Monday, December 12, 2011

Perkongsian: Mukhayyam Khoriji 01 2011 (Akhawat)

Assalamualaikum..

sekadar perkongsian MUKHAYYAM KHORIJI 2011 yang bertemakan ‘Pemuda Kahfi’  brtempat di Surau Ansar dan NUR LAMAN BESTRARI ULU YAM pada 26-28  NOVEMBER 2011 iaitu hari sabtu,ahad dan isnin..

Kami para peserta mempunyai kesulitan pada mulanya untuk menyertai MK kerana pada masa itu juga program kursus kahwin berlangsung dimana kami berperanan sebagai exco, namun Allah Maha Besar dan Maha Kuasa , dengan izin-Nya,kami dipermudahkan urusan dan bertolak dari HUKM ke surau ansar dengan kereta kak Nadia..jzz kak nadia..sepotong ayat

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan (Al-Mujaadalah: 11)


Di surau Ansar,aktivii ice breaking,taaruf dan pesembahan dijalankan.
Antara peraturan di kem ini ialah
  1. smua dikehendaki makan dalam dulang yang disediakan utk mengeratkan silaraturahim. bagi ana,ini kali pertama makan menggunakan dulang, agak kekok tetapi sgt mengeratkan silaturahim.sempat bertaaruf antara satu sama lain.
  2. smua dikehendaki solat brjemaah.
  3. menjaga kebersihan.

Mereka sgt baik dan sgt ‘welcoming’ jd tak mnjdikan kami kekok. setiap kumpulan diberi tugas untuk mencipta logo,nama,prsembahan dan juga yell..brtemakan ‘PEMUDA KAHFI’ , mmbuatkan kami teruja utk menjalani slot2 seterusnya.

Slot 1: ceramah brtajuk Jahiliyah Moden- Slot ini memberi gambaran masyarakat islam pada masa kini dan cabaran - cabaran yang dihadapi. apa perbezaan dgn jahiliyah dulu????jahiliyah dulu tidak ada kitab dan nabi(sebelum kedatangan nabi).krn itu mereka membuat kerosakan.pada zaman moden kini,sudah ada kitab al quran sebagai petunjuk lengkap tp knp masih melakukan kerosakan di muka bumi ini??

Slot 2:ceramah brtajuk knp mesti tarbiyah?(kepentingan tarbiyah) yg dsmpaikan oleh kak Anfaal. Penympaian yg ringkas tetapi berkesn ini menyentuh tentang ciri-ciri umat skrg:
  1. jahil
  2. lemah
  3. hina
  4. brpecah
  5. tentang isu pakaian,kak anfaal menyatakn satu hadis yg ana sgt setuju: 'pakaian taqwa lebih baik’


Slot 3: Ceramah dari kak izzah brtajuk: ‘Pemuda Mulakan Langkahmu’. 
Dlm slot ni,kak izzah suruh senaraikan 3 benda yg trlintas di fikiran kami brkenaan dgn pemuda. dikaitkan dgn pemuda2 yg sgt hebat dan tdk asing lg nama mereka.sbgai contoh Muhammad al fateh yg brjaya menakluk Konstantinopel pd usia 20-an.Asma’ abu bakar yg sgt cerdik dan dermawan mencatatkn kisahnya yg trsendiri.

Slot 4: slot ini brtajuk Teladan Pemuda. antara isinya ialah :
  1. ‘setiap amal memerlukan pengorabanan’
  2. ‘hikmah pada org tua,semngat pd org muda’
  3. ‘Islam tak memerlukan kita sekiranya kita tak bersedia utk brkorban utk Islam.Allah bleh mnggantikan kita dgn org lain yg lbih menghargai hidayah yg diberikan kpdnya degan sekelip mata shj’

4  kelebihan pemuda brbanding dgn org lebih berusia ialah:
  1. spiritual-lebih iman,taqwa,ikhlas
  2. kekuatan intelektual-ingatan lebih kuat,kreatif dan inovatif
  3. emosional-lebih brsemangt dan brkobar-kobar
  4. fisik(fizikal)-lebih kuat dan brtenaga

Jungle Trekking yg ditunggu oleh semua peserta pd mulanya berjalan dgn lancar sekali. penerangan diberikan oleh pegawai hutan. kami dibekalkan satu tin sardin,2 biji telur,I bungkus roti dan juga bekas utk memasak…bukitnya sgt curam, tetapi nikmat ciptaan flora dan fauna di hutan reakreasi tu sungguh indah, memberi kami semangat untuk teruskan tracking sehingga ke pitstop yg pertama.sebaik sahaja sampai di pit stop prtama,kami mula mncari ranting2 kering utk hidup api ,agak mncbr krn keadaan yg lembab krn baru selepas hujan, dgn mggunakan mancirserta plbgai stategi digunakan untuk mnyalakan api dan ‘maintain’kan api..setelah brjaya menghasilkan api,kami segera masak sardin. rupa2nya kadar masaknya sardine adalah trletak pada kebesaran api dan pertolongan Allah.betul2 baru sahaja habis masak,hujan turun dgn lebat.maka ekspedisi jungle tracking dibatalkan dan kami brpatah balik dlm keadaan meredah hujan lebat itu.first time dlm hidup redah hutan dlm hujan sgt menguji kesabaran serta memberi byk hikmah disebaliknya…Subhanaallah,ramai sahaja yg hampir trgelincir, dan ada juga yg tergelincir tapi Alhamdulillah smua selamat smpai ke bwh.

Slot 5: bertajuk ‘Intelektual Pemuda Islam’.sepotong hadis yg kerap kita dgr, ‘org yg paling mulia dan bijaksana ialah org yg paling bnyk mengingati mati dan gigih dlm prsiapan menghadapi kematian’
slot ini menekankan tentang kepentingan ilmu, dimana dgn ilmu ia akn m’hasilkan ketaqwaan pd Allah serta menbawa ke syurga serta menjauhkan dari api neraka.

Di akhir program, fasi membuat satu formula yg sgt brguna kepada semua org:
dan pentingnya tarbiyah ruhhiyyah…..
T:Tarbiyah
U:Ubah
A:Amal
A:Ajak
I:Ilmu
I:Istiqamah




1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    ada sahabat yang bertanya,
    apa faedah yang kita dapat dpd mukhayyam ni selain ilmu??

    ReplyDelete