Sunday, November 27, 2011

PERINGATAN BUAT DIRI

Wahai diri,
Berhati-hatilah dengan dosa, 
Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan,
Ingatlah tusukan dosa bukan seperti belati yg membunuh tiba-tiba,
Tetapi umpama api dalam sekam yg membara dalam diam,
Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua,
Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa..

Wahai diri,
Ketika rasa bersalah singgah dalam hati,
Pada kali pertama kau berdosa,
Ketahuilah itu adalah peringatan yg Allah bekalkan secara tabii utk menjaga fitrah insani,
Itu petanda yg hatimu masih hidup,
Bukankah penyelesaian itu syarat taubat?,
Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu,
Bertaubatlah kembali,
Hatimu akan hidup lagi,
Selagi ada rasa bersalah,
Selagi itulah ada sarana utk kembali kepada Allah,
Jangan putus asa oleh taubat yang 'patah',
Kerena kasih sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya...



Wahai diri,
Biarlah dirimu jatuh bangun,
Merangkak tegak,
Dalam taubat demi taubat yg tdk menjadi,
Berbanding dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti,
Lebih baik terbentuk dari patah,
Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat,
Daripada tertipu oleh nikmat dosa yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat,

Wahai diri,
Ingatlah! Ingatlah! Ingatlah!
Sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan,
Tetapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan,
Berhati-hatilah menjaga hati,
Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa,
Tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya,
Ingatlah selalu..
Kejahatan yg menybabkan kau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.



No comments:

Post a Comment