Saturday, January 29, 2011

Bainal Ams Wal Yaum

Daurah: Di antara Masa Lepas & Hari Ini
Venue: ADR LR5, UIA
Tarikh: 29 Januari 2011-01-29

"SHARING is CARING"

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT yang Maha Penyayang utk membuat sedikit perkongsian dari daurah yg dihadiri. Semoga bermanfaat buat ikhwah, akhawat, sahabat dan teman sekalian:-

PART I: Mari bertaddabur

SIFAT I’BADURRAHMAN
Hamba Allah Yang Penyayang
(surah Al-Furqan , 25: 63-75)

Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


63: Adapun hamba-hamba Tuhan yg Maha Pengasih itu adalah org2 yg berjalan di bumi dgn rendah hati dan apabila org2 bodoh menyapa mereka (dgn kata-kata yg menghina), mereka mengucapkan salam
[Sifat 1: bersifat tawadhuk, memberi manfaat kepada org lain dan membalas keburukan dengan kebaikan]

64-66: dan org2 yg menghabiskan waktu malam utk beribadah kepada Tuhan mereka dgn bersujud dan berdiri. Dan org2 yg berkata, “Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab dari kami kerana sessgguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yg kekal”.Sungguh Jahanam itu seburuk-buruk  tempat menetap  dan tempat kediaman
[sifat 2: Rajin beribadah dan berqiamulail serta takutkan azab api neraka]

67: Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan yg Maha Pengasih), org2 yg apabila menginfakkan harta, mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir di antara keduanya secara wajar
[sifat 3: qanaah (bersederhana) dalam menginfakkan harta (hatta dlm semua perkara, bersederhana itu adalah lebih baik)]

68-69: dan org2 yg tdk mempersekutukan Allah dgn sembahan lain dan tidak membunuh org yg diharamkan Allah kecuali dgn alasan yg benar, dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat hukuman yg berat. Yakni akan dilipatgandakan azab untuknya pd hari Kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina.
[sifat 4: tidak melakukan dosa-dosa besar; antaranya mensyirikkan Allah, membunuh, berzina]

70-71: Kecuali org2 yg bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya  dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
 [sifat 5: cepat tersedar dari kesilapan dan segera bertaubat serta diikuti dengan amal kebajikan] 


72: Dan org2 yg tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dgn org2 yg mengerjakan pebuatan-perbuatan yg tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan diri.
[sifat 6: tidak memberi kesaksian palsu (berdusta) kerana ia membantu kezaliman bermaharajalela serta menghilangkan hak-hak org lain, pandai menjaga kehormatan diri]

73: Dan org2 yg apabila diberi peringatan dgn ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai org2 yg tuli dan buta
[sifat 7: berlapang dada menerima nasihat serta sentiasa memperbaiki amal-amal mereka]

74: Dan org2 yg berkata;  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami) dan jadikan kami pemimpin bg org2 bertaqwa”
[sifat 8: sentiasa memikirkan kebaikan utk masa hadapan, mendoakan org lain serta berlumba-lumba utk menjadi hamba yg paling bertaqwa (kebaikan yg boleh diteladani)]

75: Mereka itu akan diberi balasan dgn tempat yg tinggi (syurga) ats kesabaran mereka dan di sana mereka akan di sambut dengan penghormatan dan salam
[sifat 9: bersabar]

PART II: Akhbar Islami
Isu Kebangkitan Anak MudaTunisia: 



"Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.
Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.
Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-"

'Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan  saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya. Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan.'

Sumber: 
http://firdausrosli.wordpress.com/2011/01/19/kebangkitan-anak-muda-tunisia-bilakah-giliran-kita/
  

Utk maklumat lanjut, jom sama-sama layari:
http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2011/01/kenyataan-im-mengenai-kebangkitan-di.html
www.eramuslim.com


PART III: BEDAH BUKU '1001 METHOD DAKWAH'
-to be continued-


"Sesiapa yang memiliki, ia harus memberi"

Yang baik itu  datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan diri sendiri

--SEKIAN--



 

No comments:

Post a Comment