Tuesday, January 15, 2013

Kita selalu bertanya, dan Al-Quran sudah menjawabnya~

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 

QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (I am full of faith to Allah) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286
 
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUSTASI?

QURAN MENJAWAB : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al-Imran ayat 139
 

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB : “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal” – Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB : “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf ayat 12

Bismillahirahmanirrahim Dan Assalamualaikum


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Hanya pada Allah SWT sahaja terkumpul dua sifat ini iaitu Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Kalau kita rasa seseorang itu penyayang, Allah lagi Maha Penyayang.

Oleh itu, cinta kita kepadaNya lebih berbanding yang lain. Dan sepatutnya kita lebih setia kepadaNya berbanding yang lain. Ayat ini juga dapat menenangkan hati kita bahawa Pencipta kita menyayangi dan mengasihi kita walaupun kita sedang dalam keadaaan sedih. Jom baca kalimah ini sebelum memulakan tugas 



Sejahteralah ke atas mu

Anas ra berkata,, “Kami bertanya kepada Rasulullah SAW, “Bila berjumpa sahabat (saudara seiman) apakah kita saling membungkuk?” Nabi SAW menjawab,”Tidak usah.” Kami bertanya lagi, “Apakah berpelukan satu sama lain?” Nabi menjawab,”Tidak, tetapi cukup dengan saling bersalaman.” (HR. Ibnu Majah)

Memberi salam sunat tetapi menjawab salam wajib. Jom kita setiap kali bertemu dengan orang Islam, kita beri salam. Beri salam @ mendoakan kesejahteraannya kan

Setiap hari kita bertemu dengan orang Islam, kita mendoakan kesejahteraan untuknya tidak kisahlah dia kenal kita ataupun tidak yang penting dia Islam dan best kan setiap orang Islam (saudara Islam) kita sejahtera

“..Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri….”(Surah Ar-Ra’d:11)







Sunday, January 13, 2013

Perubahan Usia Merubah Pemikiran Diri

Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan berambut pendek & kemas tetapi kita nak juga berambut panjang dan ‘stylo’,




Dulu ketika masih di sekolah, peraturan sekolah mewajibkan pelajar memakai tali leher pada setiap hari Isnin tetapi kita sengaja tak pakai tali leher,
Dulu ketika masih di sekolah, baju pelajar lelaki mestilah dimasukkan ke dalam seluar dan kemas tetapi kita nak juga tunjuk hero dan keluarkan baju dan membuka satu atau dua butang baju,



Dulu ketika masih di sekolah, mak bapa suruh belajar rajin-rajin tetapi kita pula buat acuh tak acuh,



Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kita berambut pendek dan kemas supaya mudah dijaga dan juga nampak segak bergaya,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, kalau boleh nak cari kerja yang perlu pakai tali leher supaya nampak ‘stylo’ & kemas kerana nak bergaya eksekutif,
Kini kita telah dewasa dan berada di alam pekerjaan, baju dimasukkan dan dibutang kemas kerana takut orang kata kita selekeh,
Kini kita telah dewasa dan berada di dalam pekerjaan, kita membeli buku, menghadiri seminar, kursus & mendaftarkan diri di dalam university jarak jauh kerana kita mula sedar pentingnya ilmu dan singkatnya masa.

Perjalanan manusia penuh dengan penyesalan dan perubahan. Alhamdulilah sekurang-kurangnya masih diberi kesempatan untuk berubah tetapi ADAKAH kita akan menyesal di akhirat akibat keputusan yang kita lakukan di dunia di mana kita menghambakan diri kita kepada nafsu berbanding menghambakan diri kepada Allah? Adakah kita akan menyesal menyembah berhala & syaitan yang tidak mampu membawa manfaat kepada diri kita sebagaimana firman Allah SWT;

“Dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut itu; andainya kami mendapat peluang kembali ke dunia, tentulah kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana sekarang mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan amalan-amalan mereka menjadi penyesalan-penyesalan kepada mereka dan mereka tidak sekali-kali akan keluar dari neraka.”
[Al-Baqarah: 2:166-167]


Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Life of a Reverted Muslim

Thursday, November 29, 2012

Bengkel Dakwah Melalui Media

Assalamualaikum..

Task perkongsian ini sebenarnya dibahagikan kepada setiap wakil dari KARISMA PPUKM yang hadir ke bengkel ini bagi mempraktikkan apa yang telah dipelajari supaya ilmu yang dapat tidak dilupakan begitu sahaja...


Pendahuluan oleh Ajeerah

Pada 17 NOV  yang  lalu. Alhamdulilah beberapa  orang akhwat dapat menyertai sebuah “Bengkel Dakwah Melalui Media” yang diadakan di UKM Bangi bertempat di Blok Fakulti Sains Kemanusiaan.Bengkel ini telah dianjurkan atas kerjasama pihak university sendiri ,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) dan Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM). Bengkel ini menampilkan penulis buku terkenal iaitu HilalAsyraf, penulis Laman Berita Harian iaituUstaz Zahiruddin Zabidi serta penulis  buku & pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn Bhd.
Perjalanan bengkel bermula seawal jam 8.30 pagi dengan Majlis perasmian serta diikuti oleh bacaan doa. Bengkel ini telah dirasmikan oleh saudara Muhamad Azan Safar merangkap presiden ISIUKM sendiri.
Bengkel ini secara ringkasnya bertujuan melahirkanpendakwah yang bijaksana dalam memanipulasi peluang dalam berdakwah terutamanya melalui medium

Perkongsian Slot 1 oleh Fatin Amira

             Slot 1 ini dikendalikan oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi yang bertajuk Penulisan Islamik. Sebelum memulakan bengkel, beliau terlebih dahulu membuka tirai dengan menceritakan 4 buah cerita yang menekankan bahawa mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Eh, saya pun baru tahu sampai begitu sekali hebatnya kuasa penulisan.
Menurut pandangan beliau dakwah bermaksud berkongsi dengan sesiapa sahaja. Dan penulisan bermaksud perakaman. Media pula diertikan sebagai “tool” yang digunakan untuk menyampaikan isi-isi dakwah yang tepat. Terdapat 7 jenis media iaitu melalui percetakan, recording (CD), radio, wayang, televisyen, internet, dan mobile. 
Mengapa dan apakah tujuan menulis menurut Islam? Persoalan ini dijawab dengan rujukan Prof. Dr Syeikh Yusuf al-Qaradhawi melalui 8 maqasid(tujuan) nuzul Al-Quran. 
Selain itu, beliau melontarkan rasa bahawa subjek TITAS sepatutnya dijadikan sebagai salah satu medium dakwah kerana subjek ini sememangnya perlu diambil oleh semua bangsa tidak mengira kaum. Yang paling penting gaya penulisan seseorang itu haruslah tampak seolah-olah sedang berkata-kata dengan pembaca. Penggunaan ‘lah’ dihujung perkataan seperti memaksa pembaca menurut perintah. Perkataan singkat/shortform amatlah tidak digalakkan kerana cara penggunaan bahasa melambangkan sejauh mana seseorang itu mencintai bahasa.
            Saya berharap ceramah seperti ini akan sering diadakan. Kerana media sekarang mampu bergerak dengan sangat pantas hingga ke pelusuk dunia. Akhir kata dari ustaz ialah jika seseorang yang berdakwah untuk merubah orang lain akan letih, tetapi berdakwahlah untuk menyebarkan dakwah serta meramaikan jemaah. Sekian. In shaa Allah. 


Perkongsian Slot 2 oleh Mardihah

Penceramah kita yang kedua ialah Saudara Hilal Asyraf.. Nama yang tidak asing lagi dalam industri penulisan tanah air. Alhamdulillah, saudara Hilal sempat berkongsi beberapa tips penting dalam penulisan kepada kami.
1)      Niat: niat kena betul dan matlamat kena jelas. Niat memainkan peranan yang sangat penting dalam dakwah. Bukan sahaja dakwah ketika ‘turun padang’ tetapi juga dakwah dalam arena penulisan.

“ Putus asa di tengah perjuangan adalah kesilapan ketika di titik permulaan”

Niat juga perlu disertakan dengan matlamat. Untuk apa kita menulis? Siapakah kelompok mad’u kita? Apakah yang hendak dicapai? Ini semua adalah serba sedikit soalan yang perlu ada ketika otak ligat berfikir mencari idea untuk disampaikan kepada masyarakat.

2)      Latihan atau bakat? Anda risau tidak berbakat dalam menulis? Atau tidak mempunyai cukup keazaman membuat latih tubi setiap hari mengasah skill penulisan? Jangan risau kerana jawapannya bukan latihan atau bakat yang menentukan anda boleh menjadi seorang penulis yang mampu menyentuh hati-hati manusia, tetapi MINAT yang boleh membentuk anda menjadi seorang penulis. Find the field that you are good at, do the best with it, use it wisely.

3)      Menulis hari-hari. Minat sudah ada. Mungkin anda minat sangat nak jadi penulis sampai boleh termimipi-mimpi setiap malam. Namun hakikatnya, minat tidak lengkap tanpa usaha. Apabila sudah minat menulis, asah minat anda dengan menulis hari-hari. Tak kisahlah sama ada nak update blog, twitter mahupun facebook. Sedar atau tak, Mark Elliot Zuckerberg, mengasaskan facebook dengan penulisan. Ok, baru perasan (:

4)      Disiplin: orang yang berdisiplin adalah orang yang  berjaya. Percaya atau tidak, ini adalah hakikat kehidupan. No pain no gain. Saudara Hilal telah membahagikan disiplin ini kepada empat cabang iaitu:

a)      Jadual
b)      Perancangan
c)      Peribadi
d)      Prinsip-mungkin ini memerlukan penerangan yang lebih. Prinsip ini ialah, seorang penulis tidak boleh mencampur aduk kan perkara yang hak dan batil.
Contohnya: 1) Cinta Ana Enti yang tidak berlandaskan syariat, yang boleh membawa kekeliruan dalam masyarakat. Ehem. Terasa? Oh, ini tidak ada kaitan dengan hidup mahupun mati.
2) Anda seorang blogger+da’ie terkenal. Blog anda mempunyai beribu-ribu followers. Satu hari ada seorang ahli politik datang dan menawarkan sejumpah wang/habuan yg lumayan seandainya anda mempromote  beliau di dalam pilihan raya yang akan datang. *peringatan: ini hanya contoh* Namun, anda tahu bahawa beliau seorang yang tidak amanah dengan tanggungjawab yang diberi. Pilihan di tangan: Jika anda mencari keuntungan dalam penulisan mungkin anda akan memilih untuk mempromote ahli politik tersebut. Jika anda jelas niat sebenar dalam penulisan anda, anda tidak akan mempromote dan sekaligus menggadaikan prinsip dan kredibiliti anda sebagai penulis dan da’ie. Itulah pentingnya NIAT sebgaimana tips yang pertama tadi.

5)      Idea: Salah satu elemen penting dalam penulisan ialah idea. Tak ada idea nak tulis apa kan? (: Jadi orang akan menjadikan alasan tidak ada idea sebagai satu sebab mengapa blog2 makin sunyi, twitter tidak berkicau dengan riang dan sunyi sepi tanpa update di facebook. Jadi, jangan risau. Saudara Hilai telah memberi tips bagaimana nak konsistenkan penulisan. Idea terbahagi kepada dua:
a)      Natural: idea ini tidak biasa datang. Kadang-kadang datang tanpa diundang dan pergi tanpa sempat diolah dalam penulisan. Jadi, apabila idea yang natural ini datang, cepat-cepat abadikan dalam buku nota, mahupun kertas. Idea ini juga mungkin bukan untuk keseluruhan penulisan/cerita tetapi untuk rangka sahaja. Tidak mengapa kerana anda boleh add-on selepas itu. Antara karya Saudara Hilal yang datang secara natural ialah HERO.
b)      Fikir: Anda kena berfikir untuk mendapatkan idea. Mungkin dari pembacaan, atau pengalaman hidup. Mungkin juga dari pemerhatian terhadap kehidupan dan alam sekitar.

6)      Menyusun cerita: Minat sudah ada, idea sudah ada, usaha juga sudah cukup. Persoalannya, plot penceritaan yang bermasalah.

Ini adalah storyline yang kita biasa lihat. Klimaks di tengah-tengah cerita. Pembahagian storyline itu adalah seperti pembahagian bab demi bab. Perancangan perjalanan cerita yang baik dapat dilakukan dengan mengikuti storyline.

Storyline ini pula adalah klimaks berlaku apabila hampir di akhir cerita.  Pembahagian bab adalah sama seperti  di atas. 
Namun begitu, banyak lagi teknik penulisan yang lain. Boleh belajar jika berminat ^_^v

1)      Keberkesanan dakwah: Penulisan haruslah sampai di hati pembaca. Mengambil ibrar dari cerita Harry Potter yang pada awalnya memaparkan kisah untuk tontonan umum, akhirnya mempunyai adengan bercium di akhir buku/filemnya. Sadis apabila memikirkan bagaimana kanak-kanak yang membesar dengan cerita Harry Potter mampu terpengaruh dengan adengan seperti ini. Inilah kuasa penulisan.

“Mereka bekerja, dengan perancangan yang rapi. Bagaimana dengan kita?”

2)      Akhir sekali, Saudara Hilal berkongsi rahsia blog yang mampu menarik orang ramai.
a)       Update hari-hari
b)      Isi mestilah dekat dengan masyarakat
c)      Memberi manfaat
d)      Jelas antara hak dan batil (elakkan dari memasuki grey-area)
e)      Berikan sumbangan kepada Islam
f)        jangan malu untuk promosi blog

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (segalanya). Dia menciptakan insan dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia . Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya" (Al-‘Alaq :1-5).
*proses pembacaan bermula dengan penulisan.

 
Perkongsian Slot 3 oleh Nur Sharifah

Assalamualaikum, syukur kehadrat Allah atas rasa cintanya, kami tetap teguh dalam mengisi jiwa ini untuk slot yang kedua iaitu bersama Ustaz Pahrol Juoi dengan tajuk penghayatan dalam penulisan kreatif.

Beliau berkata “ ilmu yang dipelajari perlu menjadi resapan sebagai amalan” barulah ilmu itu ditakrifkan sebagai ilmu sebenarnya. Untuk memiliki ilmu perlulah kita takungnya  dengan rendah diri dan hati agar ia sentiasa dihargai, dimiliki dan dikongsi. Bagi seseorang yang ingin mencapai kesempurnaan ilmu, perlu istiqomah dalam menuntutnya. Maka untuk menguasai ilmu yang bermanfaat untuk diri dan orang lain perlunya bimbingan dari murrobbi yang memandaikan orang bukan yang tunjuk pandai.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa perlu sibuk akan ilmu, kata inginkan penghayatan. Tapi jangan kita alpa penghayatan dalam sesebuah penulisan yang akan menyentuh hati-hati adalah datangnya dari pengolahan ilmu yang bermanfaat yang diterima oleh penulisnya. Oleh itu, ilmu yang baik adalah tunjang kepada penulisan yang terbaik.

Mari kita renungkan, mengapakah umat islam dijajah? Ada dua sebab:
·        Pertama sebab kejahilannya
·        Kedua sebab kedegilannya

Yang pertama, kalau seseorang jahil, kita dapat membantu dan membimbingnya ke jalan kebenaran In Shaa Allah. Tapi jika kerana kedegilan yang tidak betah dalam melawan nafsu, kerana ketamakkan dan untuk kepentingan diri, perlunya seseorang itu muhasabah diri dan merawat hatinya yakni qalb dengan perisai amal yang baik. Justeru umat islam tidak akan dijajah dengan apa cara sekalipun.

Ustaz juga ada menyatakan “ sesebuah penulisan perlu adanya roh untuk menghidupkan hati”. Disini bukan roh yang menakutkan, yang akan mencekik kita dan akhirnya kita mati. Sebaliknya ia roh yang akan menghidupkan hati kita yang mungkin tengah nazak ketandusan cahaya illahi, serta menetapkan Addin islam dalam jiwa kita.

Penghayatan dalam penulisan perlu datangnya dari penulis itu sendiri. Dimana penulis adalah pendahwah, murrabbi dan pemimpin. Pertama penulis itu sendiri teguhkan ilmu untuk diri, tahu akan ilmu yang dipelajari, ingin memberitahu serta dia juga mujahaddah. Penulis yang baik adalah penulis yang menyeru bukan menyuruh, mendekati pembaca dengan niat mendidik dan mengumpul pengikut bukan peminat.
Biarlah dia tidak dikenali dengan personalitinya tapi didekati dengan penulisannya.

Pernah tidak kita menyoal qalb kita “Setakat mana Allah itu perlu dalam hidup kita?” persoalan ini perlu dirasa untuk kita sentiasa berada di track yang betul. Apatah lagi bagi seorang penulis yang ingin menyentuh hati pembacanya, penulis yang baik perlu kerja kuat (kepakaran) dan amanah (iman).

Mari kita meniti sejarah sejenak, siapa tidak kenal akan Imam Malik bin Anas dan kitabnya Al-Muwattak ?
Al-Muwattak adalah kitab hadits dan fiqih yang disusun oleh beliau merupakan salah satu dari kutubut Tis’ah ( 9 kitab hadits utama di kalangan sunni). Walaupun pada zaman beliau telah banyak kitab Muwattak ditulis, beliau tetap bertegas untuk menulisnya sebab ingin sampaikan kebenaran. Kitabnya tetap utuh hingga kini adalah sebab keikhlasan yang berterusan dan sangat teliti dalam penulisan.

Dalam penulisan perlu sampaikan kebenaran dan jangan sampaikan keindahan, kerana kehidupan adalah  realiti bukan fantasi. Tidak perlu seseorang itu mencari kata-kata, malah rasa itu yang menyusun kata seterusnya menjadi perkataan dan ayat yang menyentuh hati pembaca, In shaa Allah jika niat kita ikhlas di jalan Allah.

Sebelum menulis perlunya tujuan yang jelas. “dunia akan tunjuki jalan untuk orang yang jelas tujuannya”. Penulis juga perlu menulis darinya yang mana tulis apa yang diyakini, dialami dan dirasai untuk menjadi penulis yang sentiasa perbaiki dirinya dan orang lain untuk sama-sama meniti ke jalan Allah.

Pengajarannya
·        Mahakaya Allah, tulislah dengan hati yang ada Allah, In Shaa Allah tulisan itu dapat menyentuh hati-hati pembaca.
·        Lazimnya orang ikhlas, tidak perlu mengingati apa yang dicakap. Tapi ianya keluar sebagai mutiara kata.
·        Penulisan juga salah satu ibadah yang akan menaikkan saham kita selepas kita tiada.
·        Kata ustaz, “buat perkara yang betul dengan betul-betul” barulah matlamat akan tercapai. Sedihnya ramai yang buat perkara betul dengan main-main, natijahnya matlamat kita sentiasa berciciran.

Akhir kata, manusia ada tiga jenis:
·        Bijaksana
·        Cerdik
·        Pandai

Manusia yang bijaksana akan tingkatkan hikmah dari ilmu yang diperolehnya, manusia yang cerdik hanya tingkatkan ilmunya dan manusia yang pandai hanya mengejar matlamatnya. 

Persoalannya dimanakah diri kita untuk keluarga, sahabat dan masyarakat islam kita? 

Kita ingin menjadi manusia yang bagaimana?