Sunday, January 30, 2011

part 2: Bainal Ams Wal Yaum

Part III: Bedah Buku '1001 Cara Berdakwah'



Antara metode-metode berdakwah yang dibincangkan adalah


1) berdakwah dikalangan ahli lembaga
  • mengetahui sasaran mad'u
  • membuat follow-up mengenai mad'u
  • membuat aset, contohnya setiap kali program mendokumenkan supaya mudah digunakan untuk masa akan datang
  • memberi penghargaan kepada aktivis yang terlibat
  • mempunyai amal jamai'
  • merancang program bersama2
  • memanfaatkan media massa
  • sensitif dengan keadaan semasa
  • berdisiplin dan menepati janji supaya mendapat siqah daripada ahli dan orang lain
  • memberi perhatian kepada golongan OKU
  • melaksanakan daurah untuk melatih para daie'
2) berdakwah di kalangan wanita 

      *dikalangan masyarakat
  • membuat program khusus untuk wanita
  •  berperanan untuk berdakwah kepada para wanita
  • menggunakan hobi sebagai cara bardakwah fardiyyah
  • membuat kelas2 khas untuk wanita
  • mengumpulkan aset2(mendokumentasi selepas program) untuk digunakan pada masa hadapan
     *sebagai ibu
  • mengajar anak-anak beribadah seperti solat, berpuasa
  • memberi hadiah bermanfaat seperti tudung, buku-supaya dapat develop rasa muslim/muslimah dalam diri anak-anak
     *sebagai isteri
  • meletakkan kaset/CD dalam kenderaan
  • masak masakan yang sedap untuk suami dan anak-anak
  • bertanyakan perihal agama kepada suami supaya suami rasa dihargai kerana isteri mahu belajar dengannya tentang agama
3) berdakwah di masjid/surau

    *menyebar fikrah
  • menyampaikan ceramah/tazkirah
  • menyampaikan tarbiyah menggunakan internet (FB, blog)
  • menyediakan perpustakaan dalam masjid/surau
  • mengadakan aktiviti2 kemasyarakatan seperti gotong-royong
  • menziarahi masyarakat
    *pelayanan
  • memberi makan/hadiah-contohnya mengadakan iftar jamaei
  • menyediakan kemudahan
    *pengurusan
  • bersedia untuk memyampaikan khutbah
4) berdakwah di rumah
  • memanfaatkan dan memantau penggunaan internet di rumah
  • merancang rehlah
  • meletakkan kaset/CD ceramah dan juga buku2 agama 
  • mengajak ahli keluarga ke majlis2 ilmu
  • mengadakan program ilmu di rumah contohnya daurah atau usrah
  • mengadakan temasya keluarga (hari keluarga)
  • menginfakkan wang atau barang2 di masjid atau kepada jiran tetangga
  • menyediakan tabung amal palestin di rumah
5) berdakwah di sekolah
  • melaksanakan program keagamaan contohnya menjemput penceramah luar
  • membuat risalah atau poster untuk diedarkan kepada pelajar
  • meluangkan masa membuka booth 'palestin'-memberi kesedaran
  • membuat program komuniti servis di sekolah
  • membincangkan tentang akhbar islami dengan para pelajar
  • membina hubungan baik dengan guru2
  • mengumpulkan semua alumni sekolah untuk membuat program tarbiyah di sekolah
6) berdakwah di kalangan pelajar
  • mencari pemimpin yang boleh memimpin jemaah
  • mengadakan aktiviti keagamaan
  • setiap pemimpin mestilah menjadi pelajar terbaik, berwaspada dengan pengaruh negatif dan bersedia menerima amanah
  • menceburkan diri dalam aktiviti surau atau badan2 banteras jenayah
  • menjaga hubungan baik dengan keluarga, guru-guru, pensyarah
  • melakukan dakwah fardiyah kepada kawan-kawan di kolej, sahabat2 usrah atau adik2 junior
7) berdakwah menggunakan internet
  •  membuat conference melalui internet 
  • memanfaatkan blog supaya menjadi salah satu wasilah tarbiyah
  • memperbanyakkan post atau entry khusus tentang dakwah
  • sentiasa menyebarkan dakwah tidak kira di status facebook, twitter, atau blog
  • mewujudkan suasana sentiasa mengingati Allah
  • mengirimkan surat bantahan terhadap site2 yang menyeleweng atau maksiat
  • mempelbagai bahasa semasa proses penyampaian dakwah
  • memanfaatkan internet supaya tidak lagha sampai melengahkan solat
-SEKIAN-

Jazakillah..

p/s: yang baik tu datangnya daripada Allah, yang buruk tu datangnya daripada kelemahan diri sendiri. Silalah beri teguran sekiranya terdapat salah dan silap...


 

No comments:

Post a Comment