Sunday, June 17, 2012

Perkongsian Program Santuni Mereka


Syukur Alhamdulillah! Dengan rahmat ALLAH, Pada Jumaat 8 Jun 2012, ikhwah dan akhawat Karisma-PPUKM (K-PPUKM) dengan kerjasama Hidayah Centre (HC) Pusat telah berjaya melaksanakan misi menyantuni saudara baru menerusi program ‘Santuni Mereka’. Program Santuni Mereka merupakan program yang pertama kali dianjurkan oleh K-PPUKM dengan kerjasama HC. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyantuni saudara baru serta membantu dalam menyelesaikan masaalah mereka. Dalam program yang kali pertama diadakan ini, Mak cik Hidayah Suriati, seorang ibu kepada 5 orang anak yang masih bersekolah rendah telah dipilih untuk disantuni oleh ikhwah dan akhawat K-PPUKM!. 

Latar Belakang Makcik Hidayah

Mak Cik Hidayah Suriati berumur 47 tahun,telah memeluk Islam pada tahun 2002 atas faktor perkahwinan. Pada asalnya, beliau tidak mahu menukar agama dan berkahwin dengan seorang lelaki melayu(warganegara Malaysia)  di Indonesia dibawah undang-undang mahkamah sivil (Mahakamah yang membenarkan perkahwinan campur diantara agama Islam dan agama lain). Setelah berkahwin, beliau diminta oleh suaminya untuk menetap di Malaysia. Oleh kerana penguatkuasaan mahkamah syariah di Malaysia tidak membenarkan perkahwinan campur antara agama Islam dan agama lain, beliau terpaksa memeluk Islam untuk mengekalkan perkahwinan. Setelah beberapa tahun berkahwin, suami Makcik Hidayah berkahwin lain dan meninggalkan Makcik Hidayah bersama 3 orang anak (kini 5 orang) terkontang-kanting tanpa memberi nafkah. Oleh kerana bebanan tanggungjawab serta tekanan daripada situasi yang dihadapi oleh Makcik Hidayah, beliau tidak dapat mengawal perasaan sehingga pernah cuba membunuh diri. Pada tahun 2006, beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur dibawah wad Psakaitri. Pada ketika itu, hidayah Allah menyapa Makcik Hidayah. Beliau mula mendalami Islam dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah. (Benarlah Hidayah itu milik Allah!). Kini beliau sedaya-upaya membesarkan 5 orang anak yang semuanya masih di sekolah rendah dan yang bongsu di tadika. Anak-anaknya, Faizal, Kamariah, Ridzuan, Aina dan Aiman merupakan pelajar cemerlang di kelas masing-masing. Bagi memastikan keluarganya dapat meneruskan kehidupan, beliau terpaksa berhutang keliling pinggang. Notis amaran untuk mengosongkan rumah telah beberapa kali diterima oleh Makcik Hidayah kerana gagal membayar sewa rumah lebih setahun.

Sekitar Aktiviti Sebelum lawatan
Syukur pada Allah yang memudahkan segala urusan, ikhwah dan akhawat K-PPUKM telah berjaya membuat kutipan derma untuk keluarga Makcik Hidayah. Promosi di laman sesawang seperti facebook, derma kilat disurau serta masjid dan juga sumbangan daripada para pensyarah PPUKM juga individu  telah berjaya mengumpulkan kutipan berjumlah RM4200 yang telah diserahkan kepada keluarga makcik Hidayah. Syukur pada Allah, keperihatinan segolongan daripada ummat ini pada kesusahan saudara  seaqidah mereka bukan hanya pada lisan tetapi telah diterjemahkan dengan amal!

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ         

‘iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan” (Ali-Imran : 134)

Sekitar Perjalanan Program Santuni Mereka

Program bermula pada pukul 6.30 petang. Selain ikhwah dan akhawat PPUKM, turut serta wakil daripada HC Pusat, Cik Nor Asma Alya dan juga penampilan istimewa Ukht Raja Azliza memeriahkan lagi program. Setibanya dirumah makcik Hidayah. Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Amir K-PPUKM. Kemudian, disusuli dengan pengisian berasaskan pengalaman oleh Makcik Hidayah yang benar-benar menggetarkan jiwa dan meruntun hati! ‘The Quest for Hidayah’ yang ditempuh oleh Makcik Hidayah adalah sangat berliku. Pelbagai ibrah yang kami perolehi daripada pengisian Makcik Hidayah. Diantaranya ialah:  

(1)Sentiasa bersangaka baik pada Allah,

Sabda Rasulullah saw;

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : قال الله عز و جل أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا

Maksudnya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik

(2) Tidak berputus asa dengan rahmat Allah,

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

 (3) Wajib berusaha bersungguh-sungguh bagi memperolehi hidayah Allah.
Sungguh terasa izzah(mulia)nya Makcik Hidayah dengan Islam yang dianutinya. Benarlah firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat ke 5,

“Mereka itulah yang tetap mendapat pertunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

Kami melihat situasi ini sangat berbeza dengan masyarakat Muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam. Kebanyakan daripada kita yang ‘borned Muslim’ tidak menghargai agama yang kita perolehi daripada keluarga kita. Jom kita analogikan situasi ini dengan kereta buatan Malaysia dan kereta buatan Jerman. Kebanyakan kereta buatan Malaysia adalah ‘ready-made’(siap pasang) menyebabkan performance kurang bagus, dan masyarakat tidak terpegun dengan melihat kereta Malaysia dijalan-jalan raya dan merasakan ianya kereta yang biasa kerana ianya ‘Murah’. Ini berbeza dengan kereta buatan Jerman yang kebanyakannnya ‘Hand-made’ dibuat dengan penuh usaha dan penghayatan(passion) oleh si engineer dan ini menyebabkan harganya sangat ‘Mahal’. Ini mendatangkan perasaan ‘izzah’nya menaiki kereta sedemikian. Jadi Islam yang kita anuti Hand-made atau Ready-made? 
  
Seterusnya, program diteruskan dengan sesi makan-makan bersama keluarga Makcik Hidayah setelah selesai solat fardhu Maghrib. Akhawat makan dirumah Makcik Hidayah dan Ikhwah membawa anak-anak lelaki Makcik Hidayah makan di kedai makan berhampiran. Selesai makan, kami menyerahkan sumbangan daripada kutipan yang dibuat selama 2 minggu  kepada Makcik Hidayah yang telah diasingkan didalam sampul kertas mengikut hutang-hutang Makcik Hidayah yang perlu dilunaskan.

Kata-kata terakhir oleh Makcik Hidayah kepada kami sangat menyentuh. Makcik Hidayah berkata “Walaupun pelbagai kesusahan  yang Makcik alami untuk memelihara iman, seperti tidak dapat bersama keluarga Makcik yang masih beragama kristian dan terputus persahabatan dengan 5 orang kawan baik kerana memilih untuk memeluk Islam, tetapi Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Allah menggantikan Makcik dengan keluarga yang lebih besar!!!”. Makcik Hidayah juga menjemput untuk ikhwah dan akhawat untuk datang beraya kerumahnya nanti. Hemmm..boleh ke? InsyaAllah Makcik Hidayah.

Konklusinya, misi menyantuni saudara pada kali ini tercapai. JZKK pada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Moga pengalaman yang kita kutip bersama ini menjadi pemacu semangat kita dalam Aslih Nafsak,Wad'u Ghairak (Memperbaiki Diri, Dan mengajak Yang Lain).     

Gambar Semasa Program








Perkongsian Shahadatul Haq



Alhamdulillah, pada tarikh bersejarah 16 Jun 2012, ikhwah akhawat K-PPUKM telah bergabung tenaga sekali lagi untuk menjayakan satu lagi program yang sarat dengan sentuhan atau mungkin lebih tepat lagi, “ketukan” pada jiwa-jiwa yang sedang tidur atau banyak berehat di jalan dakwah dan tarbiah ini. Program Shahadatul Haq yang buat kali pertamanya dianjur oleh pihak K-PPUKM banyak memberi kejutan, termasuk kepada kami pihak penganjur. Namun itulah keistimewaan program Shahadatul Haq yang bagi kebanyakkan kami, inilah kali pertama, “element of surprise”.

Program Shahadatul Haq merupakan sebuah program yang dianjur berobjektifkan memberi kesedaran kepada ahli-ahli K-PPUKM untuk berdakwah kepada masyarakat. Tanpa adanya satu kesedaran dan pemahaman kepada persoalan cliché “kenapa aku perlu menjalankan dakwah?”, mustahil objektif utama tarbiah itu sendiri tercapai. Tiadalah apa-apa hasil dari segala penat lelah usaha tarbiah (yang tidaklah sehebat mana pun) yang boleh kita perolehi jika persoalan penting ini hanya tinggal persoalan. Dan tiadalah apa-apa kesan terhadap masyarakat jika keadaan ini tidak dibaiki. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan urusan kami, untuk memberi peluang agar program ini berjaya dijalankan, jawapan kepada persoalan penting ini sudah dirungkai, dan pemahaman tentang konsep dakwah itu telah disatukan. Namun, yang menjadi soalan lebih penting adalah tahap penerimaan dan fahaman kita sendiri, dimana perkara ini sudah tentu berbeza pada setiap individu yang hadir walaupun kita semua mendengarnya dibawah satu bumbung yang sama.

Terlampau banyak ibrah dan kesedaran yang boleh dipetik dari apa yang disampaikan sepanjang program, daripada kepentingan untuk benar-benar mengamalkan 10 muwosoffat tarbiah, hinggalah kepada pengorbanan untuk usaha dakwah. Tapi apa yang benar-benar menjadi penekanan adalah apa yang berada ditengah-tengah antara dua perkara tersebut, yakni kepentingan untuk menyampaikan apa yang kita dapati di dalam sistem tarbiah ini dengan cara dakwah yang tersusun.

Program SH ini dimulakan dengan sejarah bagaimana konsep SH itu mula-mula wujud. SH asal usulnya merupakan satu siri khutbah yang telah disampaikan oleh Sayyid Abul ‘Aala Al-Maududi, seorang tokoh islam yang hebat dari india, dimana isi khutbannya itu telah diterjemah kepada pelbagai bahasa dan dibukukan. Buku inilah yang menjadi silibus, atau manhaj kepada program ini.  

Mutiara kata yang digunakan untuk penerangan manhaj ini pula adalah sepotong ayat quran yang mungkin kita selalu terpandang sebelah mata sahaja…

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat pertengahan* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…..” [Al-Baqarah,2:143]

*Umat Wasathoniah

Apa yang dimaksudkan dengan umat wasatho? Umat wasatho atau umat pertengahan merujuk kepada umat manusia yang memikul tugas meneruskan risalah Nabi Muhammad SAW. Kita adalah umat wasatho ini, yang menjadi orang tengah antara kita dan manusia lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘menjadi saksi’ dalam ayat ini? Syahadah adalah penyaksian bukan sekadar lafaz. Penyaksian memerlukan seseorang itu mengakui setelah melihat / mendengar / merasai sesuatu dan meyakini kebenaran sesuatu itu. Kemudiannya, mereka yang telah membuat penyaksian ini perlulah menjadi ‘saksi’,dan tugas seorang saksi itu adalah menyatakan apa yang telah ia perakui atau persaksikan tadi. Sebagai contoh, saksi dalam perbicaraan yang perlu menjadi ‘saksi’ dengan menyatakan kepada para hakim,  para peguam, juri, etc, yang tidak tahu perkara sebenar, apa yang telah disaksikannya. Konsep ini boleh diringkaskan dalam diagram ini



Oleh itu, pengisian program SH yang bermula dari 9.00 am hingga ke 5.00 pm ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap konsep ini. Jika kita telah bershahadah, maka perlulah kita menjadi saksi atas syahadah itu dengan menjalankan tugas kita menyampaikan apa yang telah kita perakui itu. Bunyinya agak straight forward dan sebenarnya mudah saja untuk difahami. Namun hakikatnya, bagi konsep itu untuk benar-benar melekat didalam hati hingga membuahkan hasil-hasil dakwah yang ikhlas dan berkesan bukanlah sesuatu yang mampu ana kongsikan disini dengan tahap ilmu yang ada pada diri dan wadah yang terlalu ‘lay back’ ini. Oleh itu, ana dengan rasa rendah dirinya mengucapkan, jazakallahhukhairankathira bagi antum yang sudi membaca coretan perkongsian pendek ana yang sebenarnya hanya udang di sebalik batu kerana ana sendiri ingin kiranya antum menjadi saksi bahawa ana juga telah menjalankan satu permulaan kepada usaha pelaksanaan Shahadatul Haq bagi diri ana sendiri. Mudah-mudahan Allah memberikan pada ana dan antum semua yang membaca ini, hikmah, hidayah, ilmu atau apa sahaja hingga membolehkan kita semua menjadi hamba-hambanya yang bershahadah dengan shahadatul HAQ!

Wallahualam

Perkongsian Gambar

Ukhuwwah Teras Kegemilangan
[p/s: cawan kena recycle ye]

 Para akhawat bertuah yang diberi peluang menyertai program best ni~













 








Saturday, June 16, 2012

Perkongsian Rehearsal Ramadhan



Alhamdulillah pada 7 Jun 2012, kita berkesempatan mengadakan satu pengisian yang ana kira amatlah bermakna untuk dikongsikan pada antum semua. Walaupun dalam tempoh yg ana kira singkat (antara asar dan magrib) kita berpeluang menghadiri majlis ilmu yang mana majlis yang cukup diberkati oleh Allah dan bersamanya para malaikat. 
Pengisian pada kali ini menyentuh topik rehearsal ramadhan, satu term yg agak baru pada ana. Mungkin agak catchy dan menarik perhatian. Satu pengisian yang mengajak pendengar kembali muhasabah atau dalam erti kata lain mewujudkan/menghadirkan rasa kedatangan bulan ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi. Terasa bahawa masa yg berlalu agak pantas dengan hari-hari yang dihimpit kesibukan dan masalah, akhirnya Ramadhan kembali untuk menemui kita. 
Bermula dengan perkongsian daripada akh Fatih sebagai pembuka majlis untuk mengajak hadirin kembali membetulkan niat dan matlamat menghadiri majlis ini. Supaya kembali memikirkan apakah sebenarnya tujuan Allah memberi perintah kepada manusia supaya berpuasa. Mengapa ianya dijalankan selama sebulan dan apakah matlamat pada akhir Ramadhan yang sebenarnya yang ingin kita capai. Dengan kedatangan Bulan Rejab dan Sya’ban, kita berpeluang membuat persiapan diri dari segi rohani dan jasmani, mempertingkatkan ilmu, memperbanyakkan amalan. Supaya dengan usaha ini, kita akan menempuh Ramadhan dengan penuh tenaga hingga ke akhirnya. Akh Fatih mengulas bahawa setiap perintah Allah tentu ada hikmahnya yang tersendiri namun kita sendiri perlu usaha untuk mencarinya dengan ilmu. Sebagai penutup, akh Fatih mendoakan agar semua hadirin dapat mencapai tahap puasa yang sempurna dan mencapai natijah yg sebenar pada hujung Ramadhan nanti. 
Kemudian majlis diteruskan dengan sesi latihan dalam kumpulan. Ikhwah dan akhawat dibahagikan kumpulan dan diberi tajuk “Puasa sebagai Perisai” untuk dibincangkan selama 15 minit. Pada sesi ini mengajak ikhwah dan akhawat supaya memikirkan apakah maksud disebalik hadis Nabi s.a.w itu. Secara kesimpulannya, puasa dikatakan sebagai perisai kerana dengan puasa kita membina pertahanan diri daripada musuh tradisi iaitu syaitan dan nafsu. Apabila dikatakan soal ‘perisai’, ianya memberi idea bahawa hidup ini adalah peperangan. Pelbagai ujian datang untuk cuba menggoyah pegangan dan matlamat hidup seorang manusia itu. Akhirnya Allah memberikan satu bulan yang sangat istimewa kepada umat Islam sebagai peluang untuk membina perisai sebagai menghadapi bulan2 yang akan kita tempuhi selepas itu. 
Selesai sesi LDK, majlis diakhiri dengan perkongsian 15 minit oleh akh Amirul Letfee (jzkk akh!) sebelum iftar.  Akh Amirul memulakan perkongsian dengan mengajak hadirin melihat kembali pada bulan Ramadhan yang telah kita tempuhi pada tahun2 sebelumnya. Sudahkah ianya mencapai azam yang kita inginkan? Adakah lebih baik daripada Ramadhan yang kita hadapi pada tahun sebelumnya. Kemudian akh Amirul menceritakan perjalanan amalan seseorang muslim selepas berakhirnya bulan Ramadhan. Hari-hari yang ditempuhi selepas itu semakin lama mengurangkan rasa dan semangat untuk beramal seperti mana di bulan Ramadhan dahulu. Bukan sahaja dari aspek kuantiti malah dari aspek kualiti juga berkurangan. Semoga dengan kedatangan Rejab dan Sya’ban ini kita dapat kembali menaikkan semangat dan ibadah-ibadah sunat ini dengan perlahan-lahan supaya apabila kedatangan Ramadhan kelak kita berpeluang merebut amal lebih banyak lagi. Akh Amirul mengajak hadirin supaya bermuhasabah supaya jangan mensia-siakan kedatangan Ramadhan ini kerana peluang untuk bersua dengan Ramadhan adalah satu anugerah dari Allah.  Kita tidak tahu apakah kita ditakdirkan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Semoga mereka yang mendahulu kita di ampuni oleh Allah s.w.t akan dosa-dosanya…Ameen..

Ayuhlah kita merasakan hari-hari yang bakal kita tempuhi selepas ini dengan memperbanyakkan amalan. Jangan tunggu bulan Ramadhan  datang untuk kita bertaubat. Mulailah dari sekarang, dari saat ini untuk dekatkan diri pada Allah s.w.t. Jangan sampai kita termasuk dikalangan orang-orang yang zalim kerana keengganan kita untuk bertaubat. Marilah berdoa kepada Allah s.w.t untuk bersua dan merasakan kembali bulan Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah…

Jzkk pada yang hadir dan mnjayakan majlis ini. Semoga usaha antum semua dikira sebagai ibadah dan diterima Allah s.w.t. Aminn..

Friday, June 1, 2012

Credits Kepada Akhawat Nursing

Tahniah diucapkan kepada sahabiah-sahabiah kita dari course nursing atas kejayaan mereka menjalankan program pengisian pendek ketika senggang waktu hari Jumaat. Program yang digelar "food for soul" dan "ladies moment" atau.... Well ana tak pasti apa nama sebenar since banyak sangat namanya...hohohoh...-->maaf, tercarried away disitu...

Barisan pelaksanan program khususnya dari kalangan adik-adik nursing tahun 2, 'orang kuat nursing' kita. >.<
InsyaAllah, kita doakan agar Allah membalas mereka dengan balasan yang lebih baik di dunia dan akhirat.

Buat masa ini, program yang dijalankan berupa perkongsian video dari koleksi video "Fattibiouni" diikuti dengan perkongsian ringkas dikalangan para akhawat sendiri. Alhamdulillah, 2 sesi program ini telah berjaya dijalankan.
(Adab Makan Rasulullah SAW)

 
(Rasulullah Selalu Tersenyum)

Ana secara jujurnya merasa kagum atas dedikasi, kesungguhan dan keikhlasan para akhawat nursing dalam menjayakan program yang tampak 'simple' ini. Bukanlah kerana mengejar KPI atau menjalankan strategic planning, tapi atas dasar keinginan untuk berkongsi keindahan islam dan kasihnya pada sahabat-sahabat lain menjadikan jiwa meronta-ronta untuk 'menyampaikan walaupun sepatah' dari apa yang mereka dapati dari sistem tarbiah ini. --> ayat romantik gitu...>_<

Mari kita fikir sebentar tentang diri kita pula... Sejauh mana keikhlasan dan perasaan kasih sayang telah menjadikan kita insan yang terkehadapan dalam gerak kerja dakwah? Memetik dari isi daurah 02 seminggu lepas, dakwatuna, dakwah kita, merupakan dakwah yang terbina atas asas, kejujuran, keihklasan, kesucian, pengorbanan, dan juga, kasih sayang. Bukanlah atas dasar tanggungjawab semata seperti apa yang kita selalu rasakan. 

Usaha dakwah yang dijalankan atas niat yang ikhlas demi mencari redha Allah, tidak akan dapat melainkan dari dua perkara, samaada program itu berjaya dan Allah redha padanya, atau program itu tidak berjaya tapi Allah redha juga padanya. Itulah kehebatan cinta Allah pada hambaNya. Jika kita semua dinilai atas kejayaan dari pandangan mata, sudah pasti ramai telah meninggalkan jalan ini. Tapi Allah menjanjikan pahala dan redhaNya berdasarkan niat dihati...
"Setiap perbuatan bergantung pada niat" Hadith 1
 Ana juga kagum dengan kesungguhan akhawat2 nursing dalam menjalankan program ini. Walaupun program ini hanya program yang simple, namun persiapan dijalankan dengan bersungguh, bermula dari mengenal pasti audience, memikirkan apa approach terbaik untuk menyampaikan risalah dakwah kepada mereka, mendapatkan tenaga kerja, membahagikan tugasan, menggunakan cara paling praktikal dan mudah diterima, menjalankan hebahan melalui poster, (malahan pembuat poster juga dengan rela hati telah mengorbankan masa dan tenaga untuk menjadi apprentice ana), menyediakan risalah, dan meminta nasihat dan pandangan akhawat senior. Dari mana datangnya kesungguhan untuk melakukan sesuatu sebaik mungkin dan secara teratur dalam keadaaan tiada langsung 'push' dari mana-mana pihak atasan atau pihak pemerhati? Ana sendiri terkedu. FirmanNya dalam surah As-Saf:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

InsyaAllah, kita titipkan doa untuk teratak dakwah kita ini, mudah-mudahan Allah permudahkan hati-hati kita untuk benar-benar ikhlas dalam berjuang, dan berjuang atas dasar kasih sayang.

Ingin juga disini, ana tolong promot program mereka yang dijalankan setiap Jumaat, di dewan Henderson. Kalau tak tahu kat mana, boleh tanya la pada yang pakar. Kita sama-sama bantu adik-adik kita ni santuni rakan-rakan mereka. InsyaAllah... Walaubagaimanapun, program ini hanya dapat dijalankan ketika mereka dalam sesi teori, dan akan 'pause' ketika sesi posting atas sebab2 tertentu. 

Mabruk!

Selamatkan Syria!!


Bagi mereka yang tidak dapat turut bersama ketika program "Syria, the inside story", berikut merupakan point penting yang dikatakan oelh Dr. Khaled dan Dr. Amer.




DR KHALED HINDAWI
Pembantu Khas Dr Yusuf Al Qardhawi
  • Daripada Huzaifah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka.
  •  Sikap kita yg ambil tahu masalah ummat (“kepedulian”) amat dituntut.
  •  Sejak 40 tahun yang lalu di Syria berlaku Pembunuhan trhdp dewasa & knk2, oleh golongan yg  menentang ahli sunnah waljamaah (ASW) di mana bilangan yang syahid mencecah 60000 orang oleh Regim yg hipokrit dan zalim.
  •  Regim Bashaar Assad telah melakukan penyembelihan , tdk kurang dari 100 tempat. Tiada bantuan dari mana2 pihak . Rakyat Syria ibarat singa yg hilang kuku berdepan dgn kezaliman . Mereka menunjukkan melalui tunjuk perasaan yg aman.
  •  Semuanya bermula di Dara’ Daerah Huran (negeri Imam nawawi) apabila beberapa orang kanak-kanak yg menulis di dinding “Rakyat mahu kerajaan turun “ . Ketua polis Athif Najib memnjarakan semua knk2 tersebut dan mencabut kuku2 tgn dan kaki mereka. Apabila ibubapa menuntut , mrk disuruh melupakan anak2 mereka, anggap shj mereka telah mati. Kata2 biadab pihak polis yg bersekongkol dgn regim “kami akan meniduri isterimu2 jika kamu perlukan anak” . Kata2 ini menimbulkan kemarahan … maka pada 15 Mac Rakyat Bangun dan menentang . Ada sebahagian para tentera tinggalkan regim ini. Bilangan mereka mencecah 200000 mujahid.
  •  Wahai saudara2ku , hari ini kita berkumpul atas ikatan iman, akidah ini menjadikan umat ini bersaudara. Pahlawan kpd kebebasan. Anda perlu memahami masalah yg dihadapi. Perlu saling membantu dengan kebendaan dan maknawi. Ianya merupakan iman yg hakiki.
  •  Terjemahkanlah iman anda ibarat muslim yg satu jasad menentang regim yg zalim ini. Pemerintah yg bertamadun ialah yg adil bukan yg menindas dan memenjarakan saudaranya.
  •  Ramai yang menjadi yatim & ibu tunggal. Rejim tidak menghormati rumah ibadah. Menara masjid ditembak.
  •  Ada yg ditanam hidup2 kerana tidak mahu mengatakan “TIADA TUHAN MELAINKAN ASAD”
  •  “Orang mu`min bagi orang mu`min itu laksana satu badan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
  •  Kita mesti bersama dgn mereka (saudara2 di Syria) memperjuangkn kebebasan dan adil. Rakyat perlukan undang-undang yg adil
  •  Rakyat Syria, dari bumi Syam yg mulia, diberkati yg disebutkan oleh Rasul, bumi para anbiya.
  •  Regim ini kononnya mendakwa menentang Yahudi. Sejak 40 tahun mereka tak pernah bunuh walau seorg Yahudi pun, malah kini telah menghalakan senjata mereka dan membunuh 60000 rakyat yang tak berdosa.
  •  Di sebuah tempat di Houla, 150 000 disembelih, dicincang termasuk 50 orang kanak2. Regim ini telah dibantu oleh Russia dan Hizbullah Iran yang hendak hapuskan ASW.
  •  Benjamin Netanyahu (PM Israil )berkata Bashar Al-Assad merupakan orang dikasihinya seperti mana mereka kasihi ayahnya (Hafez Al- Assad) yang kekal membawa kebaikan dan kemashlahatan kepada Israel.”
  •  Adalah merupakan satu penipuan seandainya dikatakan Regim ini berjuang menentang Israel.



DR AMER ABU SALAMAH
Pemimpin Ikhwan Muslimun Syria
  • Kami datang utk beri gambaran yg sebenar apa yg berlaku.
  •  Rakyat Syria menampakkan keberanian mereka, sanggup berkorban dan syahid. Ribuan mereka yg cedera, lebih dari 2 juta menjadi pelarian.
  •  Jadilah kamu org2 yg pemurah. Allah akan tanya apakah yg akan anda lakukan setelah melihat saudara2nya yg disembelih ibarat kambing.
  •  Allah berfirman “Sesungguhnya org beriman itu bersaudara’ ..namun demikian hanya dgn ucapan sahaja tidak memberi manfaat. Ia juga perlukan pengorbanan dari kita jika kita katakan kita bersama2 dgn rakyat Syria
  •  Perkara yg bahaya bila ada yg mengatakan “ Kami tidak apa2 kaitan dgn apa yg berlaku di Syria. Itu masalah mereka.“ Kita adalah merupakan jasad yg satu, umat yg satu.
  •  Umat Islam amat bersimpati atas apa berlaku di Gaza. Memang wajib kita bantu umat Islam di Gaza. Kini berlaku di banyak tempat di Syria seperti mana yg berlaku di Gaza. Di manakah saudara2 Islamku yg telah membantu saudaranya di Gaza?
  •  Takutilah Allah. Hendaklah kamu bersama dgn anak yatim, yg dizalimi, di mana mata mereka dikorek, leher mereka dikapak.
  •  Beberapa ketika kami berkumpul di Istanbul. Ulama menyokong. Kesatuan ulama sedunia seramai 50000 orang diketuai oleh dr Yusuf Qardhawi menyokong rakyat Syria dan mengatakan KEWAJIPAN umat Islam membantu rakyat Syria.
  •  Para fukaha berkata jika sekumpulan tinggalkan imam yg zalim, wajib membantu kumpulan tersebut memerangi imam (pemerintah) yg zalim. Di zaman Rasulullah, mereka menentang kezaliman dan itu menjadi tuntutan agama. Mereka tidak boleh dianggap sebagai pengkhianat. Penyokong rejim ialah ulama yg munafik yg ada kepentingan dgn regim yg zalim.
  •  Regim yg ada ni tak pentingkan agama, tiada kemuliaan, tiada prinsip. Kemenangan akan kita terima dgn adanya tentera yg merdeka dan bersama para mujahidin. Kemenangan akan kita perolehi insya Allah
  •  Wanita Syria, suami dan anak2 tidak akan patah balik sehingga jatuh regim tersebut.
  •  Firman Allah : Al Baqarah :195 “Dan infaqkanlah hartamu ke jalan Allah dan jgn kamu campakkan diri dalam kebinasaan dengan tangan kamu sendiri “
  •  Siapakah yg sanggup berikan RM100 000 …mencontohi Abu bakr , Umar, Abd Rahman bin Auf. Di manakah ahli2 perniagaan ?
  •  Jutawan Qatar yg infaq 3 juta Riyal … telefon dlm masa 2 hari selepas infaq, mengatakan dia telah mendapat 4 juta Riyal keuntungan
  •  Di Indonesia, lepas infaq US7000 diganti oleh Allah 10 kali ganda. Dia memperolehi US 700 000.
  •  Ummu Anas memulakan dengan memberi kesanggupan menyumbang sebanyak RM50 000

Sumbangan boleh dibuat melalui Tabung Kasih Ummah Syria atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia
akaun Bank Islam Malaysia Berhad 120 290 1006 3512
http://www.ikram.org.my