Sunday, January 16, 2011

Perkongsian MK02:FULL OF HOPE 2

Given by: Dr. Mira (UIA)

PART II

Kali ni, peserta dilontarkan dengan soalan ke2 pula..Semuanya kembali ceria, menanti dengan penuh sabar. Apakah soalan yg bakal meransang sel-sel neuron utk terus berkembang .

“What is ‘AN IDEAL ME’


Kali ni cara penyampaian berbeza. Peserta disuruh membentuk satu kumpulan yg terdiri dari 10 orang akhawat. Setiap seorang diberikannya 2 keping kertas.

An ideal me........(sila sambungkan)..................
Dengan khusyuknya, semua mula menulis..Ada yang hanya menulis satu jawapan sahaja. Ada yang hanya 2,3,4..tak kurang juga yang lebih dari 10..Banyaknya..

5 minit berlalu.Kemudian peserta menerima arahan utk menulis nama di atas satu kertas kosong yg baru.

An ideal you.......(sila sambungkan).....’

Kertas tu harus dipasskan kepada sahabatnya yg lain dalam kumpulan masing-masing. Kali ini, peserta diminta utk menulis ‘apakah pandangan mereka terhadap ciri-ciri an ideal you yang ada pada sahabatnya itu tadi. Suasana riuh seketika taktala masing-masing cuba mengamati wajah sahabatnya. Ada juga yg bertanya: ‘si polan binti si polan ni siapa ya?’

Seusai itu, kertas tersebut diminta utk dikembalikan kpd tuannya. Setiap baris ayat yg ditulis oleh sahabat itu td diamati satu persatu lalu dicomparekan dengan apa yang ditulis oleh diri sendiri. Ternyata berbeza sama sekali!!. Hanya ada 2 org shj mengangkat tangan bila di tanya,

“Kertas siapakah yg tiada perbedaan antara AN IDEAL ME and AN IDEAL YOU

 **
Sahabatku,

Pointnya di sini, Allah SWT itu sungguh Maha Bijaksana  menciptakan manusia ini berbilang bangsa, budaya dan warna kulit. Setiap orang berbeza dengan sifatnya dari orang lain.

“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu, dan warna kulitmu. Sungguh, pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi org yg mengetahui” Ar-Rum;30:22

Jadi pengajarannya di sini; hanya kita yang mampu mengenali diri sendiri. Untuk merubah diri, kita perlu mengenali diri sendiri.

Ibrah yang pertama: kita perlu merubah jiwa kita dan diri kita dari dalam dengan bersungguh2 sehingga sifat dalaman kita itu terpancar keluar dan dpt dikenalpasti oleh rakan yg tak penah kenal kita. Contohnya: Kita berusaha membina diri kita dengan seorang yg sentiasa tersenyum (tp yg ni, appropriate smile la ye..senyum bertempat)..InsyaAllah, rakan-rakan yang lain pasti berfikir bahawa kita seorang yang senang didampingi dan diajak berkawan. Dan itulah kekuatan dalaman yg kita bina hingga terpancar ke luaran dan mampu membuat org disekeliling menyedari diri kira dan sifat kita...Berusahalah membawa akhlak yang mulia agar Islam itu akan sentiasa dipandang indah. Jangan cemarkan Islam dek kerana akhlak kurang baik yang kita  tonjolkan..BE AN IDEAL MUSLIM.



Ibrah yang kedua: By knowing yourself, you can elicit your own potential.So, gunakan segala potential yang ada and contribute the best for ummah.

“Wahai orang –orang yg beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan” 59: 18

Ibrah yang ketiga: bersyukurlah dengan menjadi diri sendiri yang elok pada pandangan kita dan elok juga pada pandangan orang lain..and of course lebih-lebih elok pada pandangan Allah. [ elok=akhlak yang mulia]. 

Seorang daei seharusnya berusaha membawa satu identiti yang dapat membuatkan orang lain tertarik pada sikapnya. Tunjuklah contoh teladan yang baik agar secara tidak langsung,kita dapat mengajak yang lain juga utk cintakan kebaikan.

Perbaiki diri dan serulah orang lain.

--SEKIAN---
 

No comments:

Post a Comment