Wednesday, February 16, 2011

Perkongsian Daurah 02 Ansar

Slot 1: Ciri-ciri dakwah

“kam minna wa laisa fina, wa kam fina wa laisa minna”
Berapa banyak orang dari kita tapi tidak bersama kita dan berapa banyak yang bersama kita tetapi tidak termasuk dalam golongan kita.
Hassan Al-Banna

Persoalan dilontarkan… maksudnya, berapa banyak orang yang dikalangan kita ni namun hakikatnya mereka tidak sepatutnya berada disini, tidak punya criteria yang sepatutnya sebagai seorang penggerak, tidak mahu, atau niat dia salah. Dan berapa ramai pula, orang yang diluar sana, punya muwosoffat yang baik, lebih layak memikul kerja dakwah, ingin dan mampu melakukannya namun masih belum bersama kita?

Perkara pertama yang perlu diingatkan tujuan utama dakwah adalah usaha menjadi dan membina jiwa-jiwa yang bersifat rabbani. Maka keutamaanya adalah mengajak kerah penyembahan Allah disamping mengalihkan jiwa daripada penyembahan selain Allah. Oleh yang demikian, usrah tahmidi, atau usrah 01 fokusnya adalah kepada pembinaan peribadi muslim. Persoalan seterusnya, bagaimana pula dengan mereka yang menggerakkan dakwah itu sendiri, yang berada pada urah 02, apa pula fokusnya? Sudah pasti, bila dah masuk 02, peribadi muslim itu seharusnya sudah dibentuk. Bukanlah mereka yang sekadar tahu 10 muwosoffat terdiri daripada, sekian sekian, tapi, dirinya sendiri tidak benar-benar menjiwai keperibadian itu. Fokus usrah 02, atau usrah penggerak ini adalah bagi membentuk peribadi yang mendokong fikrah serta faham tentang amal jamie. Jika isu pembentukan keperibadian muslim itu sendiri belum terbentuk, bagaimana jiwa itu mampu menjadi jiwa yang boleh ikhlas mendokong fikrah? Semasa KOSMIK, ana masih lagi ingat (sebab ada salin lah), apakah yang dimaksudkan dengan “adanya fikrah”. Sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya, kiranya pengikutnya:
  • YAKIN dan ini membuatkan dirinya bersungguh untuk berjaya
  • KEIKHLASAN dalam berjuang
  • Semakin BERSEMANGAT dalam merealisasikannya
  • Ada persiapan untuk BERAMAL & BERKORBAN dalam mewujudkannya

Hassan Al-Banna juga mengatakan bahawa ciri PEMUDA yang NORMAL, adalah mereka yang punya 4 perkara yakni, iman, keyakinan, semangat dan beramal.

Ciri-ciri dakwah

  1. Pertama dan yang utamanya, usrah perlulah bersifat rabbaniyyah. Dimana focus didikan adalah penyembahan pada Allah. Sesuatu usrah itu bukanlah usrah yang sihat kiranya tidak mendekatkan lagi ahlinya kepada Allah, dan boleh dikira salah kiranya mendekatkan ahlinya kepada selain dari Allah.
  2. Yang keduanya, islamiyyah qabla jam’iyah, atau bersifat Islamiyyah sebelum menekankan tentang jemaah.
  3. Yang ketiga, syamilah ghoiru juz’iyah, bersifat menyeluruh bukanlah menekankan sebahagian sahaja.

Unfortuntately masa tidak mengizinkan, maka sampai disitu sahaja slot 1.

Slot 2: Sifat Tawadhu’

Dari segi bahasa, kata tawadhu' berasal dari kata kerja lampau (fi'il madhi) wadho'a artinya menaruh atau meletakkan sesuatu. Kata tawadhu' dari segi istilahnya ialah rendah hati lawan dari takabur, memperlihatkan kerendahan dan kehinaan samaada dengan Allah mahupun dengan manusia lain.

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; 
(Al-Furqaan 25:63)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. 
(Asy-Syu'araa' 26:215)

Mengapa perlu ada sifat tawadhu’?

Kita tidak boleh sama sekali merasakan bahwa kita adalah orang yang “sudah cukup bagus”. Firman Allah

…. maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. 
(An-Najm 53:32)

Sifat tawadhu’ akan lahir dari jiwa yang punya pengetahuan tentang Allah. Mereka yang benar-benar “kenal” Allah, pasti sentiasa merasa diri mereka hina, pada Allah hinggakan mereka dapat merendahkan keinginan dan syahwat mereka. Mereka juga akan sentiasa merasa kebergantungan kepada Allah dan sentiasa yakin bahawa Allah adalah pemberi rezeki yang utama.

Terdapat 3 tingkatan tawadhu’
  • Tawadhu’ terhadap agama, yakni tidak menentang agama menggunakan akal, tidak mencari jalan untuk berbeza dari hukum agama, dan sentiasa husnuzon terhadap undang-undang Allah
  • Redha dengan kebenaran
  • Tunduk pada kebenaran dan melepaskan diri dari kepentingan peribadi

2 sifat tawadhu yang terpuji adalah tawadhu’ hambanya kepada Allah dan tawadhu’ hambanya kepada keagungan Tuhan dan tunduk pada kebesaranNya. Rasulullah banyak mencontohkan sikap tawadhu ini :
  • Beliau makan bersama dengan para pelayan, duduk bersama orang-orang miskin, berjalan dengan para janda dan anak-yatim, memenuhi keperluan mereka dan selalu mengucapkan salam terlebih dahulu kepada mereka.
  • Jika berada dirumah, maka beliau mengerjakan tugas-tugas keluarganya.
  • Beliau biasa menjahit sendiri sandalnya, menambal pakaian, memerah susu untuk keluarganya, memberi makan onta.
  • Berakhlak lembut, wajah selalu berseri , dermawan tapi tidak boros. Dst.

Masalah-masalah dalam sifat tawadhu’
  • Menganggap diri memiliki hak diatas Allah kerana sikap tawadhu’nya
  • Merasakan diri mereka sudah layak untuk syurga walhal, manusia itu tidak mungkin akan berolah syurga jika bukan kerana rahmat dan keampunanNya.
  • Melihat dirinya lebih mulia atau lebih tinggi dari orang lain. Orang yang tawadhu’ akan sentiasa merasakan terdapat kekurangan pada dirinya dan sentiasa merasakan orang lain lebih baik darinya. Secara tidak langsung, mereka akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri dan mereka tidak merasakan yang mereka sudah “cukup bagus”.
  • Merasakan dirinya sudah tawadhu’. Walaupun agark sukar untuk dibayangkan hakikatnya jika seseorang itu benar-benar tawadhu’ mereka akan terus menerus merasakan merasa rendah hati. Tiada penghujung bagi rasa tawadhu’ mereka akan terus mencari kekurangan dirinya dan memperbaiki diri.

Lawan kepada sifat tawadhu’ adalah takabbur, ria dan ujub. Sifat-sifat ini adalah DOSA BESAR.

"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Takabbur adalah lawan kepada sifat tawadhu’. Takabbur, dan adik beradiknya, ria’, ujub dan yang sewaktu dengannya merupakan sifat yang dibenci oleh Allah dan merupakan DOSA BESAR. Takabbur terbahagi kepada 3
  1. Takabbur kepada Allah
  2. Takabbur kepada Rasul
  3. Takabbur kepada hamba-hamba Allah

Apakah tahap-tahap takabbur?
  1. Sifat takabbur ada dalam dirinya namun dia cuba untuk tidak menzahirkannya atau cuba juga untuk tawadhu’. Perumpamaanya, takabbur itu ibarat pokok berada dalam hatinya dan dia hanya mampu mencantas ranting-ranting dan dahan-dahannya sahaja tapi dalam hatinya masih ada rasa takabbur (tahapan yang rendah)
  2. Takabbur yang terlihat dari perbuatannya yang sering menunjuk-nunjuk
  3. Takabbur yang jelas pada lisannya
Ini setakat yang ana mampu dan pastinya ilmu itu terlalu luas hinggakan internet pun tak mungkin mampu menampungnya…

Slot 3 merupakan slot Ustaz Othman Alias tentang fiqh haji & umrah. Soal fiqh ni, ana fikir, kita serahkan pada yang pakar sahaja. 

Ana juga berpeluang untuk ketemu dengan kumpulan Izzatul Islam, atau lebih mesra dengan panggilan IZIS. Banyak perkongsian mereka tentang cara berdakwah melalui muzik, media dan perbezaan wasilah dakwah antara Malaysia dan Indonesia dari segi muzik. Satu pesanan oleh salah seorang dari ahli kumpulan, “ pintu untuk menuju pada ‘rumah islam’ itu ada banyak. Manusia boleh masuk dari mana-mana pintu untuk mengenali islam dan menerima hidayah. Tugas kita sebagai daie adalah memastikan kesemua pintu itu kita bukakan, agar mereka bisa masuk kedalah Islam”  lebih kurang begitulah. Daurah Ansar 02 diakhiri oleh persembahan spontan tanpa music, namun tetap hebat, oleh kumpulan IZIS. Lagu yang disampaikan adalah Jejak dan juga Doa Rabithah.

Jejak

Menapaki langkah langkah berduri
Menyusuri rawa lembah dan hutan
Berjalan di antara tebing curam
Semua dilalui demi perjuangan

Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuki badan
Namun jiwa harus terus bertahan
Kerna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentara Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

Wahai tentara Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar SYUHADA
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah


Doa Rabitah

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami...

No comments:

Post a Comment