Katibah IKRAM BTR
Jumaat: 4 Mac 2011
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT..
PENTINGNYA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT:
"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit mahupun yang di bumi, baik dengan kemahuan sendiri mahupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang hari" 13:15
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yg ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dgn memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh DIA Maha Penyantun, Maha Pengampun" 17:44
KENALI DIRI, KENALI ILAHI
Alhamdulillah, pengisian dari Ummi Faridah pada malam tersebut berjaya menyentuh hati para hadirin yang hadir. Pada malam itu, majlis pembukaan dimulakan dengan tadabbur beberapa surah di dalam Al-Quran; surah Ar-Rad dan Al-Isra' yg menyentuh mengenai konsep penghambaan kepada Allah SWT.
Kemudian, satu persoalan dilontarkan kepada hadirin:
"Mengapakah apabila kita diseru utk melaksanakan kebajikan, kita sering mengelak?"
(dalam case ni, ianya lebih menjurus kepada seruan utk menghadiri majlis-majlis ilmu dan tarbiyyah)
Adakah sbb:
1. Confius???
2. Alasan semata-semata coz memang tak mahu
3. 50/50
4. saya rasa dah malas dah laaa...
Pada malam tersebut, Ummi Faridah lebih fokuskan pada jawapan yg ke 4 tu; "dah malas dah laa..".
Dalam bahasa Arab 'dah malas dah laa' ni di panggil Al-Qu'ud
Dari segi bahasa: Al-Qu'ud ini bermaksud "duduk setelah berdiri, berhenti dari melakukan sesuatu, tertegah dari melakukan sesuatu, tidak memandang penting sesuatu urusan dan terhalang dari sesuatu urusan"
Dari segi Istilah: Al-Qu'ud bermaksud "suatu wabak penyakit seorang daie yg memperlahankan atau memberhentikan usaha amal dakwahnya, terlambat dari kafilah amal dakwahnya, kurang perhatian dan serius dengan urusan dakwah islamiyyah"
Manakala Ibn Atiyyah menyatakan bahawa Al-Qu'ud ini adalah "terlambat dan mengakhirkan diri"
Kalau setiap penyakit mempunyai gejala/symptoms, so penyakit Al-Qu-ud ini juga ada symptoms nya. Antaranya:
1. Berlepas diri dari usaha memikul beban dan tanggungjawab
2. Pengunduran dari dakwah
3. kemalasan menghadiri majlis-majlis ilmu
4. Kelemahan jiwa
5. Tidak ada pekerjaan
6. Berpeluk tubuh dari amal
7. tidak menunjukkan kewajipan
8. tidak menjalankan tugas dakwah yg berbagai bentuk
9. terbiasa menikmati suasana zon selesa
Mengapa kita rasa malas??
Antara sebab yg dikongsikan:
1. Belenggu maksiat
2. Kelonggaran dalam perkara harus
3. Pengaruh dunia di jiwa (sifat cintakan dunia, dan takutkan mati)
4. Tiada niat utk menyempurnakan usaha
5. Bersahabat dengan pemalas
6. Tidak yakin dengan janji Allah
7. Gangguan dan tidak bersedia menghadapi mehnah/ujian
Setiap penyakit mesti ada penawarnya, kan...So, berikut merupakan ubat penyakit Al-Qu'ud:
1. Membaca Al-Quran dgn tadabbur
"Dan Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi org yg beriman, sedangkan bagi org yg zalim, Al-Quran itu hanya akan menambah kerugian" 17:82
2. Zikrullah"Di akhirat nanti, tidak ada satu penyesalan di kalangan ahli-ahli syukur melainkan detik-detik dunia yg tidak di isi" [hadith]
3. Ilmu yang bermanfaat4. Muhasabah diri
Utk slot seterusnya, hadirin dipertontonkan dengan tanyangan video "MUHASABAH CINTA" by Edcoustic. Selepas itu, hadirin dipersembahkan pula dengan satu video yg betul-betul menyentuh hati "Andaikata anda diberi peluang berada satu minit di hadapan Rasulullah; Apakah yang anda akan katakan pada Baginda?" Kemudian, kami sama-sama membaca Asmaul Husna...Dan malam itu diakhiri dengan doa yg dibacakan oleh Ummi Faridah..Semoga ianya sentiasa terpahat di hati, InsyaAllah
Allahualam
Jzkk..(^_^)
No comments:
Post a Comment