Bismillahirahmanirrahim.
Di sini, ingin dikongsikan bersama sekitar program My EB. =)
Alhamdulillah, Ahad 20 Feb 2011, telah berlangsung satu program; MY EB yang dijalankan di Cyberjaya University of Medical Science (CUCMS). Program disertai oleh lebih kurang 60-80 orang pelajar Mesir yang telah pulang ke Malaysia rentetan peristiwa resolusi Mesir, 28 Jan 2011. Mereka ini terdiri daripada pelajar jurusan perubatan,syariah,sains kesihatan, qiraat dan sebagainya lagi..
Sedang khusyuk mendengar ucapan perasmian
Para peserta yang terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir
Ucapan perasmian oleh Ustaz Zawawi yang banyak menekankan tentang PEMUDA dalam merubah dunia.
Ceritanya ketika beliau berada di Mesir, era 1967 ketika itu terlalu sukar utk melihat anak-anak muda ke masjid. Namun kini, keadaannya telah berubah. Anak muda kini semakin bangkit mencari kebenaran.
Realiti pemuda di negara kita, bagaimana ya? InsyaAllah, jalannya pasti ada.
“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS Ar Ruum :54)
[peringkat kejadian manusia: Masa kuat itu adalah masa muda. Jadi gunakanlah masa muda ini sebaiknya]
Bak kata akh Dhany, “tak kenal maka ta’aruf”
Sesi taaruf kali ni dilaksanakan dalam satu grup yang besar. Riuh suasana dewan ketika sesi taaruf..Mana x nye..Dapat berjumpa dengan sahabat baru.
Mula-mula, peserta diberikan 4 helai kertas dan diminta utk isi 4 perkara yg penting; tarikh lahir, makanan kegemaran, tempat yang paling ingin di lawati dan hobi. Lalu semua kertas tersebut di lekatkan di belakang masing-masing agar sahabat yang lain boleh baca sekali. Paling seronok bila fasi diminta utk baca satu persatu hobi masing-masing ni. Ada yang hobinya: cuci mata, blogging dan tak kurang juga membaca.
Setelah itu bersambung pula dengan game ‘belon oh belon’. Dalam permainan ni, semua peserta harus mendengar arahan. Apabila disuruh pegang belon antara hidung dengan telinga, maka hanya dua anggota ini yang dibenarkan. Memang kelakar!! penuh dengan kreativiti..
Game: "I trust U, friends!"
Last but not least, sesi yang paling menarik di antara yang menarik adalah sesi perkongsian antara sahabat-sahabat Malaysia yang pulang dari Mesir dengan para fasilitator. Melalui sesi ini, kami diberi peluang untuk mendengar sendiri 'cerita real' dari mereka selain daripada dapat menambahkan kenalan.
Antara yang sempat kami share kan dalam sesi LDK tersebut:
- Bagaimana perasaan berada di Mesir in general dan apakah cabarannya. Bagaimana sistem pendidikan di sana, kemudahan ect..:
Secara amnya, mereka amat gembira berada di Mesir, bumi anbiya'. Kalau di sana, katanya rakyat Mesir amat menyukai rakyat Malaysia. Ada yang beritahu, mama Arab (gelaran utk tuan rumah sewa pelajar di sana) selalu jemput mereka utk makan di rumahnya. Suasana paling best bila menjelangnya Ramadhan. Pada waktu inilah, kelainan amat dirasai oleh mereka jika dibandingkan dengan di Malaysia. Orang Arab sangat meraikan Ramadhan.Mereka kata "Ramadhan di sana sama macam 1 Syawal di Malaysia hatta lebih meriah dari itu". Budaya sedekah sangat-sangat digalakkan sehinggakan dalam 30 hari bulan Ramadhan, mereka tak perlu mengeluarkan duit belanja utk membeli juadah berbuka puasa.
Orang-orang Mesir juga tidak lokek dalam berkongsi ilmu. Ada yang beritahu, kalau di sana, mereka boleh join kelas agama/hafazan/tilawah/syariah dsbgi nya tanpa ada yuran yang dikenakan. Hanya tinggal kemahuan sendiri sahaja.
Sempat juga berkongsi dengan mereka apakah tips-tips menghafaz Al-Quran dengan baik. Antaranya ; menjaga pandangan, menjaga makan pakai, menjaga masa, menjaga amanah, miliki sifat rajin dan selalu mengulangi bacaan.
Ada juga yang share. "doa di sana mustajab, InsyaAllah..Bumi Anbiya," katanya =)
Antara tempat-tempat yang harus dilawati apabila menjejaki bumi Arab ialah Bukit Sinai (yg ni suggestion dari peserta). Ada peristiwa sejarah yang berlaku di sana. Ingat tak kisah Nabi Musa ketika permohonannya untuk melihat wajah Allah SWT...Haaa, di sini lah tempatnya...
Pendidikan di sana sama seperti di negara kita cuma kurang dari segi infrastruktur. Di Malaysia mungkin lebih baik. Namun, semua ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berada di bumi Mesir.
Saya sempat juga share dengan pelajar perubatan di sana. Mereka kata: hospital di sana sungguh berbeza dengan di Malaysia. Kalau di sana, procedure blood taking selalunya x boleh pakai glove. Ada persepsi yang berbeza dari orang Arab (mereka fikir para doktor x mahu menyentuh mereka kerana mereka jijik). Namun di Malaysia, sebaliknya. Kita mengamalkan sterility supaya kurang risk of infection..Dan inilah kebimbangan sahabat kita di sana. Mereka bimbang apabila pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai HO kelak, masalah nak menyesuaikan diri dengan pesakit-pesakit di sini pasti terjadi. Jadi, pada kita yang graduate dari Malaysia ni, harapnya dapat membantu mereka kelak. Jangan timbul salah faham antara kita dan kita seharusnya faham dengan kondisi mereka [sahabat-sahabat kita yang belajar di luar negara]..(^_^)
- Perkongsian pengalaman sendiri berada di Mesir ketika Resolusi Mesir terjadi:
Perkongsian topik yang ni memang hangat. Masing-masing dengan cerita tersendiri. Ada yang menceritakan saat-saat genting ketika berlakunya demonstrasi rakyat dimana mereka memang terperangkap di tempat masing-masing [ada yang di Kaherah, Kairo, Remsis, Alex dsbginya...X igt sgt nama tempatnya]..Pelajar Malaysia memang mendapat perintah berkurung dan waktu ni keadaan memang kelam kabut. Bekalan elektrik terputus, line telefon pun terputus, internet tiada dan macam-macam lain. Namun, keselamatan mereka tetap terjaga.
Yang paling menyentuh hati dalam perkongsian tersebut ialah tentang kesepaduan yang wujud antara rakyat Mesir kesan dari resolusi ini. Ada yang beritahu; memang setiap hari, pemuda-pemuda Mesir akan bergilir-gilir menjaga disetiap jalanan tanpa mengira malam atau siang, panas atau sejuk.. Wujud kerjasama dan tolak ansur antara rakyat dalam usaha mempertahankan hak mereka. Solat hajat setiap hari dan macam-macam lagi.. Kebanyakkan dari mereka adalah "PEMUDA-PEMUDA" yang berjiwa kental.
Alhamdulillah sesi LDK berakhir di situ, namun kami, para fasi dan juga sebagai pelajar yang belajar di Malaysia berasa amat gembira berkongsi pengalaman yang sungguh berharga bersama mereka (pelajar Malaysia di Mesir)
Rasulullah saw bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah, orang yang hatinya selalu terikat pada masjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula, seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’, orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya, dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)
Allahua'lam
No comments:
Post a Comment