Tuesday, February 22, 2011

KISAH SI ANAK KECIL

http://pakarhowto.com/cerpen/kisah-dakwah-si-anak-kecil.html

Setiap hari Jumaat, seusai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya, berusia 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota dan meyebarkan risalah dakwah; "Jalan-jalan Syurga" 



Pada suatu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya hendak keluar seperti biasa melaksanakan tugas mereka, suasana menjadi dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata: "Ayah, saya sudah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata:
"Bersedia utk apa?"

Si anak kecil membalas:
"Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?"

"Anakku, bukankah sejuk keadaannya di luar sana dan hujan agak lebat?"

"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?"

Ayahnya menambah:
"Maaf anakku, ayah tidak bersedia untuk keluar dalam keadaan begini"

Dengan merintih, anaknya merayu:
"Kalau begitu, benarkan saya pergi. Bolehkah ayahku?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
"Pergilah anakku, dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih ayah!" (^-^)
Dengan wajah bersinar-sinar, anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecik itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa yang dijumpainya. Begitu juga, dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah 2 jam, hanya tinggal satu risalah "Jalan-jalan ke syurga" pada tangannya. Dia merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Lantas, dia berpusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu.

Akhirnya, dia sampai di suatu rumah yang agak terperosok di hujung jalan. Lantas, ditekannya loceng rumah itu sekali lagi. Ditunggunya sebentar, namun tiada jawapan

Diketuk pula pintu itu, namun masih tiada di jawapan. 

Dia mencuba sekali lagi dan akhirnya........pintu rumah dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dlm lingkuan usia 50an. Mukanya suram dan sedih. ='(

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

"Makcik, maafkan saya mengganggu. Saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah."

Anak kecil itu senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak. Tuhan akan melindungi kamu", kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya, seperti biasa Imam akan memberikan sedikit tazkirah. Sebelum menutup tazkirahnya, Imam bertanya: "Ada sesiapa yang ingin bertanya atau menyatakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.

"Saya rasa tiada sesiapa pun yg mengenali saya. Saya tidak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, suami saya telah meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini. Pada Jumaat yang lepas, saya telah mengambil keputusan membunuh diri. Jadi, saya sediakan kerusi dan tali untuk tujuan itu. Apabila saatnya tiba, tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Saya tunggu sebentar. Pada tanggapan saya. sesiapa yang menekan loceng tersebut akan pergi jika saya tidak menjawabnya. kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, diikuti pula dengan ketukan pintu. Belum pernah pun ada orang datang  menekan loceng itu setelah sekian lama. Lantas, saya terus ke pintu."

Sambungnya lagi.."Seumur hidup saya, saya belum pernah melihat anak secomel ini. Senyumnya benar-benar ikhlas dan suaranya begitu menyentuh hati. Katanya pada saya; 'Maafkan saya makcik mengganggu.Saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik'. Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar"

"Saya melihatnya menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ke tempat asal. Saya tidak memerlukannya lagi!"

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang hamba kepada Allah yang satu dan saya sangat bahagia." (^_^). "Di belakang risalah ini, ada alamat ke sini dan sebab itulah saya berada di sini sekarang dengan izinNYA"

Semua jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucapkan syukur pada Allah.. Allahuakbar!!

Imam lantas menuju ke arah anaknya dan terus memeluknya dan hatinya menangis kegembiraan. Itulah anugerah yang berharga dalam hidupnya.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa" (QS 25:74)
Allahualam..

No comments:

Post a Comment