Sunday, January 30, 2011

part 2: Bainal Ams Wal Yaum

Part III: Bedah Buku '1001 Cara Berdakwah'



Antara metode-metode berdakwah yang dibincangkan adalah


1) berdakwah dikalangan ahli lembaga
  • mengetahui sasaran mad'u
  • membuat follow-up mengenai mad'u
  • membuat aset, contohnya setiap kali program mendokumenkan supaya mudah digunakan untuk masa akan datang
  • memberi penghargaan kepada aktivis yang terlibat
  • mempunyai amal jamai'
  • merancang program bersama2
  • memanfaatkan media massa
  • sensitif dengan keadaan semasa
  • berdisiplin dan menepati janji supaya mendapat siqah daripada ahli dan orang lain
  • memberi perhatian kepada golongan OKU
  • melaksanakan daurah untuk melatih para daie'
2) berdakwah di kalangan wanita 

      *dikalangan masyarakat
  • membuat program khusus untuk wanita
  •  berperanan untuk berdakwah kepada para wanita
  • menggunakan hobi sebagai cara bardakwah fardiyyah
  • membuat kelas2 khas untuk wanita
  • mengumpulkan aset2(mendokumentasi selepas program) untuk digunakan pada masa hadapan
     *sebagai ibu
  • mengajar anak-anak beribadah seperti solat, berpuasa
  • memberi hadiah bermanfaat seperti tudung, buku-supaya dapat develop rasa muslim/muslimah dalam diri anak-anak
     *sebagai isteri
  • meletakkan kaset/CD dalam kenderaan
  • masak masakan yang sedap untuk suami dan anak-anak
  • bertanyakan perihal agama kepada suami supaya suami rasa dihargai kerana isteri mahu belajar dengannya tentang agama
3) berdakwah di masjid/surau

    *menyebar fikrah
  • menyampaikan ceramah/tazkirah
  • menyampaikan tarbiyah menggunakan internet (FB, blog)
  • menyediakan perpustakaan dalam masjid/surau
  • mengadakan aktiviti2 kemasyarakatan seperti gotong-royong
  • menziarahi masyarakat
    *pelayanan
  • memberi makan/hadiah-contohnya mengadakan iftar jamaei
  • menyediakan kemudahan
    *pengurusan
  • bersedia untuk memyampaikan khutbah
4) berdakwah di rumah
  • memanfaatkan dan memantau penggunaan internet di rumah
  • merancang rehlah
  • meletakkan kaset/CD ceramah dan juga buku2 agama 
  • mengajak ahli keluarga ke majlis2 ilmu
  • mengadakan program ilmu di rumah contohnya daurah atau usrah
  • mengadakan temasya keluarga (hari keluarga)
  • menginfakkan wang atau barang2 di masjid atau kepada jiran tetangga
  • menyediakan tabung amal palestin di rumah
5) berdakwah di sekolah
  • melaksanakan program keagamaan contohnya menjemput penceramah luar
  • membuat risalah atau poster untuk diedarkan kepada pelajar
  • meluangkan masa membuka booth 'palestin'-memberi kesedaran
  • membuat program komuniti servis di sekolah
  • membincangkan tentang akhbar islami dengan para pelajar
  • membina hubungan baik dengan guru2
  • mengumpulkan semua alumni sekolah untuk membuat program tarbiyah di sekolah
6) berdakwah di kalangan pelajar
  • mencari pemimpin yang boleh memimpin jemaah
  • mengadakan aktiviti keagamaan
  • setiap pemimpin mestilah menjadi pelajar terbaik, berwaspada dengan pengaruh negatif dan bersedia menerima amanah
  • menceburkan diri dalam aktiviti surau atau badan2 banteras jenayah
  • menjaga hubungan baik dengan keluarga, guru-guru, pensyarah
  • melakukan dakwah fardiyah kepada kawan-kawan di kolej, sahabat2 usrah atau adik2 junior
7) berdakwah menggunakan internet
  •  membuat conference melalui internet 
  • memanfaatkan blog supaya menjadi salah satu wasilah tarbiyah
  • memperbanyakkan post atau entry khusus tentang dakwah
  • sentiasa menyebarkan dakwah tidak kira di status facebook, twitter, atau blog
  • mewujudkan suasana sentiasa mengingati Allah
  • mengirimkan surat bantahan terhadap site2 yang menyeleweng atau maksiat
  • mempelbagai bahasa semasa proses penyampaian dakwah
  • memanfaatkan internet supaya tidak lagha sampai melengahkan solat
-SEKIAN-

Jazakillah..

p/s: yang baik tu datangnya daripada Allah, yang buruk tu datangnya daripada kelemahan diri sendiri. Silalah beri teguran sekiranya terdapat salah dan silap...


 

Semoga Dipermudahkan!!

Kepada sahabat-sahabat yang kini sedang study week dan bakal menduduki peperiksaan kelak, juga kepada senior-senior yang bakal menempuh "pro-exam", tidak lupa juga junior2 yg dikasihi, ikhwah akhawat sekalian, ana mewakili JK Dakwah Media, dan juga kesemua ahli KPPUKM,ingin mengucapkan, ALL THE BEST!:D

"Semoga Allah permudahkan urusan kita semua"



Saturday, January 29, 2011

Bainal Ams Wal Yaum

Daurah: Di antara Masa Lepas & Hari Ini
Venue: ADR LR5, UIA
Tarikh: 29 Januari 2011-01-29

"SHARING is CARING"

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT yang Maha Penyayang utk membuat sedikit perkongsian dari daurah yg dihadiri. Semoga bermanfaat buat ikhwah, akhawat, sahabat dan teman sekalian:-

PART I: Mari bertaddabur

SIFAT I’BADURRAHMAN
Hamba Allah Yang Penyayang
(surah Al-Furqan , 25: 63-75)

Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


63: Adapun hamba-hamba Tuhan yg Maha Pengasih itu adalah org2 yg berjalan di bumi dgn rendah hati dan apabila org2 bodoh menyapa mereka (dgn kata-kata yg menghina), mereka mengucapkan salam
[Sifat 1: bersifat tawadhuk, memberi manfaat kepada org lain dan membalas keburukan dengan kebaikan]

64-66: dan org2 yg menghabiskan waktu malam utk beribadah kepada Tuhan mereka dgn bersujud dan berdiri. Dan org2 yg berkata, “Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab dari kami kerana sessgguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yg kekal”.Sungguh Jahanam itu seburuk-buruk  tempat menetap  dan tempat kediaman
[sifat 2: Rajin beribadah dan berqiamulail serta takutkan azab api neraka]

67: Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan yg Maha Pengasih), org2 yg apabila menginfakkan harta, mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir di antara keduanya secara wajar
[sifat 3: qanaah (bersederhana) dalam menginfakkan harta (hatta dlm semua perkara, bersederhana itu adalah lebih baik)]

68-69: dan org2 yg tdk mempersekutukan Allah dgn sembahan lain dan tidak membunuh org yg diharamkan Allah kecuali dgn alasan yg benar, dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat hukuman yg berat. Yakni akan dilipatgandakan azab untuknya pd hari Kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina.
[sifat 4: tidak melakukan dosa-dosa besar; antaranya mensyirikkan Allah, membunuh, berzina]

70-71: Kecuali org2 yg bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya  dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
 [sifat 5: cepat tersedar dari kesilapan dan segera bertaubat serta diikuti dengan amal kebajikan] 


72: Dan org2 yg tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dgn org2 yg mengerjakan pebuatan-perbuatan yg tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan diri.
[sifat 6: tidak memberi kesaksian palsu (berdusta) kerana ia membantu kezaliman bermaharajalela serta menghilangkan hak-hak org lain, pandai menjaga kehormatan diri]

73: Dan org2 yg apabila diberi peringatan dgn ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai org2 yg tuli dan buta
[sifat 7: berlapang dada menerima nasihat serta sentiasa memperbaiki amal-amal mereka]

74: Dan org2 yg berkata;  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami) dan jadikan kami pemimpin bg org2 bertaqwa”
[sifat 8: sentiasa memikirkan kebaikan utk masa hadapan, mendoakan org lain serta berlumba-lumba utk menjadi hamba yg paling bertaqwa (kebaikan yg boleh diteladani)]

75: Mereka itu akan diberi balasan dgn tempat yg tinggi (syurga) ats kesabaran mereka dan di sana mereka akan di sambut dengan penghormatan dan salam
[sifat 9: bersabar]

PART II: Akhbar Islami
Isu Kebangkitan Anak MudaTunisia: 



"Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.
Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.
Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-"

'Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan  saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya. Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan.'

Sumber: 
http://firdausrosli.wordpress.com/2011/01/19/kebangkitan-anak-muda-tunisia-bilakah-giliran-kita/
  

Utk maklumat lanjut, jom sama-sama layari:
http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2011/01/kenyataan-im-mengenai-kebangkitan-di.html
www.eramuslim.com


PART III: BEDAH BUKU '1001 METHOD DAKWAH'
-to be continued-


"Sesiapa yang memiliki, ia harus memberi"

Yang baik itu  datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan diri sendiri

--SEKIAN--



 

Sunday, January 16, 2011

Perkongsian MK02:FULL OF HOPE 2

Given by: Dr. Mira (UIA)

PART II

Kali ni, peserta dilontarkan dengan soalan ke2 pula..Semuanya kembali ceria, menanti dengan penuh sabar. Apakah soalan yg bakal meransang sel-sel neuron utk terus berkembang .

“What is ‘AN IDEAL ME’


Kali ni cara penyampaian berbeza. Peserta disuruh membentuk satu kumpulan yg terdiri dari 10 orang akhawat. Setiap seorang diberikannya 2 keping kertas.

An ideal me........(sila sambungkan)..................
Dengan khusyuknya, semua mula menulis..Ada yang hanya menulis satu jawapan sahaja. Ada yang hanya 2,3,4..tak kurang juga yang lebih dari 10..Banyaknya..

5 minit berlalu.Kemudian peserta menerima arahan utk menulis nama di atas satu kertas kosong yg baru.

An ideal you.......(sila sambungkan).....’

Kertas tu harus dipasskan kepada sahabatnya yg lain dalam kumpulan masing-masing. Kali ini, peserta diminta utk menulis ‘apakah pandangan mereka terhadap ciri-ciri an ideal you yang ada pada sahabatnya itu tadi. Suasana riuh seketika taktala masing-masing cuba mengamati wajah sahabatnya. Ada juga yg bertanya: ‘si polan binti si polan ni siapa ya?’

Seusai itu, kertas tersebut diminta utk dikembalikan kpd tuannya. Setiap baris ayat yg ditulis oleh sahabat itu td diamati satu persatu lalu dicomparekan dengan apa yang ditulis oleh diri sendiri. Ternyata berbeza sama sekali!!. Hanya ada 2 org shj mengangkat tangan bila di tanya,

“Kertas siapakah yg tiada perbedaan antara AN IDEAL ME and AN IDEAL YOU

 **
Sahabatku,

Pointnya di sini, Allah SWT itu sungguh Maha Bijaksana  menciptakan manusia ini berbilang bangsa, budaya dan warna kulit. Setiap orang berbeza dengan sifatnya dari orang lain.

“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu, dan warna kulitmu. Sungguh, pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi org yg mengetahui” Ar-Rum;30:22

Jadi pengajarannya di sini; hanya kita yang mampu mengenali diri sendiri. Untuk merubah diri, kita perlu mengenali diri sendiri.

Ibrah yang pertama: kita perlu merubah jiwa kita dan diri kita dari dalam dengan bersungguh2 sehingga sifat dalaman kita itu terpancar keluar dan dpt dikenalpasti oleh rakan yg tak penah kenal kita. Contohnya: Kita berusaha membina diri kita dengan seorang yg sentiasa tersenyum (tp yg ni, appropriate smile la ye..senyum bertempat)..InsyaAllah, rakan-rakan yang lain pasti berfikir bahawa kita seorang yang senang didampingi dan diajak berkawan. Dan itulah kekuatan dalaman yg kita bina hingga terpancar ke luaran dan mampu membuat org disekeliling menyedari diri kira dan sifat kita...Berusahalah membawa akhlak yang mulia agar Islam itu akan sentiasa dipandang indah. Jangan cemarkan Islam dek kerana akhlak kurang baik yang kita  tonjolkan..BE AN IDEAL MUSLIM.



Ibrah yang kedua: By knowing yourself, you can elicit your own potential.So, gunakan segala potential yang ada and contribute the best for ummah.

“Wahai orang –orang yg beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan” 59: 18

Ibrah yang ketiga: bersyukurlah dengan menjadi diri sendiri yang elok pada pandangan kita dan elok juga pada pandangan orang lain..and of course lebih-lebih elok pada pandangan Allah. [ elok=akhlak yang mulia]. 

Seorang daei seharusnya berusaha membawa satu identiti yang dapat membuatkan orang lain tertarik pada sikapnya. Tunjuklah contoh teladan yang baik agar secara tidak langsung,kita dapat mengajak yang lain juga utk cintakan kebaikan.

Perbaiki diri dan serulah orang lain.

--SEKIAN---
 

Perkongsian MK02:FULL OF HOPE 1

Given by: Dr. Mira (UIA)

PART 1

Suasana pagi itu sungguh nyaman. Udaranya segar dan permandangan di sekelilingnya cukup menarik hati. Subhanallah, betapa hebatnya Pencipta yang menciptakannya. Sungguh besar nikmat dan anugerah Allah kepada hambaNya.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?”

Slot pengisian pagi itu bermula dengan penuh semangat.Semua peserta menanti ceria ‘makanan hati’ yg bakal dihidangkan oleh Dr. Mira, akhawat Indonesia yg penuh dedikasi. Penyampaiannya disampaikan dalam 2 bahasa; B.Inggeris dan Bahasa tanah airnya.

Taktala semuanya sudah membuka mata, telinga dan minda seluas-luasnya, bersedia dengan pen dan buku untuk mencatat sebanyak mana input yg berguna, lantas satu persoalan dilontarkan:

“Akhawat yg dikasihi sekalian, WHO ARE YOU? WHO ARE YOU, REALLY?”




Semua peserta terdiam seketika. Di dalam minda masing-masing, terngiang-ngiang persoalan yg diajukan sebentar td. Sel-sel neuron  di dalam otak mula distimulate. Minda mula ligat memikirkan apakah jawapan terbaik yang seharusnya diberikan? Ada yang menundukkan kepalanya, memejamkan matanya, memandang antara satu sama lain dan tak kurang juga yang melontarkan pandangan jauh kearah luar mencari jawapan kepada persoalan itu tadi.

Lantas, seorang daripada peserta menjawab:
“I AM I’BADULLAH”

Masing-masing menganggukkan kepala tanda setuju dengan jawapan yang diberikan. Dr. Mira lantas menghulurkan senyuman dan kembali bertanya. Kali ini, beliau memanggil seorang peserta yg berada dihadapannya.

What is your name?”
Pertanyaannya bersambut, “I’m....................”

“Jadi mengapa jawapannya bukan I am...................,ya?”

Lantas semuanya kembali bercritical thinking semula.Ye tak ye juga juga.Kenapa x terfikir nak answer jawapannya sebegitu.

“Mak ayah dah bagi nama yang baik-baik pada kita” [monolog dalaman sendiri]

**
Siapa sebenarnya kita?
::Hamba Allah::
“AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU” Az-Zariyat,51: 56

Sejauh mana kita mengakui diri sebagai hambaNYA?”
::Mengikut perintah dan meninggalkan laranganNYA::

Anda pasti sudah benar-benar melakukannya?
::Tepuk dada,tanya iman::

Jadi sesi pada pagi itu membawa kami berfikir sejenak. Siapa diri ini yang sebenarnya? Adakah benar kita telah menjalankan tugas sepenuhnya sebagai seorang hamba?

“Katakanlah (Muhammad), ‘Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam” Al-An’am,6: 162

Ikhwah akhawat sahabat yg dikasihi sekali, 

Sungguh mudah utk mengakui dengan lidah siapa diri kita.. Namun pembuktian bahawa kita  adalah hamba Allah yang sebenar-benar hamba itu sungguh payah. Namun berusahalah utk menjadi hambaNYA yang diredhai. Mohonlah kekuatan dariNYA utk melaksanakan segala yg disuruh serta meninggalkan segala yang dilarang olehNYA. Apabila kita sudah tahu siapa kita dan untuk siapa kita hidup, InsyaAllah kita akan berusaha yang terbaik..

So, bagi pengisian kali ini di antara pengajarannya:
  • Kita mesti tahu dengan jelas akan tujuan hidup kita
  • Apabila kita sudah punyai matlamat yang jelas dengan tujuan tersebut, maka hendaklah persistenly istiqamah
  • Apa-apapun ujian yang akan berlaku dalam usaha utk mencapai matlamat tersebut, janganlah sesekali kita rasa takut utk menghadapinya 
  • Merancanglah dengan baik secara sistematik dan praktikal utk menjayakan misi tersebut
  • Haruslah disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh utk mengerjakannya
  • Full of hopes and yang terbaik, letakkanlah sepenuh pengharapan pada Allah swt agar DIA sentiasa bersama kita
  • Bersabarlah menempuhnya

Apa yang ingin ditekankan di sini, sebagai seorang yang sememangnya sudah set tujuan hidupnya sebagai i'badullah, kita harus istiqamah melaksanakan amal ma’ruf nahi munkar ini dengan penuh kesungguhan.Tidak perlu ada rasa takut dengan ujian yang bakal menanti sepanjang berada di medan ini. Serta, harus ada proper, systematic plan untuk kita jayakan misi ini dan yang paling penting, letaklah sepenuh pengharapan pada Allah untuk membantu kita. 

“Dan DIA lah yg menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah dibumi...” 6:162


-SEKIAN-

Friday, January 14, 2011

Perkongsian MK02 :Think Fresh, Nyalakan Nyalimu

Disampaikan oleh Makcik Zah

Mengapa sukar untuk kita berubah, dan mengapa kita masih terperangkap dalam diri kita yang lama…?

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Dimanakah sifat malu kita kepada segala keburukan yang ada pada diri kita? Mengapa kita tidak mahu berubah? Sungguh, perubahan itu adalah sunnah, satu ketetapan bagi setiap manusia. Tiada yang hidup di bumi ini yang tida berubah, bumi berputar, alam bergerak, manusia dan haiwan juga sentiasa berubah. Pada setiap saat yang telah kita lepaskan dibelakang tak mungkin dapat kita kembalikan sampai lah hari kiamat dimana masa yang telah kita gunakan itu akan muncul kembali dalam bentuk amalan atau dosa, maka bila lagi kita ingin berubah?

picture by with-accusing-eyes of DeviantArt



Bagaimana ingin berubah sekiranya kita tidak punya semangat dan sentiasa optimistic dengan perubahan?

Sebelum memulakan perubahan, kita mesti menginginkan suasana yang ideal untuk berubah. Oleh itu, kita perlu mengenalpasti perkara berikut:
  • Adakah ini waktu yang paling sesuai untuk berubah?
  • Apakah factor yang dapat membantu perubahan kita?
  • Apakah motivasi utama bagi kita untuk berubah?
  • Apakah penghalang yang mungkin perlu diatasi dalam proses perubahan ini?

Jawapan untuk persoalan ini perlulah kita jawab dengan yakin, agar kita tahu apakah kekuatan yang ada untuk kita terus istiqamah dengan perubahan kita. Dalam soal mancari waktu yang sesuai, kita perlu juga mengambil kira bahawa perubahan itu perlulah dilakukan dengan secepat mungkin, kerana kita sendiri tidak pasti bila kita akan dijemput oleh malaikat izrail, maka dimana waktu yang sesuai untuk berubah itu adalah sekarang, itulah yang sepatutnya.


Mengapa perubahan itu perlu?

Perubahan yang dibincangkan disini, jelas sekali merujuk pada perubahan kearah kebaikan, dengan lebih spesifik lagi, bagi seorang daie, perubahan pada diri seorang daie itu perlu bagi mengelakkan kehancuran akan datang jika kemaksiatan berleluasa dan pentingnya untuk menjalankan kebaikan. Hidup seorang daie itu perlu sering berubah, dalam konteks memperbaiki segala kepincangan yang ada pada dirinya supaya mereka dapat memperbaiki kepincangan yang ada disekelilingnya. Bayangkan jika seorang daie itu sendiri tidak mahu berubah, mungkinkah nasib umat kan berubah??

…. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri….
(Ar-Ra'd 13:11)

Memulai Perubahan

Kita rasa cukup yakin bahawa kita ingin berubah. Maka apakah langkah pertama dalam memulakan satu perubahan?

Mari kita mengambil iktibar dari situasi dua golongan yang berada di atas kapal, dimana golongan atasan yang berada diatas kapal mudah untuk mendapat sumber air, manakala golongan bawahan yang duduk dbahagian bawah kapal mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber air. Susah bukan golongan dibawah ini yang perlu bersusah untuk naik ke atas dan turun kembali dengan membawa bekalan air? Maka mereka sepakat untuk menebuk lubang pada bahagian bawah kapal itu supaya mereka mendapat bekalan air dari laut. Oleh kerana tindakan yang kurang bijak itu, maka seluruh kapal itu tenggelam.

picture by Il-Lupo-Grigio

Apabila kita fikir balik, kita mungkin ingin menyalahkan mereka yang pemalas dibawah itu, air itu untuk kamu, maka naiklah sendiri untuk mendapatkannya. Bolehkah, mereka yang diatas teriak, “meh la naik atas amek air…”. Golongan dibawah pula merasakan perkara itu amatlah berat, dan pada pandangan mereka ada cara yang lebih mudah bagi mereka mendapatkan bekalan air, iaitu dengan menebuk kapal tersebut. Bukankah, golongan atas dan bawah sama-sama duduk diatas kapal? Maka mereka bertanggungjawab atas satu sama lain. Dalam keadaan ini, bukankah sebenarnya, mereka yang berada di bahagian atas membawa bekalan air turun itu lebih mudah? Mereka yang diatas mendapat nikmat selamat untuk terus belayar, dan mereka dibawah mendapat bekalah air disamping mereka juga selamat pelayarannya.

Itulah hakikat hidup(pelayaran) kita sebagai daie(golongan atasan) di muka bumi ini (kapal). Apa yang perlu kita lakukan demi membawa perubahan pada umat dan pada diri kita sendiri adalah PENGORBANAN. Turun naik kapal dengan membawa bekalah air itu satu pengorbanan buat mereka bukan? begitu juga kita. Jika kita ingin merubah sesuatu maka kita perlu BERKORBAN.

Dalam memulakan perubahan, kita perlu sentiasa optimis. Sikap optimis itu adalah sifat yang harus ada pada jiwa setiap muslim. Sikap optimis itu sendiri akan membawa kepada perubahan. Kita mengambil contoh dari kisah Nabi Musa ketika menentang Firaun

Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu, atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi".
(Ghaafir 40:26)

Dalam ayat ini, jelas sekali, Firaun merancang untuk membunuh Nabi Musa kerana Nabi Musa dilihat akan membuatkan satu perubahan yang besar di muka bumi. Ini adalah satu situasi yang BERISIKO tinggi. Tetapi apakah yang dilakukan oleh Nabi Musa ketika itu? Adakah beliau melarikan diri? Firaun itu punya kuasa ‘duniawi’ yang besar dan dia juga digeruni. Tapi apakah yang dikatakan oleh Musa:

"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
(Ghaafir 40:44)

MasyaAllah, pernahkan kita terfikir betapa perlunya KEBERANIAN disini dalam melakukan perubahan? Keberanian untuk bersuara walaupun kita sedar bahawa apa yang dilakukan itu mungkin mendatangkan bahaya. Namun hakikat ini tidak menggusarkan beliau, kerana apa? kerana PENYERAHAN TOTAL PADA ALLAH.

(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,
(Ghaafir 40:45)

Dalam setiap perubahan ada RISIKO, mungkin besar, mungkin juga kecil. Dengan adanya KEBERANIAN DAN PENYERAHAN DIRI TOTAL KEPADA ALLAH, hasilnya adalah sebuah PENGORBANAN, yang mampu membawa kepada PERUBAHAN.

Selain kisah Musa, kita juga dapat mengambil pejaran dari kisah-kisah lain didalam Al-Quran

  • Keberanian untuk mengubah sesuatu keadaan.

Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '
(Yaa Siin 36:14)

Disini diceritakan kisah dimana ketika itu, kedua-dua utusan Allah didustakan, dan Allah mendatangkan kepada kaum tersebut utusan yang ketiga bagi menguatkan lagi utusannya. Sang pembawa utusan ini perlu berdepan dengan satu kaum yang tidak ingin sama sekali menerima perubahan, kaum yang “hostile” terhadap utusan ini. Ini adalah satu RISIKO yang besar! Tapi adakah beliau hanya mendiamkan diri? TIDAK, beliau menyahut seruan untuk melakukan perubahan dan mengambil RISIKO tersebut. Akhirnya, apakah yang terjadi pada utusan ketiga itu? Beliau akhirnya dibunuh… Syahid menjadi pengganti kepada pengorbanan beliau...

  • Berfikiran kreatif untuk mengubah sesuatu keadaan. Kisah burung Hud yang mengambil risiko disembelih oleh Nabi Sulaiman bagi menyampaikan berita tentang kerajaan Puteri Balqis

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)". Burung Hud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar. 
(27:21-23)

Disini boleh juga kita simpulkan, untuk melakukan perubahan kita perlu “think outside the box” dan berfikiran kreatif. Burung Hud melakukan sesuatu yang lain daripada burung2 lain (mengintip kerajaan lain) bagi memastikan Islam dapat berkembang keseluruh tempat yang masih lagi belum dikuasai, sedangkan ketika itu juga beliau perlu mengambil kira risiko disembelih oleh Nabi Sulaiman kerana lambat hadir. Sekali lagi, adakah RISIKO mematahkan semangat burung Hud??TIDAK!

  • Kepimpinan untuk mengubah suatu keadaan.

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
(An-Naml 27:18)

Dari ayat ini,kita dapat mengetahui bahwa terdapat seekor semut yang berani mengambil inisiatif untuk bersuara bagi mengubah nasib semut2 lain supaya tidak dipijak oleh nabi Sulaiman. Disini juga kita dapat mengambil iktibar bahawa sifat kepimpinan itu juga penting dalam melakukan perubahan. Kita sebagai daie perlu punya sifat-sifat kepimpinan dan keberanian untuk bersuara. Dalam jiwa kita perlu ada rasa keinginan untuk menjadi pelindung ummat dari kemungkaran, dan disitulah lahirnya keberanian kita.

Dalam kerja dakwah, kita perlu sentiasa berstrategi maka dalam melakukan perubahan, kita perlu meneliti apakah factor2 yang akan menentukan kadar perubahan tersebut.
  • Apakah isu yang timbul berkenaan dengan perubahan itu?
  • Apakah perubahan yang perlu dilakukan?
  • Apakah pendorong kepada perubahan?
  • Dimanakah peluang untuk melakukan perubahan?
  • Apakah perkara yang perlu diatasi?
  • Apakah risiko melakukan perubahan tersebut?
  • Jika gagal, apakah tindakan yang perlu dilakukan?
  • Jika berjaya, apakah langkah seterusnya?
 Mari kita sama-sama berubah, dan melakukan perubahan. Akan ada risiko dan perlu ada pengorbanan. Mari kita pupuk keberanian dan berserahlah pada Allah. Masanya untuk berubah adalah sekarang, walau dengan hati yang ringan atau berat, sebagai seorang daie, kita adalah orang yang pertama sekali perlu memulakan perubahan bagi menuju kepada matlamat dan cita-cita kita untuk memartabatkan agama Islam...

picture by Papa-figo of DeviantArt



"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(At-Taubah 9:41)
Wallahualam...

Thursday, January 6, 2011

Kepentingan Mentadabburi Al-Quran

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, kali ini ana ingin berkongsi pangalaman ana menghadiri bengkel “Semat Quran”. Betul ejaan tu ya, bukan “smart” tapi “Semat”, digunakan dalam frasa “diSEMATkan di dada”. Memang berbeza bengkel ini. Pengalaman ana dan juga rakan-rakan seperjuangan, kami merasa begitu kagum dengan Al-Quran. Sampaikan meremang bulu roma. Bila ustaz suruh rujuk Quran ayat sekian-sekian, hati rasa tak sabar-sabar, apakah dalil yang digunakan dalam penjelasan ustaz?. Seronok takyah cerita la, memang seronok sangat. Rasa seolah-olah Quran itu benar-benar satu mukjizat agung dari Allah Azza Wajalla.

Ada jugalah dalam bengkel tu ana tertanya “eh? Ada ea ayat yang cakap macam ne? Apsal rasa macam tak pernah jumpa?” Astaghfirullahalazim… sedangkan bukanlah sekali seumur hidup khatam Quran. Bukan ana seorang yang rasa begitu, tapi bukan nak mengatakan orang lain pun tak menghayati, cuma memang ada bezanya apabila kita benar-benar buka mata hati kita untuk memahami ayat Quran. Kadangkala kita baca, walaupun kita membaca terjemahannya, kita tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut dan tak sampai pada hati kita semua. Maka disinilah pentingnya kita “semat” Al-Quran di dada kita.

Kepentingan Fatihah

Ustaz Baharuddin Ayubi dan keluarga sama-sama mengusahakan bengkel Semat Quran

Secara teknikalnya, bengkel yang kami hadiri itu namanya ‘Bengkel Tadabbur Al-Quran Menerusi Surah Al-Fatihah’, tapi secara jujurnya, yan sempat ditadabburnya disini cuma “A’u zubillah himina syaiton” sahaja… Bermakna sangatlah detail cara penyampainnya. Namun perkongsian ana kali ini adalah kepentingan mentadabburi Al-Quran khususnya surah Al-Fatihah. Sesuatu yang kita semua perlu faham betul-betul konsepnya agar kita tidak menjadi antara golongan orang-orang yang rugi.

Apakah keistimewaan surah Fatihah hinggakan dijadikan syarat sah bagi solat kita, yang kita bacakan paling kurang 17 kali sehari. Malah, dalam Quran, Allah bersabda:

“dan sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu 7 ayat yang berulang-ulang dan Al-Quran yang agung” (Al-Hijr:87)

Ada 5 cara untuk mentafsir Al-Quran:
  • Mentafsir ayat Quran dengan ayat Quran yang lain
  • Mentafsir ayat Quran dengan hadith
  • Mentafsir ayat Quran dengan pendapat sahabat
  • Mentafsir ayat Quran dengan pendapat tabi’in (orang yang berguru dengan sahabat)
  • Mentafsir ayat Quran dengan bahasa arab


Ibn Mas’Ud berpendapat: 7 ayat yang dimaksudkan dalam ayat 87 Al-Hijr ini merujuk kepada surah al-Fatihah dan Fatihah ini pula adalah ringkasan kepada Quran seluruhnya. (Ibn Mas’ud merupakan salah seorang dalam golongan alim Quran menurut Rasulullah s.a.w)

Dari Jami al Tirmidhiy, hadith sahih: Allah menghimpunkan ilmu kitab terdahulu, dalam Al-Quran.

Pendapat lain: Allah himpunkan pula surah-surah yang panjang dalam surah-surah yang pendek

Pendapat yang lebih detail lagi: Allah himpunkan tafsir ilmu ayat-ayat pendek ini pula dalam surah al-Fatihah.

Maka dari sini kita dapat simpulkan, surah Fatihah itulah cream de la cream nya, malah dari kitab terdahulu yang di-compress dan di-compress hingga sampai ke 7 ayat yang pendek.

Allah telah mempermudahkan al-Quran bagi kita bukan? Malahan Allah juga telah berjanji,

Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang mau mengambil pelajaran? (54:22)

Malah bukan sekali, dalam surah yang sama juga, Allah ulang ayat ini, bukan 2 kali tapi 3 kali! Rujuk (54:22/32/40). Kenapa sampai 3 kali? Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah pada kita semua dan betapa Allah ingin benar kita mengambil al-Quran ini sebagai pengajaran. Kerana apa Allah nak kita ambil pelajaran? Kerana Allah tidak mahu kita menjadi antara orang yang tidak mempedulikan ayatnya dan orang yang tidak mempedulikan ayat Allah ini, amatlah mudah bagi mereka untuk menjadi ahli neraka. Antara sebab utama hambaNya masuk neraka juga adalah kerana tidak mempedulikan ayatNya:

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir. (39:71)

Satu lagi masalah kita adalah apabila kita baca Quran, kita tidak merasakan Quran itu referring pada diri kita. Contohnya ayat diatas. Yelah, kita takdelah sampai kafir kan. Tapi kalau lah Quran ini turun untuk umat islam, tapi semua amaran itu bukan untuk orang islam tapi untuk orang kafir semata-mata, bukankah macam tak sesuai bunyinya? Dan mungkinkah Allah akan menurunkan sesuatu yang tak seswai ini?

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (7:40)

Janganlah kita merasa angkuh dengan mukjizat Allah ini. Sungguh, Rasul kita s.a.w, ketika turunnya wahyu padanya, MasyaAllah! Amatlah berat baginya! Ada satu kisah (afwan ana tak ingat source hadith dari mana) ketika wahyu turun, ada sahabat yang sedang solat disebelah Rasulullah s.a.w dan paha Rasulullah ketika itu diatas paha sahabat. Sahabat mengatakan hampir remuk pahanya (ditekan oleh paha Rasulullah) ketika turunnya wahyu kerana, sungguh, ayat-ayat Quran itu ayat-ayat yang berat.

Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi ayat-ayat-Nya) yang berat (Al-Muzzammil 73:5)

Sedangkan Rasul s.a.w manusia terhebat pun begitu serius dengan ayat-ayat Allah, kita yang langsung tiada janji masuk syurga, adakah kita hanya duduk menyanyikah Quran sahaja tanpa menghiraukan apa maksud dan pengajaran yang terkandung didalamnya? Apa tidak dinamakan sombong begitu?

Kadangkala kita sangka kita sudah cukup rapat dengan Quran dan sudah cukup selamat. Pada sangkaanya kita tidak akan ditimpa azabnya. Tapi sejauh mana kita benar-benar menghayati ayat Quran dan mengambil peduli tentang ayat Quran?

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh. (7:182-183)

Hati-hati, kita orang melayu tak pakar dalam bahasa arab, apatah lagi bahasa puitis Quranul Karim… Tapi ada diantara kita yang menafsirkan Quran dengan sendirinya tanpa kita sendiri memahami jika ada maksud lain daripadanya. Bagaimana pula mereka yang menerima apa yang diperkatakan? Tanpa memahami al-Quran, kita boleh jadi terdedah dengan perkara-perkara yang bidaah.

Daripada Abu Ummayyah al-Lakjmiy, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda

Sesungguhnya di antara tanda dekatnya Hari Kiamat itu ada 3, salah satunya ialah ilmu itu dikutip dari orang-orang kecil

Siapakah yang dimaksudkan dengan orang kecil? Kata Ibn Mubarak

Orang-orang yang kecil itu adalah terdiri dari kalangan ahli bidaah

Masalah manusia zaman ini juga, Quran itu sendiri sebenarnya tidak cukup dikagumi, tak layak pengiktirafan yang kita beri pada Quran. Kita lebih mengagungkan kata-kata para ilmuan barat, kata-kata perdana menteri, kata-kata artis, kata-kata sahabat baik kita… sekarang ini, kita bercakap tentang kata-kata Allah! Maha Tinggi! Mengapa begitu kecil pengiktirafan kita pada keagungan-Nya?
Buku tadabbur Surah Fatihah(atas) yang diberi ketika bengkel bersama fail (bawah)

Renung-renungkanlah sahabat-sahabat sekalian… peringatan buat diri ana juga…