi Yusuf sehingga mereka merancang utk membunuh Nabi Yusuf agar kasih sayang (nikmat) ayahanda hilang daripada nabi Yusuf dan beralih miliknya
- Anda tidak menginginkan akan nikmat tersebut hilang dari pemiliknya tetapi anda ingin agar Allah menganugerahkan hal tersebut (lebih) kepada anda.
*****
Perumpaan umat ini adalah seperti yang 4:
i) perumpamaan 1: orang yg ada ilmu dan harta lalu dimnafaatkan sebaiknya
ii) perumpamaan 2: orang yg ada ilmu tapi tak mempunyai harta lalu ia berkata: "seandainya aku ada harta seperti si fulan, maka aku pasti mengamalkan sepertinya"
::Maka bagi yang umat yg ke 1 dan ke 2 ini: pahala nya adalah sama
iii) perumpamaan 3: orang yg ada harta tetapi tiada ilmu, lalu membelanjakan harta pada jalan maksiat
iv) perumpamaan 4: orang yg tiada harta dan tiada ilmu, lalu ia berkata: "seandainya aku ada harta, maka aku pasti menjadi seperti si fulan"
::Maka bagi umat yg 3 dan ke 4 ini: dosanya adalah sama
*****
Antara penyebab sifat al-hasad ini:
i) Permusuhan dan kebencian
ii) Taa'zuz: merasa berat jika ada orang lain mengatasi dirinya
iii) Takabbur : sifat sombong
iv) Taa'jub: sifat hairan
v) Cintakan kepimpinan dan nama serta kedudukan (gila kuasa)
vi) Kikir utk membuat kebaikan
Perkongsian dari buku: Rintangan Perjuangan dalam Hidup Pendakwah oleh Fathi Yakan
Di dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazzali ra ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.
i)Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang telah disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang aggresif untuk memuaskan hatinya. Pendekata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.
ii) Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang-orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta; dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap takabbur terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.
iii) Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan memperhambakan seseorang. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi dapat merelakan kepongahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya. Atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.
iv)Ujub
Pernah Allah SWT jelaskan kepada kita perihal umat-umat dizaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al Qur’an:
“Bukankah kamu tak lebih dari
manusia (biasa) seperti kami juga?”
Dan ungkapan yang berbunyi:
“Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia
yang seperti kami juga?”
Golongan tersebut merasa anih melihat orang yang berjaya mendapat pangkat ke Rasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah SWT, ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.
v)Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini ujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.
vi)Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingannya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandingannya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.
vii) Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar hal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpamanya tentang kekacauan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.
*****
Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan penyakit al-hasad juga ada ubatnya:
i) Beramallah dengan perkara yang bermanfaat.
ii) Menghukum rasa dengki dengan amal soleh: ie:
-jika dulu mengutuk, maka kini banyakkan pujian
-jika dulu membenci, maka kini banyakkan menyanyangi
-jika dulu menjauhkan diri, maka kini banyakkan menghabiskan masa bersamanya
iii) Banyak berlapang dada dan memaafkan.
iv) Jangan terpedaya dengan bisikan syaitan. Syaitan sering membisikkan kepada manusia bisikan-bisikan menghasut yg menyebabkan usaha utk kita menghakis sifat dengki terbantut; ie:
"dia akan jadi lunak, dia akan pijak kepala kamu, maruah kamu pasti jatuh jika kamu memohon maaf darinya"
LATIHAN DALAM KUMPULAN: BAGAIMANA SIFAT AL-HASAD INI TERJADI DALAM GERAK KERJA DAKWAH KAMPUS?
Antara faktor-faktor yang dikongsikan dalam LDK:
i)Conflict of interest.
Tidak dapat tidak dinafikan, setiap penggerak dakwah kampus mempunyai pelbagai idea dan method utk bergerak sama ada utk mengatasi masalah dakwah kampus atau penambahbaikkan gerakan.Jika tidak disalurkan dengan cara yg betul (ie: syura) dsbg, perkara tersebut boleh menyebabkan sifat al-hasad ini mula berputik even di kalangan penggerak.
ii) Bila mana ada sifat takabbur: merasakan diri lebih baik dari yang lain dan sukar menerima kenyataan sekiranya ada yang lebih baik darinya. Terkadang merasa diri lebih hebat kerana berada lebih lama di medan dakwah.
iii) 'perhatian yang lebih ' dari seorang murabbi/ah atau mas'ul/ah
Perkara ini tidak dinafikan boleh berlaku. Terkadang seorang murabbi itu sendiri terlebih memberi perhatian pada mutarabbinya yang lebih berketerampilan sehingga terlupa bahawa ada mutarabbinya yang lain berasa iri hati.
iv) Bila mana ada orang ketiga yang mengadu domba atau menceritakan perihal sahabatnya kepada sahabat yang lain.
So, apakah kesan dari sifat al-hasad yg dinyatakan seperti di atas?:
i) Renggangnya ukhuwwah dan akhirnya mungkin ada sahabat yang futur (meninggalkan perjuangan dakwah)
ii) Of course, kerja dakwah tidak akan berjalan kerana tiada lagi tsiqah dan amal jamaie di kalangan penggerak dakwah
Antara yang boleh dilakukan utk menghidari sifat al-hasad di kalangan penggerak dakwah kampus:
i) Berlapang dada (basic langkah-langkah awal menghindari al-hasad)
ii) Memperbanyakkan budaya tegur-menegur tapi mesti secara berhikmah
iii) Menghukum perasaan al-hasad tadi dengan amal soleh
iv) Merapatkan ukhuwwah dengan cara merancang program kebersamaan ie:rehla
v) Bersangka baik
vi) Redha dan meredhai
vii) Merendah diri dan jadilah pemaaf
viii) Kurangkan 'excuse' dalam amal jamaie
*****
SLOT PERKONSIAN TOKOH:
TOKOH 1: URWAH BIN ZUBAIR
-Beliau adalah golongan tabi'in
-Ayahnya adalah Zubair Al-Awwam
-Ibunya adalah Asma bt Abu Bakar
-Beliau mempunyai ilmu yang sangat luas:
Az-Zuhri (tokoh hadith) pernah menyatakan bahwa: "Urwah mempunyai ilmu yang sangat luas seperti samudera yang terbentang luas"
*****
Pernah berlaku perbincangan di antara 4 orang pemuda yg masih remaja dan terhormat nasabnya.Mereka itu adalah ‘Abdullah bin az-Zubair, saudaranya; Mus’ab bin az-Zubair, saudara mereka berdua; Urwah bin az-Zubair dan Abdul Malik bin Marwan. Salah seorang di antara mereka berkata:
“Hendaklah masing-masing dari kita memohon kepada Allah apa yang hendak dia cita-citakan.”
Kemudian Abdullah bin az-Zubair berkata,
“Cita-citaku, aku ingin menguasai Hijaz dan memegang khilafah.”
Saudaranya, Mus’ab berkata,
“Kalau aku, aku ingin menguasai dua Irak (Kufah dan Bashrah) sehingga tidak ada orang yang menyaingiku.”
“Kalau aku, aku ingin menguasai dua Irak (Kufah dan Bashrah) sehingga tidak ada orang yang menyaingiku.”
Sedang, Abdul Malik bin Marwan pula berkata,
“Jika anda berdua hanya puas dengan hal itu saja, maka aku tidak akan puas kecuali menguasai dunia semuanya dan aku ingin memegang kekhilifahan setelah Muawiyah bin Abi Sufyan.”
“Jika anda berdua hanya puas dengan hal itu saja, maka aku tidak akan puas kecuali menguasai dunia semuanya dan aku ingin memegang kekhilifahan setelah Muawiyah bin Abi Sufyan.”
Sementara ‘Urwah bin az-Zubair terdiam dan tidak berbicara satu kalimat pun, maka saudara-saudaranya tersebut menoleh ke arahnya dan bertanya:
“Apa yang kamu cita-citakan wahai Urwah?”
Beliau menjawab, “Mudah-mudahan Allah memberkati kalian semua terhadap apa yang kalian cita-citakan dalam urusan dunia kalian. Sedangkan aku hanya bercita-cita ingin menjadi seorang ‘alim yang ‘Amil (Mengamalkan ilmunya), orang-orang belajar Kitab Rabb, Sunnah Nabi dan hukum-hukum agama mereka kepadaku dan aku mendapatkan keberuntungan di akhirat dengan ridla Allah dan mendapatkan surga-Nya.”
*****
-Beliau sangat menjaga kualiti solatnya. Ketika solat, beliau seolah-olah berada dalam dunianya sendiri (sangat khusyuk)
-Beliau seorang yang menjaga solat tahajud
-Beliau seorang yang sangat redha sehinggakan suatu hari beliau telah mendapat penyakit seperti kusta dibahagian kakinya yang menyebabkan kaki tersebut terpaksa dipotong. Lalu beliau mengatakan:
“Sungguh, Demi Dzat Yang Mendorongku untuk mengajakmu berjalan di tengah malam menuju masjid, Dia Maha mengetahui bahwa aku tidak pernah sekalipun membawamu berjalan kepada hal yang haram.”
-Beliau sangat suka berpuasa
dan banyak lagi kelebihan Urwah bin Zubair yang dapat diteladini.............
(boleh baca ye)
InsyaAllah..
Semoga bermanfaat..
(^-^)
Jzkk
Allahualam.
Monday, March 21, 2011
Jangan Dilupakan Tugas Ini
iluvislam.com + discover the beauty of islam
Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita semua tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.
Jika kita ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.
Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang melupakannya sebagai 'bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,
DIRI TIDAK SEMPURNA
Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.
Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.
Justeru itu, Allah ta'ala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :
SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI
Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak baik', 'tidak soleh' dan 'belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.
Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.
Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.
Nabi juga bersabda :
Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.
Allah menyebut:
Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan keadah mengikut kesesuaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.
Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung, felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar serta banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.
Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita semua tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.
Jika kita ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.
Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang melupakannya sebagai 'bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,
"Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"
Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.DIRI TIDAK SEMPURNA
Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.
Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.
Justeru itu, Allah ta'ala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :
كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)
Dari Ibn Mas'ud r.a :Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)
لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم
Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa. ( Riwayat Ahmad)
Nabi menyebut :Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa. ( Riwayat Ahmad)
والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم
Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan. (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)
Sekarang tugas kita, menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita membezakan mana yang mungkar dan mana yang maʿruf. Hanya melalui jalan itu, kita mampu melaksanakan tugas tersebut.Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan. (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)
SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI
Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak baik', 'tidak soleh' dan 'belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.
Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.
Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.
Nabi juga bersabda :
الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر
Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah. (Riwayat Abu Daud)
JIKA AJAKAN DAN TEGAHAN TIDAK DIIKUTI?Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah. (Riwayat Abu Daud)
Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.
Allah menyebut:
إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ
Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya). ( Al-Syura : 48)
Dan juga ingatan Allah taʿala :Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya). ( Al-Syura : 48)
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. ( Yusuf : 103)
Akhir sekali, marilah kita sama-sama merenung teguran Allah ini;Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. ( Yusuf : 103)
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah al-Taubah : 38)
PENUTUPErtinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah al-Taubah : 38)
Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan keadah mengikut kesesuaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.
Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung, felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar serta banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.
Thursday, March 10, 2011
"TAK KENAL maka TAK CINTA
Daurah Penggerak
PPUKM, UKMKL, IMR "Daurah Penggerak, Daie Perkasa"
Alhamdulillah..TQ Allah
SURAH PEMBUKAAN
At-Taubah(9): 41-47
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dan berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan, mahupun rasa berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu berfikir (41)
Sekiranya yg kamu serukan kepada mereka ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yg dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama ALLAH, "jikalau kami sanggup, nescaya kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri sendiri dan ALLAH mengetahui bahawa mereka benar-benar org yg berdusta (42)
Sekiranya yg kamu serukan kepada mereka ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yg dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama ALLAH, "jikalau kami sanggup, nescaya kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri sendiri dan ALLAH mengetahui bahawa mereka benar-benar org yg berdusta (42)
ALLAH memaafkanmu (Muhammad). Mengapa engkau beri izin kepada mereka utk tidak pergi berperang, sebelum jelas bagimu orang-orang yg benar-benar berhalangan dan sebelum engkau mengetahui orang-orang yg bertaqwa (43)
Orang-orang yg beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (tidak ikut) kepadamu utk berjihad dgn harta dan jiwa mereka. Allah mengetahui org-org yang bertaqwa (44)
Sesungguhnya yg akan meminta izin kepadamu Muhammad, hanyalah org-org yg tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguan (45)
Dan jika mereka mahu berangkat, nescaya mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka,:"tinggallah kamu bersama-sama orang2 yang tinggal itu (46)
Jika mereka berangkat bersamamu, nescaya mereka tidak akan menambah (kekuatan)mu, malah hanya akan membuat kekacauan, dan mereka tentu bergegas maju ke depan di celah-celah barisanmu utk mengadakan kekacauan di barisanmu; sedang di antara kamu ada org yg sgt2 suka mendengarkan perkataan mereka. Allah mengetahui orang yang zalim. (47)
Tarbiyyah= pendidikan
*pendidikan utk mencapai 10 muwosoffat Tarbiyyah:
(credit to Iman)
Cuba kita renung-renungkan, bagaimana dengan keadaan umat masa kini?
1. Kadar penceraian yang semakin tinggi? [Bak kata penceramah: "zaman sekarang, para suami ada isteri di rumah dan isteri di pejabat dan sebaliknya"]
2. Umat yg bersifat materialistik? [duit...duit...dan duit..]
3. Umat Jahiliah? [Al-jahlu (jahil), Az-dzillu (hina), Ad-do'fu (lemah), Al-firqotu (berpecah)]
Kesimpulannya, umat kini memerlukan HARAKATUL INQAAZ (penyelamat)
"Kamu umat Islam adalah umat terbaik yg dilahirkan utk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yg makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (3:110)
Bagaimana utk menjadi sebahagian dari HARAKATUL INQAAZ?:
Jawapannya adalah melalui pentarbiyyahan.
"Dialah yg mengutuskan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yg membacakan kepada mereka ayat2Nya, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yg nyata. (62:02)
So, antara proses pentarbiyyahan haruslah mengandungi:
- Pembacaan/ tilawah (taddabur/hafazan/mengamalkan)
- Al-Tazkiyyah (penyucian jiwa, menjauhi maksiat, memantapkan ibadah wajib dan memperkasa ibadah sunat)
- Ta'liimul Islam wal hikmah (memahami Islam sebagai cara hidup)
Islah Nafsak, Wad'u Ghaira': Perbaiki diri, kemudian serulah orang lain kepada kebaikan
"Dan siapakah yg lebih baik perkataannya daripada org yg menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata:"Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)" (41:33)
Wahai diriku, wahai temanku, wahai umat Islam,
Kuatkan dirimu, waktu untuk beramal soleh kini sangat minimum
AMAL JAMAIE
Matlamat amal jamaie adalah utk mendapat keredhaan Allah dengan hakimiyyah Allah
Sasarannya adalah 7 maratib amal:
Ciri-ciri tanzim (pimpinan) seharusnya berprinsip:
1. Rabbani
2. Syumul
3. Kendiri
4. Berwawasan
5. Elakkan khilaf
IKHLAS
Menyandarkan segala amalan (zahir dan batin) hanya kepada ALLAH
Cuba kita renungkan..Adakah kita benar-benar ikhlas?:
Situasi 1
Kita berpuasa sunat hari Isnin tapi dalam masa yang sama berkata dalam hati "boleh jimat duit poket"
Situasi 2
Belajar rajin-rajin dengan niat kerana Allah tapi dalam masa yang sama berkata dalam hati "mesti lecturer puji kalau bagus"
Situasi 3
"Baju apa nak pakai hari ni, ye. Kalau pakai baju 2 hari lepas, nanti apa orang kata?"
AWAS!!! Bila kita merasakan bahawa "saya buat ni ikhlas.." maka berwaspadalah..Kita mungkin sebenarnya belum ikhlas"
Bagaimana mengetahui amalan itu ikhlas?:
1. Persamaan amalan di kala sembunyi atau zahir
2. Pujian atau celaan dilihat sama
3. Tidak merasakan "saya tengah ikhlas ni"
4. Tidak memikirkan tentang ganjaran
5. Tidak berkira-kira dengan Tuhan
6. Amalan dapat memberi ketenangan jiwa
7. Kelangsungan dalam beramal
Ada tak pendorong utk melatih diri menjadi hamba yang ikhlas?:
1. Ilmu yang mantap
2. Bersahabat dengan orang yang ikhlas
3. Banyak membaca buku-buku tokoh
4. Bermujahadah (melawan) nafsu
5. Memohon doa dan pertolongan Allah
6. Menyibukkan dengan amalan kebaikan
SELAMAT BERAMAL, INSYAALLAH
Allahualam
Jzkk (^_^)
Tuesday, March 8, 2011
Destinasi Impian Terakhir
ILUVISLAM: Discover the Beauty Of Islam
Maha Suci Allah, Maha Sempurna Dia. Alam ciptaanNya, tersusun rapi, terbina indah. Lihatlah langit yang tiada tiang menyangga, 'berdiri' megah di atas kepala. Lihatlah bumi luas terbentang, dikeluarkan daripada 'perut'nya rezeki-rezeki untuk manusia. Ada pohon-pohonan yang menghasilkan buahan sebagai makanan, ada juga yang paling kurang sebagai tempat berteduh. Semakin dipandang, semakin banyak dan luas keindahan yang dinikmati.
Tindakan Menghasilkan Tindak Balas
Bacalah di bahagian mana pun, setiap tindakan pasti akan menghasilkan suatu tindakbalas. (act create reaction). Sama ada dalam kimia, undang-undang, perkara seperti makan, minum, berjalan, berfikir, hatta semudah bernafas; tindakan-tindakan ini akan menghasilkan tindak balas. Sama ada secara sedar atau tidak, sekeliling kita bertindak balas dalam setiap perlakuan dan tindakan kita. Yang utama yg perlu diketahui, apakah kita mahu menerima tindakbalas yang terbaik dari Allah Swt dalam setiap perbuatan kita?
Maka utamakanlah pandangan Allah Swt dalam setiap tindakan kita. Usahakanlah untuk mulakan dengan Nama Allah Swt dalam setiap tindakan kita yang baik.
Sepanjang Perjalanan ada Papan Tanda
Kita adalah Insan, Hamba Allah Swt, Khalifah Allah Swt dan pengabdi diri kepada Allah Swt. Dari kita tiada kepada ada; hakikatnya kita berada dalam satu perjalanan. Destinasi kita adalah akhirat yang hanya ada dua kediaman. Syurga sebagai balasan untuk tindakan-tindakan yang mengikut perintah Allah Swt, atau Neraka, sebagai balasan atas tindakan-tindakan yang berdosa yakni yang melanggar perintah Allah Swt. Berdoalah supaya kita tidak dimasukkan kedalam Neraka. ia adalah seburuk-buruk tempat kembali.
Walaupun sebaik-baik konsep ibadah dalam perjalanan menuju destinasi ini adalah semata-mata kerana Allah Swt, tetapi kita di pesan untuk sentiasa berdoa bagi mendapatkan Syurga kelak. Yang tentunya yang hanya dapat melihat Allah Swt dan Senyuman Rasulullah Saw adalah PENGHUNI SYURGA sahaja.
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ31هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ 32 مَّنْ خَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ 33 ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ۖ ذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ 34
Dan didekatkan syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturanNya). (Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. "(Surah Qaf: 31-34)
Kelayakan
Mereka yang layak untuk kembali ke tempat asal mereka berdiri di hadapan Allah, sebagaimana yang telah dinyatakan didalam al-Qur'an, akan menerima buku amalan mereka yang mengandungi segala catatan semasa mereka hidup di muka bumi dengan tangan kanan. Mereka tidak akan berasa susah dengan perhintungan amalan mereka. Bermula saat itu, mereka akan hidup dengan penuh kenikmatan. Orang- orang yang beriman diberi khabar gembira dengan keadaan yang menyenangkan di dalam banyak ayat al-Qur'an:
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ 7 فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابً۬ا يَسِيرً۬ا 8 وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورً۬ا 9
Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. (Surah al-Inshiqaq: 7-9)
Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. (Surah al-Inshiqaq: 7-9)
Destinasi Akhir
Mukmin yang berjaya mendapatkan kehidupan ini akan disambut oleh malaikat-malaikat dengan ucapan, "Kesejahteraan (dilimpahkan) ke atasmu. Berbahagialah kamu. Maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya," (Surah az-Zumar: 73) Selepas itu, mereka akan dibawa ke syurga beriringan dan masuk ke dalamnya dengan tenteram dan selamat...
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُجۡزَوۡنَ ٱلۡغُرۡفَةَ بِمَا صَبَرُواْ وَيُلَقَّوۡنَ فِيهَا تَحِيَّةً۬ وَسَلَـٰمًا 75 خَـٰلِدِينَ فِيهَاۚ حَسُنَتۡ مُسۡتَقَرًّ۬ا وَمُقَامً۬ا 76
Mereka itu orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman (Surah al-Furqan: 75-76)
Mereka itu orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman (Surah al-Furqan: 75-76)
Dalam salah satu hadith Rasulullah SAW memberi gambaran syurga seperti berikut: “Apabila penghuni syurga memasuki syurga, pembuat pengumuman akan mengumumkan: (engkau telah dijanjikan Allah bahawa) engkau akan hidup di dalamnya dan engkau tidak akan mati; engkau akan hidup sihat di dalamnya dan tidak akan jatuh sakit; engkau akan sentiasa muda dan tidak akan menjadi tua; engkau akan sentiasa dalam kedamaian dan tidak akan berasa sengsara” [ Riwayat Muslim]
Bersama orang-orang tersayang
Orang-orang yang beriman berasa sangat gembira menghabiskan masa bersama saudara mara mereka yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, memikirkan akan bersama-sama mereka lagi di dalam syurga adalah satu sumber motivasi yang kuat kepada mukmin yang cenderung dengan sentimen ini. Walau bagaimanapun, perhubungan ini tidak hanya terhad pada beberapa tahun sahaja, sebagaimana di dunia, tetapi perhubungan ini akan kekal abadi. Jadi, kita kenalah mengajak orang-orang yang kita sayang di dunia dan ingin bersama mereka di akhirat kelak (Inilah kasih sayang SEJATI) sama-sama mengikuti perintah Allah Swt.
جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا وَمَن صَلَحَ مِنۡ ءَابَآٮِٕہِمۡ وَأَزۡوَٲجِهِمۡ وَذُرِّيَّـٰتِہِمۡۖ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يَدۡخُلُونَ عَلَيۡہِم مِّن كُلِّ بَابٍ۬23
سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ 24
(Iaitu) Syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan); "Salamun alaikum bima sobartum. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Surah ar-Ra'd: 23-24)
سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ 24
(Iaitu) Syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan); "Salamun alaikum bima sobartum. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Surah ar-Ra'd: 23-24)
Sunday, March 6, 2011
Perkongsian: "Meniti Angin Malam, Mengisi Hati Yang Kelam"
Katibah IKRAM BTR
Jumaat: 4 Mac 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT..
PENTINGNYA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT:
"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit mahupun yang di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang hari" 13:15
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yg ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dgn memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh DIA Maha Penyantun, Maha Pengampun" 17:44
KENALI DIRI, KENALI ILAHI
Alhamdulillah, pengisian dari Ummi Faridah pada malam tersebut berjaya menyentuh hati para hadirin yang hadir. Pada malam itu, majlis pembukaan dimulakan dengan tadabbur beberapa surah di dalam Al-Quran; surah Ar-Rad dan Al-Isra' yg menyentuh mengenai konsep penghambaan kepada Allah SWT.
Kemudian, satu persoalan dilontarkan kepada hadirin:
"Mengapakah apabila kita diseru utk melaksanakan kebajikan, kita sering mengelak?"
(dalam case ni, ianya lebih menjurus kepada seruan utk menghadiri majlis-majlis ilmu dan tarbiyyah)
Adakah sbb:
1. Confius???
2. Alasan semata-semata coz memang tak mahu
3. 50/50
4. saya rasa dah malas dah laaa...
Pada malam tersebut, Ummi Faridah lebih fokuskan pada jawapan yg ke 4 tu; "dah malas dah laa..".
Dalam bahasa Arab 'dah malas dah laa' ni di panggil Al-Qu'ud
Dari segi bahasa: Al-Qu'ud ini bermaksud "duduk setelah berdiri, berhenti dari melakukan sesuatu, tertegah dari melakukan sesuatu, tidak memandang penting sesuatu urusan dan terhalang dari sesuatu urusan"
Dari segi Istilah: Al-Qu'ud bermaksud "suatu wabak penyakit seorang daie yg memperlahankan atau memberhentikan usaha amal dakwahnya, terlambat dari kafilah amal dakwahnya, kurang perhatian dan serius dengan urusan dakwah islamiyyah"
Manakala Ibn Atiyyah menyatakan bahawa Al-Qu'ud ini adalah "terlambat dan mengakhirkan diri"
Kalau setiap penyakit mempunyai gejala/symptoms, so penyakit Al-Qu-ud ini juga ada symptoms nya. Antaranya:
1. Berlepas diri dari usaha memikul beban dan tanggungjawab
2. Pengunduran dari dakwah
3. kemalasan menghadiri majlis-majlis ilmu
4. Kelemahan jiwa
5. Tidak ada pekerjaan
6. Berpeluk tubuh dari amal
7. tidak menunjukkan kewajipan
8. tidak menjalankan tugas dakwah yg berbagai bentuk
9. terbiasa menikmati suasana zon selesa
Mengapa kita rasa malas??
Antara sebab yg dikongsikan:
1. Belenggu maksiat
2. Kelonggaran dalam perkara harus
3. Pengaruh dunia di jiwa (sifat cintakan dunia, dan takutkan mati)
4. Tiada niat utk menyempurnakan usaha
5. Bersahabat dengan pemalas
6. Tidak yakin dengan janji Allah
7. Gangguan dan tidak bersedia menghadapi mehnah/ujian
Setiap penyakit mesti ada penawarnya, kan...So, berikut merupakan ubat penyakit Al-Qu'ud:
1. Membaca Al-Quran dgn tadabbur
"Dan Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi org yg beriman, sedangkan bagi org yg zalim, Al-Quran itu hanya akan menambah kerugian" 17:82
2. Zikrullah"Di akhirat nanti, tidak ada satu penyesalan di kalangan ahli-ahli syukur melainkan detik-detik dunia yg tidak di isi" [hadith]
3. Ilmu yang bermanfaat4. Muhasabah diri
Utk slot seterusnya, hadirin dipertontonkan dengan tanyangan video "MUHASABAH CINTA" by Edcoustic. Selepas itu, hadirin dipersembahkan pula dengan satu video yg betul-betul menyentuh hati "Andaikata anda diberi peluang berada satu minit di hadapan Rasulullah; Apakah yang anda akan katakan pada Baginda?" Kemudian, kami sama-sama membaca Asmaul Husna...Dan malam itu diakhiri dengan doa yg dibacakan oleh Ummi Faridah..Semoga ianya sentiasa terpahat di hati, InsyaAllah
Allahualam
Jzkk..(^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)