Sunday, February 27, 2011

Bengkel "Creating Arts"

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin memperkenalkan bengkel Creating Arts kepada pembaca sekalian. Bengkel ini merupakan bengkel yang dijalankan oleh JK Dakwah&Media K-PPUKM pada 25 Januari 2011. Asalnya, bengkel ini merupakan permintaan dari sahabat-sahabat supaya mengajar cara membuat poster.


Creating Arts: how to make your own arts using only Microsoft 2007 and your own creative minds!

Creating Arts merupakan bengkel yang mengajar peserta-peserta cara membuat poster dengan
  • CEPAT
  • MUDAH
  • BERKUALITI

Apa yang membuat Creating Arts istimewa adalah kerana ia tidak memerlukan software-software seperti adobe phothoshop, atau yang lain-lain yang mungkin akan memberatkan computer dan agak advance bagi mereka yang hanya ingin membuat poster yang simple sahaja. Namun aplikasinya memerlukan daya kreativit yang tinggi dan penggunaannya masih lagi boleh dipertelitikan lagi.
Topic  utama dalam Creating Arts adalah

Basic Skill
Get to know the format button
  • Format button pada Microsoft powerpoint itu sebenarnya kurang di-explore oleh pengguna-pengguna. Hanya dengan memahami apa fungsi setiap satunya, pengguna mampu memanipulasikannya dalam banyak cara untuk menghasilkan sesuatu yang menarik!
Cropping
  • Tau cropping tu apa? kadangkala perkara mudah seperti cropping ini pun mampu digunkan dalam banyak cara hinggakan anda mampu menghasilkan sesuatu yang berlainan dari benda asalnya
Holding
  • Penting tahu macamana bila dikatakan “hold” perkataan itu. Mengapa? Kena datang bengkel la baru faham… :D
Transferring and converting
  • Macamana nak convert dari ppt kepada JPEG? Dan kenapa pula kita nak transfer dari ppt ke publisher? Teknik ini saya ketahui secara tak sengaja (namun hakikatnya semua ilmu itu datang dari Allah)
Form
  • Form atau bentuk. Ada dua bentuk yang perlu diketahui, editable dan non-editable.

Pengetahuan teknik asas ini penting untuk pergi ke tajuk yang lebih besar iaitu basic poster making. Dalam basic poster making, ada beberapa tajuk yang saya cover:
Background
  • Bagaimana memilih background yang sesuai untuk poster, dimana nak cari, bagaimana untuk memanipulasikannya menjadi sesuatu yang lebih menarik dari gambar asal, apakah tips-tips mencari background dan apakah yang dikatakan dengan “the best shot”?
Fonts
  • Apakah jenis-jenis font yang ada, bagaimana nak pilih font yang sesuai untuk poster, apakah ciri-ciri font yang baik, apakah implikasi font kepada poster, dimana nak cari fonts menarik, apakah cara-cara untuk menghias font menjadi sangat menarik, dan bagaimanakah placement font itu?
Descriptions
  • Apakah ciri-ciri descriptions, dimana harus diletakkan descriptions, dan bagaimana ingin membuatkan descriptions lebih mudah untuk dibaca?
Assisting Highlighter
  • Ini adalah tajuk yang paling sukar dan paling istimewa dari Creating Arts kerana tekniknya dipelopori oleh saya sendiri dan perlu pemahaman yang tinggi dalam basic skill untuk master dalam assisting highlighter. Apakah assisting highlighter, bila perlu digunkan, apa implikasinya, dan apakah teknik-teknik assisting highlighter yang ada?
Bagi Creating Arts yang pertama, ini adalah tajuk yang dibawa. Untuk yang seterusnya (jika berpeluang untuk buat), saya ingin menambah satu lagi tajuk “playing with black” dan “playing with white”. Ini juga teknik yang dipelopori sendiri dan teknik ini mengajar cara memanipulasikan gambar yang dominan hitam atau putih untuk menghasilkan satu karya yang baru.

Apakah kata-kata pelajar Creating Arts? Ini merupakan feedback mereka:
  • Membantu pemahaman dalam membuat poster, penerangan jelas, senang nak faham, keratif, mungkin next program ajar photoshop ke…
  • Tak pernah belajar sebelum ni, arahan yang mudah
  • Baru tahu, so seronok
  • Semua best, cara guna 3 benda ni (ppt, paint dan publisher) memang mudah kalau compare nak guna phothoshop… applicable untuk semua orang
  • Mudah, simple, kena explore je…
  • Best la, lain kali ajar benda lain pulak
  • Perkara baru dapat dipelajari

Rata-rata pemahaman pelajar adalah 80%-99%! Lebih baik dari yang saya jangkakan!
Bagi yang berminat, boleh inform~

Wallahualam

Zatel Iman Rozali
JK Dakwah dan Media 
K-PPUKM

SEBAHAGIAN DARI HASIL KARYA YANG MENGGUNAKAN TEKNIK CREATING ARTS

Poster ini menggunakan teknik "playing with white"

poster ini menggunakan teknik, "playing with black"






playing with black and white

wallpaper


backdrop (tak dapat datang konvoi, buat backdrop pun jadila...)


saje nak promot 10 muwosoffat tarbiyyah...(^^)

ni mungkin boleh dijadikan teknik baru : Playing with black and white





juga menggunakan teknik "playing with black"









poster untuk PRK (sebenarnya tak cukup info poster ni)...Alhamdulillah menang...saya tumpang gembira (^_^)

Selain itu, boleh juga melihat poster lain di link:

dan juga di web DeviantArt

Thursday, February 24, 2011

PERKONGSIAN lagi (^-^)...ZIARAH TOKOH

ZIARAH TOKOH: PROF ASMA ABDULLAH

Bismillahirahmanirrahim..

Dulu, masa berada dalam posting ENT, selalu ke ENT department..Al-maklumlah ada kelas..Posting ENT just for 3 weeks je..so,for the first one week, memang selalu naik turun department..Ada lectures..

Teringat, masa on the way nak masuk bilik seminar ENT, ada seorang doktor pernah tanya:
"Who are giving the lecture?"

So, menjawab pada soalan doktor tersebut:
"Prof Asma, doctor.There will be a lecture on otitis media"

Then, doctor tersebut pun tersenyum and berkata:
"Oh, She is mother of department"

 ************************************************************************************************
Introduction
Prof Asma merupakan Ketua Jabatan E&T Pusat Perubatan UKM, merangkap seorang lecturer, seorang doktor, seorang ibu, seorang naqibah dan pelbagai lagi..

Alhamdulillah, ziarah tokoh kali ni, kami berjaya mengadakannya di rumah Prof di Bandar Baru Bangi, Ahad, 20 Feb 2011..Seronok dijamu dengan juadah yang lazat-lazat..Prof juga   menyambut kedatangan kami dengan tangan dan hati terbuka.

Kali ni, penyertaan terdiri daripada ikhwah akhawat Pusat Perubatan UKM..lebih kurang dalam 35 org jugak yang dapat bersama-sama..Yang bestnye, ada penyertaan dari final year medical student of UKMMC esp akak-akak yang disayangi..=) terima kasih atas luangan masa anda semua..

Rombongan pelajar bertolak dalam pukul 4.30pm..(macam rombongan meminang pulak masa tu)..dan terdapat 5 buah kereta konvoi akhawat. Memang seronok dapat berukhuwwah..(^-^)

Tiba di rumah Prof agak lewat juga, dalam pkul 6pm..Jauh juga rumah prof ye.Dalam perjalanan tu, permandangan kiri dan kanan jalan sungguh menyamankan..Setibanya di rumah prof, kami disambut mesra oleh prof dan anak-anaknya yang sangat comel..

Prof terus start dengan jamuan makan..ada satay, ada mee kari, dan ada macam-macam lagi..Alhamdulillah..rezeki hari tu nak makan makanan yang lazat..

Dah siap-siap makan (pengisian jasad [perut]), kami disajikan pula dengan sajian hati dan rohani oleh prof.

Seingat-ingat dalam ingatan:

First sekali prof buka pengisiannya dengan mengatakan bahawa Rasulullah SAW adalah Ar-Rasul yang sangat pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Apabila banginda bertemu dengan hartawan; dan bilamana hartawan tersebut menyatakan; "apakah amalan yang paling baik baginya?"...nescaya baginda menjawab: 'berilah sedekah'..Begitu juga apabila baginda bertemu dengan umatnya yang lebih muda (perlu dikasihi) dan yang lebih tua (perlu dihormati).

Abdullah Ibn Al As reported that Ar-Rasul SAW  repeatedly told his companions: "Among the best of you are those who have the best attitude towards others 
(HR: Bukhari and Muslim)

Sesungguhnya Rasulullah SAW itulah ikutan yang sebaik-baiknya..

So, mungkin apa yang prof cuba sampaikan di situ; antara kita semua, prof cuba sampaikan apa  yang sesuai dengan keadaan kita: sebagai seorang lecturer kepada anak didiknya dan dalam masa yang sama, sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya dan juga sebagai seorang murabbi kepada mutarabbinya..

Pengisian ringkas dari prof ada menyentuh mengenai UJIAN hidup..Dalam hidup, kita tidak dapat tidak lari dari UJIAN..Ujian ada 2 bentuk; kesenangan dan kesusahan..Dan Allah takkan sesekali membebani hambaNYA sesuai dengan kesanggupannya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." Al-Baqarah: 284

"Do men think that they will be left alone on saying we believe and not be tried?" Al-Ankabut: 2

So, kesabaran itulah ubatnya..

Then, prof  menerangkan serba sedikit mengenai Rukun Islam ; Perkara yang wajib kita laksanakan as a muslim, a servant of Allah:

1.Mengucap dua kalimah syahadah
2.Mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam
3.Berpuasa di bulan Ramadhan
4.Mengeluarkan zakat
5.Menunaikan haji ke Makkah

Teringat kata-kata Prof:
"Siapa yang pernah ziarah Rasulullah?? Kalau belum pernah, nnt dh bekerja, kumpul duit and have a chance to visit Rasulullah SAW (makam Rasulullah)..InsyaAllah starting gaji HO pun about RM....jadi, niatkan dari sekarang utk melawat Rasulullah SAW.. Saat kewafatannya, baginda memanggil ummati,ummati,ummati..dan sungguh!!! besar kasih sayang Rasulullah SAW pada kita. Jadi kalau dh besar, pasang niat utk ziarah Nabi Muhammad SAW"

Setelah itu, masuk pula bab-bab akademik (hehe..yang ni memang  tak boleh lari dari kita,kan..kan.)

It is about CARRIER PATHWAY

Pemilihan kerjaya/ bidang kepakaran kelak perlu consider beberapa perkara penting. Antaranya: Minat, keluarga, keperluan Ummah (yang prof sempat mention...)

Prof kata, sekarang ni paediatricians sgt kurang dalam bidang perubatan especially yang muslim..So...yg ni encouragement dari Prof la..supaya kita dapat memilih apa yang terbaik..InsyaAllah..(^_^)

Prof kata lagi: "Nanti selepas 2 tahun HO, try to apply MO di PPUKM..sambung master semula di sini and join as a lecturer here..nnt boleh jimat masa..Apply for UKMMC scholarship.."(Allahualam, yang ni perlukan penjelasan yang lebih lanjut...Hari tu memang x berapa faham sgt pathway nyer..InsyaAllah, mana tahu, suatu hari nnt, ada perkongsian mengenai ni pulak...(^-^)

Then, proceed to open questions..soalan pada Prof:
"Bagaimana prof boleh bahagi masa sebagai seorang ketua jabatan, ibu, naqibah dan lain2 lagi? Prof nampak sangat tenang melaksanakan tanggungjawab ni semua.." seorang akhawat bertanya.

Prof kata:" Prof selalu tanya pada diri and berfikir; Mengapa Allah jadikan 5 waktu untuk solat fardhu..sedikit waktu malam utk qiamulail, adanya hari Jumaat iaitu penghulu segala hari dan juga adanya bulan Ramadhan..Semuanya adalah latihan buat kita..When we talk about masa ni, kita mesti ingat..kita ada hak yang perlu dilaksanakan..Hak pada diri sendiri, hak pada keluarga, hak pada dakwah..thus, time management is very important."

Sambungnya lagi: "buatlah sesuatu itu sedikit demi sedikit tapi istiqamah...Dan yang terbaik, cuba arrangekan masa kita dan tahu prioriti nya":

  • PENTING dan TAK BOLEH DITANGGUHKAN: cthnya: case write up yang perlu dihantar esok..maka nya kena siapkan before esok juga..prioroti di sini
  • PENTING tapi BOLEH DITANGGUHKAN : cthnya: case write up yang perlu dihantar 3 minggu lagi..so, kalau ada perkara yang lebih penting, bolehh lah mengutamakan yang lebih penting itu dahulu
  • TAK PENTING tapi TAK BOLEH DITANGGUHKAN: cthnya:......hurm..kalo x silap, ada yang cakap urination.. =D
  • TAK PENTING dan BOLEH DITANGGUHKAN..cthnya: yang ni banyak la..shopping, Face Book-ing dan lain-lain..

Pengisian berakhir di situ, namun kemanisannya masih terasa hingga kini..Maka berakhirlah program kami pada hari tersebut..program yang memberi seribu satu kenangan terindah pada kami semua.

 (Gambar yang ni je yang ada dalam simpanan)


*****

Kepada ikhwah dan akhawat final year yang bakal menduduki pro exam tidak lama lagi, SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN..kami mendoakan kejayaan antum semua..InsyaAllah..





Allahualam

Tuesday, February 22, 2011

KISAH SI ANAK KECIL

http://pakarhowto.com/cerpen/kisah-dakwah-si-anak-kecil.html

Setiap hari Jumaat, seusai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya, berusia 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota dan meyebarkan risalah dakwah; "Jalan-jalan Syurga" 



Pada suatu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya hendak keluar seperti biasa melaksanakan tugas mereka, suasana menjadi dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata: "Ayah, saya sudah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata:
"Bersedia utk apa?"

Si anak kecil membalas:
"Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?"

"Anakku, bukankah sejuk keadaannya di luar sana dan hujan agak lebat?"

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?"

Ayahnya menambah:
"Maaf anakku, ayah tidak bersedia untuk keluar dalam keadaan begini"

Dengan merintih, anaknya merayu:
"Kalau begitu, benarkan saya pergi. Bolehkah ayahku?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
"Pergilah anakku, dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih ayah!" (^-^)
Dengan wajah bersinar-sinar, anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecik itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa yang dijumpainya. Begitu juga, dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah 2 jam, hanya tinggal satu risalah "Jalan-jalan ke syurga" pada tangannya. Dia merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Lantas, dia berpusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu.

Akhirnya, dia sampai di suatu rumah yang agak terperosok di hujung jalan. Lantas, ditekannya loceng rumah itu sekali lagi. Ditunggunya sebentar, namun tiada jawapan

Diketuk pula pintu itu, namun masih tiada di jawapan. 

Dia mencuba sekali lagi dan akhirnya........pintu rumah dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dlm lingkuan usia 50an. Mukanya suram dan sedih. ='(

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

"Makcik, maafkan saya mengganggu. Saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah."

Anak kecil itu senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak. Tuhan akan melindungi kamu", kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya, seperti biasa Imam akan memberikan sedikit tazkirah. Sebelum menutup tazkirahnya, Imam bertanya: "Ada sesiapa yang ingin bertanya atau menyatakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.

"Saya rasa tiada sesiapa pun yg mengenali saya. Saya tidak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, suami saya telah meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini. Pada Jumaat yang lepas, saya telah mengambil keputusan membunuh diri. Jadi, saya sediakan kerusi dan tali untuk tujuan itu. Apabila saatnya tiba, tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Saya tunggu sebentar. Pada tanggapan saya. sesiapa yang menekan loceng tersebut akan pergi jika saya tidak menjawabnya. kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, diikuti pula dengan ketukan pintu. Belum pernah pun ada orang datang  menekan loceng itu setelah sekian lama. Lantas, saya terus ke pintu."

Sambungnya lagi.."Seumur hidup saya, saya belum pernah melihat anak secomel ini. Senyumnya benar-benar ikhlas dan suaranya begitu menyentuh hati. Katanya pada saya; 'Maafkan saya makcik mengganggu.Saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik'. Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar"

"Saya melihatnya menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ke tempat asal. Saya tidak memerlukannya lagi!"

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang hamba kepada Allah yang satu dan saya sangat bahagia." (^_^). "Di belakang risalah ini, ada alamat ke sini dan sebab itulah saya berada di sini sekarang dengan izinNYA"

Semua jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucapkan syukur pada Allah.. Allahuakbar!!

Imam lantas menuju ke arah anaknya dan terus memeluknya dan hatinya menangis kegembiraan. Itulah anugerah yang berharga dalam hidupnya.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa" (QS 25:74)
Allahualam..

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Monday, February 21, 2011

PERKONGSIAN: MY EGYPT BROTHERS and SISTERS

Bismillahirahmanirrahim.
Di sini, ingin dikongsikan bersama sekitar program My EB. =)

Alhamdulillah, Ahad 20 Feb 2011, telah berlangsung satu program; MY EB yang dijalankan di Cyberjaya University of Medical Science (CUCMS). Program disertai oleh lebih kurang 60-80 orang pelajar Mesir yang telah pulang ke Malaysia rentetan peristiwa resolusi Mesir, 28 Jan 2011. Mereka ini terdiri daripada pelajar jurusan perubatan,syariah,sains kesihatan, qiraat dan sebagainya lagi..

 Sedang khusyuk mendengar ucapan perasmian


 Para peserta yang terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir 


Ucapan perasmian oleh Ustaz Zawawi yang banyak menekankan tentang PEMUDA dalam merubah dunia.
Ceritanya ketika beliau berada di Mesir, era 1967 ketika itu terlalu sukar utk melihat anak-anak muda ke masjid. Namun kini, keadaannya telah berubah. Anak muda kini semakin bangkit mencari kebenaran.

Realiti pemuda di negara kita, bagaimana ya? InsyaAllah, jalannya pasti ada.

“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS Ar Ruum :54)
[peringkat kejadian manusia: Masa kuat itu adalah masa muda. Jadi gunakanlah masa muda ini sebaiknya] 


Majlis bersambung dengan sesi ta'aruf.
 Bak kata akh Dhany, “tak kenal maka ta’aruf”

Sesi taaruf kali ni dilaksanakan dalam satu grup yang besar. Riuh suasana dewan ketika sesi taaruf..Mana x nye..Dapat berjumpa dengan sahabat baru. 


Mula-mula, peserta diberikan 4 helai kertas dan diminta utk isi 4 perkara yg penting; tarikh lahir, makanan kegemaran, tempat yang paling ingin di lawati dan hobi. Lalu semua kertas tersebut di lekatkan di belakang masing-masing agar sahabat yang lain boleh baca sekali. Paling  seronok bila fasi diminta utk baca satu persatu hobi masing-masing  ni. Ada yang hobinya: cuci mata, blogging dan tak kurang juga membaca.

 
 Setelah itu bersambung pula dengan game ‘belon oh belon’. Dalam permainan ni, semua peserta harus mendengar arahan. Apabila disuruh pegang belon antara hidung dengan telinga, maka hanya dua anggota ini yang dibenarkan. Memang kelakar!! penuh dengan kreativiti..


Game: "I trust U, friends!"


Last but not least, sesi yang paling menarik di antara yang menarik adalah sesi perkongsian antara sahabat-sahabat Malaysia yang pulang dari Mesir dengan para fasilitator. Melalui sesi ini, kami diberi peluang untuk mendengar sendiri 'cerita real' dari mereka selain daripada dapat menambahkan kenalan.

Antara yang sempat kami share kan dalam sesi LDK tersebut: 

  • Bagaimana perasaan berada di Mesir in general dan apakah cabarannya. Bagaimana sistem pendidikan di sana, kemudahan ect..: 
 Secara amnya, mereka amat gembira berada di Mesir, bumi anbiya'. Kalau di sana, katanya rakyat Mesir amat menyukai rakyat Malaysia. Ada yang beritahu, mama Arab (gelaran utk tuan rumah sewa pelajar di sana) selalu jemput mereka utk makan di rumahnya. Suasana paling best bila menjelangnya Ramadhan. Pada waktu inilah, kelainan amat dirasai oleh mereka jika dibandingkan dengan di Malaysia. Orang Arab sangat meraikan Ramadhan.Mereka kata "Ramadhan di sana sama macam 1 Syawal di Malaysia hatta lebih meriah dari itu". Budaya sedekah sangat-sangat digalakkan sehinggakan dalam 30 hari bulan Ramadhan, mereka tak perlu mengeluarkan duit belanja utk membeli juadah berbuka puasa.

Orang-orang Mesir juga tidak lokek dalam berkongsi ilmu. Ada yang beritahu, kalau di sana, mereka boleh join kelas agama/hafazan/tilawah/syariah dsbgi nya tanpa ada yuran yang dikenakan. Hanya tinggal kemahuan sendiri sahaja.


Sempat juga berkongsi dengan mereka apakah tips-tips menghafaz Al-Quran dengan baik. Antaranya ; menjaga pandangan, menjaga makan pakai, menjaga masa, menjaga amanah, miliki sifat rajin dan selalu mengulangi bacaan.

Ada juga yang share. "doa di sana mustajab, InsyaAllah..Bumi Anbiya," katanya =)

Antara tempat-tempat yang harus dilawati apabila menjejaki bumi Arab ialah Bukit Sinai (yg ni suggestion dari peserta). Ada peristiwa sejarah yang berlaku di sana. Ingat tak kisah Nabi Musa ketika permohonannya untuk melihat wajah Allah SWT...Haaa, di sini lah tempatnya...

Pendidikan di sana sama seperti di negara kita cuma kurang dari segi infrastruktur. Di Malaysia mungkin lebih baik. Namun, semua ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berada di bumi Mesir.

Saya sempat juga share dengan pelajar perubatan di sana. Mereka kata: hospital di sana sungguh berbeza dengan di Malaysia. Kalau di sana, procedure blood taking selalunya x boleh pakai glove. Ada persepsi yang berbeza dari orang Arab (mereka fikir para doktor x mahu menyentuh mereka kerana mereka jijik). Namun di Malaysia, sebaliknya. Kita mengamalkan sterility supaya kurang risk of infection..Dan inilah kebimbangan sahabat kita di sana. Mereka bimbang apabila pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai HO kelak, masalah nak menyesuaikan diri dengan pesakit-pesakit di sini pasti terjadi. Jadi, pada kita yang graduate dari Malaysia ni, harapnya dapat membantu mereka kelak. Jangan timbul salah faham antara kita dan kita seharusnya faham dengan kondisi mereka [sahabat-sahabat kita yang belajar di luar negara]..(^_^) 

  • Perkongsian pengalaman sendiri berada di Mesir ketika Resolusi Mesir terjadi:
 Perkongsian topik yang ni memang hangat. Masing-masing dengan cerita tersendiri. Ada yang menceritakan saat-saat genting ketika berlakunya demonstrasi rakyat dimana mereka memang terperangkap di tempat masing-masing [ada yang di Kaherah, Kairo, Remsis, Alex dsbginya...X igt sgt nama tempatnya]..Pelajar Malaysia memang mendapat perintah berkurung dan waktu ni keadaan memang kelam kabut. Bekalan elektrik terputus, line telefon pun terputus, internet tiada dan macam-macam lain. Namun, keselamatan mereka tetap terjaga.

Yang paling menyentuh hati dalam perkongsian tersebut ialah tentang kesepaduan yang wujud antara rakyat Mesir kesan dari resolusi ini. Ada yang beritahu; memang setiap hari, pemuda-pemuda Mesir akan bergilir-gilir menjaga disetiap jalanan tanpa mengira malam atau siang, panas atau sejuk.. Wujud kerjasama dan tolak ansur antara rakyat dalam usaha mempertahankan hak mereka. Solat hajat setiap hari dan macam-macam lagi.. Kebanyakkan dari mereka adalah "PEMUDA-PEMUDA" yang berjiwa kental.












Alhamdulillah sesi LDK berakhir di situ, namun kami, para fasi dan juga sebagai pelajar yang belajar di Malaysia berasa amat gembira berkongsi pengalaman yang sungguh berharga bersama mereka (pelajar Malaysia di Mesir)

Rasulullah saw bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam  (pemimpin) yang adil, pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah, orang yang hatinya selalu terikat pada masjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula, seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’, orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya, dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim) 

Allahua'lam

Wassalam

Thursday, February 17, 2011

Ukhuwwah Fillah

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Suatu ketika Rasulullah saw pernah bertanya kepada para sahabatnya:

"Mahukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu." (HR Baihaqi)
Dalam sabdanya yang lain :

"Mahukah kamu aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?" Sahabat menjawab, "Tentu sahaja!" Rasulullah pun kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menghubungkan berbagai kelompok dalam Islam dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan." (HR Bukhari-Muslim)

Dari hadis-hadis di atas dapat kita renungkan bahwa betapa besarnya nilai sebuah jalinan persaudaraan.
Oleh kerana itu, memperkukuh tiang-tiang ‘Ukhuwah Islamiyah’ merupakan salah satu tugas penting bagi kita.

Lalu, bagaimanakah agar ruh ukhuwah tetap kukuh?
Rahsianya ternyata terletak kepada sejauhmana kita mampu bersungguh-sungguh membentuk kesedaran untuk memiliki hati yang :
  1. Suci.
  2. Bersih.
  3. Selamat.

Ini adalah kerana hati yang kotor dipenuhi dengan sifat irihati, dengki, hasad dan buruk sangka hampir pasti akan membuatkan pemiliknya melakukan perbuatan-perbuatan yang tercela yang akhirnya akan merosakkan ukhuwah.


Mengapa?
Ini adalah kerana jika di antara sesama muslim sahaja sudah saling berburuk sangka, saling irihati dan saling mendengki, bagaimana mungkin akan tumbuh nilai-nilai persaudaraan yang indah?

Adakah nikmat persaudaraan dapat kita rasakan dari orang yang tidak memiliki kemuliaan akhlak?
Tentu sahaja tidak!

Kemuliaan akhlak tidak akan pernah berpadu dengan hati yang penuh :
  • Irihati.
  • Dengki.
  • Ujub.
  • Riya’.
  • Takabur.

Di dalam hati yang kusam dan busuk inilah justeru tersimpan benih-benih "tafarruq" (perpecahan) yang akan bercambah dalam aneka bentuk permusuhan dan kebencian terhadap sesama muslim.

Oleh yang demikian, jika ada dua bangsa yang berperang, sekurang-kurangnya salah satu di antara mereka adalah sekumpulan manusia yang :
  • Buruk akhlaknya.
  • Tamak.
  • Dibius oleh gejolak hawa nafsu untuk melemahkan pihak yang lain.

Jika dua suku berseteru, setidak-tidaknya satu di antara mereka adalah manusia yang bermental rendah dan hina kerana (mungkin) merasa sukunya lebih tinggi darjat kemuliaannya.

Jika dua keluarga tidak bertegur sapa, sekurang-kurangnya salah satunya telah diselimuti oleh hawa nafsu sehingga menganggap permusuhan adalah satu-satunya langkah yang boleh menyelesaikan masalah.

Seterusnya, tanyakanlah kepada diri kita masing-masing :
  1. Adakah kita saat ini tengah merasa tidak sedap hati terhadap adik, kakak atau bahkan ayah dan ibu kita sendiri?
  2. Adakah kita saat ini masih menyimpan perasaan kesal kepada teman sepejabat kerana dia lebih diberi perhatian oleh orang atasan?
  3. Adakah kita saat ini masih menyimpan rasa dengki terhadap saudara seiman sesama pekerja dakwah lantaran mungkin keadaan saudaranya lebih baik dari dirinya sendiri?

Jika demikian keadaannya :
  • Bagaimanakah boleh terketuk hati ini ketika mendengar ada seorang muslim yang
  • teraniaya atau ada sekelompok masyarakat muslim yang diperangi?
  • Bagaimana mungkin kita mampu bangkit serentak manakala hak-hak muslim
  • dirampas oleh kaum yang zalim?
  • Bagaimana mungkin kita akan mampu merancang kembali kejayaan umat Islam?

Dari sinilah sayugianya kita memulai langkah untuk merenungkan dan mengulangkaji sejauhmana kita telah memahami makna ‘Ukhuwah Islamiyah’ kerana justeru dari sini pulalah Rasulullah saw memulai amanah kerasulannya.

Betapa Rasulullah saw menyedari bahwa menyempurnakan akhlak pada hakikatnya adalah mengubah sifat dasar manusia. Sifat akan berubah seiring dengan munculnya kesedaran setiap orang akan jati dirinya.
Oleh kerana itu :

“Menumbuhkan kesedaran adalah jihad kerana kesedaran merupakan sebutir mutiara yang hilang tersapu oleh berlapis-lapis tingkat hawa nafsu.”

Apabila kesedaran telah tersemai, jangan kita merasa hairan kalau :
  • Umar bin Al Khatthab yang dulunya seorang yang garang menjadi manusia yang paling pemaaf kepada musuhnya yang telah menyerah di medan perang.
  • Seorang sahabat menempelkan pipinya di tanah dan minta dipijak kepalanya oleh sahabat bekas hamba hitam yang telah dihinanya.
  • Para sahabat yang berhijrah bersama Rasulullah saw ke Madinah, dipertautkan dalam tali persaudaraan yang indah dengan kaum Anshar sementara kaum Muslimin Madinah ini rela berkongsi tanah dan tempat tinggal dengan saudara-saudaranya seiman dan seaqidah tersebut.

Kekuatan ukhuwah memang hanya dapat dibangkitkan dengan kemuliaan akhlak.
Oleh kerana itu, nampaknya kita amat merindukan peribadi-peribadi yang menjelmakan keluhuran akhlak.

PERTAMA : Peribadi-peribadi yang memiliki aneka macam buah fikiran, walau sederhana apa pun, adalah buah fikiran yang kuat yang boleh dicurahkan untuk meringankan atau bahkan memecahkan masalah-masalah yang berlegar pada diri sendiri mahupun orang-orang di sekelilingnya sehingga berdialog dengannya sentiasa membuahkan kelapangan.

KEDUA : Tatapan matanya adalah tatapan yang bijak bestari sehingga sesiapapun akan merasakan kesejukan dan ketenteraman.

KETIGA : Wajahnya adalah cahaya cemerlang yang sedap dipandang lagi memberi kesan kerana menzahirkan kejujuran
‘i'tiqad’.
KEEMPAT : Senyumannya yang tidak pernah lekang menghiasi bibirnya adalah sedekah yang jauh lebih mahal nilainya daripada intan mutiara.

KELIMA : Lisannya sentiasa mengeluarkan untaian kata-kata yang penuh hikmah, menyejukkan, membangkitkan keinsafan dan meringankan beban derita sesiapapun yang mendengarkannya.

KEENAM : Jabatan tangannya yang hangat adalah jabatan tangan yang mempertautkan seerat-eratnya dua hati dan dua jiwa yang tidak akan terlepas kecuali dimulai dan diakhiri dengan ucapan salam. Kedua tangannya sangat mudah dihulurkan kepada sesiapapun yang memerlukannya. Sementara itu, bimbingan kedua tangannya, tidak dapat tidak, sentiasa akan berakhir di majlis-majlis yang diberkati oleh Allah Azza wa Jalla.

Oleh yang demikian, umat Islam perlu berhijrah dari keadaan berpecah belah menuju ‘Ukhuwah Islamiyah’ di samping menepis karat-karat jahiliyah dari hati ini.

Memiliki hati yang bersih dan selamat mesti diutamakan di atas segala-galanya agar kita mampu membuat penilaian diri dengan sebaik-baiknya dan menatap jauh ke depan agar Islam benar-benar dapat dimanifestasikan menjadi "Rahmatan lil `aalamiin" dan umat atau pemeluknya benar-benar menjadi "Sebaik-baik umat" yang dikeluarkan di tengah-tengah manusia.

Ya Allah kuatkanlah iman kami dan hiasilah hati-hati kami dengan sifat-sifat yang mulia yang akan menumbuhkan perasaan ukhuwah sejati terhadap sesama saudara kami. Hindarkanlah hati kami dari perasaan buruk sangka yang akan menjadi benih kepada sifat-sifat buruk yang lain yang akhirnya akan menghancurkan kekuatan ukhuwah sesama saudara muslim.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali
Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"