Sunday, November 27, 2011

PERINGATAN BUAT DIRI

Wahai diri,
Berhati-hatilah dengan dosa, 
Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan,
Ingatlah tusukan dosa bukan seperti belati yg membunuh tiba-tiba,
Tetapi umpama api dalam sekam yg membara dalam diam,
Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua,
Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa..

Wahai diri,
Ketika rasa bersalah singgah dalam hati,
Pada kali pertama kau berdosa,
Ketahuilah itu adalah peringatan yg Allah bekalkan secara tabii utk menjaga fitrah insani,
Itu petanda yg hatimu masih hidup,
Bukankah penyelesaian itu syarat taubat?,
Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu,
Bertaubatlah kembali,
Hatimu akan hidup lagi,
Selagi ada rasa bersalah,
Selagi itulah ada sarana utk kembali kepada Allah,
Jangan putus asa oleh taubat yang 'patah',
Kerena kasih sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya...



Wahai diri,
Biarlah dirimu jatuh bangun,
Merangkak tegak,
Dalam taubat demi taubat yg tdk menjadi,
Berbanding dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti,
Lebih baik terbentuk dari patah,
Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat,
Daripada tertipu oleh nikmat dosa yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat,

Wahai diri,
Ingatlah! Ingatlah! Ingatlah!
Sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan,
Tetapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan,
Berhati-hatilah menjaga hati,
Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa,
Tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya,
Ingatlah selalu..
Kejahatan yg menybabkan kau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.



Friday, November 11, 2011

Pengajaran MK02 Telah Bermula!Ayuh Penggerak!

"Uit, belum jawab lagi persoalan akak kedua, berapa ramai yang dapat pegi? Ewah, tuka tajuk pulak dia" 
Bunyi mesej dari ana pada Ameerah.
"Eh, sorry kak, banyak sangat mesej masuk, pening kepala,hehehe...so far 5 orang..."
Balas Ameerah
"Orait!kalo gitu kira 1 halaqah....Akak volunteer nak beli barang~~!"
"Yeke? Baru fikir nak beli bila. Jzkk kak..."

Tanpa ana sedari, ke-semangatan ana itu merupakan permulaan kepada Pengajaran MK02. Ana masih berada dirumah. Setelah siap checklist barang yang ingin dibeli di MYDIN, ana mengejutkan ayah ana yg sedang tidur untuk  tolong hantarkan ana ke Stesen LRT Gombak. Ana akan tukar tren di Masjid Jamek, alang-alang, boleh shopping barang skit. 

"Aboh, Shamil da blah... Eti tak sempat nak mintak dia tolong hantarkan. Bunyi enjin kereta dia pun tak dengar. Aboh tolong hantarkan bole?" Ana meminta dengan manja

"Ha? la.... " Ayah ana memandang keluar melihat tinggal keretanya saja di laman rumahnya. Ayah ana bangun dengan perlahan dari katil. Kakinya menghencot-hencot... Ana melihat kaki ayah ana.

"Gout tak turun lagi ke?" 

"Belum.... Ne baru kena sebelah, nanti lagi sebelah pulak bengkak". Kata ayah ana dengan selamber.

Tak sampai hati ana... Kaki kiri ayah ana bengkak sampai ke 'medial maleolus'. Tapi, tiada siapa lagi dirumah yang boleh hantar ana ke stesen LRT.

Sepanjang perjalanan, ayah ana pasang ceramah Ustaz Azhar Idrus. Ana tak pasti tajuknya kali ni. CD baru ni. Ana mendengar dengan khusyu, sesekali ana gelak dan memandang ke arah ayah ana. No response.... Aboh marah ke?

Tidak berapa lama kemudian, ayah ana mula mengekek bersama. Terima kasih kepada Ustaz Azhar Idrus. Laughter is the best medicine orang kata.... Sampai di stesen LRT, sebelum bersalam dengan ayah ana,ana tersengih macam kerang busuk...

"Aboh, pinjam duit....hehehe....JPA tak masuk lagi...."

"La... semalam aboh dah bagi RM100, tak cukup lagi?"

"Ala, nanti eti ganti la balik.... JPA nak masuk dah ni..."

Ayah ana mengeluarkan not RM50. Ana mencebik

"50 je?"

Ayah ana mengeluarkan lagi RM50... Ana tersengih, walaupun dalam hati ana sebenarnya nak pinjam RM200. Tapi tak mengapalah, aboh pun tengah sakit kaki, kalau tidak, mungkin ditendangnya muka ana... (sekadar gurauan)

"Tengkiu aboh" Ana mencium tangan ayah ana dan mengeluarkan bagasi seberat 20 kg (mmg ana ukur dengan pemberat tadi) dari kereta. 

Terkial-kial ana menyeret bagasi itu melepasi tempat tiket. Walaupun bagasi tersebut mempunyai tayar, namun desingnya menjadikan bagasi itu kurang stabil. Nampak je cun, tapi tak stabil. hampeh tul....

Sampai di Masjid Jamek, ana bertanya pada orang yang menjaga tempat simpanan bagasi. 

"Kalau besar mahal sikit eh?"
"two ringgit~!" kata macha itu dengan semangat

Ana menetapkan untuk beli barang-barang MK dan juga beberapa keperluan yg sudah kehabisan di KTDI. Rasa-rasanya tak lah banyak sangat. Checklist barang telah disediakan, 'jam nurse' yg ana beli tergantung di beg tangan ana. Sesekali ana tengok jam, pastikan ana tak menyopping melebihi pukul 1.00pm. Lebih kurang jam 12.30, bakul biru MYDIN telah penuh. Aik, macam banyak pulak, tapi masih boleh diangkat... Tiba di kaunter pembayaran; ana bertanya pada akak cashier yang nampak peramah

"telur memang takde jual kat sini eh kak?"
"ada....! kat sana...."
"hah?! la, nasib baik akak bagitahu"
Alhamdulillah, tak perlu singgah mana-mana selepas ini. Semua barang cukup. Selepas smua barang dimasukkan kedalam plastik, 2 plastik MYDIN size XXL terpacak di hujung kaunter.
"Eh banyak la pulak.... bagasi aku lagi ne... hm... camane ne... takpelah, nanti kat masjid nanti isi sikit barang2 ni dalam bagasi" ana bermonolog sendirian

Keluar dari MYDIN dan setelah mendapatkan beg ana, ana terkial-kial memastikan bagasi ana stabil, pada masa yg sama plastik MYDIN diatasnya. MasyaAllah, susah betul. Berkali-kali ana tukar position plastik tersebut. Sesekali ana berenti, lap peluh yang menitik. Ana berjalan dari MYDIN ke masjid berdekatan masjid Jamek. Lelaki yang berdiri di pintu masjid nampak ana yang kelihatannya macam nak masuk masjid dengan membawa bagasi macam orang yg baru lepas lari dari rumah. Ana melihat keadaan sekeliling. Banyak pak Lebai, lelaki berbaju Melayu. Eh! Hari ni hari jumaat, macamana boleh lupa! Lelaki yang berdiri di pintu masjid tadi mengeleng-geleng kepala memberi isyarat yang ana tak dibenarkan masuk ke masjid. 

"Its okay, its okay..." kata ana dengan kurang ikhlas. Ana terus menapak. Plastik MYDIN jatuh lagi beberapa kali. Ana berhenti, lap peluh, cari position baru untuk plastik tersebut. Akhirnya ana menggantung plastik itu di handle bagasi ana. Hujung beg plastik itu sesekali terseret di jalan Masjid Jamek. Ana risau. Ana berhenti dan metelakkan telur dalam beg tangan ana, sardin di dalam bagasi... Roti.... Nak letak mana, bawak je la. 

keadaan salah satu plastik MYDIN akibat dari trauma jalan di Masjid Jamek. Asif, kepada akhawat sekalian dan Ameerah, biskut lemak tu ada yg hancur sedikit isinya.... (TT_TT)

Sepanjang beberapa meter dari MYDIN ke Stesen LRT. Ana tertanya-tanya, takde siapa ke yang nak tolong? Sesekali terdengar suara budak remaja seperti bercakap dengan ana, ana berhenti dan memandang keadaan sekeliling. Hampa, ingatkan nak tolong tadi. Ana terus mengharap, pada masa yang sama rasa sakit hati juga. Ini ke dia perangai orang Malaysia? Budi Bahasa Budaya Kita konon.... piraaaaah~~~! getus hati ana yang sedang diuji. 

Naik tangga, turun tangga, terkial-kial macam orang tak betul. Ana tercungap-cungap, kepala rasa sedikit pening. Tapi orang sekeliling ada yang sekadar memandang sahaja. Kenapa? Segan sangat ke nak tolong? Ana ne cun sangat ke? Atau nampak terlampau maskulin? nak je ana jerit, "eh ini lemak la, bukan muscle! tolong lah weh!" Tapi segan la pulak buat muka tembok minta bantuan sedangkan Allah dah beri ana kekuatan dan anggota yang sempurna.

Sampai di dalam LRT, ana meghela nafas panjang. Angin air cond yg sejuk menyamankan balik hati ana yang sedang membara dengan kemarahan dan kekecewaan terhadap rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang beragama islam yg telah diajar bahwa hari Jumaat itu hari 'raya' bagi umat Islam, hari yg penuh dengan barakah. Tiba-tiba terdetik di dalam hati.

"Selama perjalanan aku tadi, dok sibuk harapkan bantuan manusia, pernah ke aku mintak perotolongan Allah?" Ana teringat sebuah hadith, hadith yang disampaikan Rasulullah pada seorang budak bernama Abbas.

“Wahai ghulam (panggilan untuk anak kecil), mahukah aku ajarkan kepada engkau beberapa perkara?” Ibnu ‘Abbas menjawab : “Mahu, ya Rasulullah.” Rasulullah kemudian bersabda : “Peliharalah Allah, nescaya Dia Akan memelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapanmu. Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, maka pohonlah kepada Allah. Ingatlah Allah ketika engkau dalam kesenangan, nescaya Allah akan mengingatimu ketika engkau dalam kesusahan. Pen telah diangkat dan lembaran suhuf telah kering. Sekiranya manusia berkumpul untuk memberi sesuatu kepadamu yang tidak ditetapkan oleh Allah, maka mereka tidak akan dapat melakukannya. Dan sekiranya mereka juga berkumpul untuk menghalang sesuatu daripadamu yang telah ditetapkan oleh Allah, maka mereka tidak akan dapat melakukannya. Ketahuilah bahawa bagi setiap kesukaran itu ada kelapangan dan bagi setiap kesusahan itu ada kemudahan.” (Al-Hadis)

Astagfirullahalazim... Ana malu sendirian.... Sepanjang perjalanan ke Bandar Tun Razak, ana berzikir. Apabila tiba di stesen LRT, ana mengumpulkan segala kekuatan yg tinggal dan keluar dari LRT menuju ke tempat teksi. Sedang ana berada pada anak tangga kedua menuju ke tempat tiket, terdengar suara seorang perempuan'

"Mau tolong ke?" Ana memandang ke belakang. Seorang wanita cina berbaju ala professional berambut pendek. Mukanya mesra dan berseri. (pada pandangan mata ana yg kepenatan ni, nampak macam ada bunga-bunga berterbangan bersama rama-rama sekeliling dia.... punyalah bahagia....)

"Oh my God, thank you so much.... I've been waiting so long for someone to help me with these... thank you... thank you...."

Wanita cina itu hanya tersenyum dan tertawa. Tak sampai 20 saat, sudah tiba di tempat tiket. 

"Okay, its ok, I take it from here. Thank you so much.... Thank you so much...." 

Walaupun 20 saat itu mungkin hanya berjaya menyimpan lebih kurang 20-30 ATP of energy, tapi ana rasa bersyukur.... Di dalam hati ana, ana berdoa

"Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah kepada wanita cina itu, dan masukkanlah dia ke dalam syurgamu atas kebaikannya.... amin...."

Alhamdulillah, ana selamat sampai di kolej dan akan bergerak bersama akhawat sekalian malam nanti.

Jadi ikhwah akhawat sekalian, berapa banyak pengajaran yang antum boleh dapat dari series of events ini? Kita fikirkan bersama... Wallahualam...

Ayuh Penggerak, Nur Laman Bestari Batu Caves, here we come! :)

Friday, October 28, 2011

10 Hari Dari Bulan Zulhijjah

السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته

الحمد لله رب العزة والجبروت والصلاة والسلام علي رسوله الأمين وعلي آله وصحبه أجمعين

Klik untuk gambar lebih besar

 Menemui ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian,

Sekali lagi ana merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana nikmat-Nya yang terlalu banyak buat kita sebagai hamba-Nya. Semoga kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia ini membawa keberkatan.

Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan ini, sayugia jangan kita lupa untuk mengimarahkan hati dan jiwa agar sentiasa berada dalam kemurnian. Ia perlu sentiasa bersih, suci dan murni untuk menerima kalam-kalam suci daripada al-Quran dan as-Sunnah. Itulah tuntutan tarbiah kita dalam jamaah ini.

Justeru dengan kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia terutama pada 10 hari pertama ini marilah kita bersama-sama mengambil peluang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Insya-Allah ia juga menjadi bekalan di sepanjang dakwah yang berkat ini.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Ust Tajul Arifin Che Zakaria
Pengerusi JKT IKRAM PUSAT

Untuk membantu meningkatkan roh ahli IKRAM, JKT mencadangkan supaya dilaksanakan kewajipan-kewajipan berikut bagi menghidupkan 10 hari terawal bulan Zulhijjah
Kewajipan-kewajipan:

  1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).
  2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiamullail.
  3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).
  4. Berpuasa pada hari Arafah kerana fadilatnya yang besar.
  5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.
  6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).
  7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.
  8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.
  9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.
  10. Berusaha menyebarkan panduan-panduan ini di tempat kerja masing-masing; menggesa sahabat-sahabatnya untuk memanfaatkan peluang-peluang tersebut. Juga menguar-uarkannya kepada jiran tetangga dan masyarakat.

Klik di link ini untuk mengetahui lebih banyak kelebihan hari-hari ini serta kedudukannya dalam Islam

Wednesday, October 12, 2011

Perkongsian : Road to Heaven


Assalamualaikum w.b.t

Sekali lagi program ceramah Jumaat berjaya diadakan di Dewan Henderson Jabatan Kejururawatan pada 7 September 2011. Ribuan terima kasih dan tahniah ana ucapkan pada Kak Anfaal yang berjaya membawa tajuk ceramah yang begitu menyentuh jiwa dan perasaan. Kami yang hadir semuanya terharu dengar kak Anfaal punya talk. Asalnya ana ingat nak buat perkongsian tentang apa yang kak Anfaal sampaikan, tapi sebab time talk tu terlebih “feeling” plak kan, so tak sempat nak amek nota. Heheh…Alasan tuh..

Tapi ana rasa memang Kak Anfaal menyampaikan ceramah dengan sponatenous coming straight from her heart, kalau nak tau kena jemput Kak Anfaal lagi sekali la nampaknya. Sambutan pelajar nursing juga nampaknya semakin baik. Harapnya selepas ini lebih ramai pelajar nursing yang akan hadir dan lebih banyak penglibatan dari akhawat-akhawat medic juga agar kita sama-sama dapat santuni pelajar-pelajar nursing ini yang dahagakan tarbiyah. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua. InsyaAllah…

p/s: Harapnya ikhwah-ikhwah sekalian jangan jeles ye, dengar khutbah jumaat baik-baik :D



Video yang meng-ayat hati...TT_TT 
Jazakillahu khairan kathira Kak Anfaal...

Saturday, October 1, 2011

Perkongsian : Gadis Muslim, Kenali Dirimu

Alhamdulillah pada 30 September 2011, satu program ceramah bertajuk “Gadis Muslim, kenali dirimu” telah berjaya diadakan di Dewan Henderson Jabatan Kejururawatan pada pukul 1-2 pm. Ceramah ini terbuka kepada semua pelajar terutamanya pelajar wanita nursing. Tak disangka, ada juga para hadirin dari golongan non-muslim. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Ariza Mohamed, ketua wanita IKRAM Setiawangsa. Program ini dijalankan dibawah anjuran Persatuan Pelajar Kejururawatan dan telah diuruskan oleh akhawat nursing tahun 2. InsyaAllah, jika dipermudahkan Allah s.w.t, ceramah susulan akan diadakan. Wallahualam.

Objektif utama ceramah ini adalah untuk membawa perserta kembali kepada fitrah islam, mengingatkan kembali kepada persoalan utama hidup, siapa kita? Kemana kita akan pergi? Dan apa tujuan hidup? Pendekatan yang digunakan oleh Dr. Ariza adalah menggunakan tafsir daripada surah Al-Fatihah dalam bentuk interaktif dan menarik.




Dr. Ariza menyoal seorang peserta non-muslim, "apa yang anda syukuri dalam hidup"




Sedikit perkongsian slides

Persoalan siapa saya?

Persoalan kemana saya akan pergi?

Persoalan apa tujuan hidup?

InsyaAllah bertemu lagi...

Sunday, August 21, 2011

Hebahan : Iftar Jamie di Surau Ar-Razi

Kepada pimpinan tanzim baru, ana mengucapkan selamat maju jaya, kami(senior2 yang dikasihi) sentiasa akan memberikan support pada antum! 



Saturday, August 20, 2011

Essence of Ramadhan


Apabila tibanya Ramadhan kita sering diingatkan

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Oleh itu, pada tiap Ramadhan, kita diingatkan yang objektif kita berpuasa ini adalah untuk mencapai taqwa. Tetapi, bukanlah taqwa yang tercipta hasil daripada Ramadhan, tapi Ramadhanlah yang dicipta untuk menghasilkan taqwa. Oh… confusing ke? Dan apa pula bezanya?

sebagai analogi, kita sebagai seorang muslim diwajibkan solat fardhu 5 waktu. Tetapi, jika kita bermusafir, Allah meringankan kita dengan memberikan kita rukhsah solat, agar memudahkan kita untuk menunaikan solat. Adakah bermakna apabila kita menjalankan rukhsah pahala kita akan berbeza jika kita solat fardhu biasa. Tidak, pahala tetap sama (considering khusyu’ nya pun sama lah).

Begitu juga Ramadhan, Ramadhan adalah seperti “rukhsah” untuk umat islam untuk mencapai taqwa. Mudah-mudahan apabila tibanya Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, hambaNya akan menjadi lebih mudah untuk mencapai taqwa. Allah memberikan kita satu bulan yang dimana, pahala ketika bulan itu dilipatkali gandakan, disunatkan solat tarawikh, ditambah pula dengan pencarian malam lailatul qadar, disarankan berpuasa untuk menjaga perut, diikat syaitan dan bermacam-macam lagi keistimewaannya. Tujuannya, agar hamba-hambaNya lebih mudah untuk mencapai taqwa pada masa ini. Oleh itu, bukanlah Ramadhan yang perlu menghasilkan taqwa, tapi untuk mencapai taqwa, Allah berikan Ramadhan. Itulah erti sebenar “bulan Ramadhan bulan taqwa” dan juga term “madrasah Ramadhan”.

Menjadi kesilapan kita adalah bila kita merasakan kita perlu menyambut “bulan Ramadhan” itu sendiri, dalam kata lain, menjadi hamba kepada bulan. Apabila tiba Ramadhan, kita menjadi baik, nak mengumpat tak bleh, tunggu habis Ramadhan nanti, bulan Ramadhan tak elok ngumpat… Nak dating takleh, tunggu habis Ramadhan, kononnya nak hormati bulan Ramadhan. Ini adalah mentaliti orang yang menjadi hamba kepada bulan, bukanlah menjadi hamba kepada Allah.

Jika kita hanya “menjaga” diri kita ketika Ramadhan, samalah juga seperti menjadi seorang muslim yang solat hanya jika dia musafir, yelah sebab ada rukhsah kan, takyah solat banyak sangat rakaat, senang. Solat 4 rakaat dah boleh kita 8 rakaat. Tapi jika hari-hari lain, tak solat, sebab kena buat banyak rakaat. Maka muslim jenis apa pulak tu?

Oleh itu, apa sahaja usaha kita untuk mencapai taqwa, itulah dia essence of Ramadhan tak kira apa bulan pun. Saya sendiri merasakan, apabila habisnya Ramadhan, hati menjadi sedih kerana rasa seperti kehilangan Ramadhan sebuah bulan yang indah. Tapi tidak begitu, selagi jiwa kita sentiasa dalam “mode mengejar taqwa”, maka “hadiah” dan keindahan yang kita inginkan ketika Ramadhan itu pastinya sentiasa berada dekat dengan kita.

Jadi kepada akhawat-akhawat yang terpaksa cuti ketika Ramadhan, 10 malam terakhir pulak tu, janganlah rasa kerugian. Lakukanlah apapun untuk mencapai taqwa, itulah yang Allah inginkan dari hambaNya ketika Ramadhan. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa… wallahulam