Friday, January 14, 2011

Perkongsian MK02 :Think Fresh, Nyalakan Nyalimu

Disampaikan oleh Makcik Zah

Mengapa sukar untuk kita berubah, dan mengapa kita masih terperangkap dalam diri kita yang lama…?

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Dimanakah sifat malu kita kepada segala keburukan yang ada pada diri kita? Mengapa kita tidak mahu berubah? Sungguh, perubahan itu adalah sunnah, satu ketetapan bagi setiap manusia. Tiada yang hidup di bumi ini yang tida berubah, bumi berputar, alam bergerak, manusia dan haiwan juga sentiasa berubah. Pada setiap saat yang telah kita lepaskan dibelakang tak mungkin dapat kita kembalikan sampai lah hari kiamat dimana masa yang telah kita gunakan itu akan muncul kembali dalam bentuk amalan atau dosa, maka bila lagi kita ingin berubah?

picture by with-accusing-eyes of DeviantArt



Bagaimana ingin berubah sekiranya kita tidak punya semangat dan sentiasa optimistic dengan perubahan?

Sebelum memulakan perubahan, kita mesti menginginkan suasana yang ideal untuk berubah. Oleh itu, kita perlu mengenalpasti perkara berikut:
  • Adakah ini waktu yang paling sesuai untuk berubah?
  • Apakah factor yang dapat membantu perubahan kita?
  • Apakah motivasi utama bagi kita untuk berubah?
  • Apakah penghalang yang mungkin perlu diatasi dalam proses perubahan ini?

Jawapan untuk persoalan ini perlulah kita jawab dengan yakin, agar kita tahu apakah kekuatan yang ada untuk kita terus istiqamah dengan perubahan kita. Dalam soal mancari waktu yang sesuai, kita perlu juga mengambil kira bahawa perubahan itu perlulah dilakukan dengan secepat mungkin, kerana kita sendiri tidak pasti bila kita akan dijemput oleh malaikat izrail, maka dimana waktu yang sesuai untuk berubah itu adalah sekarang, itulah yang sepatutnya.


Mengapa perubahan itu perlu?

Perubahan yang dibincangkan disini, jelas sekali merujuk pada perubahan kearah kebaikan, dengan lebih spesifik lagi, bagi seorang daie, perubahan pada diri seorang daie itu perlu bagi mengelakkan kehancuran akan datang jika kemaksiatan berleluasa dan pentingnya untuk menjalankan kebaikan. Hidup seorang daie itu perlu sering berubah, dalam konteks memperbaiki segala kepincangan yang ada pada dirinya supaya mereka dapat memperbaiki kepincangan yang ada disekelilingnya. Bayangkan jika seorang daie itu sendiri tidak mahu berubah, mungkinkah nasib umat kan berubah??

…. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri….
(Ar-Ra'd 13:11)

Memulai Perubahan

Kita rasa cukup yakin bahawa kita ingin berubah. Maka apakah langkah pertama dalam memulakan satu perubahan?

Mari kita mengambil iktibar dari situasi dua golongan yang berada di atas kapal, dimana golongan atasan yang berada diatas kapal mudah untuk mendapat sumber air, manakala golongan bawahan yang duduk dbahagian bawah kapal mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber air. Susah bukan golongan dibawah ini yang perlu bersusah untuk naik ke atas dan turun kembali dengan membawa bekalan air? Maka mereka sepakat untuk menebuk lubang pada bahagian bawah kapal itu supaya mereka mendapat bekalan air dari laut. Oleh kerana tindakan yang kurang bijak itu, maka seluruh kapal itu tenggelam.

picture by Il-Lupo-Grigio

Apabila kita fikir balik, kita mungkin ingin menyalahkan mereka yang pemalas dibawah itu, air itu untuk kamu, maka naiklah sendiri untuk mendapatkannya. Bolehkah, mereka yang diatas teriak, “meh la naik atas amek air…”. Golongan dibawah pula merasakan perkara itu amatlah berat, dan pada pandangan mereka ada cara yang lebih mudah bagi mereka mendapatkan bekalan air, iaitu dengan menebuk kapal tersebut. Bukankah, golongan atas dan bawah sama-sama duduk diatas kapal? Maka mereka bertanggungjawab atas satu sama lain. Dalam keadaan ini, bukankah sebenarnya, mereka yang berada di bahagian atas membawa bekalan air turun itu lebih mudah? Mereka yang diatas mendapat nikmat selamat untuk terus belayar, dan mereka dibawah mendapat bekalah air disamping mereka juga selamat pelayarannya.

Itulah hakikat hidup(pelayaran) kita sebagai daie(golongan atasan) di muka bumi ini (kapal). Apa yang perlu kita lakukan demi membawa perubahan pada umat dan pada diri kita sendiri adalah PENGORBANAN. Turun naik kapal dengan membawa bekalah air itu satu pengorbanan buat mereka bukan? begitu juga kita. Jika kita ingin merubah sesuatu maka kita perlu BERKORBAN.

Dalam memulakan perubahan, kita perlu sentiasa optimis. Sikap optimis itu adalah sifat yang harus ada pada jiwa setiap muslim. Sikap optimis itu sendiri akan membawa kepada perubahan. Kita mengambil contoh dari kisah Nabi Musa ketika menentang Firaun

Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu, atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi".
(Ghaafir 40:26)

Dalam ayat ini, jelas sekali, Firaun merancang untuk membunuh Nabi Musa kerana Nabi Musa dilihat akan membuatkan satu perubahan yang besar di muka bumi. Ini adalah satu situasi yang BERISIKO tinggi. Tetapi apakah yang dilakukan oleh Nabi Musa ketika itu? Adakah beliau melarikan diri? Firaun itu punya kuasa ‘duniawi’ yang besar dan dia juga digeruni. Tapi apakah yang dikatakan oleh Musa:

"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
(Ghaafir 40:44)

MasyaAllah, pernahkan kita terfikir betapa perlunya KEBERANIAN disini dalam melakukan perubahan? Keberanian untuk bersuara walaupun kita sedar bahawa apa yang dilakukan itu mungkin mendatangkan bahaya. Namun hakikat ini tidak menggusarkan beliau, kerana apa? kerana PENYERAHAN TOTAL PADA ALLAH.

(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,
(Ghaafir 40:45)

Dalam setiap perubahan ada RISIKO, mungkin besar, mungkin juga kecil. Dengan adanya KEBERANIAN DAN PENYERAHAN DIRI TOTAL KEPADA ALLAH, hasilnya adalah sebuah PENGORBANAN, yang mampu membawa kepada PERUBAHAN.

Selain kisah Musa, kita juga dapat mengambil pejaran dari kisah-kisah lain didalam Al-Quran

  • Keberanian untuk mengubah sesuatu keadaan.

Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '
(Yaa Siin 36:14)

Disini diceritakan kisah dimana ketika itu, kedua-dua utusan Allah didustakan, dan Allah mendatangkan kepada kaum tersebut utusan yang ketiga bagi menguatkan lagi utusannya. Sang pembawa utusan ini perlu berdepan dengan satu kaum yang tidak ingin sama sekali menerima perubahan, kaum yang “hostile” terhadap utusan ini. Ini adalah satu RISIKO yang besar! Tapi adakah beliau hanya mendiamkan diri? TIDAK, beliau menyahut seruan untuk melakukan perubahan dan mengambil RISIKO tersebut. Akhirnya, apakah yang terjadi pada utusan ketiga itu? Beliau akhirnya dibunuh… Syahid menjadi pengganti kepada pengorbanan beliau...

  • Berfikiran kreatif untuk mengubah sesuatu keadaan. Kisah burung Hud yang mengambil risiko disembelih oleh Nabi Sulaiman bagi menyampaikan berita tentang kerajaan Puteri Balqis

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)". Burung Hud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar. 
(27:21-23)

Disini boleh juga kita simpulkan, untuk melakukan perubahan kita perlu “think outside the box” dan berfikiran kreatif. Burung Hud melakukan sesuatu yang lain daripada burung2 lain (mengintip kerajaan lain) bagi memastikan Islam dapat berkembang keseluruh tempat yang masih lagi belum dikuasai, sedangkan ketika itu juga beliau perlu mengambil kira risiko disembelih oleh Nabi Sulaiman kerana lambat hadir. Sekali lagi, adakah RISIKO mematahkan semangat burung Hud??TIDAK!

  • Kepimpinan untuk mengubah suatu keadaan.

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
(An-Naml 27:18)

Dari ayat ini,kita dapat mengetahui bahwa terdapat seekor semut yang berani mengambil inisiatif untuk bersuara bagi mengubah nasib semut2 lain supaya tidak dipijak oleh nabi Sulaiman. Disini juga kita dapat mengambil iktibar bahawa sifat kepimpinan itu juga penting dalam melakukan perubahan. Kita sebagai daie perlu punya sifat-sifat kepimpinan dan keberanian untuk bersuara. Dalam jiwa kita perlu ada rasa keinginan untuk menjadi pelindung ummat dari kemungkaran, dan disitulah lahirnya keberanian kita.

Dalam kerja dakwah, kita perlu sentiasa berstrategi maka dalam melakukan perubahan, kita perlu meneliti apakah factor2 yang akan menentukan kadar perubahan tersebut.
  • Apakah isu yang timbul berkenaan dengan perubahan itu?
  • Apakah perubahan yang perlu dilakukan?
  • Apakah pendorong kepada perubahan?
  • Dimanakah peluang untuk melakukan perubahan?
  • Apakah perkara yang perlu diatasi?
  • Apakah risiko melakukan perubahan tersebut?
  • Jika gagal, apakah tindakan yang perlu dilakukan?
  • Jika berjaya, apakah langkah seterusnya?
 Mari kita sama-sama berubah, dan melakukan perubahan. Akan ada risiko dan perlu ada pengorbanan. Mari kita pupuk keberanian dan berserahlah pada Allah. Masanya untuk berubah adalah sekarang, walau dengan hati yang ringan atau berat, sebagai seorang daie, kita adalah orang yang pertama sekali perlu memulakan perubahan bagi menuju kepada matlamat dan cita-cita kita untuk memartabatkan agama Islam...

picture by Papa-figo of DeviantArt



"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(At-Taubah 9:41)
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment